Rabu, 5 Muharram 1444H: Jadilah Warganegara Bermanfaat
عَنِ ابْنِ عُمَرَ قَالَ : قَالَ
رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : "أَحَبُّ النَّاسِ
إِلَى اللَّهِ تَعَالَى أَنْفَعُهُمْ لِلنَّاسِ , وَأَحَبُّ الأَعْمَالِ
إِلَى اللَّهِ تَعَالَى سُرُورٌ تُدْخِلُهُ عَلَى مُسْلِمٍ , أَوْ تَكَشِفُ
عَنْهُ كُرْبَةً , أَوْ تَقْضِي عَنْهُ دَيْنًا , أَوْ تَطْرُدُ عَنْهُ
جُوعًا , وَلأَنْ أَمْشِيَ مَعَ أَخِ فِي حَاجَةٍ أَحَبُّ إِلَيَّ مِنْ
أَنْ أَعْتَكِفَ فِي هَذَا الْمَسْجِدِ يَعْنِي مَسْجِدَ الْمَدِينَةِ
شَهْرًا
Daripada Ibnu ‘Umar, Nabi SAW bersabda, “Manusia yang
paling dicintai oleh Allah adalah yang paling memberikan manfaat bagi
manusia. Adapun amalan yang paling dicintai oleh Allah adalah membuat
muslim yang lain bahagia, meringankan kesusahan orang lain, membayarkan
hutangnya atau menghilangkan rasa laparnya. Seandainya aku berjalan
bersama saudaraku untuk memenuhi suatu keperluan, maka hal itu lebih aku
cintai daripada iktikaf sebulan di masjid ini iaitu masjid Nabawi di
Madinah selama sebulan penuh
(HR Tobarani dalam Al Mu’jam Al Kabir no.
13280, 12: 453. Status hadis hasan dalam Sahih Al Jaami’ no. 176).
Pengajaran:
1.Sebagai
anggota masyarakat dalam sebuah negara, berusahalah menjadi orang yang
paling bermanfaat kepada orang lain kerana orang yang paling dicintai
oleh Allah adalah yang paling bermanfaat kepada manusia lain.
2.Hidup
bermasyarakat menuntut setiap kita cakna terhadap orang di sekeliling.
Amalan yang paling dicintai oleh Allah adalah membuat orang lain bahagia
antaranya dengan cara meringankan kesusahan seseorang, membayarkan
hutangnya atau menghilangkan rasa laparnya.
3.Realiti hidup pada
masa kini ada yang terkesan dengan pelbagai masalah antaranya
kemiskinan, penyakit, masalah pekerjaan juga keluarga. Orang yang
prihatin akan sentiasa menghulurkan bantuan bagi memenuhi keperluan
serta meringankan masalah orang lain. Perbuatan tersebut lebih dicintai
Allah daripada dia beriktikaf sebulan di masjid Nabawi.
No comments:
Post a Comment