Selasa, 24 Zulkaedah 1447H | Amal Yang Disukai Allah Pada Eidul Adha
عَنْ عَائِشَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَا عَمِلَ آدَمِيٌّ مِنْ عَمَلٍ يَوْمَ النَّحْرِ أَحَبَّ إِلَى اللَّهِ مِنْ إِهْرَاقِ الدَّمِ إِنَّهَا لَتَأْتِي يَوْمَ الْقِيَامَةِ بِقُرُونِهَا وَأَشْعَارِهَا وَأَظْلَافِهَا وَأَنَّ الدَّمَ لَيَقَعُ مِنْ اللَّهِ بِمَكَانٍ قَبْلَ أَنْ يَقَعَ مِنْ الْأَرْضِ فَطِيبُوا بِهَا نَفْسًا
Daripada Aishah RA, Rasulullah SAW bersabda: “Tidak ada amalan yang dilakukan oleh anak Adam yang lebih disukai Allah pada Hari Edul Adha selain menyembelih korban. Sesungguhnya binatang itu akan datang pada hari kiamat dengan tanduk, kuku, dan bulunya. Dan sesungguhnya darah korban lebih dahulu menitik di satu tempat di sisi Allah sebelum ia menitik ke bumi. Oleh itu elokkan dirimu dengan Ikhlas melakukannya” (Sunan Tirmizi No:1413) Status: Hadis Hasan
Pengajaran:
1. Hari Raya Korban (Eidul Adha) semakin hampir. Amal yang paling Allah sukai pada Hari Raya Eidul Adha daripada setiap Muslim ialah melaksanakan ibadah korban berbanding amalan sunat yang lain.
2. Mereka yang melaksanakan ibadah korban ini di hari akhirat nanti akan datang binatang yang dikorbankan berserta tanduk, kuku dan bulunya sebagai saksi ibadat yang telah mereka laksanakan semasa di dunia dengan Ikhlas.
3. Imam al-Nawawi menjelaskan bahawa ia juga menunjukkan kesempurnaan pahala yang diperoleh — bukan setakat ibadah biasa, tetapi ibadah yang datang dengan bukti nyata pada hari kiamat. Dimana setiap bahagian haiwan korban akan menjadi pahala dan saksi kepada pelakunya di akhirat.
4. Ibadah Korban yang ikhlas dilaksanakan oleh Muslim, akan diterima Allah dan diredaiNya sebelum darahnya menitik ke bumi. Ibn Rajab al-Hanbali menyatakan bahawa ini menunjukkan Allah sangat suka kepada ibadah ini kerana ia menggabungkan keikhlasan, pengorbanan harta, dan menghidupkan sunnah Nabi Ibrahim a.s.
5. Justeru itu, laksanakanlah ibadah korban dengan memastikan binatang yang terbaik berdasarkan kemampuan kewangan, cara penyembelihan dan pengagihan daging yang sempurna.
6. Sunnah berkorban perlu terus dihidupkan, terutamanya dalam masyarakat yang semakin melupakan erti pengorbanan sebenar. Jom daftar untuk menyertai ibadat korban.
"Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian; Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran".(Surah Al-Asr,Ayat 1-3)
Tuesday, May 12, 2026
Monday, May 11, 2026
Hajarul Aswad
Isnin, 23 Zulkaedah 1447H | Hajarul Aswad
عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ، عَنِ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم قَالَ: الْحَجَرُ الْأَسْوَدُ يَاقُوتَةٌ بَيْضَاءُ مِنْ يَاقُوتِ الْجَنَّةِ، وَإِنَّمَا سَوَّدَتْهُ خَطَايَا الْمُشْرِكِينَ، يُبْعَثُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ مِثْل أُحُدٍ يَشْهَدُ لِمَنِ اسْتَلَمَهُ وَقَبَّلَهُ مِنْ أَهْلِ الدُّنْيَا
Daripada Ibn ‘Abbas RA, daripada Nabi SAW, Baginda bersabda: “Hajar Aswad adalah permata putih daripada permata syurga. Ia menjadi hitam disebabkan dosa-dosa orang musyrik. Ia akan dibangkitkan pada hari kiamat dalam keadaan sebesar Bukit Uhud dan akan menjadi saksi bagi sesiapa yang menyentuh dan menciumnya di dunia.” (HR Ibnu Huzaimah No 2734) Status Hadis Hasan Sahih
Pengajaran:
1. Hajar Aswad berasal dari syurga, dan asal warnanya adalah putih bersih, seperti mana yang disebut dalam hadis ini. Menurut Imam al-Qurtubi, perubahan warna kepada hitam itu bukan disebabkan sifat fizikalnya, tetapi kerana kesan dosa-dosa manusia, khususnya golongan musyrikin yang menyentuhnya dengan penuh dosa dan kekufuran.
2. Menyentuh dan mencium Hajar Aswad adalah salah satu bentuk ibadah yang menunjukkan penghormatan kepada syiar Islam yang ditetapkan oleh Allah dan diamalkan oleh Rasulullah SAW.
3. Hadis ini mengajar bahawa dosa boleh memberi kesan, bukan hanya secara rohani, tetapi juga pada fizikal seperti Hajar Aswad yang asalnya putih tetapi menjadi hitam kerana dosa.
4. Umat Islam diajar agar mengikut sunnah seperti mencium Hajar Aswad bukan kerana batu itu sendiri, tetapi kerana meneladani Rasulullah SAW. Perlu juga diingat, mencium Hajar Aswad hukumnya sunat, jangan sampai kita menzalimi orang lain seperti menolak, memukul dan sebagainya semasa berusaha mencium batu tersebut.

Sunday, May 10, 2026
Keutamaan Ibu
Ahad, 22 Zulkaedah 1447H | Keutamaan Ibu
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ جَاءَ رَجُلٌ إِلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ يَا رَسُولَ اللَّهِ مَنْ أَحَقُّ النَّاسِ بِحُسْنِ صَحَابَتِي قَالَ أُمُّكَ قَالَ ثُمَّ مَنْ قَالَ ثُمَّ أُمُّكَ قَالَ ثُمَّ مَنْ قَالَ ثُمَّ أُمُّكَ قَالَ ثُمَّ مَنْ قَالَ ثُمَّ أَبُوكَ
Daripada Abu Hurairah RA dia berkata; "Seorang lelaki datang kepada Rasulullah SAW sambil bertanya; "Wahai Rasulullah, siapakah orang yang paling berhak aku berbuat baik kepadanya?" baginda menjawab: "Ibumu." Dia bertanya lagi; "Kemudian siapa?" baginda menjawab: "Ibumu." Dia bertanya lagi; "kemudian siapa lagi?" baginda menjawab: "Ibumu." Dia bertanya lagi; "Kemudian siapa?" dia menjawab: "Kemudian ayahmu." (HR Bukhari No: 5514) Status Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Seorang anak berkewajipan berbakti dan berbuat baik kepada kedua ibu bapanya.
2. Ibu adalah orang yang paling berhak dan diberi keutamaan mendapat penghormatan daripada si anak berbanding bapa. Menurut Ibn Battal ia adalah kerana ibu menghadapi kesusahan semasa mengandung, kesusahan semasa melahirkan, dan kesusahan semasa menyusu dan membesarkan anak.
3. Walaupun ibu diutamakan, Islam tetap meletakkan bapa pada kedudukan yang tinggi untuk si anak berbakti sesuai dengan peranan bapa sebagai ketua keluarga, pemberi nafkah juga pelindung keluarga.
4. Kewajipan kepada anak adalah berbuat baik kepada ibu bapa dengan berbakti dan taat kepada keduanya, bertutur dengan sopan, menjaga kebajikan mereka, tidak menyakiti keduanya serta sentiasa mendoakan mereka.
5. Anak-anak yang menderhaka kepada ibu bapa balasannya adalah neraka dan akan diazab oleh Allah di dunia dan akhirat.
6. Ketaatan kepada kedua ibu bapa hendaklah pada perkara-perkara yang tidak bertentangan dengan agama.
7. Hadis ini menegaskan kedudukan ibu yang sangat tinggi dalam Islam, sehingga disebut tiga kali sebelum bapa. Ia mencerminkan penghargaan Islam terhadap pengorbanan ibu serta keperluan untuk berbakti dengan penuh kasih sayang dan hormat.
Semoga Allah membimbing kita untuk berbuat baik dengan ibu kita. Selamat Hari Ibu.

Saturday, May 9, 2026
Keistimewaan Air Zam-Zam
Sabtu, 21 Zulkaedah 1447H | Keistimewaan Air Zam-Zam
وَعَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: مَاءُ زَمْزَمَ لِمَا شُرِبَ لَهُ، إنْ شَرِبْتَهُ تَسْتَشْفِي بِهِ شَفَاكَ اللَّهُ، وَإِنْ شَرِبْتَهُ يُشْبِعُكَ أَشْبَعَكَ اللَّهُ بِهِ، وَإِنْ شَرِبَتْهُ لِقَطْعِ ظَمَئِكَ قَطَعَهُ اللَّهُ وَهِيَ هَزْمَةُ جِبْرِيلَ وَسُقْيَا إسْمَاعِيلَ. [وفي رواية] وإن شربته مستعيذًا أعاذك الله فكان ابن عباس ذا شرب ماء زمزم قال: اللّٰهُمَّ إِنِّيْ أَسْأَلُكَ عِلْمًا نَافِعًا وَرِزْقًا وَاسِعًا وَشِفٓاءً مِنْ كُلِّ دَاءٍ
Daripada Ibnu ‘Abbas RA, beliau berkata Rasulullah SAW bersabda : "Air Zamzam itu bergantung kepada niat orang yang meminumnya. Jika engkau meminumnya untuk memohon kesembuhan, Allah akan menyembuhkanmu; jika engkau meminumnya untuk mengenyangkan, Allah akan mengenyangkanmu; jika engkau meminumnya untuk menghilangkan dahaga, Allah akan menghilangkan dahagamu. Ia adalah hasil hentakan malaikat Jibril dan minuman yang diberikan Allah kepada Nabi Ismail."
Dalam satu riwayat lain:
“Jika engkau meminumnya untuk memohon perlindungan, Allah akan melindungimu.” Dan Ibn Abbas meminum air Zamzam, beliau berdoa: “Ya Allah, aku memohon kepada-Mu ilmu yang bermanfaat, rezeki yang luas, dan kesembuhan dari segala penyakit.” (HR Al-Hakim 1/473) Status Hasan.
Pengajaran:
1. Setiap amalan, termasuk ketika minum air Zamzam, harus dimulakan dengan niat yang baik.
2. Ibn al-Qayyim menjelaskan bahawa air Zamzam memiliki keberkatan luar biasa yang tidak dimiliki oleh air lain. Ia adalah air terbaik di muka bumi dari segi kandungan, keberkatan, dan fadhilatnya.
3. Air Zamzam mempunyai kelebihan bergantung kepada niat dan keyakinan orang meminumnya seperti mengenyangkan, menghilangkan dahaga juga menyembuhkan penyakit dengan keizinan dan kekuasaan Allah.
4. Beradab ketika minum Air Zamzam antaranya dengan mengadap kiblat, membaca basmalah, minum dengan tiga tegukan serta berdoa. Antaranya doa yang dibaca oleh Ibnu Abbas RA Ketika minum air zamzam:
اللّٰهُمَّ إِنِّيْ أَسْأَلُكَ عِلْمًا نَافِعًا وَرِزْقًا وَاسِعًا وَشِفٓاءً مِنْ كُلِّ دَاءٍ
Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepada-Mu ilmu yang bermanfaat, rezeki yang luas, dan kesembuhan daripada setiap penyakit
5. Hadis ini menjelaskan keistimewaan air Zamzam sebagai anugerah Allah yang penuh keberkatan. Ia bukan sekadar air biasa, tetapi mempunyai nilai spiritual yang tinggi, bergantung kepada niat dan keyakinan peminumnya.

Friday, May 8, 2026
Ibadat Tawaf
Jumaat, 20 Zulkaedah 1447H | Ibadat Tawaf
عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ رضي الله عنه، أَنَّ النَّبِيَّ ﷺ قَالَ: الطَّوَافُ حَوْلَ البَيْتِ مِثْلُ الصَّلَاةِ، إِلَّا أَنَّكُمْ تَتَكَلَّمُونَ فِيهِ، فَمَنْ تَكَلَّمَ فِيهِ فَلَا يَتَكَلَّمَنَّ إِلَّا بِخَيْرٍ.
Daripada Ibnu Abbas RA bahawa Nabi SAW bersabda: "Tawaf mengelilingi Kaabah itu seperti solat, cuma kamu dibenarkan bercakap-cakap dalamnya. Maka sesiapa yang bercakap ketika tawaf, janganlah dia bercakap kecuali dengan perkara yang baik." (Sunan Tirmizi No: 960) Status Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Imam Nawawi menegaskan bahawa tawaf adalah ibadah yang sangat mulia dan mempunyai kedudukan yang tinggi seperti solat, bukan sekadar berjalan mengelilingi Kaabah. Justeru, ia menuntut adab seperti berwuduk, kekhusyukan dan penghindaran dari perkara sia-sia. Oleh itu, jika seseorang bercakap semasa tawaf, ia hendaklah dengan perkataan yang baik dan bermanfaat, seperti doa, zikir, atau memberi nasihat.
2. Ibnu Qudamah dalam al-Mughni menyatakan bahawa tawaf adalah ibadah jasmani dan rohani. Maka, walaupun seseorang bercakap semasa tawaf tidak membatalkan ibadat tawaf, tetapi percakapan sia-sia mengurangkan pahala. Justeru, dianjurkan untuk memperbanyak zikir, doa dan istighfar semasa tawaf.
3. Seorang yang sedang bertawaf perlu menjauhi perkara sia-sia dengan menghindari percakapan yang sia-sia, lagha, gosip, jenaka berlebihan, atau perkara duniawi.
4. Seorang yang sedang melakukan tawaf hendaklah dalam keadaan berwuduk, suci dan bersih, menjaga kekhusyukan hati, mengisi lidah dengan zikir dan doa, serta menjauhkan diri dari kata-kata yang tidak berfaedah.
5. Hadis ini menegaskan bahawa tawaf adalah ibadah yang sangat agung, setara dari segi kehormatan dengan solat. Walaupun diberikan kelonggaran untuk bercakap, Islam tetap menuntut agar setiap perkataan dijaga dan dipenuhi dengan kebaikan.

Thursday, May 7, 2026
Lafaz Talbiah Adalah Pengistiharan Ketundukan
Khamis, 19 Zulkaedah 1447H | Lafaz Talbiah Adalah Pengistiharan Ketundukan
عَنْ سَهْلِ بْنِ سَعْدٍ السَّاعِدِيِّ، عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم قَالَ " مَا مِنْ مُلَبٍّ يُلَبِّي إِلاَّ لَبَّى مَا عَنْ يَمِينِهِ وَشِمَالِهِ مِنْ حَجَرٍ أَوْ شَجَرٍ أَوْ مَدَرٍ حَتَّى تَنْقَطِعَ الأَرْضُ مِنْ هَا هُنَا وَهَا هُنَا
Daripada Sahl bin Sa’di as-Saa’idi RA daripada Rasulullah SAW baginda bersabda: "Tidak ada seorang yang bertalbiah (dengan Ikhlas - mengucapkan ‘Labbayk Allahumma labbayk’) melainkan semua yang berada di sebelah kanan dan kirinya - daripada batu, pokok atau tanah liat, akan turut bertalbiah bersamanya, hingga bumi ini terputus dari arah sana dan sini (yakni sejauh pandangan atau ke seluruh penjuru)." (Sunan Ibn Majah No: 2921) Status Hadis Hasan
Pengajaran:
1. Ucapan talbiah "لَبَّيْكَ اللَّهُمَّ لَبَّيْكَ" bermaksud: “Aku sahut panggilan-Mu ya Allah, aku sahut seruan-Mu.” Adalah lafaz yang sunat diucapkan untuk mereka yang sedang mengerjakan ibadah umrah dan haji. Lafaz talbiah ini adalah tanda pengistiharan ketundukan seorang hamba.
2. Lafaz talbiah menandakan kesediaan mutlak seorang hamba menyambut panggilan Allah, dan alam yang terdiri daripada batu, pokok serta tanah turut menyambut seruan menyokong serta mengiringi pengabdian tersebut.
3. Mengikut ulama, makhluk alam seperti batu, pokok juga tanah menyambut seruan adalah ungkapan kiasan yang menggambarkan keberkatan dan besarnya kesan zikir tersebut, sehingga seluruh alam seperti bersama bertalbiah.
4. Sebahagian ulama menyebut bahawa hadis ini juga menunjukkan kemuliaan orang yang bertalbiah dengan hati yang bersih, kerana alam turut mendoakan dan menyertai mereka, seolah-olah ia adalah tanda talbiah itu diterima di sisi Allah.
5. Bagi mereka yang menunaikan ibadat haji atau umrah, lafazkan talbiah dengan sepenuh hati serta penuh kekhusyukan. Ketahuilah bahawa anda sedang berinteraksi dengan seluruh ciptaan Allah.
6. Besarnya ganjaran Talbiah dimana setiap kali Jemaah umrah dan haji menyebut talbiah dengan ikhlas, dia sebenarnya disertai oleh seluruh alam, membesarkan Allah bersama-sama. Ia memberi motivasi kepada jemaah haji dan umrah untuk memperbanyakkan talbiah dengan penuh keikhlasan dan penghayatan.
7. Dengan menghayati talbiah, seorang Muslim akan merasai kedekatan dengan Allah serta kesatuan dengan seluruh ciptaan-Nya dalam ketaatan.
8. Hadis ini menggambarkan keindahan dan keagungan ibadah dalam Islam, khususnya talbiyah dalam haji dan umrah. Ia menunjukkan bahawa apabila seorang hamba menyahut panggilan Allah dengan ikhlas, seluruh alam seakan-akan turut serta bersamanya dalam ketaatan tersebut.

Wednesday, May 6, 2026
Awal Pagi Waktu Barakah
Rabu, 18 Zulkaedah 1447H | Awal Pagi Waktu Barakah
عَنْ صَخْرٍ الْغَامِدِيِّ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ اللَّهُمَّ بَارِكْ لِأُمَّتِي فِي بُكُورِهَا وَكَانَ إِذَا بَعَثَ سَرِيَّةً أَوْ جَيْشًا بَعَثَهُمْ مِنْ أَوَّلِ النَّهَارِ وَكَانَ صَخْرٌ رَجُلًا تَاجِرًا وَكَانَ يَبْعَثُ تِجَارَتَهُ مِنْ أَوَّلِ النَّهَارِ فَأَثْرَى وَكَثُرَ مَالُهُ
قَالَ أَبُو دَاوُد وَهُوَ صَخْرُ بْنُ وَدَاعَةَ
Daripada Shakhr Al Ghamidi, dari Nabi SAW, baginda mengucapkan: "ALLAAHUMMA BAARIK LI UMMATII FII BUKUURIHAA (Ya Allah, berkatilah bagi umatku di awal pagi hari mereka). Dan baginda apabila mengirim expedisi atau pasukan baginda mengirim mereka di awal siang (awal pagi). Dan Shakhr adalah seorang pedagang dan ia mengirim perdagangannya di awal siang, maka hartanya bertambah banyak. Abu Daud berkata; ia adalah Shakhr bin Wada'ah. (Sunan Abu Daud No: 2239) Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Awal pagi adalah waktu yang banyak keberkatan dari Allah.
2. Rasulullah mendoakan umatnya keberkatan pada setiap waktu pagi.
اللَّهُمَّ بَارِكْ لِأُمَّتِي فِي بُكُورِهَا
(Ya Allah, berkatilah bagi umatku di awal pagi hari mereka)
3. Perkataan bukur (بُكُور ) bermaksud awal pagi sehingga terbitnya matahari. Syeikh Abu Usamah Salim dalam syarah Riyad as-Salihin menyatakan: waktu yang terbaik dan berkat. Menghidupkan waktu pagi merupakan sunah Nabi SAW dan amalan orang yang berjaya.
4. Hadis ini menunjukkan bahawa waktu awal pagi adalah waktu penting untuk melaksanakan kerja-kerja penting dan utama. Elakkan waktu awal pagi dengan kerja yang kurang manfaatnya seperti tidur selepas subuh.
5. Shakhr al-Ghamidi menjadi kaya raya dan banyak harta antaranya kerana ia mengikut sunah Nabi SAW dengan memulakan perniagaan di awal pagi.
6. Waktu sebelum terbitnya matahari umpama waktu rezeki diluluskan manakala apabila terbitnya matahari, waktu rezeki diagih-agihkan.
Rebut dan manfaatkan waktu penuh keberkatan di awal pagi dengan melakukan kerja bermanfaat seperti waktu untuk belajar, waktu untuk bekerja dan memulakan perniagaan. Pekerja Madani Kesuma Bangsa.

Tuesday, May 5, 2026
Jadilah Pemberi Bukan Peminta
Selasa, 17 Zulkaedah 1447H | Jadilah Pemberi Bukan Peminta
عَنْ حَكِيمِ بْنِ حِزَامٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ الْيَدُ الْعُلْيَا خَيْرٌ مِنْ الْيَدِ السُّفْلَى وَابْدَأْ بِمَنْ تَعُولُ وَخَيْرُ الصَّدَقَةِ عَنْ ظَهْرِ غِنًى وَمَنْ يَسْتَعْفِفْ يُعِفَّهُ اللَّهُ وَمَنْ يَسْتَغْنِ يُغْنِهِ اللَّهُ
Daripada Hakim bin Hizam RA dari Nabi SAW bersabda: “Tangan yang diatas lebih baik dari pada tangan yang di bawah, maka mulailah untuk orang-orang yang menjadi tanggunganmu dan sedekah yang paling baik adalah dari orang yang sudah cukup (untuk keperluan dirinya). Maka barangsiapa yang berusaha memelihara dirinya, Allah akan memeliharanya dan barangsiapa yang berusaha mencukupkan dirinya maka Allah akan mencukupkannya”. (HR Bukhari No: 1338) Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Bersedekah lebih baik daripada meminta-minta.
2. Menghulurkan sedekah dan sumbangan hendaklah dimulakan terlebih dahulu kepada ahli keluarga yang menjadi tanggungan kita.
3. Sedekah yang paling baik adalah lebihan daripada keperluan asas seseorang.
4. Berusahalah mencari rezeki sebaik mungkin dan elakkan diri dari meminta-minta atau mengharap belas kasihan orang lain.
5. Allah akan memelihara dan mencukupkan keperluan kepada orang yang berusaha dan bekerja mencari rezeki tanpa meminta-minta.
6. Nabi SAW mencela orang yang suka meminta-minta (mengemis) kerana perbuatan tersebut merendahkan martabat kehormatan manusia. Padahal Allah sendiri sudah memuliakan manusia, seperti terungkap melalui firman-Nya:
وَلَقَدْ كَرَمْنَا بَنِى اَدَم وَحَمْلنَاهُمْ فىِ اْلبَرِّ وَاْلبَحْرِ وَرَزَقْنَاهُمْ مِنَ الطَّيِّبَاتِ وَفَضَلْنَاهُمْ عَلَى كَثِيْرٍ مِمَنْ خَلَقْنَا تَفْضِيْلاً
Maksudnya: Dan sesungguhnya telah kami muliakan anak-anak Adam. Kami angkat mereka di daratan dan di lautan. Kami berikan mereka rezeki dari yang baik-baik dan Kami lebihkan mereka dengan kelebihan yang sempurna atas kebanyakan makhluk yang telah Kami ciptakan.” (Surah Al-Isra’ Ayat: 70).
7. Jangan sengaja menjadi peminta. Ingatlah amaran Nabi SAW seperti yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA:
مَنْ سَأَلَ النَّاسَ أَمْوَالَهُمْ تَكَثُّرًا فَإِنَّمَا يَسْأَلُ جَمْرًا فَلْيَسْتَقِلَّ أَوْ لِيَسْتَكْثِرْ
Barangsiapa meminta harta kepada orang lain untuk memperkaya diri, maka sungguh, ia hanyalah meminta bara api, maka silakan ia meminta sedikit atau banyak (HR. Muslim (no. 1041)
8. Lakukanlah apa juga pekerjaan yang halal dan baik seperti bertani, berniaga, mengutip tin kosong dan menjualnya, bertukang, menjadi pelayan, kerja kilang dan sebagainya untuk keperluan hidup, jangan sekali-kali mengharapkan pemberian orang lain. Pekerja Madani Kesuma Bangsa.
Jadilah Kita Pemberi Bukan Orang Yang Mengharap Pemberian Orang Lain.

Monday, May 4, 2026
Pemimpin Wajib Bekerja Bersungguh-sungguh
Isnin, 16 Zulkaedah 1447H | Pemimpin Wajib Bekerja Bersungguh-sungguh
عَنْ قَتَادَةَ عَنْ أَبِي الْمَلِيحِ أَنَّ عُبَيْدَ اللَّهِ بْنَ زِيَادٍ عَادَ مَعْقِلَ بْنَ يَسَارٍ فِي مَرَضِهِ فَقَالَ لَهُ مَعْقِلٌ إِنِّي مُحَدِّثُكَ بِحَدِيثٍ لَوْلَا أَنِّي فِي الْمَوْتِ لَمْ أُحَدِّثْكَ بِهِ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ مَا مِنْ أَمِيرٍ يَلِي أَمْرَ الْمُسْلِمِينَ ثُمَّ لَا يَجْهَدُ لَهُمْ وَيَنْصَحُ إِلَّا لَمْ يَدْخُلْ مَعَهُمْ الْجَنَّةَ
Daripada Qatadah dari Abu al-Malih, bahawa Ubaidullah bin Ziyad telah menziarahi Ma'qil bin Yasar ketika ia sedang sakit, Ma'qil kemudian berkata kepadanya: 'Sesungguhnya aku akan menyampaikan kepadamu sebuah hadis, kalaulah bukan kerana aku berada di ambang kematian, nescaya aku tidak akan menceritakannya kepadamu. Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Tidak seorang pemimpin yang mengurus urusan kaum muslimin, kemudian dia tidak bersungguh-sungguh bekerja untuk mereka dan tidak menasihati mereka, melainkan dia pasti tidak akan masuk syurga bersama mereka'." (HR Muslim No: 205) Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Setiap pemimpin bertanggungjawab bekerja bersungguh-sungguh memberi khidmat, menjaga kebajikan dan kebaikan mereka yang berada di bawah kepimpinannya termasuk memberi nasihat kepada mereka.
2. Sebagai pemimpin, ketua mahupun pentadbir perlu sentiasa memikirkan bahawa seluruh tanggungjawab dan amanah yang dipikul akan dihisab oleh Allah SWT satu persatu secara terperinci di Akhirat kelak.
3. Pemimpin perlu bersungguh-sungguh menjaga kebajikan, keperluan, kasih sayang, keselamatan, keselesaan dalam kalangan kakitangan atau rakyat yang dipimpin, bukan hanya kelompok yang dia suka sahaja.
4. Rasulullah SAW memberi amaran kepada pemimpin yang tidak bersungguh-sungguh bekerja mengurus rakyat atau pekerja di bawah kepimpinannya juga membimbing dan menasihati mereka, dengan tiada jaminan syurga keatasnya.
5. Saidina Umar Ibnu Khattab RA pernah menyatakan: "Andainya seekor kambing berjalan mencari makan dari Madinah ke Kufah dan patah kakinya dipinggir Sungai Dajlah lalu mati lantaran jalannya rosak, aku takut Allah SWT akan mempertanggungjawabkan ke atas aku di Akhirat kelak."
6. Mengabaikan rakyat juga mereka yang berada dibawah tanggungjawab kepimpinannya adalah dosa besar.
Bagi mereka yang dilantik sebagai pemimpin, ketua, pengurus tidak kira diperingkat mana pun, seperti Menteri, Wakil Rakyat, Pegawai, Ketua, Pentadbir dan lain-lain, anda wajib melaksanakan tanggungjawab dalam urus tadbir tersebut dengan bersungguh-sungguh. Mereka yang dilantik sebagai pemimpin, ketua, pegawai adalah khadam kepada rakyat.

Sunday, May 3, 2026
Laksanakan Amanah Jangan Menipu
Ahad, 15 Zulkaedah 1447H | Laksanakan Amanah Jangan Menipu
مَعْقِلَ بْنَ يَسَارٍ الْمُزنِيَّ قَالَ إِنِّي سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ مَا مِنْ عَبْدٍ يَسْتَرْعِيهِ اللَّهُ رَعِيَّةً يَمُوتُ يَوْمَ يَمُوتُ وَهُوَ غَاشٌّ لِرَعِيَّتِهِ إِلَّا حَرَّمَ اللَّهُ عَلَيْهِ الْجَنَّةَ
Ma'qil bin Yasar al-Muzani RA berkata, Sesungguhnya aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: Tidak ada seorang hamba yang Allah amanahkan kepadanya urusan rakyat (di bawah jagaannya), lalu dia meninggal dunia dalam keadaan menipu atau mengkhianati rakyat, melainkan Allah mengharamkan Syurga keatasnya. (HR Muslim No: 203) Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Amanah adalah modal paling besar dalam melaksanakan kewajipan kepimpinan sama ada kecil atau besar meliputi pemimpin negara, pegawai dan pentadbir, guru juga ibu bapa.
2. Kejujuran pemimpin melaksanakan amanah adalah dituntut. Penipuan juga pengkhianatan adalah dilarang termasuk penyalah gunaan kuasa, mengabaikan kebajikan orang bawahan, tidak menunaikan tanggungjawab juga segala bentuk ketidak jujuran.
3. Pemimpin atau ketua sewajarnya menunjukkan kejujuran melaksanakan amanah dalam kepimpinan untuk dijadikan contoh dan ikutan kepada rakyat atau pekerja di bawahnya daripada tukang sapu hinggalah pegawai tertingginya.
4. Ancaman keras daripada Rasulullah SAW dengan pengharaman syurga kepada mana-mana pemimpin atau pegawai yang mengkhianati amanah yang diberi dibawah tanggungjawabnya.
5. Ibnu Bathal berkata: “Ini adalah ancaman keras terhadap para pemimpin atau petugas yang menyia-nyiakan amanah yang diberikan kepada mereka, atau mengkhianati rakyat, atau menzalimi mereka, sehingga dia dituntut kerana menzalimi rakyat pada hari kiamat”.
6. Sebagai pemimpin, ketua, pegawai, sama ada di peringkat tertinggi Negara mahupun dalam sebuah organisasi kecil perlu bersungguh-sungguh dalam urus tadbir melaksanakan tanggungjawab kepimpinan bukan menipu rakyat atau orang bawahan.
7. Milikilah sifat kepimpinan yang kompeten dan berintegriti dalam urus tadbir ke arah kecemerlangan organisasi dan negara.
8. Hadis ini merupakan salah satu dalil dalam Islam tentang etika kepimpinan dan amanah dalam urus tadbir. Ia menegaskan bahawa pengkhianatan terhadap rakyat bukan sekadar kesalahan moral, tetapi dosa besar yang membawa ancaman berat di akhirat.

Saturday, May 2, 2026
Pemimpin Dan Pembantu Jujur
Sabtu, 14 Zulkaedah 1447H | Pemimpin Dan Pembantu Jujur
عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا أَرَادَ اللَّهُ بِالْأَمِيرِ خَيْرًا جَعَلَ لَهُ وَزِيرَ صِدْقٍ إِنْ نَسِيَ ذَكَّرَهُ وَإِنْ ذَكَرَ أَعَانَهُ وَإِذَا أَرَادَ اللَّهُ بِهِ غَيْرَ ذَلِكَ جَعَلَ لَهُ وَزِيرَ سُوءٍ إِنْ نَسِيَ لَمْ يُذَكِّرْهُ وَإِنْ ذَكَرَ لَمْ يُعِنْهُ
Daripada Aisyah RA, ia berkata; Rasulullah SAW bersabda: "Apabila Allah menghendaki kebaikan pada diri pemimpin maka Allah akan menjadikan baginya pembantu yang jujur, apabila pemimpin itu terlupa maka pembantu akan mengingatkannya dan jika pemimpin itu ingat maka ia akan membantunya. Dan apabila Allah menghendaki selain itu (keburukan) pada diri seorang pemimpin maka Allah jadikan baginya pembantu yang buruk, apabila pemimpin itu lupa maka pembantu tidak mengingatakannya, dan apabila ia ingat maka pembantu tidak menolongnya." (HR Abu Daud No: 2543) Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Pemimpin memikul tugas dan tanggungjawab yang berat. Pemimpin memerlukan pembantu yang boleh meringankan tugas kepimpinan.
2. Jika Allah mahukan kebaikan kepada pemimpin, nescaya akan diberikan kepadanya pembantu yang baik dan jujur. Pembantu yang baik, akan berusaha dengan kemahiran yang ada membantu melaksanakan tugas-tugas ketua dengan cemerlang dan sentiasa diredhai Allah.
3. Urus tadbir yang cemerlang memerlukan pembantu dan pekerja yang baik serta memiliki sifat kuat (berkemampuan) dan amanah seperti firman Allah:
إِنَّ خَيْرَ مَنِ اسْتَئْجَرْتَ الْقَوِىُّ الاَمِينُ
Sesungguhnya sebaik-baik orang yang engkau ambil bekerja ialah orang yang kuat, lagi amanah. [al-Qasas:26]
Sebaik-baik pekerja ialah yang memiliki dua sifat iaitu kuat yang merujuk kepada skill serta kemampuan melaksanakan tugas dan amanah yang merujuk kepada orang yang dipercayai dan takut kepada Allah serta tidak menyeleweng.
4. Pembantu yang baik akan memberikan maklumat yang tepat dan benar kepada ketua agar tindakan dapat diambil dengan tepat dan hikmah.
5. Pembantu yang jujur, akan mengingatkan kepada ketua jika lupa atau silap dan akan segera membantu, bukan turut sama mengiakan kesilapan.
6. Pemimpin atau ketua sewajarnya melantik pembantu yang benar-benar layak, amanah dan bertaqwa untuk membantunya memimpin organisasi atau Negara dengan baik.
7. Jika kita sebagai ketua, pastikan pembantu yang dipilih benar-benar layak dan sentiasa bersedia mengingatkan pemimpin bukan hanya pembodek dan pengambil kesempatan.
8. Jika kita pembantu, jadilah kita orang yang mempunyai integriti dan berusaha membantu pemimpin menjayakan visi dan misi organisasi atau negara. Juga memastikan agar berada di atas landasan yang betul dan diredhai Allah bukan membiarkan organisasi atau negara berada dalam kemusnahan dan kemurkaan Allah.

Thursday, April 30, 2026
Pekerjaan Paling Baik
Khamis, 12 Zulkaedah 1447H | Pekerjaan Paling Baik
عن سعيد بن عمير الأنصاري قال : سُئِلَ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- أَىُّ الْكَسْبِ أَطْيَبُ قَالَ : عَمَلُ الرَّجُلِ بِيَدِهِ وَكُلُّ بَيْعٍ مَبْرُورٍ
Daripada Said bin Amir al-Ansari berkata, Rasulullah SAW ditanya, “Pekerjaan apakah yang paling baik?” Baginda menjawab, “Pekerjaan seseorang yang dilakukan dengan tangannya sendiri dan setiap perniagaan yang baik.” (HR Baihaqi No: 1222) Status: Sahih lighairihi
Pengajaran:
1. Setiap kita wajib melakukan usaha dan ikhtiar bekerja mencari nafkah dan perbelanjaan kehidupan.
2. Sumber nafkah hendaklah diperoleh daripada sumber yang halal dan diharuskan syarak.
3. Pekerjaan yang paling baik ialah yang dilakukan dengan tangan sendiri (Usaha sendiri dan tidak bergantung kepada yang lain) juga perniagaan yang halal.
4. Pekerjaan dengan tangan sendiri bermaksud pekerjaan yang dilakukan seseorang tanpa meminta-minta. Pekerjaan tersebut termasuk yang menggunakan tulang empat kerat seperti buruh, tukang, operator juga yang menggunakan kelayakan akademik seperti doktor, guru, pegawai tadbir dan yang lain-lain.
5. Perniagaan yang baik bermaksud perniagaan atau perusahaan yang bersih dari penipuan dan kecurangan. Baik kecurangan timbangan mahupun kecurangan dengan menyembunyikan cacatnya barang yang dijual. Termasuk yang diperolehi secara haram, menipu juga menindas orang lain.
6. Keberkatan dalam rezeki lebih penting daripada jumlah rezeki yang diperoleh. Keberkatan datang apabila rezeki itu dicari dengan cara yang halal dan digunakan ke jalan yang diredai Allah.
Selamat Menyambut Hari Pekerja Esok 1hb Mei. Pekerja Madani Kesuma Bangsa

Wednesday, April 29, 2026
Keutamaan Sifat Tenang Ketika Beribadah
Rabu, 11 Zulkaedah 1447H | Keutamaan Sifat Tenang Ketika Beribadah
عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا أَنَّهُ دَفَعَ مَعَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَوْمَ عَرَفَةَ فَسَمِعَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَرَاءَهُ زَجْرًا شَدِيدًا وَضَرْبًا وَصَوْتًا لِلْإِبِلِ فَأَشَارَ بِسَوْطِهِ إِلَيْهِمْ وَقَالَ أَيُّهَا النَّاسُ عَلَيْكُمْ بِالسَّكِينَةِ فَإِنَّ الْبِرَّ لَيْسَ بِالْإِيضَاعِ
Daripada Ibnu 'Abbas RA, bahawasanya beliau telah bertolak bersama-sama Nabi SAW pada hari 'Arafah. Kemudian Nabi SAW mendengar dari arah belakang Baginda SAW suara yang keras dan bentakan serta pukulan terhadap unta (yang dipacu laju). Maka Baginda SAW memberi isyarat kepada mereka dengan cemeti agar bertenang. Baginda SAW bersabda: "Wahai manusia, hendaklah kamu bertenang (bersikap tenang), kerana sesungguhnya kebaikan itu bukan (diperoleh) dengan tergesa-gesa." (HR Bukhari No: 1671) Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Islam adalah agama yang membawa rahmat, bukan sahaja kepada sesama manusia bahkan kepada semua makhluk termasuk binatang.
2. Bersifat rahmah dengan berlemah lembut dengan binatang tunggangan adalah suatu yang dituntut.
3. Peristiwa dalam hadis ini berlaku ketika para jemaah haji sedang meninggalkan Arafah menuju Muzdalifah, selepas wukuf yang menjadi salah satu rukun dalam ibadah haji. Sebahagian mereka menggesa unta-unta mereka secara kasar dan tergesa-gesa, mungkin kerana ingin segera sampai atau kerana kesesakan.
4. Ibadah perlu dilakukan dengan ketenangan dan tertib, bukan dalam keadaan tergesa-gesa. Imam Nawawi menjelaskan bahawa hadis ini adalah dalil bahawa ketenangan, tidak kasar dan beradab ketika ibadah sangat dituntut, terutama semasa menunaikan ibadah haji yang suci. Sikap kasar dan bising boleh mengganggu orang lain, khususnya dalam ibadah berjemaah.
5. Antara rahmat yang diberikan Allah SWT kepada hamba-Nya adalah dapat melakukan ibadah dengan taufik dan hidayah-Nya. Setiap ibadah yang dilakukan seperti solat, haji dan sebagainya hendaklah dilakukan dengan penuh ketenangan. Hanya ibadah yang dilaksanakan dengan penuh ketenangan akan melahirkan kebesaran dan ketaqwaan kepada Allah SWT dalam hatinya.
6. Ibn Hajar al-‘Asqalani dalam Fath al-Bari menyatakan bahawa teguran Nabi itu bertujuan meluruskan kefahaman para sahabat, bahawa kebaikan (al-birr) bukanlah diukur melalui kepantasan, tetapi melalui adab dan ketenangan dalam amal ibadah.
7. Menolak sikap tergesa-gesa (ta‘ajul) – Islam menekankan ketenangan dalam segala hal, terutama dalam ibadah. Tergesa-gesa boleh membawa kepada kesilapan dan hilangnya roh ibadah.
8. Setiap Muslim hendaklah sentiasa bersifat tenang kerana sifat tergesa-gesa akan menyebabkan seseorang itu melakukan kesilapan dan ketidaksempurnaan dalam melakukan amal ibadah yang akhirnya menyebabkan amalan tersebut ditolak oleh Allah SWT.
9. Buat para Jemaah Haji yang diberi peluang mengerjakan ibadah haji dan menjadi tetamu duyufurrahman pada tahun ini, semoga sentiasa tenang beribadat di sana serta didoakan kebaikan dan mendapat haji yang mabrur.
زَوَّدَكَ اللَّهُ التَّقْوَى وَغَفَرَ ذَنْبَكَ وَيَسَّرَ لَكَ الْخَيْرَ حَيْثُمَا كُنْتَ
“Semoga Allah SWT membekalkanmu dengan ketaqwaan, mengampunkan dosamu dan Allah memudahkan kebaikan untukmu di mana sahaja kamu berada.”
اللَّهُمَّ اجْعَلْ حَجًّا مَبْرُوْرًا وَسَعْيًا مَشْكُوْرًا وَذَنْبًا مَغْفُوْرًا
“Semoga Allah menganugerahkan haji yang mabrur, usaha yang disyukuri dan dosa yang diampuni.”

Tuesday, April 28, 2026
Mencium Hajarul Aswad
Selasa, 10 Zulkaedah 1447H | Mencium Hajarul Aswad
عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ سَرْجِسَ قَالَ :رَأَيْتُ الْأَصْلَعَ يَعْنِي عُمَرَ بْنَ الْخَطَّابِ يُقَبِّلُ الْحَجَرَ وَيَقُولُ: وَاللَّهِ إِنِّي لَأُقَبِّلُكَ وَإِنِّي أَعْلَمُ أَنَّكَ حَجَرٌ وَأَنَّكَ لَا تَضُرُّ وَلَا تَنْفَعُ وَلَوْلَا أَنِّي رَأَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَبَّلَكَ مَا قَبَّلْتُكَ
Daripada ‘Abdullah bin Sarjis RA berkata; Aku pernah melihat al-Ashla' iaitu ‘Umar bin Al-Khattab RA mencium Hajar Aswad sambil berkata: "Demi Allah, sesungguhnya aku mencium engkau, meskipun aku tahu kamu hanyalah batu yang tidak dapat memberi mudharat dan tidak pula dapat memberi manfaat. Sekiranya aku tidak melihat Rasulullah SAW menciummu, nescaya aku tidak akan menciummu." (HR Bukhari, No: 1597) Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Allah SWT yang mencipta seluruh makhluk dan Allah berkuasa atas segala sesuatu. Setiap ciptaan-Nya tidak dapat mendatangkan sesuatu kebaikan mahupun keburukan kecuali dengan keizinan dan kehendak-Nya.
2. Setiap Muslim hendaklah mentaati segala perintah Allah SWT selari dengan petunjuk Sunnah Nabi SAW.
3. Perlu difahami bahawa perintah Allah SWT ada yang dihukumkan sebagai wajib, sunat, makruh, haram dan harus berdasarkan kaedah-kaedah hukum yang telah disepakati oleh ulama. Contohnya apabila kita berada di Masjilil Haram antara amalan sunat adalah perbuatan mencium hajar aswad. Para sahabat Nabi SAW mengikuti amalan tersebut sebagai ittiba’ (ikutan sunnah) tanpa banyak persoalan kerana mereka melihat amalan tersebut dilakukan oleh Nabi SAW.
4. Dalam mazhab Syafie hukum mencium hajar aswad adalah sunat. Namun perlu diingat, ketika melakukan perbuatan mencium hajarul aswad itu, pastikan tidak menzalimi dengan menarik atau menyakiti orang lain. Dibimbangi perkara sunat itu menjadi haram. Moga menjadi peringatan buat mereka yang sekarang ini menjadi tetamu duyufurahman di Makah.
5. Allah SWT sahaja yang Maha Mengetahui hikmah dan kepentingan disebalik sesuatu pensyariatan. Justeru, sebagai seorang hamba-Nya yang Muslim, maka wajiblah setiap perintah-Nya dilaksanakan manakala setiap larangan-Nya hendaklah dijauhi mengikut kemampuan tanpa perlu dipersoalkan kenapa ianya disyariatkan.
6. Imam al-Nawawi menyebut bahawa hadis ini mengandungi dalil bahawa mengikuti Nabi SAW dalam perbuatan ibadah adalah dituntut, walaupun kita tidak mengetahui hikmahnya secara langsung.

Monday, April 27, 2026
Tuntutan Ibadat Korban Bagi Yang Mampu
Isnin, 9 Zulkaedah 1447H | Tuntutan Ibadat Korban Bagi Yang Mampu
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ وَجَدَ سَعَةً فَلَمْ يُضَحِّ فَلَا يَقْرَبَنَّ مُصَلَّانَا
Daripada Abi Hurairah RA, beliau berkata, telah bersabda Rasulullah SAW: Sesiapa yang mempunyai kelapangan belanja (kemampuan) tetapi tidak melakukan ibadah korban, maka janganlah dia menghampiri tempat solat (masjid) kami. (Musnad Ahmad No: 7924) Status: Isnad Hasan
Pengajaran:
1. Ibadah korban sebagai tanda bersyukur di atas segala nikmat yang kita perolehi.
2. Orang yang mempunyai kelapangan (kemampuan kewangan) tetapi dengan sengaja tidak melaksanakan ibadah korban, seolah-olahnya tidak layak mendatangi masjid untuk melaksanakan ibadat solat pada Hari Raya (menunjukkan satu bentuk ancaman).
3. Dalam Mazhab Syafie, kelapangan belanja bermaksud seseorang yang mempunyai wang lebihan untuk membeli binatang korban, yang lebih daripada keperluannya dan keperluan mereka yang berada di bawah tanggungannya pada hari raya dan hari-hari tasyrik (10, 11, 12 dan 13 Zulhijjah).
4. Dalam Mazhab Hanbali pula, kelapangan belanja ialah mereka yang dapat membeli harga korban walaupun secara meminjam atau berhutang, dan hutang itu mampu dijelaskan.
5. Imam Malik berkata: “Saya tidak suka terhadap seseorang yang mampu untuk menyembelih binatang (korban) lalu dia meninggalkannya (tidak melakukannya)”. (Lihat: الموطأ 2/38. Imam Malik. Syarah al-Muwatha: Tanwir al-Hawalik)
6. Berusaha melaksanakan ibadat korban agar ia menjadi penghapus kepada dosa-dosa kita dan memberi kelegaan khususnya kepada fakir miskin dan kegembiraan jiran tetangga.
7. Islam sangat menekankan semangat pengorbanan, keikhlasan dan kepedulian sosial melalui ibadah korban. Sikap sambil lewa terhadap ibadah boleh membawa kepada kelalaian dalam agama.
8. Bagi mereka yang berkemampuan dan ada lebihan wang, afdhal melaksanakan Ibadat Korban di mana kita tinggal. Ayuh buat tempahan korban sekarang.

Sunday, April 26, 2026
Satu Rumah Satu Ibadah Korban
Ahad, 8 Zulkaedah 1447H | Satu Rumah Satu Ibadah Korban
عَنْ مِخْنَفِ بْنِ سُلَيْمٍ كُنَّا وَقُوفًا عِنْدَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِعَرَفَةَ فَقَالَ يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّ عَلَى كُلِّ أَهْلِ بَيْتٍ فِي كُلِّ عَامٍ أُضْحِيَّة
Daripada Mikhnaf bin Sulaim RA, beliau berkata: Kami berwukuf di Arafah bersama Rasulullah SAW dan aku mendengar baginda bersabda: Wahai sekalian manusia, sesungguhnya keatas setiap ahli sebuah rumah (keluarga), satu ibadah korban pada setiap setahun" (HR Ibnu Majah No: 3116) Status: Hadis Hasan
Pengajaran:
1. Kita telah memasukki bulan Zulkaedah. Kita ada lebih kurang sebulan lagi untuk menyambut kedatangan Hari Raya Eidul Adha di mana antara amalan yang dituntut kepada Muslim yang mampu adalah ibadah Kurban.
2. Berdasarkan hadis di atas, sebahagian ulamak beranggapan, Ibadah korban adalah sunat kifayah bagi setiap rumah (suatu sunat yang amat dituntut). Satu sembelihan korban boleh mewakili satu keluarga. Dalam mazhab Syafie ibadat korban hukumnya sunat Muakkad (amat digalakkan).
3. Bagi Imam Abu Hanifah dan ulamak bermazhab Hanafi telah menetapkan bahawa menyembelih korban adalah wajib sekali setahun bagi orang bermukim dan berkemampuan dari segi kewangan daripada penduduk tempatan
4. Ibadat korban ini adalah sebahagian dari syiar agama sebagai memperingati pengorbanan Nabi Allah Ibrahim dan Ismail AS. Melaksanakan ibadat ini akan membangkitkan kesedaran untuk sentiasa membelanjakan harta dan berkorban semata-mata meninggikan syiar agama Allah
5. Jika kita mampu membayar bil handset RM 40.00 hingga RM 100.00 sebulan, sanggup membayar bil unifi RM 80.00 bulanan, sewajarnya kita juga mampu menyimpan sekitar RM 80.00 sebulan untuk membeli satu bahagian daripada korban pada setiap Hari Raya Korban.
6. Kira-kira sebulan lagi kita akan bertemu dengan Hari Raya Korban, banyak masjid dan surau telah mula berkempen penyertaan ibadat korban kepada ahli kariah. Ambil kesempatan untuk menyertainya, paling kurang satu bahagian
7. Hadis ini menunjukkan kepentingan ibadah korban sebagai amalan tahunan yang sangat dituntut dalam Islam. Ia bukan sahaja simbol ketaatan kepada Allah SWT, tetapi juga medium untuk menyemai nilai pengorbanan, kesyukuran dan keprihatinan sosial dalam masyarakat. Dengan melaksanakannya, seorang Muslim dapat mendekatkan diri kepada Allah serta menghidupkan sunnah para nabi.

Saturday, April 25, 2026
Umrah Menghapuskan Dosa Haji Mabrur Balasannya Syurga
Sabtu, 7 Zulkaedah 1447H | Umrah Menghapuskan Dosa Haji Mabrur Balasannya Syurga
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ الْعُمْرَةُ إِلَى الْعُمْرَةِ كَفَّارَةٌ لِمَا بَيْنَهُمَا وَالْحَجُّ الْمَبْرُورُ لَيْسَ لَهُ جَزَاءٌ إِلَّا الْجَنَّة
Daripada Abi Hurairah RA, Sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda: “Antara satu umrah ke satu umrah menghapuskan dosa antara keduanya dan haji yang mabrur tidak ada baginya ganjaran melainkan syurga” (HR Bukhari No: 1773) Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Hadis ini menjelaskan kelebihan besar ibadah umrah dan haji, khususnya dari sudut pengampunan dosa dan ganjaran akhirat.
2. Ibadat umrah yang dilakukan secara berulang menjadi penghapus dosa antara keduanya, iaitu sesiapa yang melaksanakan ibadah umrah secara berulang kali, ia menjadi penghapus dosa-dosa kecil sepanjang tempoh jarak antara ibadah umrah tersebut.
3. Menurut Imam al-Nawawi dan para ulama lain, hadis ini menunjukkan bahawa ibadah umrah berperanan menyucikan jiwa dan menghapuskan kesalahan lalu, seperti mana solat dan puasa juga menjadi kafarah dosa.
4. Imam Ibn Hajar al-Asqalani dalam Fath al-Bari menjelaskan bahawa hadis ini menjadi dalil keutamaan melakukan umrah secara berulang-ulang jika mampu, kerana ia menjadi sebab diampunkan dosa.
5. Mereka yang diterima ibadah hajinya (haji mabrur) di sisi Allah, tidak ada sebaik-baik ganjaran yang akan diperolehi di sisi Allah melainkan syurga untuknya.
6. Menurut Imam al-Nawawi, haji mabrur adalah haji yang tidak dicemari dengan maksiat, dilakukan dengan niat yang ikhlas, memenuhi syarat dan rukun dengan sempurna.
7. Setiap muslim mestilah berazam bersungguh-sungguh untuk menunaikan ibadah haji dan sentiasa berusaha sedaya mungkin dalam melaksanakan perintah Allah SWT tersebut agar mendapat haji yang mabrur. Firman Allah SWT:
وَلِلَّـهِ عَلَى النَّاسِ حِجُّ الْبَيْتِ مَنِ اسْتَطَاعَ إِلَيْهِ سَبِيلًا
“Dan Allah mewajibkan manusia mengerjakan ibadat Haji dengan mengunjungi Baitullah iaitu sesiapa yang mampu sampai kepadanya.” (Surah Ali-Imran: 97)
8. Menurut Syeikh al-Maraghi dalam menafsirkan ayat di atas, ia menerangkan bahawa ibadah haji ini diwajibkan kepada setiap orang muslim mukallaf yang berkemampuan. Perlaksanaan ibadah haji dan umrah mampu menjadi mercu tanda dan bukti pengabdian setiap hamba kepada Penciptanya. (Rujuk Tafsir al-Maraghi, 2/853)
Laksanakanlah ibadat haji dan umrah dengan memelihara rukun dan sunat serta meninggalkan larangan dengan sempurna. Rebut peluang menjadikan ibadat haji dan umrah sebagai pembersih dosa-dosa dan mendapat keampunan serta ganjaran syurga.

Friday, April 24, 2026
Haji dan Umrah Menghapuskan Kefakiran dan Dosa
Jumaat, 6 Zulkaedah 1447H | Haji dan Umrah Menghapuskan Kefakiran dan Dosa
عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ مَسْعُودٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ تَابِعُوا بَيْنَ الْحَجِّ وَالْعُمْرَةِ فَإِنَّهُمَا يَنْفِيَانِ الْفَقْرَ وَالذُّنُوبَ كَمَا يَنْفِي الْكِيرُ خَبَثَ الْحَدِيدِ وَالذَّهَبِ وَالْفِضَّةِ وَلَيْسَ لِلْحَجَّةِ الْمَبْرُورَةِ ثَوَابٌ إِلَّا الْجَنَّة
Daripada Abdullah bin Mas’ud RA bahawa beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda: “Laksanakanlah ibadah haji berserta umrah, maka sesungguhnya kedua-duanya akan menghapuskan kamu daripada kefakiran dan dosa-dosa, sebagaimana al-kir (bahan yang digunakan untuk menghilangkan) menghapuskan segala kekotoran besi, perak dan emas. Tidak ada balasan bagi haji yang mabrur melainkan syurga” (Sunan Tarmizi No: 738) Status: Hadis Hasan Sahih
Pengajaran:
1. Menjadi kewajipan bagi Muslim yang berkemampuan dan berkuasa untuk melaksanakan ibadat haji dan umrah
2. Orang yang melaksanakan ibadat haji dan umrah dengan ikhlas dan sempurna akan menjadi penghapus dosa seperti bahan kimia yang boleh menghilangkan segala kekotoran pada besi, perak dan emas serta memperoleh ganjaran Syurga.
3. Mereka yang melaksanakan ibadat haji dan umrah terpaksa mengeluarkan perbelanjaan yang besar, namun Rasulullah SAW menjanjikan keberkahan rezeki dan dijauhkan dari kemiskinan.
4. Ibn Hajar al-Asqalani dalam Fath al-Bari menjelaskan, walaupun haji memerlukan perbelanjaan, Allah akan gantikan dengan rezeki yang lebih baik jika dilakukan dengan niat yang benar.
5. Mereka yang diterima ibadah hajinya (mabrur) di sisi Allah, tidak ada sebaik-baik ganjaran yang akan diperolehi melainkan syurga untuknya.
Selamat mengerjakan ibadat haji dan umrah kepada duyufurahman. Rebutlah peluang menjadikan ibadat haji dan umrah sebagai pembersih dosa-dosa dan mendapat keampunan serta ganjaran syurga.

Thursday, April 23, 2026
Haji Mabrur Menghapuskan Dosa Seperti Bayi
Khamis, 5 Zulkaedah 1447H | Haji Mabrur Menghapuskan Dosa Seperti Bayi
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ حَجَّ هَذَا الْبَيْتَ فَلَمْ يَرْفُثْ وَلَمْ يَفْسُقْ رَجَعَ كَمَا وَلَدَتْهُ أُمُّه
Daripada Abu Hurairah RA beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda: Barangsiapa melaksanakan ibadat haji di rumah ini (Kaabah) semata-mata kerana Allah dan ia tidak menuturkan perkataan keji dan tidak melakukan kefasikan (keluar dari ketaatan) maka ia akan kembali seperti bayi yang baru dilahirkan ibunya (bersih dari dosa) (HR Bukhari No:1690) Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Orang yang melaksanakan ibadah Haji dengan tidak melakukan perkara yang dilarang akan diampunkan dosanya bersih seperti bayi yang baru dilahirkan.
2. Haji mabrur adalah haji yang dilaksanakan dengan niat yang ikhlas kerana Allah SWT (bukan kerana hendak melancong, berjual beli dan seumpamanya). Pelaksanaaan haji dengan kaifiyat (tata cara) yang betul sebagaimana yang diajarkan Nabi SAW akan menghasilkan pahala yang besar (syurga) dan keampunan dosa. Justeru, seseorang yang mahu melaksanakan ibadah haji mestilah memahami hukum-hukam berkaitan haji dan menjauhi perkataan yang kotor dan perbuatan fasiq.
3. Apabila seseorang melaksanakan ibadat haji dengan menjauhi apa-apa yang Allah haramkan, berupa rafats (perkataan atau perlakuan yang menjurus kepada perkara lucah atau keinginan syahwat) dan fusuq (segala bentuk maksiat dan perbuatan dosa yang menyalahi syariat, seperti mencaci, bergaduh, menipu, atau perbuatan buruk lainnya), meninggalkan perbuatan fasik, melakukan ketaatan, dan tidak meninggalkan apa-apa yang Allah wajibkan, serta tidak melakukan apa yang Allah haramkan - maka ia kembali dari ibadat haji dalam keadaan bersih dari dosa. Sebagaimana seseorang keluar dari perut ibunya tanpa membawa dosa, maka orang memenuhi syarat ini - dia akan bersih dari dosa.
4. Setiap Muslim yang akan melaksanakan ibadah haji hendaklah segera bertaubat (menyesali dan meninggalkan perbuatan maksiat) dan bertekad tidak akan mengulangi dosa-dosa tersebut. Bagi kesalahan dan dosa berkaitan dengan manusia atau mengambil haknya, hendaklah segera meminta maaf dan mengembalikan hak-hak mereka sebelum pergi melaksanakan haji. Sesungguhnya haji merupakan jalan menuju ke syurga dan membebaskan diri daripada api neraka.
5. Ibadat haji yang dilaksanakan akan menjadi penghapus dosa apabila dilaksanakan mengikut peraturan dan meninggalkan larangan. Imam al-Nawawi dalam Al-majmu berkata: “Apabila seseorang ingin mengerjakan ibadat haji maka ia wajib mempelajari tatacaranya, kerana tidak sah ibadah dari orang yang tidak mengetahuinya.”
6. Haji yang diterima (mabrur) ialah haji yang:
a) Dilaksanakan dengan ikhlas
b) Menjaga adab dan larangan
c) Tidak dicemari maksiat
Bagi yang akan menunaikan ibadat haji, pastikan ibadat haji yang dilakukan mengikut peraturan dan mematuhi larangan agar ia menjadi pengampun dosa.

Wednesday, April 22, 2026
Jangan Tangguh Melaksanakan Ibadah Haji
Rabu, 4 Zulkaedah 1447H | Jangan Tangguh Melaksanakan Ibadah Haji
عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ تَعَجَّلُوا إِلَى الْحَجِّ يَعْنِي الْفَرِيضَةَ فَإِنَّ أَحَدَكُمْ لَا يَدْرِي مَا يَعْرِضُ لَهُ
Daripada Ibnu Abbas RA, ia berkata; Rasulullah SAW bersabda: “Segeralah kamu menunaikan haji (yang wajib) kerana seseorang daripada kamu tidak mengetahui apa yang akan berlaku keatasnya” (Musnad Ahmad No: 2721) Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Menunaikan ibadat haji suatu kewajipan kepada mereka yang memenuhi syarat berkuasa dan berkemampuan dari segi kewangan, kesihatan dan keselamatan perjalanan. Jangan ditangguh dengan sengaja melainkan bersebab yang dibenarkan Syara.
2. Mengikut Imam Shafi’i kewajipan menunaikan haji tidaklah mesti disegerakan tetapi tidak pula bererti boleh dilambatkan.
3. Segera menunaikan haji dalam keadaan kita sihat dan mampu adalah penting sebagai langkah berjaga-jaga. Apatah lagi jika telah mendapat surat tawaran kerana peluang tidak datang selalu. Jika dilewatkan berkemungkinan ia tidak dapat dilaksanakan langsung kerana kemungkinan berlaku sesuatu halangan seperti sakit, kehilangan harta, kematian atau perubahan keadaan.
4. Jika ada kemudahan untuk tidak menunggu giliran yang mungkin lama lagi; contohnya menggunakan package yang lebih bayarannya dan kita berkemampuan dari segi kewangan, maka elok diusahakan pemergian itu.
5. Hadis ini mengingatkan umat Islam agar tidak bertangguh dalam menunaikan haji apabila telah berkemampuan. Kehidupan yang tidak menentu menuntut kita agar segera melaksanakan kewajipan sebelum datang halangan. Dengan itu, seorang Muslim akan lebih bersedia menghadapi Allah SWT dalam keadaan telah menunaikan tanggungjawabnya.
Bagi mereka yang berkemampuan dan berkuasa, jangan tunggu tahun depan atau tahun berikutnya. Kita tak pasti, ketika itu adakah kita masih hidup, berkuasa atau berkemampuan?.

Subscribe to:
Posts (Atom)