Khamis, 9hb Syaaban 1444H ; Golongan Yang Dijauhkan Dari Syurga
عَنْ أَبِي بَكْرٍ الصِّدِّيقِ
رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
قَالَ لَا يَدْخُلُ الْجَنَّةَ خَبٌّ وَلَا بَخِيلٌ وَلَا مَنَّانٌ وَلَا
سَيِّئُ الْمَلَكَةِ وَأَوَّلُ مَنْ يَدْخُلُ الْجَنَّةَ الْمَمْلُوكُ
إِذَا أَطَاعَ اللَّهَ وَأَطَاعَ سَيِّدَهُ
Daripada Abu Bakar Ash
Shiddiq RA dari Nabi SAW, beliau bersabda: "Tidak akan masuk syurga
seorang penipu, orang yang bakhil, orang yang suka mengungkit-ungkit
pemberiannya dan pemimpin yang berperangai buruk. Orang yang pertama
kali akan masuk syurga adalah hamba yang taat kepada Allah dan kepada
tuannya (majikannya)." (HR Ahmad No: 32) Status: Isnad Maqbul
Pengajaran:
1.
Rasulullah SAW memberi amaran kepada umatnya dengan ancaman tidak akan
masuk syurga kepada mereka yang mempunyai ciri-ciri berikut:
a. Orang yang menipu
إِنَّ ٱللَّهَ لَا يَهۡدِي مَنۡ هُوَ مُسۡرِفٞ كَذَّابٞ ٢٨
Sesungguhnya Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada orang yang melampaui batas, lagi penipu (al-Ghafir: 28).
b. Orang yang bakhil
عَنْ
أَسْمَاءَ بِنْتِ أَبِي بَكْرٍ قَالَتْ قُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ
إِنَّهُ لَيْسَ لِي مِنْ بَيْتِي إِلَّا مَا أَدْخَلَ عَلَيَّ الزُّبَيْرُ
أَفَأُعْطِي قَالَ نَعَمْ وَلَا تُوكِي فَيُوكَى عَلَيْكِ يَقُولُ لَا
تُحْصِي فَيُحْصَى عَلَيْكِ
Daripada Asma' binti Abu Bakar RA ia
berkata, "Wahai Rasulullah, sesungguhnya aku tidak memiliki sesuatu
kecuali apa yang diberikan oleh Zubair kepadaku, apakah aku harus
bersedekah dengannya?" Nabi menjawab: "Ya, dan janganlah engkau bakhil,
(jika engkau bakhil) maka Allah akan bakhil kepadamu. (Sunan Tirmidzi
No: 1883) Hadis Hasan Sahih.
c. Orang yang suka mengungkit-ungkit pemberiannya
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تُبْطِلُوا صَدَقَاتِكُم بِالْمَنِّ وَالْأَذَىٰ
Wahai
orang-orang yang beriman, janganlah kamu menghilangkan (pahala)
sedekahmu dengan mengungkit-ungkit dan menyakiti (perasaan si
penerima).” (Al-Baqarah: 264).
d. Pemimpin yang berperangai buruk (pemimpin yang menjauhkan rakyat daripada kehidupan yang sejahtera)
Jadilah
kita pemimpin yang benar-benar mengutamakan rakyat di bawah. Janganlah
kerana kepentingan kedudukan dan pangkat, kita sanggup menyusahkan
rakyat.
2. Orang yang pertama kali akan masuk syurga adalah hamba yang taat kepada Allah dan kepada tuannya (majikannya).
3. Jauhilah perangai penipu, bakhil, suka mengungkit pemberiannya dan berperangai buruk.
"Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian; Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran".(Surah Al-Asr,Ayat 1-3)
Thursday, March 2, 2023
Golongan Yang Dijauhkan Dari Syurga
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment