Isnin, 10 Muharram 1444H: Puasa Tasu’a (puasa 9hb Muharram)
عَبْدَ اللَّهِ بْنَ عَبَّاسٍ
رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا يَقُولُا حِينَ صَامَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى
اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَوْمَ عَاشُورَاءَ وَأَمَرَ بِصِيَامِهِ
قَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنَّهُ يَوْمٌ تُعَظِّمُهُ الْيَهُودُ
وَالنَّصَارَى فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
فَإِذَا كَانَ الْعَامُ الْمُقْبِلُ إِنْ شَاءَ اللَّهُ صُمْنَا الْيَوْمَ
التَّاسِعَ قَالَ فَلَمْ يَأْتِ الْعَامُ الْمُقْبِلُ حَتَّى تُوُفِّيَ
رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
Abdullah bin
Abbas RA, beliau menceritakan: Ketika Nabi SAW melaksanakan puasa Asyura
dan memerintahkan para sahabat untuk puasa. Kemudian ada sahabat yang
berkata: "Ya Rasulullah, sesungguhnya hari Asyura adalah hari yang
diagungkan orang yahudi dan nasrani. Kemudian Nabi SAW bersabda: “Tahun
depan, Insha Allah kita akan berpuasa pada hari ke sembilan.” Namun,
belum sampai tahun depan, Nabi SAW diwafatkan.
(HR. Muslim No: 1916)
Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1.Antara hari yang
digalakan berpuasa pada bulan Muharam ialah puasa hari Tasu'a (9hb
Muharam) iaitu sehari sebelum hari Asyura (10hb Muharam)
2.Puasa
dua hari iaitu puasa sunat Tasu'a (9hb Muharam) dan puasa sunat Asyura
(10hb Muharam) adalah untuk membezakan amalan berpuasa seorang Muslim
dengan puasa orang Yahudi dan Keristian.
3.Ibnul Qayim dalam Zadul Ma’ad, 2/72 menjelaskan puasa yang berkait hari Asyura ada tiga Kategori:
a)
Kategori paling sempurna, puasa tiga hari. Sehari sebelum Asyura, hari
Asyura, dan sehari selepas Asyura (9hb, 10hb dan 11hb Muharam).
b) Kategori kedua, puasa pada 9hb dan 10hb Muharam berdasarkan banyak hadis.
c) Kategori ketiga, puasa pada10hb Muharam saja.
No comments:
Post a Comment