Selasa, 25 Muharram 1444H: Mengasihi Akan Dikasihi
أَنَّ أَبَا هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ
عَنْهُ قَالَ قَبَّلَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
الْحَسَنَ بْنَ عَلِيٍّ وَعِنْدَهُ الْأَقْرَعُ بْنُ حَابِسٍ التَّمِيمِيُّ
جَالِسًا فَقَالَ الْأَقْرَعُ إِنَّ لِي عَشَرَةً مِنْ الْوَلَدِ مَا
قَبَّلْتُ مِنْهُمْ أَحَدًا فَنَظَرَ إِلَيْهِ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى
اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ثُمَّ قَالَ مَنْ لَا يَرْحَمُ لَا يُرْحَمُ
Bahawa
Abu Hurairah RA berkata; "Rasulullah SAW pernah mencium Al-Hasan bin
Ali sedangkan di samping baginda ada Al-Aqra' bin Habis At-Tamimi sedang
duduk, lalu Aqra' berkata; "Sesungguhnya aku memiliki sepuluh orang
anak, namun aku tidak pernah mencium mereka sekali pun," maka Rasulullah
SAW memandangnya dan bersabda: "Barang siapa tidak mengasihi maka ia
tidak akan dikasihi."
(Sahih Bukhari No: 5538) Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1.Setiap kita wajib memiliki sifat pengasih dan penyayang terhadap orang lain khususnya kepada anak-anak kecil.
2.Satu
daripada cara mengasihi dan menyayangi anak-anak kecil adalah mencium
dengan penuh kasih sayang seperti Rasulullah SAW mencium cucunya Saidina
Hassan.
3.Belailah dan kasihilah anak-anak kita dengan penuh kasih sayang.
4.Sesiapa yang tidak memiliki sifat untuk mengasihi orang lain, sesungguhnya Allah tidak akan mengasihinya.
No comments:
Post a Comment