Jumaat, 24 Syaaban 1444H: Solat Sunat Subuh Lebih Baik Dari Seisi Dunia
عَنْ عَائِشَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ رَكْعَتَا الْفَجْرِ خَيْرٌ مِنْ الدُّنْيَا وَمَا فِيهَا
Daripada
'Aisyah dari Nabi SAW, baginda bersabda: "Dua rakaat sunat fajar
(sebelum solat fardhu subuh) lebih baik daripada dunia seisinya."
(HR
Muslim No: 1193) Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Keutamaan solat sunat dua rakaat sebelum fardhu subuh lebih baik daripada dunia seisinya.
2.
Solat sunat subuh hanya dilakukan setelah terbit fajar subuh.
Dianjurkan solat tersebut di awal waktunya dan dilakukan dengan dua
rakaat yang ringan. Inilah pendapat Imam Malik, Imam Syafi’i dan jumhur
ulama seperti yang dicatat dalam Syarh Shahih Muslim (6: 3).
3.
Jika solat sunat sebelum subuh lebih baik daripada seluruh isi dunia
ini, apatah lagi solat fardhu subuh yang kelebihannya lebih baik
daripada itu.
No comments:
Post a Comment