Rabu, 12 Muharram 1444H: Mukmin Prihatin Kepada Jiran
عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ عَنِ
النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ:لَيْسَ
الْمُؤْمِنُ بِالَّذِي يَشْبَعُ وَجَارُهُ جَائِعٌ.
Daripada Ibnu
Abas RA dari Nabi SAW: "Tidak termasuk orang mukmin, orang yang kenyang
sementara tetangganya kelaparan".
(HR Thobrani No: 12579) Status: Hadis
Sahih
Pengajaran:
1.Antara bukti keimanan seseorang adalah memiliki sifat prihatin terhadap kesusahan jiran tetangga.
2.Tidak sempurna iman seseorang yang tidur dalam kekenyangan sedangkan ada jiran tetangga yang kelaparan.
3.Jadilah
kita orang yang sentiasa berusaha menyantuni dan berbuat baik pada
jiran. Jangan kita sahaja bergembira sedangkan ada jiran kita yang
dibiarkan kelaparan dan kesusahan.
No comments:
Post a Comment