Wednesday, September 1, 2021

Ramai Wanita Menjadi Penghuni Neraka

 

Rabu, 23 Muharram 1443H: Nabi SAW bahawa Baginda pernah bersabda:

يَا مَعْشَرَ النِّسَاءِ تَصَدَّقْنَ وَأَكْثِرْنَ الاِسْتِغْفَارَ فَإِنِّي رَأَيْتُكُنَّ أَكْثَرَ أَهْلِ النَّارِ‏‏.‏ فَقَالَتِ امْرَأَةٌ مِنْهُنَّ جَزْلَةٌ وَمَا لَنَا يَا رَسُولَ اللَّهِ أَكْثَرَ أَهْلِ النَّارِ ‏.‏ قَالَ ‏ تُكْثِرْنَ اللَّعْنَ وَتَكْفُرْنَ الْعَشِيرَ وَمَا رَأَيْتُ مِنْ نَاقِصَاتِ عَقْلٍ وَدِينٍ أَغْلَبَ لِذِي لُبٍّ مِنْكُنَّ ‏‏.‏ قَالَتْ يَا رَسُولَ اللَّهِ وَمَا نُقْصَانُ الْعَقْلِ وَالدِّينِ قَالَ أَمَّا نُقْصَانُ الْعَقْلِ فَشَهَادَةُ امْرَأَتَيْنِ تَعْدِلُ شَهَادَةَ رَجُلٍ فَهَذَا نُقْصَانُ الْعَقْلِ وَتَمْكُثُ اللَّيَالِيَ مَا تُصَلِّي وَتُفْطِرُ فِي رَمَضَانَ فَهَذَا نُقْصَانُ الدِّينِ
 
Maksudnya: "Wahai sekalian wanita, banyakkanlah bersedeqah dan istighfar, kerana aku melihat wanita banyak yang menjadi penghuni neraka."
 
Seorang wanita yang bijak berkata: “Mengapa demikian wahai Rasulullah?” 
 
Nabi SAW menjawab “Kerana kalian banyak berkata yang buruk dan tidak berterima kasih kepada suami kalian. Aku juga melihat kalian kurang dari sudut dan agama, tapi pada sama aku belum pernah melihat orang yang kurang akal dan agamanya yang lebih mampu mengalahkan laki-laki yang berakal dibandingkan kalian."
 
Wanita itu bertanya lagi “Apa maksud kurang sudut aqal dan agama itu?” 
 
Nabi menjawab “Kurang dari sudut aqal boleh dilihat dari sudut kesaksian dua orang wanita sama dengan kesaksian seorang lelaki, manakala kurang dari sudut agama ialah ada hari-hari tertentu kalian tidak solat dan berpuasa”.
 
Sahih al-Bukhari (304), Sahih Muslim (79) dan Sunan Ibn Majah (4003
 
 May be an image of text

Monday, August 30, 2021

Meringankan Memudah, & Menutup Aib Seorang Muslim

Isnin, 21 Muharram 1443H Daripada Abu Hurairah RA, daripada Nabi SAW bersabda:

 مَنْ نَفَّسَ عَنْ مُؤْمِنٍ كُرْبَةً مِنْ كُرَبِ الدُّنيَا نَفَّسَ اللهُ عنهُ كربَةً مِنْ كُرَبِ يومِ القيَامَةِ ومنْ يسَّرَ عَلى مُعسِرٍ يسَّرَ اللهُ عليهِ فِي الدُنيَا والآخِرَةِ ومَنْ سَتَرَ مُسْلِماً سَتَرَهُ اللهُ فِي الدُّنيَا والآخِرَةِ واللهُ فِي عَوْنِ العَبْدِ مَا كَانَ الْعَبْدُ فِي عونِ أخيهِ
 
Maksudnya: “Sesiapa yang meringankan daripada seorang mukmin satu kesusahan daripada kesusahan-kesusahan dunia, Allah SWT akan meringankan daripadanya satu kesusahan daripada kesusahan di Hari Kiamat. 
 
Sesiapa yang memudahkan kepada orang yang kesempitan, Allah akan memudahkan kepadanya di dunia dan akhirat. 
 
Sesiapa yang menutup (aurat atau keaiban) seorang muslim, Allah akan menutup (aurat atau keaiban) nya di dunia dan akhirat. Allah sentiasa menolong seseorang hamba selama mana hamba itu menolong saudaranya.
 
Riwayat Muslim (2699)
 May be an image of ‎one or more people and ‎text that says "‎Suka Bersedekah Melapangkan Rezeki Dalam Surah Saba, Allah menjelaskan bahawa hanya Allah jualah yang memberi rezeki kepada manusia. Dan mereka yang memberi sedekah maka Allah akan gantikan baginya rezeki. Firman Allah: وَيَقْدِرُلَهوََآ قُلْإِنَّ فَهُوَ Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya Tuhanku memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya di antara hamba-hambaNya, dan Dia juga yang menyempitkan baginya; dan apa sahaja yang kamu dermakan maka Allah akan menggantikannya; dan Dia lah jua sebaik-baik Pemberi rezeki". (Surah Saba: 39) DR. AHMAD SANUSI AZMI UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA‎"‎‎

Friday, August 27, 2021

Doa Hari Jumaat

Jumaat, 18 Muharram 1443H: Diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

خير يوم طلعت عليه الشمس يوم الجمعة. فيه خلق آدم و فيه أدخل الجَنَّةَ و فيه أخرج منها و فيه ساعة لا يوافقها عبد مسلم و هو قائم يصلى 
يسأل الله تعالى شيئا إلا أعطاه إياه
 
Maksudnya: "Sebaik-baik hari yang terbit matahari padanya ialah hari Jumaat. Pada hari tersebut diciptakan nabi Adam AS, dia dimasukkan ke dalam Syurga dan dia dikeluarkan daripadanya. 
 
Dan pada hari tersebut, terdapat satu waktu yang mana jika seseorang muslim berdiri mendirikan solat dan berdoa kepada Allah SWT akan sesuatu hajatnya, nescaya Allah SWT akan memberi apa yang dihajatkannya tersebut."
 
Hadith riwayat al-Bukhari: (935)
 May be an image of text

Thursday, August 26, 2021

Tenangkan Hati Terhadap Setiap Musibah

 

Khamis, 17 Muharram 1443H: Dari Abu Hurairah r.a., daripada Nabi SAW., baginda bersabda, "Tidaklah seorang Muslim ditimpa keletihan, sakit, kesusahan, kesedihan, kegundahan dan kegelisahan hinggalah duri yang menusuknya, melainkan Allah akan menghapuskan sebahagian dosa-dosanya."

Takhrij Hadith : Hadith ini direkodkan oleh Imam al-Bukhari dan Muslim (Muttafaqun ‘alaih)
 
 May be an image of text

Wednesday, August 25, 2021

Doa Kaffaratul Majlis

Rabu, 16 Muharram 1443H: Dari Abu Barzah Al Aslami ia berkata, “Ketika akan mengakhiri majlis Rasulullah SAW mengucapkan: “‘SUBHANAKALLAHUMMA WA BIHAMDIKA ASHADUAL LAA ILAAHA ILLA ANTA ASTAGHFIRUKA WA ATUUBU ILAIKA (Maha Suci Engkau Ya Allah, tidak ada Tuhan yang berhak disembah selain Engkau. Aku memohon ampunan dan taubat kepada-Mu).”

 
Seorang laki-laki lalu bertanya, “Wahai Rasulullah, sungguh engkau mengucapkan suatu bacaan yang tidak pernah engkau ucapkan sebelumnya!” 
 
Baginda bersabda: “Itu sebagai penebus dosa yang terjadi selama dalam majlis.”
 
(HR Abu Daud : 4217) Status: Hasan
 
 May be an image of text

Tuesday, August 24, 2021

Ibubapa Sebab Masuk Syurga

 

Selasa, 15 Muharram 1443H: Daripada Abu Hurairah R.A, Rasulullah SAW bersabda:

رَغِمَ أَنْفُ ثُمَّ رَغِمَ أَنْفُ ثُمَّ رَغِمَ أَنْفُ.‏ قِيلَ مَنْ يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ: ‏‏مَنْ أَدْرَكَ أَبَوَيْهِ عِنْدَ الْكِبَرِ أَحَدَهُمَا أَوْ كِلَيْهِمَا فَلَمْ يَدْخُلِ الْجَنَّةَ ‏‏
 
Maksudnya: “Kehinaan, kehinaan, kehinaan.” Baginda ditanya: “Siapa (yang engkau maksudkan) wahai Rasulullah?” 
 
Rasulullah menjawab: “Siapa sahaja yang mempunyai orang tuanya ketika sudah lanjut usia, salah satu atau keduanya namun tidak (menjadikannya sebab) masuk syurga.”
 
(Riwayat Muslim, No. 2551)
 May be an image of one or more people and text that says "JANGAN MERUNGUT kalau IBUMU minta tolong darimu, KERANA kerja yang disuruh itu tidak seberat MELAHIRKAN KAMU"

Monday, August 23, 2021

Kepemimpinan Orang Yang Bodoh

 

Isnin, 14 Muharram 1443H: Daripada Jabir bin Abdullah RA, sesungguhnya Nabi SAW bersabda kepada Ka’b bin ‘Ujrah RA: "Mudah-mudahan, Allah memelihara kamu dari kepemimpinan orang-orang yang bodoh.
 
Ka’b bertanya: "Wahai Rasulullah, apakah itu kepemimpinan orang yang bodoh?"

Rasulullah menjelaskan: (iaitu) "Para pemimpin yang muncul selepas dariku, tetapi mereka tidak menggunakan petunjukku, dan mereka tidak mengamalkan sunnahku. Barangsiapa yang membenarkan penipuan mereka, atau membantu kezaliman mereka, maka mereka itu adalah bukan dari umatku. Dan aku bukan sebahagian dari mereka. Mereka tidak akan dapat minum di telagaku (di akhirat kelak). 
 
Barangsiapa yang tidak membenarkan penipuan mereka, dan tidak membantu kezaliman mereka, maka dia adalah sebahagian dari umatku dan aku adalah sebahagiandarinya, dia akan dapat minum di telagaku kelak."
 
(Musnad Ahmad, no: 14441 - dinilai oleh al-Arna’ut sebagai hadis yang memiliki sanad yang kuat (qawi))
 
 May be an image of text

Friday, August 20, 2021

Telitilah Dengan Siapa Kita Berkawan

Jumaat, 11 Muharram 1443H: Diriwayatkan oleh Abu Hurairah R.anh bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:

الرَّجُلُ عَلَى دِينِ خَلِيلِهِ فَلْيَنْظُرْ أَحَدُكُمْ مَنْ يُخَالِلُ
 
Maksudnya: "Seseorang lelaki itu berada di atas agama sahabatnya. Maka hendaklah salah seseorang daripada kamu meneliti dengan siapa dia berkawan."
 
Riwayat Al-Tirmizi (4833)
 
May be an image of text that says "BERHATI-HATILAH -HATILAH DALAM MELANGKAH KARENA BISA SAJA LANGKAH KITA MENJERUMUSKAN ORANG LAIN DALAM JURANG KESESATAN "Dan sesungguhnya mereka akan memikul beban (dosa) mereka, dan beban-beban (dosa yang lain) di samping beban-beban mereka sendiri" (al-Ankabut:13) Bicara Hidayah"

Thursday, August 19, 2021

Doa Rasulullah Kepada Pemimpin

Khamis, 10 Muharram 1442H: Daripada Aisyah RA, dia berkata, aku mendengar Rasulullah SAW bersabda di dalam rumahku ini: "Wahai Tuhanku, barangsiapa yang dilantik menguruskan urusan umatku ini lalu dia menyusahkan urusan umatku, maka susahkanlah (urusan) mereka.

Dan barangsiapa yang dilantik menguruskan urusan umatku dan dia melakukannya dalam keadaan yang lembut dan baik maka Engkau berlaku lembutlah terhadap mereka "
 
(Sahih Muslim, no: 1828)
 
 May be an image of monument and text

Wednesday, August 18, 2021

Puasa Hari Asyura 10 Muharram

 

Rabu, 9 Muharram 1443H: Daripada Abu Qatadah R.A. bahawasanya Rasulullah S.A.W bersabda:

وَصِيَامُ يَوْمِ عَاشُورَاءَ، أَحْتَسِبُ عَلَى اللهِ أَنْ يُكَفِّرَ السَّنَةَ الَّتِي قَبْلَهُ
 
Maksudnya: “Dan berpuasa pada hari ‘Asyura sesungguhnya aku mengharapkan kepada Allah agar ia dapat menghapuskan dosa-dosa setahun yang sebelumnya.”
 
[Riwayat Muslim (1162)]
 May be an image of text

Tuesday, August 17, 2021

Sedikit Ketawa Banyak Menangis

 

Selasa, 8 Muharram 1443H: Dari Anas R.A. Berkata: Rasulullah S.A.W berkhutbah, tidak pernah aku mendengar suatu khutbah pun yang semacam itu kerana amat menakutkan. Beliau S.A.W bersabda, “Seandainya kalian mengetahui apa yang aku ketahui, kalian pasti akan sedikit ketawa dan banyak menangis”.

Anas berkata: Maka para Sahabat Rasulullah S.A.W menutupi muka mereka lalu menangis teresak-esak.”
 
(Muttafaq ‘alaih)
 
 May be an image of ‎text that says "‎'Al-Khauf' Takut Kepada Allah memiliki kedudukan yang tinggi dalam keimanan, bahkan merupakan ibadah hati yang diperintahkar oleh Allah dan RasulNya. Namun, apakah hakekat yang sesungguhnya? Al-Hafıdz Ibnu Rajab rahimahullah berkata: ANISLAM وإنما ،عينيه وعصر بکی من الخائف ليس Hakekat الحرام من اشتهى ترك من الخائف ابن رسائل) عليه قدر "Orang yang takut kepada Allah bukanlah orang yang menangis dan memeras kedua matanya. Akan tetapi orang yang takut kepada Allah, adalah orang yang akt meninggalkan sesuatu yang diharamkan di saat menginginkannya." (Rasail Ibnu 1/163) Allah anugrahkanlah kami rasa takut kepadaMu, sehingga kami menjadi yang bertaqwa kepadaMu. Amiin Zaenal Mursalin‎"‎

Monday, August 16, 2021

Golongan Al Mujahirin

 

Isnin, 7 Muharram 1443H: Daripada Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Setiap umatku diberikan kemaafan melainkan golongan al-mujahirin. Sesungguhnya di antara perbuatan mendedahkan dosa itu adalah, seorang lelaki itu melakukan perbuatan dosa pada satu malam.

Kemudian dia bangun pagi dalam keadaan Allah telah menutup keaiban dirinya. Lalu dia menceritakan kepada orang lain dengan katanya: ‘Wahai si fulan, semalam aku telah melakukan perbuatan dosa itu dan ini’. 
 
Sedangkan dia tidur dalam keadaan Allah menutup keaiban dirinya, lalu dia bangun dan mendedahkan apa yang Allah tutupkan daripada dirinya.” 
 
(Riwayat al-Bukhari - 6069)
 May be an image of one or more people and text

Friday, August 13, 2021

Kelebihan Membaca Surah Al-Kahfi Pada Hari Jumaat

 

Jumaat, 4 Muharram 1443H: [1] Dari Abu Said Al-Khudri ra, dari Nabi saw bersabda :“Barangsiapa membaca surah Al-Kahfi pada malam Jumaat, maka dipancarkan cahaya untuknya sejauh antara dirinya dia dan Baitul ‘atiq.”

[Sunan Ad-Darimi 3273. An-Nasaei dan Al-Hakim]
 
[2] Dalam riwayat lain dari Abu Sa’id Al-Khudri ra :“Barangsiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka akan dipancarkan cahaya untuknya di antara dua Jumaat.”
 
[HR Al-Hakim 2/368, al-Baihaqi 3/249. Ibnu Hajar kata ‘ Hadis Hasan’ dalam Takhrij al-Azkar. Beliau kata hadis ini paling kuat tentang surah Al-Kahfi].
 
[3] Dari Ibnu Umar ra berkata : Rasulullah saw bersabda ;“Siapa yang membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka akan memancar cahaya dari bawah kakinya sampai ke langit, akan menerangkan kelak pada hari kiamat dan diampuni dosanya antara dua Jumaat.”
 
[Al-Mundzir berkata : hadis ini diriwayatkan oleh Abu Bakar bin Mardawih dalam tafsirnya dengan Isnad yang tidak cacat]. (Dari kitab at-Targhib Wa al-Tarhib 1/298)
 May be an image of ‎one or more people and ‎text that says "‎Empat Fitnah dalam Surah al-Kahfi Kisah Pemuda Kahfi yang menyelamatkar akidah Kisah Pemilik dua kebun Ayat 9-25 Kisah Nabi Musa dan Nabi Khadir Ayat 32-44 Kisah Zulkarnain Ayat 60-82 Fitnah Agama Ayat 83-98 Fitnah Harta Fitnah Ilmu Fitnah Kuasa DR. AHMAD SANUSI AZMI UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA دi‎"‎‎

Thursday, August 12, 2021

Jangan Menyalahkan Takdir

 

Khamis, 3 Muharram 1443H: Rasulullah SAW bersabda: "Sekiranya kamu ditimpa sesuatu musibah, janganlah kamu mengatakan 'kalaulah aku melakukan itu dan ini'. Akan tetapi, katakanlah 'takdir (ketentuan) ALLAH dan apa yang dikehendakinya pasti akan terjadi'."

(Riwayat Sahih Muslim)
 
 May be an image of text that says "BIMBINGAN ISLAM Musibah Bagaikan Air Keruh, Semakin Kau Aduk Semakin Keruh Bersabarlah Karena Sebentar Lagi Dia Akan Menjadi Jernih Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam bersabda, "Dan ketahuilah, sesungguhnya kemenangan itu beriringan dengan kesabaran.J Jalan keluar beriringan dengan kesukaran. Dan sesudah kesulitan itu akan datang kemudahan." (HR Abdu bin Humaid Musnad no 636, Ad Durrah As Salafiyyah hal. 148)"

Wednesday, August 11, 2021

Selamat Tahun Hijrah 1443H

Rabu, 2 Muharram 1443H: Diriwayatkan oleh Imam Ahmad, daripada Ibn Abbas RA berkata:
 
وُلِدَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَوْمَ الْإِثْنَيْنِ، وَاسْتُنْبِئَ يَوْمَ الْإِثْنَيْنِ، وَخَرَجَ مُهَاجِرًا مِنْ مَكَّةَ إِلَى الْمَدِينَةِ يَوْمَ الْإِثْنَيْنِ، وَقَدِمَ الْمَدِينَةَ يَوْمَ الْإِثْنَيْنِ، وَتُوُفِّيَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَوْمَ الْإِثْنَيْنِ وَرَفَعَ الْحَجَرَ الْأَسْوَدَ يَوْمَ الْإِثْنَيْنِ
 
Maksudnya: “Nabi SAW dilahirkan pada hari Isnin, diangkat menjadi nabi pada hari Isnin, keluarberhijrah dari Makkah ke Madinah pada hari Isnin, masuk (sampai) ke Madinah pada hari Isnin, wafat juga pada hari Isnin dan Hajar al-Aswad diangkat (diletakkan) pada hari Isnin.” 
 
[Riwayat Ahmad (2506)][Syeikh Syu’aib al-Arna’outh menilai sanad hadith ini dhaif disebabkan Abdullah bin Lahi’ah]

 May be a cartoon of text

Friday, August 6, 2021

Semua Sama Kecuali Ketakwaan

 

Jumaat, 27 Zulhijjah 1442H: Nabi Muhamad SAW bersabda ;“Wahai manusia! Sesungguhnya tuhan kamu sama, bapa kamu sama (Adam).

Ketahuilah! Tiada kelebihan orang Arab ke atas ‘ajam (yang bukan Arab), atau ‘ajam ke atas Arab, atau yang berkulit merah ke atas yang berkulit hitam, atau yang berkulit hitam ke atas yang berkulit merah melainkan ketakwaan”
 
(Riwayat Ahmad dan al-Baihaqi,)
 May be an image of text

Thursday, August 5, 2021

Solat Witir Solat Terakhir Sebelum Tidur

 

Khamis, 26 Zulhijjah 1442H: Daripada Abu Hurairah R.A beliau berkata:

أَوْصَانِي خَلِيلِي صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِثَلاَثٍ: صِيَامِ ثَلاَثَةِ أَيَّامٍ مِنْ كُلِّ شَهْرٍ، وَرَكْعَتَيِ الضُّحَى، وَأَنْ أُوتِرَ قَبْلَ أَنْ أَنَامَ
 
Maksudnya: "Kekasihku (Rasulullah S.A.W) berwasiat kepadaku supaya melakukan tiga perkara iaitu: Berpuasa tiga hari pada setiap bulan, dua rakaat Dhuha dan melakukan solat witir sebelum tidur."
 
Riwayat Al-Bukhari (1981)
 
Begitu juga berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abdullah Ibn Umar R.A bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:
اجْعَلُوا آخِرَ صَلاَتِكُمْ بِاللَّيْلِ وِتْرًا
Maksudnya: "Jadikanlah solat witir sebagai solat terakhir kamu pada waktu malam."
 
Riwayat Al-Bukhari (998)
 May be an image of text

Wednesday, August 4, 2021

Kebaikan Memiliki Sahabat

 

Rabu, 25 Zulhijjah 1442H; Rasulullah SAW bersabda mengenai kebaikan memiliki Sahabat yang bermaksud:

“Setelah orang mukmin itu terbebas dari neraka dan masuk ke syurga, demi Allah S.W.T, Zat yang jiwaku berada di tangan-Nya, sungguh kalian begitu gigih dalam memohon kepada Allah S.W.T untuk memperjuangkan nasib saudaranya yang berada di dalam neraka pada hari kiamat. Mereka memohon, “Wahai Tuhan kami, mereka (Yang masih tinggal di neraka) pernah berpuasa bersama kami, solat dan juga haji.” 
 
“Maka dijawab oleh Allah S.W.T, “Keluarkan (Dari neraka) orang yang kalian kenal.” Sehingga wajah mereka diharamkan untuk dibakar oleh api neraka. Mukminin ini pun mengeluarkan ramai saudaranya yang telah dibakar sampai betisnya dan ada yang sampai lututnya.
 
“Kemudian orang-orang mukmin itu menyatakan kepada Allah, “Wahai Tuhan kami, orang yang Engkau perintahkan untuk dibebaskan dari neraka, sudah tidak ada yang berbaki.”
 
“Maka Allah berfirman, “Kembali lagi (ke neraka), keluarkan yang masih memiliki iman seberat dinar.” Maka dikeluarkanlah orang mukmin dalam jumlah yang ramai yang diseksa di neraka. Kemudian mereka menyatakan kepada Allah, “Wahai Tuhan kami, kami tidak meninggalkan seorang pun orang yang Engkau perintahkan agar dibebaskan.”
 
(Hadis Riwayat Muslim)
 May be an image of text

Tuesday, August 3, 2021

Sejahat-Jahat Hamba Allah

 

Selasa, 24 Zulhijjah 1442H: Rasulullah SAW bersabda :

شِرَارُ عِبَادِ اللهِ الْمَشَّاءُونَ بِالنَّمِيمَةِ، الْمُفَرِّقُونَ بَيْنَ الْأَحِبَّةِ، الْبَاغُونَ الْبُرَآءَ الْعَنَتَ
 
Maksudnya : “Sejahat-jahat hamba Allah ialah mereka yang berjalan membawa mulut, iaitu mengadu domba, yang suka memecah-belahkan antara orang-orang yang berkasih sayang, yang mencacatkan orang-orang yang suci dengan kata-kata yang jahat”
 
[HR Ahmad (17998)]
 May be an image of ‎fire and ‎text that says "‎BAHAYA BATU API! عَنْكَ نَقَلَ إلَيْكَ نَقَلَ وَمَنْ "Sesiapa yang mengadu domba (melagakan) seseorang kepada engkau, maka dia juga akan domba (melagakan) engkau kepada orang lain. (tentang sesiapa Rek bawa berita kepada engkau orang, dia juga akan bawa berita tentang keburukan) engkau kepada orang [Imam Siyar 'lam An-Nubala] Kata AAM: Berhati-hatilah dengan lidah pengad domba, batu api dan pengumpat. Cerita sama orang yang berbeza. dia berbisik dengan kita tentang orang lain, mungkin besok pula dibawa cerita kita kepada orang itu. Semoga Allah selamatkan kita dari bencana ini. AAM, 9/7/2021. Halaqah Abu Anas YAYASAN PONDOK SUNGA DURIAN 553029619714 Anas 03072010136461‎"‎‎

Monday, August 2, 2021

Kelebihan Menuntut Ilmu

 

Isnin, 23 Zulhijjah 1442: Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

مَنْ سَلَكَ طَرِيقًا يَلْتَمِسُ فِيهِ عِلْمًا، سَهَّلَ اللهُ لَهُ بِهِ طَرِيقًا إِلَى الْجَنَّةِ، وَمَا اجْتَمَعَ قَوْمٌ فِي بَيْتٍ مِنْ بُيُوتِ اللهِ، يَتْلُونَ كِتَابَ اللهِ، وَيَتَدَارَسُونَهُ بَيْنَهُمْ، إِلَّا نَزَلَتْ عَلَيْهِمِ السَّكِينَةُ، وَغَشِيَتْهُمُ الرَّحْمَةُ وَحَفَّتْهُمُ الْمَلَائِكَةُ، وَذَكَرَهُمُ اللهُ فِيمَنْ عِنْدَهُ
 
Maksudnya: “Barangsiapa yang menempuh satu jalan untuk menuntut ilmu maka Allah SWT akan memudahkan baginya jalan untuk ke Syurga. Tidaklah satu kumpulan berkumpul di dalam sebuah rumah di antara rumah-rumah Allah, membaca kitab Allah (al-Qur’an) dan mempelajarinya sesama mereka melainkan akan turun kepada mereka sakinah (ketenangan), diliputi ke atas mereka rahmat dan dinaungi oleh malaikat serta Allah SWT akan menyebut mereka pada malaikat yang berada di sisi-Nya”.
 
[Riwayat Muslim (4867)]
 
 May be an image of text

Friday, July 30, 2021

Malas Berselawat Tanda Kebakhilan

 

Jumaat, 21 Zulhijjah 1442H: Abu Hurairah ra berkata,Rasulullah SAW telah bersabda : “Tiadalah suatu kaum berada di sesuatu majlis di mana mereka tidaklah menyebut nama Allah dan mereka tidak pula berselawat ke atas Nabi mereka, melainkan mereka pasti akan ditimpai padah(penyesalan). Maka jika Allah kehendaki ,Dia akan seksa mereka ; dan jika Dia kehendaki, Dia akan mengampunkan mereka.”

[ HR At-Tirmizi-3440 ]
 
Di dalam satu riwayat yang lain ,hadith ini di akhiri dengan: “……..mereka akan ditimpa penyesalan di hari Kiamat; sekali pun mereka dapat memasuki syurga bagi pahala amalan-amalan lain yang mereka kerjakan.”
 
[Sila rujuk Musnad Imam Ahmad. Disemak semula sebagai Sahih oleh Imam Al-Hakim, Adz-Dzahabi dan Al-Haitami]
 May be an image of one or more people and headscarf

Thursday, July 29, 2021

Cinta Dunia & Cinta Akhirat

 

Khamis, 19 Zulhijjah 1442H: Dari Zain bin Tsabit (Seorang Sahabat Nabi S.A.W), beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah S.A.W bersabda: “Siapa yang dunia menjadi keinginan terbesar di hatinya, maka Allah akan cerai beraikan urusannya. Dan Allah jadikan kefakiran di antara kedua matanya. Dan dunia tidak mendatanginya kecuali yang dituliskan saja untuknya.

Dan siapa yang akhirat itu menjadi niat utamanya (keinginan terbesar di hatinya akhirat), Allah akan kumpulkan urusannya, dan Allah akan jadikan kekayaan di hatinya dan dunia akan mendatanginya dalam keadaan dunia itu hina di matanya.”
 
(Hadis Riwayat Ibnu Majah)
 May be an image of ‎text that says "‎KITA HARTA DUNIA :ثَلاث ،مالِي مالِي العَبْدُ "يقولُ النبي عن هريرة أبي لِلنَّاسِ" وتارِكُهُ ،ذاهِبٌ فَهو ذلكَ سِوَى وما فافْتَنَى أغطى فأبلَى Hurairah meriwayatkan berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Seorang manusia berkata, Hartaku, hartaku. Padahal tidak ada harta baginya apa yang makan sehingga habis, apa yang pakai hingga lusuh, iasedekahkan dan mendapatkan pahalanya. Adapun semua yang selain daripada itu akan hilang dan akan ditinggalkan menjadi milik orang lain.' Muslim] Kita atas hanya meninggalkan dunia ini dahulu, hilang serta bencana Maka untuk bekalan yang jadikan akhirat yang kekal abadi, ulhijjah 1442H 22-7-2021 Abu YAYASAN PONDOK SUNGAI DURIAN Drbasitpsd 553029619714 03072010136461‎"‎

Wednesday, July 28, 2021

Pendusta

 

Rabu, 18 Zulhijjah 1442H: Diriwayatkan oleh Abu Hurairah R.A, Nabi SAW telah bersabda:

كَفَى بِالْمَرْءِ إِثْمًا أَنْ يُحَدِّثَ بِكُلِّ مَا سَمِعَ
 
Maksudnya: “Cukuplah seseorang dikatakan pendusta apabila dia menyampaikan apa sahaja yang didengarinya”.
 
[Riwayat Muslim (4482)
 May be an image of text

Tuesday, July 27, 2021

Sekiranya Allah Menginginkan Kebaikan

 

Selasa, 17 Zulhijjah 1441H: Rasulullah SAW bersabda:

إِذَا أَرَادَ اللَّهُ بِعَبْدٍ خَيْرًا اسْتَعْمَلَهُ قَالُوا وَكَيْفَ يَسْتَعْمِلُهُ قَالَ يُوَفِّقُهُ لِعَمَلٍ صَالِحٍ قَبْلَ مَوْتِهِ
 
Maksudnya: "Jika sekiranya Allah SWT menginginkan kebaikan terhadap hambaNya, maka Allah SWT menjadikannya sentiasa melakukan amal."
 
Para sahabat RAnhum bertanya, “Bagaimana dia menjadikannya sentiasa melakukan amal?”. 
 
Rasulullah SAW bersabda: “Allah SWT akan memberikan taufiq padanya untuk melaksanakan amal soleh sebelum daripada kematiannya.
 
Hadith riwayat al-Tirmidzi: (2142
 May be an image of text

Monday, July 26, 2021

Berbicara Tanpa Disedari Syurga Atau Neraka?

 

Isnin, 16 Zulhijjah 1442H: Rasulullah saw bersabda:

إِنَّ الْعَبْدَ لَيَتَكَلَّمُ بِالْكَلِمَةِ مِنْ رِضْوَانِ اللَّهِ لَا يُلْقِي لَهَا بَالًا يَرْفَعُهُ اللَّهُ بِهَا دَرَجَاتٍ وَإِنَّ الْعَبْدَ لَيَتَكَلَّمُ بِالْكَلِمَةِ مِنْ سَخَطِ اللَّهِ لَا يُلْقِي لَهَا بَالًا يَهْوِي بِهَا فِي جَهَنَّمَ
 
Seorang hamba yang berbicara mengenai sesuatu perbicaraan yang termasuk dalam keredhaan Allah, sedang dia tidak sedarinya; namun dengan sebab satu kalimat itu Allah menaikkan martabatnya beberapa darjat. 
 
Adapun mereka yang berbicara mengenai suatu perkara yang termasuk dalam kemurkaan Allah, sedang dia tidak sedarinya; dengan sebab satu kalimat itu buruk itu dia dimasukkan ke dalam neraka Jahannam.” 
 
(Hadis Riwayat Bukhari)
 
 May be an image of text

Friday, July 23, 2021

Korban Rasulullah SAW

 

Jumaat, 13 Zulhijjah 1442H: Diriwayatkan oleh Jabir RA, bahawa Baginda SAW telah melakukan korban:

فَنَحَرَ ثَلَاثًا وَسِتَّينَ بَدَنَةً بِيَدِهِ ثُمَّ أَعْطَى عَلِيًّا فَنَحَرَ مَا غَبَرَ وَأَشْرَكَهُ فِي هَدْيِهِ ثُمَّ أَمَرَ مِنْ كُلِّ بَدَنة بِبَضْعَةٍ فَجَعَلَتْ فِي قِدرٍ فَطَبَخَتْ فَأَكَلَا مِن لَحْمِهَا وَشُرْبَا مِن مَرْقِهَا
 
Maksudnya: "Baginda SAW menyembelih 63 ekor unta, kemudian Baginda SAW memberikan kepada Ali Ibn Abi Talib untuk menyembelih apa yang terbaki. Lalu Baginda SAW menyuruh supaya bagi setiap satu unta itu dibahagikan kepada beberapa orang. Kemudian dimasukkan ke dalam periuk lalu dimasak. Setelah itu mereka berdua makan dagingnya dan minum kuahnya."
 
Hadith riwayat Muslim: (1218)
 May be an image of text

Thursday, July 22, 2021

Hari Menetap Di Mina

 

Khamis, 12 Zulhijjah 1442H: Diriwayatkan oleh Abdullah bin Qurth, daripada Nabi SAW, bahawa Baginda telah bersabda,

أَعْظَمَ الأَيَّامِ عِنْدَ اللَّهِ يَوْمُ النَّحْرِ ثُمَّ يَوْمُ الْقَرِّ
 
Maknanya : ''Hari yang agung di sisi Allah ialah Hari Raya Korban,kemudian hari menetap di Mina iaitu pada hari kesebelas dalam bulan Zulhijjah.''
 
Riwayat Ibnu Khuzaimah (2917) di dalam Sohihnya, al-Baihaqi (10538) di dalam Sunan al-Kubra
 
 May be an image of text that says "KENAPA DISEBUT HARI TASYRIK? Imam Nawawi rahimahullah berkata: Disebut tasyrik karena tasyrik itu berarti mendendeng atau menjemur daging kurban di terik matahari. [Syarh Shahih Muslim, 8: 18] Maksudnya adalah menjemur daging kurban di terik matahari, karena di masa silam tidak ada pendingin atau freezer seperti saat ini. Yang ada, supaya daging itu awet, daging tersebut dijemur atau didendeng."

Wednesday, July 21, 2021

Hari Makan & Minum

 

Rabu, 11 Zulhijjah 1442H: Uqbah bin 'Amir bahawa Nabi SAW bersabda,

يَوْمُ عَرَفَةَ وَيَوْمُ النَّحْرِ وَأَيَّامُ التَّشْرِيقِ عِيدُنَا أَهْلَ الْإِسْلَامِ وَهُنَّ أَيَّامُ أَكْلٍ وَشُرْبٍ
 
Maksudnya:'' Hari Arafah, Hari Raya Korban, dan hari tasyrik adalah kesemuanya hari raya bagi umat Islam, ia merupakan hari makan dan minum.”
 
Riwayat al-Tirmizi (773),Abu Daud (2419), al-Nasaie (3004), Imam Ahmad (17379) di dalam Musnad
 
* Hari Arafah - bagi yg menunaikan Ibadat Haji selain drp itu digalakkan berpuasa pada Hari Arafah.
 
 May be an image of one or more people and text

Friday, July 16, 2021

Menjual Kulit Hewan Qurban

 

Jumaat, 6 Zulhijjah 1442H: Daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Barang siapa yang menjual kulit hewan qurbannya maka qurbannya tidak diterima.”

(HR. Hakim & Baihaqi; Hadis ini dishahihkan oleh Al Bani)
 
*Manakala golongan faqir dibolehkan untuk menjual daging yang diberikan kepadanya.
 May be an image of text that says "KEBAIKAN DARI SETIAP HELAI BULU HEWAN QURBAN Zaid ibn Arqam, ia berkata atau mereka berkata: "Wahai Rasulullah SAW, apakah qurban itu?" Rasulullah meniawab: "Qurban adalah sunnahnya bapak kalian, Nabi Ibrahim." Mereka menjawab: "Apa keutamaan yang kami akan peroleh dengan qurban itu?" Rasulullah menjawab: "Setiap satu helai rambutnya adalah satu kebaikan. Mereka menjawab: "Kalau bulu-bulunya? Rasulullah menjawab: "Setiap satu helai bulunya juga satu kebaikan." [HR. Ahmad dan ibn Majah] @lmizakat_"

Wednesday, July 14, 2021

Bersihkan Jiwa Dengan Berkorban

 

Rabu, 4 Zulhijjah 1442H: Daripada Aisyah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

مَا عَمِلَ آدَمِيٌّ مِنْ عَمَلٍ يَوْمَ النَّحْرِ أَحَبَّ إِلَى اللَّهِ مِنْ إِهْرَاقِ الدَّمِ، إِنَّهُ لَيَأْتِي يَوْمَ القِيَامَةِ بِقُرُونِهَا وَأَشْعَارِهَا وَأَظْلَافِهَا، وَأَنَّ الدَّمَ لَيَقَعُ مِنَ اللَّهِ بِمَكَانٍ قَبْلَ أَنْ يَقَعَ مِنَ الأَرْضِ، فَطِيبُوا بِهَا نَفْسًا
 
Maksudnya: “Tidak ada amalan yang dilakukan oleh anak adam pada hari al-Nahr (Raya Aidiladha) yang lebih dicintai oleh Allah selain daripada menumpahkan darah (binatang korban). Sesungguhnya ia akan datang pada hari Kiamat dengan tanduknya, bulunya dan kukunya dan sesungguhnya darah tersebut akan sampai kepada redha Allah SWT sebelum ia jatuh ke bumi. Maka, bersihkanlah jiwa kamu (dengan berkorban).”
 
[Riwayat al-Tirmizi (1493)][Imam al-Tirmizi menghukum hadith ini sebagai hasan gharib]
 May be an image of text that says "Meraih taqwa melalui ibadah Qurban Menyembelih qurban adalah suatu ibadah yang mulia dan bentuk pendekatan diri pada Allah, bahkan seringkali ibadah qurban digandengkan dengan ibadah shalat. Allah Ta'ala berfirman, "Maka dirikanlah shalat karena Tuhanmu; dan berqurbanlah." (QS. Al Kautsar: 2) Web konsultasi: Pesantren:"

Tuesday, July 13, 2021

Keistimewaan 10 Awal Zulhijjah

 

Selasa, 3 Zulhijjah 1442H: Daripada Ibnu Abbas R.A, Daripada Nabi SAW, Baginda bersabda:

مَا مِنْ أَيَّامٍ الْعَمَلُ الصَّالِحُ فِيهَا أَحَبُّ إِلَى اللهِ مِنْ هَذِهِ الأَيَّامِ يَعْنِي أَيَّامَ الْعَشْرِ ، قَالُوا : يَا رَسُولَ اللهِ ، وَلاَ الْجِهَادُ فِي سَبِيلِ اللهِ ؟ قَالَ : وَلاَ الْجِهَادُ فِي سَبِيلِ اللهِ ، إِلاَّ رَجُلٌ خَرَجَ بِنَفْسِهِ وَمَالِهِ ، فَلَمْ يَرْجِعْ مِنْ ذَلِكَ بِشَيْءٍ.
 
Maksudnya : "Tiada hari-hari yang amalan soleh yang paling disukai oleh Allah untuk dilakukan melainkan hari-hari ini-baginda memasukkan: 10 hari terawal Zulhijjah-."
 
Para sahabat bertanya, "Wahai Rasulullah, Walaupun jihad di jalan Allah tidak dapat menandinginya?
 
"Baginda bersabda,"Walaupun jihad di jalan Allah tidak dapat menandinginya, melainkan seorang lelaki yang keluar berjihad bersama hartanya, kemudian dia langsung tidak kembali."
 
Riwayat al-Bukhari (969),Abu Daud (2438),Ibn Majah (1727),al-Tirmizi (757)
 May be an image of one or more people, people standing and text

Monday, July 12, 2021

Ibadat Qurban - Larangan Memotong Kuku Dan Rambut.

Isnin, 2 Zulhijjah 1442H: Daripada Ummu Salamah R.anha bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda:

 مَنْ كَانَ لَهُ ذِبْحٌ يَذْبَحُهُ فَإِذَا أُهِلَّ هِلَالُ ذِي الْحِجَّةِ، فَلَا يَأْخُذَنَّ مِنْ شَعْرِهِ، وَلَا مِنْ أَظْفَارِهِ شَيْئًا حَتَّى يُضَحِّيَ
 
Maksudnya: "Barangsiapa yang mempunyai binatang korban untuk disembelih, maka apabila terlihatnya anak bulan Zulhijjah, janganlah dia mengambil satu apa pun (yakni memotong) daripada rambutnya, mahupun daripada kukunya sehingga dia selesai berkorban."
 
Hadis riwayat Imam Muslim (1977)
 May be an image of text

Friday, July 9, 2021

Perbanyakkan Selawat Pada Hari Jumaat

 

Jumaat, 28 Zulkaedah 1442H: Daripada Aus bin Aus RA, daripada Nabi SAW, baginda bersabda: "Sesungguhnya hari yang paling utama bagi kamu adalah hari Jumaat kerana pada hari itu Nabi Adam dijadikan, pada hari itu baginda diwafatkan, pada hari itu ditiupnya sangkakala (berlaku kiamat) dan pada hari itu akan ditiupkan sangkakala pertama (dibangkitkan kembali).Maka perbanyaklah selawat kepadaku kerana selawat kamu akan disampaikan kepadaku." 

 Mereka (para sahabat) berkata: "Wahai Rasulullah SAW, bagaimanakah selawat kami boleh sampai kepada kamu, sedangkan kamu telah wafat? (atau) mereka berkata: "Telah hancur (tulangnya)”. 
 
Lalu baginda SAW bersabda: "Allah SWT mengharamkan tanah untuk memakan jasad para Nabi AS."
 
(Hadith riwayat Abu Dawud, No: 1047, 1531, An-Nasaie, No: 1374, Ibn Majah, No: 1085, 1636)
 
 May be an image of text that says "Jom Perbanyakkan Selawat Perbanyakkan ah berselawat ke atasku pada setiap Hari Jumaat Sesungguhnya selawat dibaca oleh umatku akan dibentangkan kpdku pada setiapHari Jumaat Barangsiapa yg paling byk berselawat ke atasku maka dia akan berada paling hampir dgnku (di dalamsyurga) (HRALBAHAQ HADIS HASANJ HAHMISA FEC-O AEL A.L.C"

Thursday, July 8, 2021

Siapakah Manusia Terbaik?

Khamis, 27 Zulkaedah 1442H: 
1)Daripada Abi Bakrah RA berkata, telah datang seorang lelaki kepada Rasulullah SAW lalu bertanya: “Wahai Rasulullah, siapakah manusia yang terbaik?

Rasulullah SAW menjawab:
مَنْ طَالَ عُمُرُهُ وَحَسُنَ عَمَلُهُ
Maksudnya: “Siapa yang usianya dan baik amalannya.” 
 
[Riwayat al-Tirmizi (2330)][Imam al-Tirmizi menilai hadith ini sebagai hasan sahih]
 
2)Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
مَنْ عُمِّرَ سِتِّينَ سَنَةً، أَوْ سَبْعِينَ سَنَةً، فَقَدْ عُذِرَ إِلَيْهِ فِي الْعُمُرِ
 
Maksudnya: “Sesiapa yang sampai usianya 60 tahun atau 70 tahun, maka Allah tidak menerima alasan disebabkan umurnya itu.” 
 
[Riwayat Ahmad (9251)][Hadith ini dinilai sahih oleh Syeikh Syu’aib al-Arna’outh]
 May be an image of tree and text

Wednesday, July 7, 2021

Kuasa Menyebabkan Penyesalan

Rabu, 26 Zulkaedah 1442H: Daripada Abu Hurairah RA, daripada Nabi SAW bersabda: "Sesungguhnya kamu akan bersungguh mengejar kepimpinan (jawatan), sedangkan ia akan menjadi satu penyesalan buat kamu di hari akhirat. 

 
Maka yang sebaik-baiknya adalah yang memberi susuan (pemimpin yang memberi kebaikan), dan yang seburuk-buruknya adalah pemutus susu (iaitu kiasan buat pemimpin yang memutuskan nikmat kepada rakyat)."
 
(Sahih al-Bukhari, no: 7148)
 May be an image of text

Tuesday, July 6, 2021

Wasiat Rasulullah Kepada Abu Dzar

Selasa, 25 Zulkaedah 1442H: Dari Abu Dzar RA , ia menceritakan, "Aku pernah berkata pada Rasulullah SAW , 'Wahai Rasulullah, berilah aku wasiat! Rasulullah SAW bersabda, 'Hendaklah engkau bertakwa kepada Allah Ta'ala, karena takwa adalah akar dari setiap urusan."

 
Aku berkata lagi, 'Wahai Rasulullah , tambahkan wasiat untukku!' Rasulullah pun bersabda: "Hendaklah engkau membaca Al-Qur'an , karena sesungguhnya Al-Qur'an itu Nur (cahaya) bagimu di muka bumi dan bekal yang disimpan di langit". 
 
(HR. Ibnu Habban)
 No photo description available.

Monday, July 5, 2021

Manusia Yang Terbaik

Isnin, 24 Zulkaedah 1442H: *Daripada Abi Bakrah RA berkata, telah datang seorang lelaki kepada Rasulullah SAW lalu bertanya: “Wahai Rasulullah, siapakah manusia yang terbaik?"

 Rasulullah SAW menjawab:
مَنْ طَالَ عُمُرُهُ وَحَسُنَ عَمَلُهُ
Maksudnya: “Siapa yang usianya dan baik amalannya.”
 
[Riwayat al-Tirmizi (2330)][Imam al-Tirmizi menilai hadith ini sebagai hasan sahih]
 
 
*Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
مَنْ عُمِّرَ سِتِّينَ سَنَةً، أَوْ سَبْعِينَ سَنَةً، فَقَدْ عُذِرَ إِلَيْهِ فِي الْعُمُرِ
 
Maksudnya: “Sesiapa yang sampai usianya 60 tahun atau 70 tahun, maka Allah tidak menerima alasan disebabkan umurnya itu.”
 
[Riwayat Ahmad (9251)][Hadith ini dinilai sahih oleh Syeikh Syu’aib al-Arna’outh]
 May be an image of tree and text