Selasa, 28 Zulkaedah 1443H: Mukmin Yang Utama dan Bijak
عَنْ ابْنِ عُمَرَ أَنَّهُ قَالَ
كُنْتُ مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَجَاءَهُ
رَجُلٌ مِنْ الْأَنْصَارِ فَسَلَّمَ عَلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ
عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ثُمَّ قَالَ يَا رَسُولَ اللَّهِ أَيُّ الْمُؤْمِنِينَ
أَفْضَلُ قَالَ أَحْسَنُهُمْ خُلُقًا قَالَ فَأَيُّ الْمُؤْمِنِينَ
أَكْيَسُ قَالَ أَكْثَرُهُمْ لِلْمَوْتِ ذِكْرًا وَأَحْسَنُهُمْ لِمَا
بَعْدَهُ اسْتِعْدَادًا أُولَئِكَ الْأَكْيَاسُ
Dari Ibnu Umar RA bahawa dia berkata; Saya bersama dengan Rasulullah SAW, tiba-tiba datang seorang laki-laki Ansar kepada baginda, lalu dia mengucapkan salam kepada Nabi SAW dan bertanya; "Ya Rasulullah, bagaimanakah orang mukmin yang utama?"
Baginda menjawab: "Orang yang paling baik akhlaknya."
Dia bertanya lagi; "Orang mukmin yang bagaimanakah yang paling bijak?"
Baginda menjawab: "Orang yang paling banyak mengingat kematian, dan yang paling baik persiapannya setelah kematian, merekalah orang-orang yang bijak."
(HR Ibnu Majah No: 4249) Status: Hadis Hasan
Pengajaran:
1.Akhlak menjadi ukuran kemuliaan seseorang Mukmin. Mukmin yang paling utama adalah mereka yang paling baik akhlaknya
2.Kecerdikan
Mukmin bukan hanya diukur keupayaannya di dunia. Mukmin yang paling
bijak adalah yang paling banyak mengingati kematian dan sentiasa membuat
persiapan untuk kehidupan yang kekal abadi di akhirat.
No comments:
Post a Comment