Rabu, 8 Zulkaedah 1443H: Jangan Tangguh Melaksanakan Ibadah Haji
عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ قَالَ
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ تَعَجَّلُوا
إِلَى الْحَجِّ يَعْنِي الْفَرِيضَةَ فَإِنَّ أَحَدَكُمْ لَا يَدْرِي مَا
يَعْرِضُ لَهُ
Daripada Ibnu Abbas RA, ia berkata; Rasulullah SAW bersabda: “Segeralah kamu menunaikan haji (yang wajib) kerana kamu tidak mengetahui apa-apa yang mungkin menimpa”
(Musnad Ahmad No: 2721)
Status: Isnad Hasan
Pengajaran:
1. Menunaikan ibadat haji suatu kewajipan kepada mereka yang berkuasa dan berkemampuan. Jangan ditangguh dengan sengaja.
2. Mengikut Imam Shafi’i kewajipan menunaikan haji tidaklah mesti disegerakan tetapi tidak pula bererti boleh dilambatkan.
3.
Segera menunaikan haji dalam keadaan kita sihat dan mampu adalah
penting sebagai langkah berjaga-jaga. Apatah lagi jika telah mendapat
surat tawaran. Jika dilewatkan berkemungkinan ia tidak dapat
dilaksanakan langsung kerana luput masa atau berlaku sesuatu bencana.
4.Jika
ada kemudahan untuk tidak menunggu giliran yang mungkin lama lagi;
contohnya menggunakan package yang lebih bayarannya dan kita
berkemampuan, maka elok diusahakan pemergian itu.
Bagi mereka
yang berkemampuan dan berkuasa, jangan tunggu tahun depan atau tahun
berikutnya. Kita tak pasti, ketika itu adakah kita masih berkuasa atau
berkemampuan?.
No comments:
Post a Comment