Rabu, 22 Syaaban 1444H: Solat Sunat Zohor
عن أم حبيبة رضي الله عنها قالت: قال رسول الله
صلى الله عليه وسلم: مَنْ حَافَظَ عَلَى أَرْبَعِ رَكَعَاتٍ قَبْلَ
الظُّهْرِ وَأَرْبَعٍ بَعْدَهَا حَرُمَ عَلَى النَّارِ
Daripada Ummu Habibah RA, beliau mengatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Barangsiapa menjaga solat 4 rakaat sebelum zuhur dan 4 rakaat sesudahnya, maka Allah mengharamkan neraka baginya.”
(HR Tirmidzi no:
428) Status Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Hadis ini menerangkan kelebihan orang yang mengerjakan solat sunat 4 rakaat sebelum dan sesudah zuhur.
2.
Orang yang menjaga secara konsisten solat sunat empat rakaat sebelum
dan selepas solat fardhu Zohor, akan dijauhkan daripada api neraka.
3.
Dalam hadis yang lain, daripada Abdullah bin As-Saib, beliau mengatakan
bahawa Rasulullah SAW menunaikan solat 4 rakaat setelah waktu zawal
(matahari gelincir ke barat) atau disebut rawatib qabliyah zuhur (solat
sunat sebelum solat zuhur). Baginda SAW bersabda,
إِنَّهَا سَاعَةٌ تُفْتَحُ فِيهَا أَبْوَابُ السَّمَاءِ وَأُحِبُّ أَنْ يَصْعَدَ لِى فِيهَا عَمَلٌ صَالِحٌ
“Ini
adalah waktu dibukakannya pintu langit. Aku suka jika amalan solehku
naik pada waktu itu.” (HR. Tirmidzi, no. 478). Status hadis hasan.
No comments:
Post a Comment