Jumaat, 17 Syaaban 1444H: Solat Malam Amalan Orang Soleh
عَنْ أَبِي أُمَامَةَ عَنْ رَسُولِ
اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّهُ قَالَ عَلَيْكُمْ
بِقِيَامِ اللَّيْلِ فَإِنَّهُ دَأَبُ الصَّالِحِينَ قَبْلَكُمْ وَهُوَ
قُرْبَةٌ إِلَى رَبِّكُمْ وَمَكْفَرَةٌ لِلسَّيِّئَاتِ وَمَنْهَاةٌ
لِلْإِثْمِ
Daripada Abu Umamah dari Rasulullah SAW bahawa
baginda bersabda: "Hendaknya kalian melakukan solat malam kerana solat
malam adalah amalan kebiasaan orang-orang soleh sebelum kalian, dapat
mendekatkan kepada Tuhan kalian, menghapus keburukan, serta mencegah
dosa."
(Sunan Tirmidzi No: 3472) Status: Hadis Hasan Sahih
Pengajaran:
1.
Solat malam atau qiamullail adalah amalan orang-orang yang soleh. Allah
SWT memuji para hamba-Nya yang soleh yang sentiasa melakukan solat
malam seperti tahajud dan witir.
كَانُوا قَلِيلًا مِنَ اللَّيْلِ مَا يَهْجَعُونَ وَبِالْأَسْحَارِ هُمْ يَسْتَغْفِرُونَ
“Mereka
sedikit tidur di waktu malam; dan di akhir-akhir malam mereka memohon
keampunan (kepada Allah).” [Adz-Dzaariyaat/51: 17-18]
2. Solat
malam adalah amalan untuk mendekatkan diri kepada Allah, sebagai makanan
roh membina kekuatan dalaman diri setiap Muslim.
3. Solat malam boleh menghapuskan keburukan atau kesalahan serta dosa.
4. Solat malam juga boleh mencegah seseorang dari melakukan dosa dan maksiat.
Peruntukkanlah
sedikit waktu pada waktu malam sebelum solat subuh untuk melakukan
solat sunat malam agar ia menjadi sebahagian dari kebiasaan kita
sepertimana kebiasaan amalan orang yang soleh.
No comments:
Post a Comment