Isnin, 27 Syaaban 1444H: Amalan Yang Tidak Ditinggalkan
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ
اللَّهُ عَنْهُ قَالَ أَوْصَانِي خَلِيلِي صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ بِثَلَاثٍ صِيَامِ ثَلَاثَةِ أَيَّامٍ مِنْ كُلِّ شَهْرٍ
وَرَكْعَتَيْ الضُّحَى وَأَنْ أُوتِرَ قَبْلَ أَنْ أَنَامَ
Daripada
Abu Hurairah radliallahu 'anhu berkata: "Kekasihku Rasulullah SAW
memberi wasiat kepadaku agar aku berpuasa tiga hari dalam setiap bulan,
mendirikan solat Dhuha dua rakaat dan solat witir sebelum aku tidur".
(HR Bukhari: No 1845) Status Hadis Sahih
Pengajaran:
Rasulullah SAW mewasiatkan agar tidak meninggalkan tiga amalan sunat:
a. Puasa sunat tiga hari sebulan
b. Menunaikan solat sunat dhuha dua rakaat setiap hari
c. Solat witir setiap malam sebagai penutup malam atau sebelum tidur
No comments:
Post a Comment