Khamis, 30 Zulkaedah 1443H: Larangan Memotong Kuku dan Rambut Peserta Korban
عَنْ أُمِّ
سَلَمَةَ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِذَا
رَأَيْتُمْ هِلاَلَ ذِي الْحِجَّةِ وَأَرَادَ أَحَدُكُمْ أَنْ يُضَحِّيَ
فَلْيُمْسِكْ عَنْ شَعْرِهِ وَأَظْفَارِهِ
Daripada Ummu Salamah RA, sesungguhnya Nabi SAW bersabda: "Jika telah masuk sepuluh hari pertama bulan Zulhijjah dan salah seorang antara kamu semua ingin menyembelih korban, janganlah memotong rambut dan kukunya (sehingga selesai korban)."
(Sahih Muslim No: 3655) Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1.Bagi
mereka yang ingin melaksanakan ibadah korban, dilarang (makruh)
menggunting rambut, mencukur, mencabut sebarang bulu di badan dan
memotong kukunya bermula dari tarikh 1hb Zulhijjah sehingga dia
melaksanakan ibadah korban tersebut.
2.Menurut Imam al-Nawawi
larangan di dalam hadis ini bermaksud makruh memotongnya. Larangan
menghilangkan kuku dengan memotong, mencabut atau dengan cara lain
(secara sengaja). Termasuk juga larangan menghilangkan rambut sama ada
mencukur, memendek, mencabut, membakar, menggunakan sesuatu untuk
menghilangkan rambut dan apa jua cara sama ada pada bulu ketiak, misai,
bulu ari-ari, rambut atau bulu-bulu lain di bahagian anggota badan yang
lain." (Syarah Muslim Imam al-Nawawi, jil. 13, ms. 138-139)
3.Bagi
mereka yang sengaja mahupun tidak sengaja memotong kuku ataupun rambut
sebelum melaksanakan ibadah korban, memadai dia memohon keampunan kepada
Allah. Dia tidak dikenakan fidyah (tebusan atau denda).
Ibn
Qudamah r.h berkata: "Jika perkara itu berlaku, dia hendaklah segera
beristighfar (memohon ampun) kepada Allah. Menurut ijmak tidak ada
fidyah sama sekali, baik dilakukan dengan sengaja atau tidak sengaja."
(Kitab al-Mughni karya Ibn Qudamah, jil. ms. 96)
4.Majoriti
ulama dari mazhab Maliki, Syafie dan sebahagian mazhab Hanbali
menyatakan makruh hukumnya memotong kuku atau rambut yang ada pada badan
bermula 1hb Zulhijjah hingga ibadah korban dilaksanakan.
No comments:
Post a Comment