Khamis, 16 Zulkaedah 1443H: Ahli Al-Quran
عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو عَنْ النَّبِيِّ
صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ يُقَالُ لِصَاحِبِ الْقُرْآنِ
اقْرَأْ وَارْتَقِ وَرَتِّلْ كَمَا كُنْتَ تُرَتِّلُ فِي الدُّنْيَا
فَإِنَّ مَنْزِلَتَكَ عِنْدَ آخِرِ آيَةٍ تَقْرَأُ بِهَا
Daripada Abdullah bin 'Amru dari Nabi SAW baginda bersabda: "Pada hari pengadilan kelak akan diseru kepada (sohibul Quran) ahli Al-Quran; Teruskanlah bacaan al-Quran mu dan teruskanlah menaiki tingkat demi tingkat syurga dan bacalah dengan tartil sebagaimana kamu membacanya ketika di dunia, sesungguhnya tempat terakhirmu ada pada ayat terakhir yang kamu baca.".
(HR Tirmidzi No: 2838) Status: Hadis Hasan Sahih.
Pengajaran:
1. Sohibul Quran ialah mereka yang ahli dalam al-Quran, sentiasa mendampingi al-Quran juga penghafal al-Quran.
2. Sohibul Quran akan sentiasa menjaga hak al-Quran dengan membacanya, menghafal, memahami dan melaksanakan tuntutan al-Quran.
3.
Orang yang membaca dan menghafal al-Quran perlu memberi tumpuan dan
perhatian serta bersungguh-sungguh secara berterusan membaca dan
menjaganya. Semoga al-Quran menjadi pegangan dan panduan hidup.
عَنْ
مَالِك أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ
تَرَكْتُ فِيكُمْ أَمْرَيْنِ لَنْ تَضِلُّوا مَا تَمَسَّكْتُمْ بِهِمَا
كِتَابَ اللَّهِ وَسُنَّةَ نَبِيِّهِ
Daripada Malik, sesungguhnya
Rasulullah SAW telah bersabda: "Aku tinggalkan kepada kalian dua perkara
yang kalian tidak akan tersesat selamanya selama berpegang teguh dengan
keduanya iaitu Kitabullah dan Sunnah Nabi " (HR. Malik No: 1395).
4.
Pada hari akhirat nanti orang yang membaca al-Quran berterusan akan
menaiki tingkat demi tingkat di dalam syurga dan terus membacanya
dengan tartil sebagaimana ia membacanya ketika di dunia.
Sempena
Majlis Tilawah Al-Quran dan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan yang
sedang berlangsung di Dewan Besar Pusat Islam Iskandar Johor sekarang,
marilah kita berusaha membaca dan menjadikannya panduan dalam kehidupan.
No comments:
Post a Comment