Isnin, 24 Syawal 1444H: Penyebab Ramai Dihumban Ke Neraka
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ
النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِنَّ أَكْثَرَ مَا
يُدْخِلُ النَّاسَ النَّارَ الْأَجْوَفَانِ قَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ
وَمَا الْأَجْوَفَانِ قَالَ الْفَرْجُ وَالْفَمُ قَالَ أَتَدْرُونَ
أَكْثَرَ مَا يُدْخِلُ الْجَنَّةَ تَقْوَى اللَّهِ وَحُسْنُ الْخُلُقِ
Daripada
Abu Hurairah RA dari Nabi SAW, baginda bersabda: "Sesungguhnya
kebanyakkan penyebab manusia masuk neraka adalah disebabkan dua lubang.
Para sahabat bertanya; "Wahai Rasulullah, apakah dua lubang itu?"
Maka baginda bersabda: "Kemaluan dan mulut. Baginda bersabda: Tahukah kalian apa penyebab kebanyakan orang masuk syurga? Jawab baginda: taqwa kepada Allah dan akhlak yang baik."
(HR Ahmad No: 9319) Status: Hadis Hasan
Pengajaran:
1. Seseorang akan ditempatkan kedalam neraka ataupun syurga bergantung pada amalan semasa di dunia.
2. Kebanyakan penghuni neraka adalah berpunca daripada dosa mulut dan kemaluan:
a. Dosa kemaluan seperti berzina, liwat, homoseks, lesbian, gay tidak menjaga auratnya selain mahram dan sebagainya.
b.
Dosa mulut atau lidah seperti makan dan minum dari sumber yang haram,
mengucapkan ucapan kufur, laknat, qazaf, mengumpat, memfitnah, menghina,
merendah-rendahkan orang lain, mengadu domba dan lain-lain termasuk
yang diterjemahkan dalam bentuk tulisan di media sosial.
3.
Mudahnya orang pada hari ini melakukan dosa mulut yang diterjemahkan
dalam bentuk tulisan. Memperkatakan serta forward sesuatu yang
mengaibkan peribadi seseorang, mengumpat, memfitnah, mengadu domba di
media elektronik dan diviralkan seperti FB, WhatsApp, telegram, tanpa
terdetik dihatinya bahawa apa yang diperkatakan, yang ditulis dan
diviral akan diminta pertanggungjawaban dihadapan Allah.
4.
Syeikh al-Mubarakfuri menyatakan makna mulut di dalam hadis ini ialah
menjaga lidahnya kerana menjaga lidah boleh menyelamatkan keseluruhan
urusan agamanya dan memakan yang halal kerana itu adalah penghulu kepada
ciri ketaqwaan. [Lihat: Tuhfah al-Ahwazi, 6/120]
5. Seseorang akan ditempatkan kedalam syurga disebabkan rahmat Allah atas amalan soleh yang dilakukan.
6. Kebanyakan penyebab seseorang masuk syurga nanti adalah berpunca dari sifat taqwanya serta akhlak terpuji yang dimiliki.
No comments:
Post a Comment