Friday, April 15, 2022

Tiga Doa Malaikat & Di Amin Oleh Rasulullah SAW

Jumaat, 13 Ramadhan 1443H: Daripada Sayyidina Abu Hurairah:Sesungguhnya Rasulullah menaiki mimbar (padasuatu hari), lalu Baginda berkata, Amin(perkenankanlah Ya Allah), amin, amin.”  

Ditanyakankepada Baginda, Wahai Rasulullah, apakah yangmembuatkan Tuan mengatakan kata-kata ini?”  

Lalu Baginda menjawab, “Jibril berkata kepadaku, “Semoga Allah menghina seorang hamba atau menjauhkannya daripada rahmat-Nya, yang memasuki Ramadhan,tetapi dia tidak diampunkan (dosa-dosanya). 

 Lalu aku(Rasulullah ) katakan, Amin.”  

Kemudiandia(Jibril)berkata, “Terhinalah seorang hamba atau jauhlah diadaripada rahmat-Nya, yang sempat bersama keduaorang tuanya yang masih hidup atau salah seorangdaripada keduanya (masih hidup), tetapi ia tidakmemasukkannya ke syurga.”  

Lalu aku katakan, Amin.”

 Kemudian dia (Jibril) berkata, Terhinalah seoranghamba atau jauhlah dia daripada rahmat-Nya, ketikanamamu disebut di sisinya, dia tidak berselawat kepadamu.” 

Lalu aku katakan, Amin.” 

Riwayat Imam Ibnu Khuzaimah.

Thursday, April 14, 2022

Ramadhan Bulan Yang DiBerkati

Rabu, 12 Ramadhan 1443H: Daripada Sayyidina Abu Hurairah, Nabi bersabda:Sesungguhnya Ramadhan telah datang kepada kamu,suatu bulan yang diberkati. Allah mewajibkan puasa keatas kamu dalamnya. Di dalamnya, dibuka pintu-pintusyurga, ditutup pintu-pintu neraka Jahim dan dibelenggusyaitan-syaitan. Di dalamnya ada satu malam yang lebihbaik daripada seribu bulan. Sesiapa yang dihalangdaripada mendapat kebaikannya, maka sesungguhnyadia memang terhalang.”

Riwayat Imam Ahmad, Imam Ishaq bin Rahawaih (Rahuyah), ImamAn-Nasai, Imam Al-Baihaqi, Imam Ibnu Abi Syaibah, Imam Abd binHumaid dan Imam Ath-Thabrani

Wednesday, April 13, 2022

Amaran Kepada Yang Berpuasa

 Rabu, 11 Ramadhan 1443H: Diriwayatkan Abu Hurairah RA, sabda Nabi SAW:

"‏ مَنْ لَمْ يَدَعْ قَوْلَ الزُّورِ وَالْعَمَلَ بِهِ فَلَيْسَ لِلَّهِ حَاجَةٌ فِي أَنْ يَدَعَ طَعَامَهُ وَشَرَابَهُ ‏"

Maksudnya: “Sesiapa yang tidak meninggalkan kata-kata dusta dan amalan yang keji, maka Allah tidak berhajat pada perbuatannya yang meninggalkan makan dan minumnya

Riwayat al-Bukhari (1903)

Monday, April 11, 2022

Berserdekah Di Bulan Ramadhan

 Isnin, 9 Ramadhan 143H: Riwayat al-Imam al-Bukhari Rahimahullah, daripada Ibn ‘Abbas R.Anhuma:

كَانَ النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم أَجْوَدَ النَّاسِ، وَأَجْوَدُ مَا يَكُونُ فِي رَمَضَانَ، حِينَ يَلْقَاهُ جِبْرِيلُ، وَكَانَ جِبْرِيلُ عَلَيْهِ السَّلاَمُ يَلْقَاهُ فِي كُلِّ لَيْلَةٍ مِنْ رَمَضَانَ، فَيُدَارِسُهُ الْقُرْآنَ فَلَرَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم أَجْوَدُ بِالْخَيْرِ مِنَ الرِّيحِ الْمُرْسَلَةِ‏

Maksudnya: Adalah Nabi seorang yang paling pemurah dan menjadi lebih pemurah pada bulan Ramadhan ketika Jibril AS bertemu dengannya. Adalah Jibril AS bertemu dengan Nabi pada setiap malam pada bulan Ramadhan untuk mengulangkaji Al-Quran dan kemudiannya Rasulullah menjadi lebih pemurah daripada hembusan angin yang pantas.

Riwayat Al-Bukhari (3554)

Thursday, April 7, 2022

Sebaik-Baik Sahur Adalah Tamar

Khamis, 5 Ramadhan 1443H: Diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

نِعْمَ سَحُورُ المُؤمِنِ التَّمْرُ

Maksudnya: "Sebaik-baik sahur orang mukmin adalah dengan buah tamar."

Riwayat Abu Dawud (2345)

Wednesday, April 6, 2022

Berbezaan Puasa Orang Islam Dengan Puasa Ahli Kitab

 Rabu, 4 Ramadhan 1443h: Diriwayatkan oleh "Amr bin al-'As RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

فَصْلُ مَا بَيْنَ صِيَامِنَا وَصِيَامِ أَهْلِ الْكِتَابِ، أَكْلَةُ السَّحَرِ

Maksudnya: "Perbezaan antara bagi puasa kita dan puasa ahli kitab adalah dengan makan sahur."

Riwayat Muslim (1096)

Tuesday, April 5, 2022

Waktu Sahur

 Selasa, 3 Ramadhan 1443H: Zaid bin Thabit RA, beliau berkata:

تَسَحَّرْنَا مَعَ رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، ثُمَّ قُمْنَا إِلَى الصَّلَاةِ، قُلْتُ: كَمْ كَانَ قَدْرُ مَا بَيْنَهُمَا؟ قَالَ: خَمْسِينَ آيَةً

Maksudnya: "Kami telah bersahur bersama Rasulullah SAW kemudian kami bangun untuk mendirikan solat, aku telah bertanya, berapa jarak antara keduanya? Maka baginda SAW bersabda: 50 ayat."

Riwayat Muslim (1097), al-Nasaie (2155), dan Ibn Majah (1694)

Monday, April 4, 2022

Kelebihan Bersahur

Isnin, 2 Ramadhan 1443H: Diriwayatkan daripada Anas bin Malik RA, beliau berkata, Nabi SAW telah bersabda:

تَسَحَّرُوا فَإِنَّ فِي السُّحُورِ بَرَكَةً

Maksudnya: "Bersahurlah kamu semua, sesungguhnya pada sahur itu terdapat keberkatan."

Riwayat al-Bukhari (1923), dan Muslim (1095)

Friday, April 1, 2022

Kelebihan Solat Jumaat

 Jumaat, 28 Syaaban 1443: Diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA: Bahawa Nabi SAW bersabda:

مَنِ اغْتَسَلَ يَوْمَ الجُمُعَةِ غُسْلَ الجَنَابَةِ ثُمَّ رَاحَ، فَكَأَنَّمَا قَرَّبَ بَدَنَةً، وَمَنْ رَاحَ فِي السَّاعَةِ الثَّانِيَةِ، فَكَأَنَّمَا قَرَّبَ بَقَرَةً، وَمَنْ رَاحَ فِي السَّاعَةِ الثَّالِثَةِ، فَكَأَنَّمَا قَرَّبَ كَبْشًا أَقْرَنَ، وَمَنْ رَاحَ فِي السَّاعَةِ الرَّابِعَةِ، فَكَأَنَّمَا قَرَّبَ دَجَاجَةً، وَمَنْ رَاحَ فِي السَّاعَةِ الخَامِسَةِ، فَكَأَنَّمَا قَرَّبَ بَيْضَةً، فَإِذَا خَرَجَ الإِمَامُ حَضَرَتِ المَلاَئِكَةُ يَسْتَمِعُونَ الذِّكْرَ

Maksudnya: “Sesiapa yang mandi pada hari Jumaat (seperti) mandi janabah lalu segera pergi ke masjid, maka seakan-akan berkorban dengan unta, sesiapa yang pergi pada masa yang kedua, maka seakan-akan dia berkorban dengan lembu, dan sesiapa pergi pada masa yang ketiga, maka seakan-akan dia berkorban dengan biri-biri jantan yang bertanduk, dan sesiapa yang pergi pada masa yang keempat seakan-akan dia berkorban dengan seekor ayam, dan sesiapa yang pergi pada masa kelima, maka seakan-akan dia berkorban dengan sebiji telur dan apabila imam telah keluar (untuk berkhutbah) maka para malaikat turut hadir untuk mendengar peringatan (khutbah)”. 

[Riwayat al-Bukhari (881) dan Muslim (850)]

Thursday, March 31, 2022

Berpuasa Ramadhan Kerana Iman & Ketaatan Kepada Allah

Khamis, 26 Syaaban 1443H: Daripada Abu Hurairah RA bahawa Nabi SAW bersabda : "Sesiapa yang berpuasa Ramadhan kerana iman dan ketaatan kepada Allah, serta mengharapkan keredhaannya, akan diampunkan semua dosanya yang telah lepas."

(Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
 
Huraian Hadith: 
  1. Orang yang berpuasa di bulan Ramadhan dengan ikhlas serta mengharapkan keredhaan Allah SWT akan diampunkan segala dosa-dosa kecilnya.
  2. Ramadhan merupakan bulan yang paling mulia di dalam Islam kerana bulan ini Allah SWT menurunkan al-Quran al-Karim, berlakunya malam “Lailatulqadar” dimana malam tersebut lebih mulia dan berkat daripada seribu bulan.
  3. Doa orang yang berpuasa tidak akan ditolak oleh Allah SWT sehinggalah ia berbuka, oleh itu hendaklah mereka yang berpuasa memperbanyakkan doa demi kebaikan hidup mereka di dunia dan juga di akhirat.
Sumber : Kitab Riyadhus Salihin

(Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Tuesday, March 29, 2022

Doa Jibral & Amin Daripada Rasulullah

 

Selasa, 25 Syaaban 1443H: Jabir bin ‘Abdullah berkata Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam menaiki mimbar, ketika baginda menaiki anak tangga yang pertama, baginda menyebut “Amin”, kemudian apabila menaiki anak tangga yang kedua, baginda menyebut “Amin”, kemudian apabila menaiki anak tangga ketiga, baginda menyebut “Amin”. 
 
Para sahabat bertanya: "Ya Rasulullah. Kami mendengar engkau menyebut Amin sebanyak tiga kali."
 
Baginda menjawab:" Ketika aku menaiki anak tangga yang pertama, Jibril datang kepada ku dan berkata: Celaka sungguh seorang manusia yang bertemu dengan Ramadhan, tetapi keluar daripadanya tanpa diampuni dosanya. Lalu aku pun menyebut Amin."
 
Kemudian Jibril berkata: "Celakalah manusia yang ibu bapanya masih hidup atau salah seorang daripada mereka masih hidup, tetapi hal itu tidak memasukkannya ke dalam syurga. Aku pun menyebut Amin."
 
Kemudian Jibril berkata: "Celakalah manusia yang engkau (iaitu Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam) di sebut di sisinya, tetapi dia tidak berselawat ke atas engkau. Aku pun menyebut Amin."
 
[Al-Imam Al-Bukhari dalam Al-Adab Al-Mufrad, hadis no: 640. Shaikh al-Albani berkata ia Sahih Lighairihi dalam Sahih al-Adab al-Mufrad]

Friday, March 25, 2022

Jumaat Sebaik-Baik Hari

 21 Syaaban 1443H: Diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

خير يوم طلعت عليه الشمس يوم الجمعة. فيه خلق آدم و فيه أدخل الجَنَّةَ و فيه أخرج منها و فيه ساعة لا يوافقها عبد مسلم و هو قائم يصلى يسأل الله تعالى شيئا إلا أعطاه إياه

Maksudnya: Sebaik-baik hari yang terbit matahari padanya ialah hari Jumaat. Pada hari tersebut diciptakan nabi Adam AS, dia dimasukkan ke dalam Syurga dan dia dikeluarkan daripadanya. Dan pada hari tersebut, terdapat satu waktu yang mana jika seseorang muslim berdiri mendirikan solat dan berdoa kepada Allah SWT akan sesuatu hajatnya, nescaya Allah SWT akan memberi apa yang dihajatkannya tersebut.

Hadith riwayat al-Bukhari: (935)

Thursday, March 24, 2022

Seksa Penyebar Fitnah

Kahmis, 20 Syaaban 1443H: Diriwayatkan oleh Samurah Bin Jundub R.A, bahawa Nabi SAW telah bersabda:

وَأَمَّا الرَّجُلُ الَّذِي أَتَيْتَ عَلَيْهِ يُشَرْشَرُ شِدْقُهُ إِلَى قَفَاهُ، وَمَنْخِرُهُ إِلَى قَفَاهُ، وَعَيْنُهُ إِلَى قَفَاهُ، فَإِنَّهُ الرَّجُلُ يَغْدُو مِنْ بَيْتِهِ فَيَكْذِبُ الْكَذْبَةَ تَبْلُغُ الآفَاقَ

Maksudnya: “Berkata malaikat yang mengiringi Rasulullah S.A.W.); “Adapun orang yang diseksa dengan penyangkut besi yang menembusi pipi sehingga ke belakang lehernya dan disengkut lubang hidung sehingga menembusi belakang lehernya dan disengkut mata sehingga menembusi batang lehernya ialah kerana kerjanya sejak pagi menyebarkan pembohongan ke sehingga seluruh ufuk penjuru dunia” 

 

[Riwayat Ibn Hibban di dalam Sahihnya (655)]

Wednesday, March 23, 2022

UJIAN PENGHAPUS DOSA

 Rabu, 19 Syaaban 1443H: Daripada Abi Sa’id al-Khudri dan Abi Hurayrah RA berkata,baginda Nabi SAW bersabda:

مَا يُصِيْبُ الْمُؤْمِنُ مِنْ وَصَبٍ وَلاَ نَصَبٍ وَلاَ هَمٍّ وَلاَ حَزَنٍ وَلا غَمٍّ وَلاَ أَذَى حَتَّى الشَّوْكَةُ يُشَاكُهَا إٍلاَّ كَفَّرَ اللهُ بِهَا مِنْ خَطَايَاهُ.

 Maksudnya: "Tidaklah ditimpa orang mukmin itu berasa sakit (secara berterusan), berasa penat dan khuatir (dalam fikiran), berasa sedih dan hiba (kerana sesuatu yang menimpa),  rasa kegelisahan hati atau sesuatu yang memedihkan sehingga merasakan duri yang menusuk melainkan dihapuskan dosa-dosanya."

 Al-Bukhari : 5641

Tuesday, March 22, 2022

Puasa Sunat Rasulullah SAW

Selasa, 18 Syaaban 1443H: Aisyah RA juga ada mengatakan:

كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ  يَصُومُ حَتَّى نَقُولَ: لاَ يُفْطِرُ، وَيُفْطِرُ حَتَّى نَقُولَ: لاَ يَصُومُ، فَمَا رَأَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ اسْتَكْمَلَ صِيَامَ شَهْرٍ إِلَّا رَمَضَانَ، وَمَا رَأَيْتُهُ أَكْثَرَ صِيَامًا مِنْهُ فِي شَعْبَانَ

Maksudnya: “Terkadang Nabi SAW puasa beberapa hari sampai kami katakan: Beliau tidak pernah tidak puasa, dan terkadang beliau tidak puasa terus, hingga kami katakan: Beliau tidak melakukan puasa. Dan saya tidak pernah melihat Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam berpuasa sebulan penuh kecuali di bulan Ramadan, saya juga tidak melihat beliau berpuasa yang lebih sering ketika di bulan Syaaban.

Riwayat Bukhari (1969) dan Muslim (1156)

Monday, March 21, 2022

Puasa Pertengahan Syaaban

Isnin, 17 Syaaban 1443H: Diriwayatkan oleh Abu Daud, no. 3237, Tirmizi, no. 738, Ibnu Majah, no. 1651 dari Abu Hurairah radhiallahu anhu sesungguhnya Rasulullah sallallahu alaihi wa sallam bersabda:

إِذَا انْتَصَفَ شَعْبَانُ فَلا تَصُومُوا (صححه الألباني في صحيح الترمذي، رقم 590)

“Kalau telah memasuki pertengahan Sya’ban, maka janganlah kalian berpuasa.” (Dishahihkan oleh Al-Albany dalam Shahih Tirmizi, 590)

Hadits ini menunjukkan larangan berpuasa setelah pertengahan Sya’ban, yaitu dimulai dari  hari keenam belas. Akan tetapi telah ada (dalil) yang menunjukkan dibolehkannya berpuasa.

Diantaranya adalah, Apa yang diriwayatkan oleh Bukhari, no. 1914. Muslim, no. 1082 dari Abu Hurairah radhiallahu anhu berkata, Rasulullaah sallallahu alaihi wa sallam bersabda:

لا تَقَدَّمُوا رَمَضَانَ بِصَوْمِ يَوْمٍ وَلا يَوْمَيْنِ إِلا رَجُلٌ كَانَ يَصُومُ صَوْمًا فَلْيَصُمْهُ

Janganlah kalian mendahului bulan Ramadan dengan berpuasa sehari atau dua hari, melainkan seseorang yang (terbiasa) berpuasa, maka berpuasalah.”

Hal ini menunjukkan bahwa berpuasa setelah pertengahan bulan Sya’aban diperbolehkan bagi  orang yang mempunyai kebiasaan berpuasa, seperti seseorang terbiasa berpuasa Senin dan Kamis atau berpuasa sehari dan berbuka sehari atau semisal itu.

Friday, March 18, 2022

Kelabihan Zikir Kepada Allah

Jumaat, 14 Syaaban 1443H: Daripada Abu al-Darda’ RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

أَلَا أُنَبِّئُكُمْ بِخَيْرِ أَعْمَالِكُمْ، قَالَ مَكِّيٌّ: وَأَزْكَاهَا، عِنْدَ مَلِيكِكُمْ، وَأَرْفَعِهَا فِي دَرَجَاتِكُمْ، وَخَيْرٍ لَكُمْ مِنْ إِعْطَاءِ الذَّهَبِ وَالْوَرِقِ، وَخَيْرٍ لَكُمْ مِنْ أَنْ تَلْقَوْا عَدُوَّكُمْ، فَتَضْرِبُوا أَعْنَاقَهُمْ وَيَضْرِبُوا أَعْنَاقَكُمْ " قَالُوا: وَذَلِكَ مَا هُوَ يَا رَسُولَ اللهِ؟ قَالَ: ذِكْرُ اللهِ عَزَّ وَجَلَّ

Maksudnya: “Tidakkah kamu ingin aku tunjukkan kepada kamu akan sebaik-baik amalan? 

Kata Makki: Ia adalah sebaik-baik penyucian di sisi Tuhan kamu dan yang mengangkat darjat kamu dengan begitu tinggi. Dan ia lebih baik daripada kamu memberikan emas dan duit. Ia juga jauh lebih baik daripada kamu apabila berhadapan dengan musuh kamu dengan kamu memancung leher-leher mereka dan mereka memancung lehermu. 

Para sahabat berkata: Apakah perkara itu (kami ingin mengetahuinya) wahai Rasulullah! 

Lalu Rasulullah SAW bersabda: “Zikir kepada Allah Azza Wa Jalla.” 

[Riwayat Ahmad (27102)][Syeikh Syu’aib al-Arna’outh menilai sanad hadith ini adalah sahih]

Thursday, March 17, 2022

Anggaplah Dirimu Ahli Kubur

 

Khamis, 13 Syaaban 1443H: Dari Ibnu ‘Umar RA, Rasulullah SAW bersabda: “Jadilah di dunia seperti kamu mengembara atau berjuang di jalan Allah dan anggaplah dirimu (termasuk) dari ahli kubur,”

(HR Ahmad, Abu Daud, At-Tirmidzi, Ibnu Majah).

Wednesday, March 16, 2022

Memperbanyakkan Sujud

 

Rabu, 12 Syaaban 1443H: Rasulullah bersabda: "Hendaklah kamu memperbanyak sujud, karena sesungguhnya kamu tidak melakukan sujud sekali untuk Allah, melainkan dengan sujud itu Allah mengangkatmu satu derajat dan menghapus darimu satu dosa."

(Hadits Riwayat Imam Muslim, dikutip dari Riyadhus Shalihin)

Tuesday, March 15, 2022

Orang Yang Suka Berdebat

 

Selasa, 11 Syaban 1443H: Daripada Abi Umamah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda:
 
مَا ضَلَّ قَوْمٌ بَعْدَ هُدًى كَانُوا عَلَيْهِ إِلَّا أُوتُوا الجَدَلَ
 
Maksudnya: “Tidaklah suatu kaum itu tersesat setelah mereka berada di atas hidayah melainkan orang yang suka berdebat”. 
 
[Riwayat al-Tirmizi (3176) dan Ibn Majah (47)]

Monday, March 14, 2022

Kelebihan Mati Syahid

 

Isnin, 10 Syaban 1443H: Rasulullah Saw bersabda: "Orang yang mati syahid di sisi Allah mempunyai enam keutamaan; 
 
1. Dosanya akan diampuni sejak awal kematiannya, 
2. Diperlihatkan tempat duduknya di surga, 
3. Dijaga dari siksa kubur, 
4. Diberi keamanan dari ketakutan yang besar saat dibangkitkan dari kubur, 
5. Diberi mahkota kemuliaan yang satu permata darinya lebih baik dari dunia seisinya, 
6. Dinikahkan dengan tujuh puluh dua bidadari dan 
7. Diberi hak untuk memberi syafaat kepada tujuh puluh orang dari keluarganya,”

(HR. At-Tirmidzi dan Ibnu Majah).

Thursday, March 3, 2022

Mati Syahid

 

Khamis, 30 ejab 1443H: Telah menceritakan kepadaku Zuhair bin Harb, telah menceritakan kepada kami Jarir dari Suhail dari ayahnya dari Abu Hurairah dia berkata, Rasulullah saw bersabda: "Apa yang dimaksud orang yang mati syahid di antara kalian?"

Para sahabat menjawab, "Wahai Rasulullah, orang yang mati terbunuh karena berjuang di jalan Allah itulah orang yang mati syahid"
.
Beliau bersabda: "Kalau begitu, sedikit sekali jumlah ummatku yang mati syahid."
 
Para sahabat berkata, "Lantas siapakah mereka wahai Rasulullah?"
 
Beliau bersabda: "Barangsiapa terbunuh di jalan Allah maka dialah syahid, dan siapa yang mati di jalan Allah juga syahid, siapa yang mati karena suatu wabah penyakit juga syahid, siapa yang mati karena sakit perut juga syahid. Ibnu Miqsam berkata, Saya bersaksi atas bapakmu mengenai hadits ini, bahwa beliau juga berkata, orang yang meninggal karena tenggelam juga syahid,” 
 
(HR. Muslim).

Wednesday, March 2, 2022

Tidur Dalam Keadaan Junub?

 

Rabu, 29 Rejab 1443H: Dari Abdullah bin Abu Qais r.a, dia berkata : Aku bertanya kepada Aisyah, ‘Bagaimana Rasulullah saw tidur (adakah) dalam keadaan junub?  Apakah beliau mandi sebelum tidur? Atau tidur sebelum mandi? 
 
Aisyah menjawab, ‘Semua dilakukan oleh Rasulullah saw. Kadangkala beliau mandi dulu sebelum tidur dan kadangkala (hanya) berwudhuk lalu tidur.”

[Sahih An-Nasa'ie 0402] Tambahan : Jika Rasulullah saw dalam keadaan junub, jika beliau tidak mandi wajib beliau akan berwudhuk terlebih dahulu kemudian baru tidur.

Friday, February 25, 2022

Apabila DiTimpa Musibah

 

Jumaat, 24 Rejab 1443H: Daripada Abi Hurairah RA, sabda Nabi SAW:

وَإِنْ أَصَابَكَ شَىْءٌ فَلاَ تَقُلْ لَوْ أَنِّي فَعَلْتُ كَانَ كَذَا وَكَذَا ‏.‏ وَلَكِنْ قُلْ قَدَرُ اللَّهِ وَمَا شَاءَ فَعَلَ
 
Maksudnya: Sekiranya kamu ditimpa sesuatu musibah, janganlah kamu mengatakan “kalaulah aku melakukan itu dan ini”. Akan tetapi katakanlah “takdir (ketentuan) Allah, dan apa yang dikehendakinya pasti akan terjadi.
 
(Hadis riwayat sahih Muslim, 2664)

Thursday, February 24, 2022

Perbanyakkan Sujud

 

Khamis, 23 Rejab 1443H: Rasulullah bersabda: "Hendaklah kamu memperbanyak sujud, karena sesungguhnya kamu tidak melakukan sujud sekali untuk Allah, melainkan dengan sujud itu Allah mengangkatmu satu derajat dan menghapus darimu satu dosa."

(Hadits Riwayat Imam Muslim, dikutip dari Riyadhus Shalihin)

Wednesday, February 23, 2022

Apabila Membaca Ayat Sajadah

 

Rabu, 22 Rejab 1443H: Daripada Abu Hurairah Radhiallahu ‘anhu, Rasulullah Shallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

إِذَا قَرَأَ ابْنُ آدَمَ السَّجْدَةَ فَسَجَدَ، ﭐعْتَزَلَ الشَّيْطَانُ يَبْكِي يَقُولُ: يَا وَيْلَهُ! وَفِي رِوَايَةِ أَبِي كُرَيْبٍ: يَا وَيْلِي! أُمِرَ ابْنُ آدَمَ بِالسُّجُودِ فَسَجَدَ فَلَهُ الْجَنَّةُ، وَأُمِرْتُ بِالسُّجُودِ، فَأَبَيْتُ فَلِيَ النَّارُ.
(رواه مسلم)
 
Maksudnya: “Apabila anak Adam membaca ayat sajdah (ayat al-Quran yang disunatkan untuk sujud), lalu dia sujud, syaitan akan mengasingkan dirinya lalu menangis dan berkata: Aduhai celaka dia! Dalam riwayat Abi Kuraib: (syaitan berkata): Aduhai celaka aku! Anak Adam telah diperintahkan untuk sujud lalu dia sujud, maka ganjaran baginya adalah syurga, sedang aku diperintahkan untuk sujud maka aku enggan, maka balasan bagiku adalah neraka.”
 
(Hadits riwayat Muslim)

Thursday, February 17, 2022

Takdir

 

Khamis, 16 Rejab 1443H: Daripada Abi Hurairah RA, sabda Nabi SAW:

وَإِنْ أَصَابَكَ شَىْءٌ فَلاَ تَقُلْ لَوْ أَنِّي فَعَلْتُ كَانَ كَذَا وَكَذَا ‏.‏ وَلَكِنْ قُلْ قَدَرُ اللَّهِ وَمَا شَاءَ فَعَلَ
 
Maksudnya: Sekiranya kamu ditimpa sesuatu musibah, janganlah kamu mengatakan “kalaulah aku melakukan itu dan ini”. Akan tetapi katakanlah “takdir (ketentuan) Allah, dan apa yang dikehendakinya pasti akan terjadi.
 
(Hadis Riwayat Sahih Muslim, 2664)

Wednesday, February 16, 2022

Berkumpul Belajar & Mengajar Al Quran

 

Rabu, 15 Rejab 1443H: Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

وَمَا اجْتَمَعَ قَوْمٌ فِي بَيْتٍ مِنْ بُيُوتِ اللهِ، يَتْلُونَ كِتَابَ اللهِ، وَيَتَدَارَسُونَهُ بَيْنَهُمْ، إِلَّا نَزَلَتْ عَلَيْهِمِ السَّكِينَةُ، وَغَشِيَتْهُمُ الرَّحْمَةُ وَحَفَّتْهُمُ الْمَلَائِكَةُ، وَذَكَرَهُمُ اللهُ فِيمَنْ عِنْدَهُ، وَمَنْ بَطَّأَ بِهِ عَمَلُهُ، لَمْ يُسْرِعْ بِهِ نَسَبُهُ
 
Maksudnya: “Dan tidaklah satu kaum itu berkumpul di rumah-rumah Allah (masjid) sambil membaca al-Quran dan mempelajarinya sesama mereka melainkan turunnya ketenangan kepada mereka, diliputi oleh rahmat Allah serta malaikat mengerumuninya dan Allah menjadikan makhluk-makhluk yang berada di sisi-Nya menyebut-nyebut mereka. Dan barangsiapa yang amalnya perlahan, maka nasabnya tidak dapat mengangkat darjatnya itu”. 
 
[Riwayat Muslim (2699)]

Monday, February 14, 2022

Sebaik-Baik Solat & Puasa

 

Isnin, 13 Rejab 1443H: Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
 
أَفْضَلُ الصَّلَاةِ، بَعْدَ الصَّلَاةِ الْمَكْتُوبَةِ، الصَّلَاةُ فِي جَوْفِ اللَّيْلِ، وَأَفْضَلُ الصِّيَامِ بَعْدَ شَهْرِ رَمَضَانَ، صِيَامُ شَهْرِ اللهِ الْمُحَرَّمِ
 
Maksudnya: “Sebaik-baik solat selepas daripada solat fardhu adalah solat malam dan sebaik-baik puasa selepas daripada Ramadhan adalah puasa pada bulan Allah al-Muharram”. 
 
[Riwayat Muslim (1163)]


Thursday, February 10, 2022

Jujur Dan Dusta

 

Khamis, 9 Rejab 1443H: Dari ‘Abdullâh bin Mas’ûd Radhiyallahu anhuma, ia berkata: “Rasûlullâh SAW bersabda, ‘Hendaklah kalian selalu berlaku jujur, karena kejujuran membawa kepada kebaikan, dan kebaikan mengantarkan seseorang ke Surga.

Dan apabila seorang selalu berlaku jujur dan tetap memilih jujur, maka akan dicatat di sisi Allâh sebagai orang yang jujur. 
 
Dan jauhilah oleh kalian berbuat dusta, karena dusta membawa seseorang kepada kejahatan, dan kejahatan mengantarkan seseorang ke Neraka. 
 
Dan jika seseorang senantiasa berdusta dan memilih kedustaan maka akan dicatat di sisi Allâh sebagai pendusta (pembohong).’” 
 
Hadits ini diriwayatkan oleh Ahmad (I/384); al-Bukhâri (no. 6094) dan dalam kitab al-Adabul Mufrad (no. 386); Muslim (no. 2607 (105)); Abu Dawud (no. 4989); At-Tirmidzi (no. 1971); Ibnu Abi Syaibah dalam al-Mushannaf (VIII/424-425, no. 25991); Ibnu Hibban (no. 272-273-at-Ta’lîqâtul Hisân); Al-Baihaqi (X/196); Al-Baghawi (no. 3574); At-Tirmidzi berkata, “Hadits ini hasan shahih.”

Friday, January 28, 2022

Doa Terdinding

 

Jumaat, 25 Jamadilakhir 1443H: Ali bin Abi Talib (semoga Allah meredhainya) berkata : “Doa seseorang itu terdinding (terhalang) sehinggalah dia berselawat ke atas Rasulullah dan ahli keluarganya.”

[Sila rujuk kitab Al-Mu’jam Al-Ausat oleh Imam Ath-Thabrani. Hadith Hasan]
 
 May be an image of monument and text that says "Dari Anas bin Malik .a, beliau berkata bahawa Rasulullah W bersabda: "Barangsiapa yang berselawat kepadaku sekali, maka Allah akan berselawat kepadanya sepuluh kali dan digugurkan sepuluh kesalahan (dosa) serta ditinggikan baginya sepuluh darjat (di syurga kelak)." [Riwayat Ahmad, Nasa'ie dan Al Hakim] 1.00 @kabilahilmu"

Thursday, January 27, 2022

Sujud Balasan Syurga

 

Khamis, 24 Jamadilakhir 1443H: Daripada Abu Hurairah Radhiallahu ‘anhu, Rasulullah Shallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

إِذَا قَرَأَ ابْنُ آدَمَ السَّجْدَةَ فَسَجَدَ، ﭐعْتَزَلَ الشَّيْطَانُ يَبْكِي يَقُولُ: يَا وَيْلَهُ! وَفِي رِوَايَةِ أَبِي كُرَيْبٍ: يَا وَيْلِي! أُمِرَ ابْنُ آدَمَ بِالسُّجُودِ فَسَجَدَ فَلَهُ الْجَنَّةُ، وَأُمِرْتُ بِالسُّجُودِ، فَأَبَيْتُ فَلِيَ النَّارُ.
(رواه مسلم)
 
Maksudnya: “Apabila anak Adam membaca ayat sajdah (ayat al-Quran yang disunatkan untuk sujud), lalu dia sujud, syaitan akan mengasingkan dirinya lalu menangis dan berkata: Aduhai celaka dia! 
 
Dalam riwayat Abi Kuraib: (syaitan berkata): Aduhai celaka aku! Anak Adam telah diperintahkan untuk sujud lalu dia sujud, maka ganjaran baginya adalah syurga, sedang aku diperintahkan untuk sujud maka aku enggan, maka balasan bagiku adalah neraka.”
 
(Hadits riwayat Muslim)
 
 May be an image of one or more people, monument and text

Wednesday, January 26, 2022

Kelebihan Sujud

 

Rabu, 23 Jamadilakhir 1443H: Rasulullah bersabda: "Hendaklah kamu memperbanyak sujud, karena sesungguhnya kamu tidak melakukan sujud sekali untuk Allah, melainkan dengan sujud itu Allah mengangkatmu satu derajat dan menghapus darimu satu dosa."
 
(Hadits Riwayat Imam Muslim, dikutip dari Riyadhus Shalihin)
 
May be an image of ‎1 person and ‎text that says "‎Sujud Mengangkat Darjat Rasulullah menggalakkan kita agar memperbanyakkan sujud kepada Allah. Sabda Rasulullah: دَرَجَةً، بِهَا الله رَفَعَكَ إلا سَجْدَةً تَسْجُدُ لا فَإِنَّكَ خَطِيئَةً بِهَا عَنْكَ وَحََّ " Sesungguhnya kamu tidak sujud melainkan Allah mengangka darjat kamu dengannya serta menghapuskan dosa. " (Riwayat Muslim) "Sungguh aneh amalan sujud. Biarpun meletakkan kepala dilantai, perbuatan ini meningkat darjat seseorang disisi Allah" DR. AHMAD SANUSI AZMI UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA വി‎"‎‎

Tuesday, January 25, 2022

Ahli Kubur

 

Selasa, 22 Jamadilakhir 1443H: Dari Ibnu ‘Umar RA, Rasulullah SAW bersabda: “Jadilah di dunia seperti kamu mengembara atau berjuang di jalan Allah dan anggaplah dirimu (termasuk) dari ahli kubur,”

(HR Ahmad, Abu Daud, At-Tirmidzi, Ibnu Majah).
 
 May be an image of 1 person and text

Monday, January 24, 2022

Rumah Seperti Kubur

 

Isnin, 21 Jamadilakhir 1443H: Telah menceritakan kepada kami Ahmad bin Muhammad bin Hanbal telah menceritakan kepada kami Yahya dari 'Ubaidullah telah mengabarkan kepadaku Nafi' dari Ibnu Umar dia berkata;

Rasulullah SAW bersabda: "Jadikanlah rumah-rumah kalian sebagai tempat mengerjakan solat (sunnah), dan janganlah kalian jadikan sebagai kuburan."
 
(HR Abu Daud, sahih.)
 
 May be an image of 1 person and text

Wednesday, January 19, 2022

Kamu Tidak Akan Sesat Selama-Lamanya

 

Rabu, 16 Jamadilakhir 1443H: Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Wahai sekalian manusia, sesungguhnya aku telah tinggalkan buat kamu (dua perkara) selagi mana kamu berpegang dengannya, maka kamu tidak akan sesat selama-lamanya, iaitu Kitabullah (Al-Quran) dan Sunnah NabiNya (Sunnah Nabi SAW).”

(Hadis riwayat Al-Baihaqi)
 May be an image of text

Friday, January 14, 2022

Jumaat Penghapus Dosa

 

Jumaat, 14 Jamadilakhir 1443H: Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

الصَّلَاةُ الْخَمْسُ، وَالْجُمْعَةُ إِلَى الْجُمْعَةِ، كَفَّارَةٌ لِمَا بَيْنَهُنَّ، مَا لَمْ تُغْشَ الْكَبَائِرُ
 
Maksudnya: “Solat lima waktu, Jumaat kepada Jumaat berikutnya merupakan kaffarah (penghapus dosa) di antara keduanya selagimana tidak melakukan dosa besar.” 
 
[Riwayat Muslim (233)]
 May be an image of text

Thursday, January 13, 2022

Tiada Agama Baginya

Khamis, 10 Jamadilakhir 1443H: Daripada Ibn Umar RA, beliau berkata bahawa telah datang seorang lelaki kepada Rasulullah SAW lalu bertanya apakah perkara yang paling disukai oleh Allah SWT di dalam Islam? Nabi SAW bersabda:

الصَّلَاةُ لِوَقْتِهَا، وَمَنْ تَرَكَ الصَّلَاةَ فَلَا دِينَ لَهُ، وَالصَّلَاةُ عِمَادُ الدِّينِ
 
Maksudnya: “Solat pada waktunya, barangsiapa yang meninggalkan solat maka tiadalah agama baginya dan solat itu merupakan tiang agama”. 
 
[Riwayat al-Baihaqi (2550) di dalam al-Syu’ab)
 
 
 May be an image of ‎1 person and ‎text that says "‎Sifat Malas Melaksanakan Solat Dalam al-Quran Allah menggambarkan salah satu sifat orang munafik ialah mereka mendirikan solat dalam keadaan malas. Firman Allah: أكسَالى الصَّلَوةِ Dan apabila mereka hendak mendirikan solat, mereka berdiri dalam keadaan malas (Surah al-Nisa: 142) Menurut al-Imam al-Qurtubi, ayat ini menjelaskan sikap orang munafik ketika mendirikan solat. Mereka bersikap malas sedangkan orang beriman melaksanakan solat dengan penuh khusyuk. DR. AHMAD SANUSI AZMI UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA‎"‎‎

Wednesday, January 12, 2022

Kelebihan Solat Berjamaah

 

Rabu, 9 Jamadilakhir 1443H: Daripada Abu Hurairah RA dia berkata; Rasulullah SAW bersabda: "Pahala solat seseorang dengan berjamaah melebihi pahala solatnya di rumah dan di pasar sebanyak dua puluh lima darjat. 
 
Hal tersebut, kerana apabila seseorang di antara kalian berwuduk, lalu memperelokkan wuduknya, kemudian pergi ke masjid semata mata kerana untuk mengerjakan solat, dan kesempatan itu hanya dipergunakan untuk solat, maka orang tersebut tidak melangkah satu langkah, kecuali setiap langkahnya itu diangkat baginya satu darjat, dan dihapus darinya satu dosa, sampai dia masuk ke dalam masjid.
 
Apabila dia telah masuk masjid, maka dia dikira dalam keadaan solat selama tertahan kerana solat (tidak keluar dari masjid kerana menunggu solat), dan para malaikat akan berselawat (memohonkan rahmat dan ampunan) kepada seseorang di antara kalian, selama dia tetap berada di tempat dia mengerjakan solatnya, mereka (para malaikat) berdoa; Ya Allah, ampunilah dia, rahmatilah dia dan terimalah taubatnya. Para malaikat itu berdoa demikian selama orang itu tidak mengganggu orang lain di tempat itu atau berhadats."

(HR Abu Daud No: 472) Status: Hadis Sahih
 
 May be an image of ‎1 person and ‎text that says "‎Sifat Malas Melaksanakan Solat Dalam al-Quran Allah menggambarkan salah satu sifat orang munafik ialah mereka mendirikan solat dalam keadaan malas. Firman Allah: كُسَالَى قَامُواْ الصَّلَوةِ Dan apabila mereka hendak mendirikan solat, mereka berdiri dalam keadaan malas (Surah al-Nisa: 142) Menurut al-lmam al-Qurtubi, ayat ini menjelaskan sikap orang munafik ketika mendirikan solat. Mereka bersikap malas sedangkan orang beriman melaksanakan solat dengan penuh khusyuk. DR. AHMAD SANUSI AZMI UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA ்‎"‎‎

Friday, January 7, 2022

Manusia Bakhil

 

Jumaat, 4 Jamadilakhir 1443H: Hussain bin Ali memberitakan daripada ayahnya Ali bin Abi Talib (semoga Allah meredhainya mereka berdua) bahawa Rasulullah SAW telah bersabda :”Apakah tidak lebih baik aku khabarkan kepada kamu tentang orang yang dipandang sebagai manusia yang paling bakhil?”

Maka kami (para sahabat) menjawab : “Baik benar Rasulullah!” 
 
Maka Rasulullah SAW meneruskan: “ Orang yang disebut namaku di hadapannya, maka tiada ia berselawat kepadaku, itulah manusia yang paling bakhil.!”
 
[Sila rujuk HR At-Tirmizi,Misykat Al-Masbih-3/299,no : 311.Riyadus Salihin -1440. Imam At-Tirmizi berkata hadith ini adalah sahih. Juga diriwayatkan oleh Imam Ahmad,Ibnu Hibban dan Al-Hakim ]
 
 May be an image of ‎1 person and ‎text that says "‎Dicukupkan Keperluan Mereka Rasulullah menjelaskan kepada Saidina Ubai bahawa orang memperbanyakan selawat akan dicukupkan keperluannya oleh Allah. Sabda Rasulullah وسم kepada Saidna Ubai: ذَنْبُكَ لَكَ وَيُغْفَرُ هَمَّكَ تُكْفَى إِذَا " Jika demikian Allah akan mencukupkan segala keperluanmu dan mengampunkan dosamu. (Hadis riwayat al-Tirmizi) DR. AHMAD SANUSI AZMI ULUM HADITH RESEARCH CENTRE‎"‎‎