Khamis, 2 Zulkaedah 1443H: Jaga Hak Allah, Diri dan Masyarakat
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ يَأْخُذُ
عَنِّي هَؤُلَاءِ الْكَلِمَاتِ فَيَعْمَلُ بِهِنَّ أَوْ يُعَلِّمُ مَنْ
يَعْمَلُ بِهِنَّ فَقَالَ أَبُو هُرَيْرَةَ فَقُلْتُ أَنَا يَا رَسُولَ
اللَّهِ فَأَخَذَ بِيَدِي فَعَدَّ خَمْسًا وَقَالَ اتَّقِ الْمَحَارِمَ
تَكُنْ أَعْبَدَ النَّاسِ وَارْضَ بِمَا قَسَمَ اللَّهُ لَكَ تَكُنْ
أَغْنَى النَّاسِ وَأَحْسِنْ إِلَى جَارِكَ تَكُنْ مُؤْمِنًا وَأَحِبَّ
لِلنَّاسِ مَا تُحِبُّ لِنَفْسِكَ تَكُنْ مُسْلِمًا وَلَا تُكْثِرْ
الضَّحِكَ فَإِنَّ كَثْرَةَ الضَّحِكِ تُمِيتُ الْقَلْبَ
Daripada Abu Hurairah RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: "Siapakah yang mahu mengambil beberapa kalimat daripadaku lalu mengamalkannya atau mengajarkan pada orang yang akan mengamalkannya?"
Abu Hurairah menjawab: "Saya, wahai Rasulullah."
Lalu Rasulullah memegang tanganku lalu menyebut lima perkara; "Jauhkanlah larangan-larangan nescaya kamu akan menjadi orang yang paling beribadah, terimalah pemberian Allah dengan rela nescaya engkau akan menjadi orang paling kaya, berbuat baiklah kepada jiran tetangga nescaya kamu akan menjadi orang yang benar-benar beriman, kasihilah orang lain sepertimana engkau mengasihi dirimu sendiri nescaya engkau akan menjadi orang muslim yang sebenar-benarnya dan, janganlah banyak ketawa kerana banyak ketawa akan mematikan hati."
HR
Tirmidzi No: 2227) Status: Hadis Hasan
Pengajaran:
1.
Rasulullah SAW mengajar kepada kita untuk mengambil pesanan baginda bagi
di amalkan dan disampaikan kepada orang lain. Antara pesanan untuk
dilaksanakan dan disampaikan:
a.Jauhi larangan dan tegahan
seperti minum arak, mencuri, meninggalkan perintah wajib umpama solat
dan sebagainya agar kita menjadi orang yang paling beribadat.
b.
Merasa reda dan puas hati dengan apa yang dikurniakan Allah. Tidak
merasa keluh kesah, kecewa serta tamak dengan apa yang dimiliki. Yakin
setiap sesuatu itu adalah ketentuan taqdir Allah nescaya kita akan
menjadi orang yang paling kaya.
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ
النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَيْسَ الْغِنَى عَنْ
كَثْرَةِ الْعَرَضِ وَلَكِنَّ الْغِنَى غِنَى النَّفْسِ
Daripada
Abu Hurairah RA daripada Nabi SAW baginda bersabda: "Bukanlah kekayaan
itu kerana banyaknya harta, akan tetapi kekayaan itu adalah kaya hati."
(HR Bukhari No: 5965)
c. Berbuat baik kepada jiran tetangga
dengan sentiasa menyayangi, memberi pertolongan, menziarahi, tidak
menyakitinya sama ada dengan perbuatan, perkataan dan sebagainya.
Menjaga hak jiran sama ada Muslim mahupun bukan Muslim adalah bukti
kesempurnaan iman.
d. Mengasihi orang lain sepertimana kita
mengasihi diri sendiri adalah bukti keislaman dan keimanan seseorang.
Tidak boleh menzalimi dan menganiaya serta menyakiti saudara kita.
Firman Allah:
إِنَّمَا ٱلۡمُؤۡمِنُونَ إِخۡوَةٞ
Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara (al-Hujurat: 10)
e.
Jangan banyak ketawa kerana banyak gelak ketawa akan melalaikan
seseorang daripada mengingati Allah serta akan menjadi penyebab
menghalang cahaya petunjuk dan boleh mematikan hati.
2. Marilah
kita menjaga hak Allah, hak diri dan hak manusia lain. Peliharalah
hubungan yang baik sama ada hubungan dengan Allah juga dengan
masyarakat seluruhny
No comments:
Post a Comment