Jumaat, 24 Zulkaedah 1443H : Ikhlas Beramal
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ
صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ اللَّهَ لَا يَنْظُرُ إِلَى
صُوَرِكُمْ وَأَمْوَالِكُمْ وَلَكِنْ يَنْظُرُ إِلَى قُلُوبِكُمْ
وَأَعْمَالِكُمْ.
Daripada Abu Hurairah RA, beliau berkata; Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada rupa dan harta kamu, tetapi Allah melihat kepada hati dan amalan kamu."
(HR
Muslim No: 2564) Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1.Ganjaran pahala di atas setiap amalan adalah bergantung kepada hati yang benar-benar ikhlas dan niat yang benar.
2.Kepentingan
menjaga niat agar hati sentiasa benar dan bersih daripada sifat-sifat
mazmumah serta membuahkan sifat taqwa kepada Allah SWT.
3.Kepentingan
menjaga amalan hati terlebih mendahului daripada amalan yang dilakukan
oleh anggota badan kerana hanya amalan yang dilakukan dengan ikhlas
akan diterima dalam setiap amalan yang disyariatkan.
No comments:
Post a Comment