Khamis, 20 Syawal 1444H: Jangan Saling Bermusuh
عَنْ أَنَسُ بْنُ مَالِكٍ رَضِيَ اللَّهُ
عَنْهُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَا
تَبَاغَضُوا وَلَا تَحَاسَدُوا وَلَا تَدَابَرُوا وَكُونُوا عِبَادَ
اللَّهِ إِخْوَانًا وَلَا يَحِلُّ لِمُسْلِمٍ أَنْ يَهْجُرَ أَخَاهُ فَوْقَ
ثَلَاثَةِ أَيَّام
Daripada Anas bin Malik RA, Sesungguhnya
Rasulullah SAW telah bersabda: "Janganlah kamu saling membenci, jangan
saling iri hati, saling bermusuhan, saling memutuskan hubungan dan
jadilah hamba-hamba Allah yang bersaudara. Tidak halal bagi seorang
Muslim untuk menjauhi saudaranya lebih dari tiga hari"
(Sahih Bukhari
No: 5718) Dar Ibn Kathir. Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Umat Islam dilarang saling membenci sesama mereka
1. Sifat iri hati dan cemburu kelebihan yang ada pada orang lain perlu dijauhi. Elakkan saling berdengki sesama Muslim
2. Sifat bermusuhan dengan sesama Muslim adalah dilarang kerana setiap Muslim adalah bersaudara.
عَنْ
عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا قَالَتْ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى
اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَبْغَضُ الرِّجَالِ إِلَى اللَّهِ الْأَلَدُّ
الْخَصِمُ
Daripada Aisyah RA katanya: Rasulullah SAW bersabda:
Manusia yang paling dibenci Allah adalah yang keras kepala dan suka
bermusuh" (Sahih Bukhari No: 6765) Dar Ibn Kathir. Status: Hadis Sahih
3. Muslim boleh berbeza pandangan namun perlu saling memaafkan
4. Elakkan diri daripada tidak bertegur atau menjauhi saudara Muslim melebihi tiga hari.
No comments:
Post a Comment