Selasa, 14 Zulkaedah 1443H: Dunia Adalah Jambatan Akhirat
عَنِ ابْنِ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ
عَنْهُمَا قَالَ أَخَذَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
بِمَنْكِبِي فَقَالَ كُنْ فِي الدُّنْيَا كَأَنَّكَ غَرِيبٌ أَوْ عَابِرُ
سَبِيلٍ
وَكَانَ ابْنُ عُمَرَ يَقُولُ إِذَا أَمْسَيْتَ فَلَا
تَنْتَظِرْ الصَّبَاحَ وَإِذَا أَصْبَحْتَ فَلَا تَنْتَظِرْ الْمَسَاءَ
وَخُذْ مِنْ صِحَّتِكَ لِمَرَضِكَ وَمِنْ حَيَاتِكَ لِمَوْتِكَ
Daripada
Ibnu Umar radliallahu 'anhuma dia berkata; Rasulullah SAW pernah
memegang bahuku dan bersabda: "Jadilah kamu di dunia ini seolah-olah
orang asing atau seorang pengembara. Ibnu Umar telah berkata; Apabila
kamu berada di waktu petang, janganlah kamu menunggu datangnya waktu
pagi, dan apabila kamu berada di pagi hari, maka janganlah menunggu
waktu petang. Manfaatkanlah waktu sihatmu sebelum sakitmu, dan hidupmu
sebelum matimu."
(HR Bukhari No: 5937) Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1.Jangan jadikan dunia sebagai matlamat dan tempat tinggal hakiki. Dunia adalah jambatan menuju akhirat.
2.Jadikanlah diri kita sebagai seorang musafir. Orang yang bermusafir perlu membawa bekalan yang sepatutnya sebagai bekalan.
3.Sebagai musafir, kita tidak membawa kesemua yang dimilik. Malah kita hanya membawa bekalan perjalanan sekadarnya.
4.Seorang
Muslim perlu bersegera melakukan amal kebajikan, memperbanyak ketaatan
dan amal soleh sebagai bekalan perjalanan menuju akhirat.
5.Elakkan
dari bertangguh untuk melakukan amal soleh kerana kita tidak pasti
apakah berkesempatan untuk melakukannya pada masa akan datang.
6.Setiap
Muslim perlu merebut peluang dan kesempatan yang ada sebaik mungkin.
Lakukan amal kebaikan ketika kita sihat dan masih hidup. Sakit dan ajal
boleh berlaku bila-bila masa.
Rebutlah peluang beramal ketika kita masih muda, sihat, berharta, lapang dan semasa hidup ini.
No comments:
Post a Comment