Rabu, 15 Zulkaedah 1443H: Dua Perkara Yang Sentiasa Muda Bagi Orang Tua
أَخْبَرَنِي سَعِيدُ
بْنُ الْمُسَيَّبِ أَنَّ أَبَا هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ
سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ لَا
يَزَالُ قَلْبُ الْكَبِيرِ شَابًّا فِي اثْنَتَيْنِ فِي حُبِّ الدُّنْيَا
وَطُولِ الْأَمَلِ
Telah mengkhabarkan kepadaku Sa'id bin Al
Musayyab bahawa Abu Hurairah radliallahu 'anhu berkata; saya mendengar
Rasulullah SAW bersabda: "Hati orang tua masih tetap berjiwa muda dalam
dua perkara, iaitu; mencintai dunia dan panjang angan-angan."
(HR
Bukhari No: 5941) Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1.Rasulullah SAW mengingatkan agar berwaspada dengan keinginan hati yang melalaikan dan melekakan.
2.Kenginan
untuk sentiasa muda adalah suatu yang baik jika disalurkan ke tempat
yang betul seperti sentiasa muda dan bersemangat melakukan amal soleh.
3.Namun
orang tua yang dikurniakan hati dan keinginan yang sentiasa muda dalam
dua perkara iaitu; Mencintai dunia dan panjang angan-angan adalah dua
perkara yang melalaikan.
4.Tanda cintakan dunia dapat dikenal pasti secara umumnya berdasarkan perkara-perkara ini:
- Hanya nikmat dunia yang menjadi matlamat dan tumpuan.
- Lalai atau lupa kepada matlamat terakhir iaitu akhirat.
-
Mengetepikan agama dalam urusan seharian – baik kerana merasakan bahawa
ia suatu yang menyukarkan atau tidak relevan dengan kehidupan.
No comments:
Post a Comment