Ahad, 29 Rabiulakhir 1448H | Wanita Ahli Syurga
عَنْ عِمْرَانَ أَبِي بَكْرٍ قَالَ حَدَّثَنِي عَطَاءُ بْنُ أَبِي رَبَاحٍ قَالَ قَالَ لِي ابْنُ عَبَّاسٍ أَلَا أُرِيكَ امْرَأَةً مِنْ أَهْلِ الْجَنَّةِ قُلْتُ بَلَى قَالَ هَذِهِ الْمَرْأَةُ السَّوْدَاءُ أَتَتْ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَتْ إِنِّي أُصْرَعُ وَإِنِّي أَتَكَشَّفُ فَادْعُ اللَّهَ لِي قَالَ إِنْ شِئْتِ صَبَرْتِ وَلَكِ الْجَنَّةُ وَإِنْ شِئْتِ دَعَوْتُ اللَّهَ أَنْ يُعَافِيَكِ فَقَالَتْ أَصْبِرُ فَقَالَتْ إِنِّي أَتَكَشَّفُ فَادْعُ اللَّهَ لِي أَنْ لَا أَتَكَشَّفَ فَدَعَا لَهَا
Daripada Imran bin Abu Bakar, beliau berkata; telah menceritakan kepadaku 'Atha` bin Abu Rabah dia berkata bahawa Ibnu Abbas pernah berkata kepadaku; "Mahukah aku tunjukkan kepadamu seorang wanita ahli syurga?" Aku menjawab; "Tentu." Beliau berkata; "Wanita berkulit hitam ini. Dia pernah menemui Nabi SAW lalu berkata; "Sesungguhnya aku mengalami sawan dan ketika sawan, auratku sering terbuka (sehingga) dilihat orang (ketika penyakit itu datang), maka berdoalah kepada Allah untukku." Baginda bersabda: “Jika engkau mahu, engkau boleh bersabar dan bagimu syurga; dan jika engkau mahu, aku akan berdoa kepada Allah supaya Dia memberikan kesihatan kepadamu.”Wanita itu lalu berkata; "Baiklah aku akan bersabar." Wanita itu berkata lagi; "Namun berdoalah kepada Allah agar (auratku) tidak tersingkap Ketika diserang sawan." Maka baginda mendoakan untuknya." (HR Bukhari No: 5220) Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Setiap penyakit itu datang daripada Allah. Sabar menghadapi penyakit mempunyai ganjaran yang sangat besar.
2. Berusaha dan berikhtiar merawat penyakit juga dituntut, di samping berdoa untuk kesembuhan.
3. Bersabar dan reda terhadap ujian penyakit dengan tidak mengeluh dan marah terhadap takdir Allah. Tahan lisan dari mengeluh, marah, atau ucapan lain yang menunjukkan tidak menerima takdir Allah.
4. Berdoa agar Allah memelihara diri sepanjang kita menghadapi kesakitan tersebut.
5. Menjaga aurat dan maruah sangat penting. Wanita tersebut sanggup bersabar dengan penyakit tetapi tetap meminta agar auratnya tidak tersingkap.
6. Perkara yang berlaku di luar kawalan tidak sama dengan perbuatan yang disengajakan. Tersingkapnya aurat ketika sawan bukanlah sesuatu yang dilakukan secara sengaja dan ia tidak berdosa.
7. Orang yang bersabar dan reda menghadapi ujian penyakit, dijanjikan sebagai calon ahli syurga seperti wanita diatas.
8. Kita tidak memilih penyakit, tetapi apabila ia datang kita boleh memilih cara menghadapinya: berubat semampunya, berdoa bersungguh-sungguh, menjaga maruah, terus melakukan ketaatan yang termampu dan bersabar terhadap perkara yang tidak dapat kita ubah.
"Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian; Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran".(Surah Al-Asr,Ayat 1-3)
Sunday, October 11, 2026
Saturday, October 10, 2026
Kelebihan Bertahmid dan Memuji Allah Ketika Pesakit Diziarahi
Sabtu, 28 Rabiul Akhir 1448H | Kelebihan Bertahmid dan Memuji Allah Ketika Pesakit Diziarahi
عَنْ عَطَاءِ بْنِ يَسَارٍ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِذَا مَرِضَ الْعَبْدُ بَعَثَ اللَّهُ تَعَالَى إِلَيْهِ مَلَكَيْنِ فَقَالَ انْظُرَا مَاذَا يَقُولُ لِعُوَّادِهِ فَإِنْ هُوَ إِذَا جَاءُوهُ حَمِدَ اللَّهَ وَأَثْنَى عَلَيْهِ رَفَعَا ذَلِكَ إِلَى اللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ وَهُوَ أَعْلَمُ فَيَقُولُ لِعَبْدِي عَلَيَّ إِنْ تَوَفَّيْتُهُ أَنْ أُدْخِلَهُ الْجَنَّةَ وَإِنْ أَنَا شَفَيْتُهُ أَنْ أُبْدِلَ لَهُ لَحْمًا خَيْرًا مِنْ لَحْمِهِ وَدَمًا خَيْرًا مِنْ دَمِهِ وَأَنْ أُكَفِّرَ عَنْهُ سَيِّئَاتِهِ
Daripada 'Atha bin Yasar RA bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Apabila seorang hamba jatuh sakit, Allah SWT mengutus kepadanya dua Malaikat seraya berfirman; “Perhatikanlah apa yang dikatakannya kepada orang-orang yang menziarahinya. Jika ketika mereka datang menziarahinya dia memuji Allah dan menyanjung-Nya, kedua-dua malaikat itu mengangkat perkara tersebut kepada Allah ‘Azza wa Jalla, sedangkan Dia (Allah) lebih mengetahui. Lalu Allah berfirman: ‘Menjadi ketetapan-Ku terhadap hamba-Ku, jika Aku mematikannya, Aku akan memasukkannya ke dalam syurga; dan jika Aku menyembuhkannya, Aku akan menggantikan baginya daging yang lebih baik daripada dagingnya dan darah yang lebih baik daripada darahnya serta Aku akan menghapuskan dosa-dosanya.’" (HR Malik No: 1475) Status: Hadis Hasan lighairihi.
Pengajaran:
1. Sakit merupakan ujian terhadap tubuh, hati dan lidah. Cara seseorang berbicara ketika sakit boleh mencerminkan hubungannya dengan Allah.
2. Seorang Mukmin dianjurkan memuji Allah dalam semua keadaan. Syukur bukan hanya ketika mendapat nikmat yang menyenangkan, termasuklah ketika sakit.
3. Ketika orang yang sakit diziarahi, ucapkanlah zikir memuji Allah bukan keluhan atau kesakitan. Antaranya kalimah:
الْحَمْدُ لِلَّهِ عَلَى كُلِّ حَالٍ
“Segala puji bagi Allah dalam setiap keadaan.”
4. Mengadu sakit tidak sama dengan mencela ketentuan Allah. Pesakit boleh menjelaskan kesakitannya untuk mendapatkan bantuan dan rawatan.
5. Jagalah lidah ketika sakit. Elakkan kata-kata seperti mempertikaikan keadilan Allah atau berputus asa daripada rahmat-Nya. Sakit akan menjadi penebus dosa.
6. Bagi penziarah, doakan pesakit dan ucapkan kata-kata semangat dan kesabaran untuk pesakit.
7. Pesakit yang sabar dan reda malah mengucapkan tahmid dan pujian kepada Allah terhadap apa yang dilalui (bukan keluhan), jika ia dimatikan, Allah akan menggantikan dengan syurga. Jika disembuhkan, Allah akan menggantikan darah yang lebih baik, daging baru yang tumbuh lebih baik di samping dikurniakan keampunan dosa.

Friday, October 9, 2026
Pahala Berterusan Walaupun Sakit dan Musafir
Jumaat, 27 Rabiul Akhir 1448H | Pahala Berterusan Walaupun Sakit dan Musafir
أَبَا بُرْدَةَ بْنَ أَبِي مُوسَى وَاصْطَحَبَ هُوَ وَيَزِيدُ بْنُ أَبِي كَبْشَةَ فِي سَفَرٍ وَكَانَ يَزِيدُ يَصُومُ فَقَالَ لَهُ أَبُو بُرْدَةَ سَمِعْتُ أَبَا مُوسَى مِرَارًا يَقُولُ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا مَرِضَ الْعَبْدُ أَوْ سَافَرَ كُتِبَ لَهُ مِنْ الْأَجْرِ مِثْلُ مَا كَانَ يَعْمَلُ مُقِيمًا صَحِيحًا
Abu Burdah bin Abu Musa pernah bermusafir Bersama Yazid bin Abu Kabsyah. Pada waktu itu Yazid berpuasa Ketika dalam perjalanan. Abu Burdah berkata kepadanya; Saya telah mendengar Abu Musa berkali-kali berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Apabila seorang hamba sakit atau bermusafir, maka dicatat baginya pahala kebaikan seperti amalan yang biasa dilakukannya ketika ia bermukim dan dalam keadaan sihat." (HR Ahmad No: 18848) Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Laksanakan amal ibadah setiap masa khususnya ketika kita sihat dan bermukim
2. Istiqamah sangat bernilai. Amalan yang dilakukan secara konsisten ketika sihat menjadi “aset” seseorang apabila dia tidak lagi mampu melakukannya.
3. Orang yang sakit, walaupun tidak dapat mengerjakan amal soleh seperti mana ketika dia sihat, dia akan tetap mendapat ganjaran pahala jika semasa dia sihat, dia melaksanakan amal tersebut. (contohnya semasa dia sihat, setiap magrib dia ke masjid dan mendengar kuliah – waktu dia sakit, tidak dapat menghadirinya – Malaikat tetap mencatat ganjaran pahala seolah-olah dia hadir)
4. Allah juga memberi ganjaran yang sama kepada orang yang bermusafir. Contohnya amalan puasa sunat yang dilakukan semasa tidak bermusafir. Ketika dia bermusafir, dia tidak berpuasa. Dia turut mendapat pahala puasa tersebut.
5. Al-Hafiz Ibn Hajar al-‘Asqalani ketika menghuraikan hadis ini dalam Fath al-Bari menjelaskan bahawa orang yang mempunyai kebiasaan melakukan sesuatu ketaatan, kemudian terhalang kerana suatu keuzuran, diberikan pahala seperti kebiasaannya.
6. Hadis ini menjelaskan satu prinsip dalam beramal iaitu bina simpanan amal ketika sihat dan berkelapangan. Moga Allah memberikan ganjaran yang sama walaupun kita tidak dapat laksanakan semasa kita sakit dan bermusafir.

Thursday, October 8, 2026
Demam Mengampunkan Dosa
Khamis, 26 Rabiul Akhir 1448H | Demam Mengampunkan Dosa
عَنْ جَابِرُ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ دَخَلَ عَلَى أُمِّ السَّائِبِ أَوْ أُمِّ الْمُسَيَّبِ فَقَالَ مَا لَكِ يَا أُمَّ السَّائِبِ أَوْ يَا أُمَّ الْمُسَيَّبِ تُزَفْزِفِينَ قَالَتْ الْحُمَّى لَا بَارَكَ اللَّهُ فِيهَا فَقَالَ لَا تَسُبِّي الْحُمَّى فَإِنَّهَا تُذْهِبُ خَطَايَا بَنِي آدَمَ كَمَا يُذْهِبُ الْكِيرُ خَبَثَ الْحَدِيدِ
Daripada Jabir bin Abdullah RA bahawa Rasulullah SAW datang menemui Ummu Saib atau Ummu Musayyab, lalu baginda bertanya: "Sakit apa kamu sampai menggigil begitu?" Jawab Ummu Saib; "Demam! Semoga Allah tidak memberkatinya." Lalu Rasulullah SAW bersabda: "Janganlah kamu menyalahkan penyakit, kerana sesungguhnya penyakit itu dapat menghapuskan dosa-dosa anak Adam, sebagaimana alat peniup atau penyala api tukang besi membersihkan karat daripada besi." (HR Muslim No: 4672) Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Menziarahi orang sakit merupakan sunnah Rasulullah SAW. Baginda sendiri mendatangi dan bertanya keadaan orang yang sakit.
2. Setiap Muslim yang diuji dengan sebarang penyakit seperti demam, perlu bersabar dan reda di atas penyakit yang dihadapi.
3. Janganlah menyalahkan penyakit atau merunggut dengan penyakit yang dihidapi.
4. Ujian penyakit seperti demam ke atas anak Adam akan menjadi penghapus dosa-dosanya seperti kir (sejenis bahan) membersihkan karat besi.
5. Mengadu sakit tidak bercanggah dengan sifat sabar. Yang ditegah ialah mencela dan menunjukkan sikap tidak reda terhadap ketentuan Allah. Seseorang boleh memberitahu doktor dan keluarganya tentang kesakitan yang dialami.
6. Orang yang menziarahi pesakit hendaklah membina harapan. Jangan menakut-nakutkan pesakit dengan cerita kematian atau pengalaman buruk orang lain.
7. Penyakit boleh menjadi medan tarbiah. Ia mengajar manusia tentang kelemahan dirinya, nilai kesihatan, kebergantungan kepada Allah dan hakikat kehidupan dunia.

Wednesday, October 7, 2026
Penyakit Mengangkat Darjat dan Menghapus Dosa
Rabu, 25 Rabiul Akhir 1448H | Penyakit Mengangkat Darjat dan Menghapus Dosa
عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَا يُصِيبُ الْمُؤْمِنَ مِنْ شَوْكَةٍ فَمَا فَوْقَهَا إِلَّا رَفَعَهُ اللَّهُ بِهَا دَرَجَةً أَوْ حَطَّ عَنْهُ بِهَا خَطِيئَةً
Daripada 'Aisyah RA, dia berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda: Tidaklah seorang Mukmin ditimpa sesuatu kesakitan (musibah), walaupun hanya tertusuk duri atau yang lebih daripada itu, melainkan Allah mengangkat dengannya satu darjat baginya atau menghapuskan daripadanya satu kesalahan. (HR Muslim No: 4665) Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Islam mengajar umatnya bersabar diatas setiap ujian atau musibah yang dilaluinya.
2. Tiada kesakitan seorang Mukmin yang sia-sia. Bahkan kesakitan sekecil tercucuk duri mempunyai nilai di sisi Allah.
3. Allah mendatangkan musibah kepada seseorang dalam pelbagai bentuk antaranya kesakitan, untuk mengangkat darjat atau kedudukan seseorang di sisi Allah
4. Allah mendatangkan musibah atau ujian dalam bentuk kesakitan juga bertujuan untuk menghapuskan dosa seseorang.
5. Imam al-Nawawi menjelaskan bahawa hadis ini merupakan dalil bahawa penyakit, kesakitan dan musibah yang menimpa seseorang mempunyai kelebihan berupa penghapusan dosa dan peningkatan kedudukan.
6. Jangan cepat bersangka buruk kepada Allah ketika ditimpa sakit. Apa yang dirasakan sebagai penderitaan mungkin sedang menjadi proses penyucian diri.
7. Orang yang ditimpa musibah seperti penyakit, akan digugurkan segala dosa seperti dedaun berguguran kecuali dosa besar seperti dosa syirik
مَا مِنْ مُسْلِمٍ يُصِيبُهُ أَذًى شَوْكَةٌ فَمَا فَوْقَهَا إِلَّا كَفَّرَ اللَّهُ بِهَا سَيِّئَاتِهِ كَمَا تَحُطُّ الشَّجَرَةُ وَرَقَهَا
Tidaklah seorang muslim yang tertimpa suatu musibah (penyakit) atau yang lain, melainkan Allah akan menghapuskan kesalahan-kesalahannya sebagaimana pohon menggugurkan dedaunannya." (HR Bukhari No: 5216) Status Hadis Sahih
8. Sabar bukan bererti tidak boleh mengadu sakit. Seseorang boleh memberitahu doktor atau keluarganya tentang kesakitan untuk mendapatkan bantuan. Yang perlu dijaga ialah jangan sampai mengeluh dengan cara mempersoalkan keadilan dan ketentuan Allah.

Tuesday, October 6, 2026
Doa Penyembuhan Pesakit
Selasa, 24 Rabiul Akhir 1448H | Doa Penyembuhan Pesakit
عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ عَادَ مَرِيضًا لَمْ يَحْضُرْ أَجَلُهُ فَقَالَ عِنْدَهُ سَبْعَ مِرَارٍ أَسْأَلُ اللَّهَ الْعَظِيمَ رَبَّ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ أَنْ يَشْفِيَكَ إِلَّا عَافَاهُ اللَّهُ مِنْ ذَلِكَ الْمَرَضِ
Daripada Ibnu Abbas RA daripada Nabi SAW baginda berkata: Barang siapa yang menziarahi orang sakit yang belum tiba ajalnya kemudian ia membacakan (doa) di sebelahnya sebanyak tujuh kali: AS ALULLAAHAL 'AZHIIM RABBAL 'ARSYIL 'AZHIIM AN YASYFIYAKA (Aku memohon kepada Allah yang Maha Agung, Tuhan Arasy yang Agung semoga Dia menyembuhkanmu), nescaya Allah akan menyembuhkannya dari penyakit tersebut. (HR Abu Daud No: 2700) Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Menziarahi orang sakit merupakan sunnah yang sangat dituntut dan termasuk dalam hak seorang Muslim terhadap Muslim yang lain.
2. Antara adab orang yang menziarahi pesakit ialah mendoakannya.
3. Barang siapa membacakan doa ini sebanyak 7 kali kepada pesakit yang belum sampai ajalnya, nescaya Allah akan menyembuhkan penyakitnya:
أَسْأَلُ اللَّهَ الْعَظِيمَ رَبَّ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ أَنْ يَشْفِيَكَ
(Aku memohon kepada Allah yang Maha Agung, Tuhan Arasy yang Agung semoga Dia menyembuhkanmu)
4. Doa dan rawatan perubatan tidak bercanggah. Kita boleh membaca doa tujuh kali sambil mendapatkan pemeriksaan doktor dan mengambil ubat yang sesuai.
5. Ziarah orang yang sakit sepatutnya membawa harapan, bukan ketakutan. Elakkan menceritakan kisah penyakit yang menakutkan di hadapan pesakit. Sebaliknya, berikan kata-kata yang menenangkan dan mendoakannya.

Monday, October 5, 2026
Doa Menziarahi Pesakit
Isnin, 23 Rabiul Akhir 1448H | Doa Menziarahi Pesakit
عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يَقُولُ لِلْمَرِيضِ بِسْمِ اللَّهِ تُرْبَةُ أَرْضِنَا بِرِيقَةِ بَعْضِنَا يُشْفَى سَقِيمُنَا بِإِذْنِ رَبِّنَا
Daripada Aisyah RA bahawa Nabi SAW apabila merawat orang sakit, baginda mendoakan dengan membaca: BISMILLAHI TURBATU ARDHINA BI RIIQATI BA'DHINA YUSYFAA SAQIIMUNA BI IDZNI RABBINA (Dengan nama Allah. Tanah bumi kami, dengan air liur sebahagian daripada kami; semoga orang sakit dalam kalangan kami disembuhkan dengan izin Tuhan kami)." (HR Bukhari No: 5304) Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Antara tanggungjawab Muslim ialah menziarahi orang yang sakit
2. Antara sunnah Rasulullah SAW apabila menziarahi orang sakit ialah mendoakan pesakit.
3. Antara doa yang boleh dibaca kepada pesakit:
بِسْمِ اللَّهِ تُرْبَةُ أَرْضِنَا بِرِيقَةِ بَعْضِنَا يُشْفَى سَقِيمُنَا بِإِذْنِ رَبِّنَا
(Dengan nama Allah. Tanah bumi kami, dengan air liur sebahagian daripada kami; semoga orang sakit dalam kalangan kami disembuhkan dengan izin Tuhan kami)
4. Islam menggabungkan doa, ikhtiar dan tawakal. Mendapatkan rawatan perubatan sebagai ikhtiar tidak bercanggah dengan tawakal kepada Allah.
5. Imam al-Nawawi ketika menghuraikan hadis ini menjelaskan bahawa ia merupakan dalil tentang keharusan melakukan ruqyah atau rawatan menggunakan ayat al-Quran, zikir dan doa yang disyariatkan.
6. Ruqyah mesti bebas daripada unsur syirik dan khurafat. Tidak boleh menggunakan jampi yang tidak difahami, meminta bantuan jin atau mempercayai benda tertentu mempunyai kuasa ghaib dengan sendirinya.

Sunday, October 4, 2026
Adab Orang Yang Ditimpa Musibah
Ahad, 22 Rabiul Akhir 1448H A| Adab Orang Yang Ditimpa Musibah
عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَا يَتَمَنَّيَنَّ أَحَدُكُمْ الْمَوْتَ مِنْ ضُرٍّ أَصَابَهُ فَإِنْ كَانَ لَا بُدَّ فَاعِلًا فَلْيَقُلْ اللَّهُمَّ أَحْيِنِي مَا كَانَتْ الْحَيَاةُ خَيْرًا لِي وَتَوَفَّنِي إِذَا كَانَتْ الْوَفَاةُ خَيْرًا لِي
Daripada Anas bin Malik RA dia berkata; Nabi SAW bersabda: "Janganlah sekali-kali seseorang daripada kamu mengharapkan kematian disebabkan musibah yang menimpanya. Namun sekiranya dia benar-benar tidak dapat mengelakkan perasaan tersebut, hendaklah dia berdoa; Ya Allah, hidupkanlah aku jika kehidupan itu lebih baik untukku, dan matikanlah aku jika kematian itu lebih baik bagiku." (HR Bukhari No: 5239) Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Setiap Muslim diperintahkan agar bersabar dan reda apabila ditimpa musibah.
2. Setiap musibah yang menimpa seorang Muslim bertujuan untuk menghapuskan dosa dan meningkatkan darjat seseorang.
3. Dilarang mengharapkan kematian semata-mata kerana kesakitan atau kesusahan dunia.
4. Kita tidak mengetahui sama ada kehidupan atau kematian pada sesuatu ketika lebih baik untuk kita.
5. Bagi orang yang ditimpa musibah, tidak boleh meminta dan mengharap supaya dipercepatkan kematian kerana seseorang tidak mengetahui apakah kehidupan atau kematian yang lebih baik baginya.
6. Ketika penderitaan terlalu berat, gunakan doa yang diajar Rasulullah SAW. Diharuskan berdoa dengan lafaz ini:
اللَّهُمَّ أَحْيِنِي مَا كَانَتْ الْحَيَاةُ خَيْرًا لِي وَتَوَفَّنِي إِذَا كَانَتْ الْوَفَاةُ خَيْرًا لِي
“Ya Allah, hidupkanlah aku jika kehidupan itu lebih baik untukku, dan matikanlah aku jika kematian itu lebih baik bagiku”

Saturday, October 3, 2026
Sakit dan Kesusahan Penghapus Dosa
Sabtu, 21 Rabiul Akhir 1448H | Sakit dan Kesusahan Penghapus Dosa
عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ قَالَ نَبِيُّ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَا مِنْ مَرَضٍ أَوْ وَجَعٍ يُصِيبُ الْمُؤْمِنَ إِلَّا كَانَ كَفَّارَةً لِذَنْبِهِ حَتَّى الشَّوْكَةِ يُشَاكُهَا أَوْ النَّكْبَةِ يُنْكَبُهَا
Daripada Aisyah RA berkata bahawa Nabi SAW bersabda: "Tidak ada suatu penyakit atau kesusahan yang menimpa seorang mukmin melainkan ia menjadi penghapus dosa baginya, sehingga duri yang menusuknya atau batu yang ia tersandung kerananya." (HR Ahmad No: 24173) Status: Isnad Hasan
Pengajaran:
1. Setiap kebaikan dan keburukan yang menimpa seorang mukmin ada hikmah disebaliknya.
2. Penyakit atau kesusahan yang menimpa ke atas seorang mukmin bertujuan untuk mengampunkan dosa dan meninggikan darjat.
3. Termasuklah musibah yang kecil seperti duri yang mencucuk ataupun kaki yang tersepak batu – juga menjadi penghapus dosa dengan syarat ia reda dan bersabar.
4. Sabar dan mengharapkan pahala ketika sakit mempunyai kedudukan yang besar.
5. Bersabar dan reda di atas sebarang kesusahan dan kesakitan yang menimpa adalah dituntut dan ia menjadi penghapus dosa-dosa kita.

Friday, October 2, 2026
Zikir Yang Mengampunkan Dosa
Jumaat, 20 Rabiul Akhir 1448H | Zikir Yang Mengampunkan Dosa
عَنْ عُبَادَةَ بْنِ الصَّامِتِ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ تَعَارَّ مِنْ اللَّيْلِ فَقَالَ حِينَ يَسْتَيْقِظُ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ سُبْحَانَ اللَّهِ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ وَلَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَاللَّهُ أَكْبَرُ وَلَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ الْعَلِيِّ الْعَظِيمِ ثُمَّ دَعَا رَبِّ اغْفِرْ لِي غُفِرَ لَهُ قَالَ الْوَلِيدُ أَوْ قَالَ دَعَا اسْتُجِيبَ لَهُ فَإِنْ قَامَ فَتَوَضَّأَ ثُمَّ صَلَّى قُبِلَتْ صَلَاتُهُ
Daripada Ubadah bin Shamit RA dia berkata; Rasulullah SAW bersabda: "Barang siapa terjaga di malam hari, dan ketika terjaga ia mengucapkan kalimah; "Tidak ada Tuhan yang berhak disembah selain Allah yang Maha Esa, yang tidak ada sekutu bagi-Nya. Milik-Nya segala kerajaan dan bagi-Nya segala pujian. Dia Maha Berkuasa atas segala sesuatu. Maha Suci Allah, segala puji bagi Allah. Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah, Allah Maha Besar dan tiada daya serta kekuatan melainkan dengan pertolongan Allah yang Maha Agung." Kemudian dia berdoa; "Wahai Tuhanku, ampunilah aku." Nescaya ia akan di ampunkan." Al Walid berkata; Baginda bersabda: "Jika ia berdoa, nescaya doanya akan di perkenankan. Dan jika ia bangun, berwuduk lalu menunaikan solat, maka solatnya pasti diterima." (HR Ibnu Majah No: 3868) Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Waktu terjaga pada malam hari merupakan peluang besar untuk berzikir dan berdoa.
2. Jangan mensia-siakan detik terjaga malam hari dengan perkara yang tidak bermanfaat.
3. Barang siapa terjaga dari tidur di malam hari lalu membaca zikir ini dan diikuti dengan doa mohon keampunan, Allah akan ampunkan dosa-dosanya. Zikir tersebut :
لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ
سُبْحَانَ اللَّهِ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ وَلَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَاللَّهُ أَكْبَرُ وَلَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ الْعَلِيِّ الْعَظِيمِ
"Tidak ada Tuhan yang berhak disembah selain Allah yang Maha Esa, yang tidak ada sekutu bagi-Nya. Milik-Nya segala kerajaan dan bagi-Nya segala pujian. Dia Maha Berkuasa atas segala sesuatu. Maha Suci Allah, segala puji bagi Allah. Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah, Allah Maha Besar dan tiada daya serta kekuatan melainkan dengan pertolongan Allah yang Maha Agung."
Kemudian dia berdoa:
رَبِّ اغْفِرْ لِي
Ya Allah, ampunilah aku
Allah akan mengampuni dosa-dosanya.
4. Jika seseorang membaca zikir tersebut dan berdoa, nescaya doanya akan di kabulkan.
5. Jika ia bangun untuk berwuduk kemudian menunaikan solat sunat, maka solatnya pasti diterima. Jika ia berdoa, nescaya doanya akan di perkenankan.
6. Hadis ini memberikan khabar gembira tentang keampunan dan penerimaan doa bagi mereka yang terjaga dari tidur di malam hari.
7. Jadikanlah kebiasaan lisan kita untuk berzikir ketika terjaga dari tidur di malam hari, beristighfar memohon ampun, berwuduk dan menunaikan solat sunat serta berdoa. Semoga hubungan kita dengan Allah sentiasa terpelihara.

Thursday, October 1, 2026
Doa Ketika Awan Mendung Berarak dan Hujan Turun
Khamis, 19 Rabiul Akhir 1448H | Doa Ketika Awan Mendung Berarak dan Hujan Turun
عَنْ الْمِقْدَامِ عَنْ أَبِيهِ أَنَّ عَائِشَةَ أَخْبَرَتْهُ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ إِذَا رَأَى سَحَابًا مُقْبِلًا مِنْ أُفُقٍ مِنْ الْآفَاقِ تَرَكَ مَا هُوَ فِيهِ وَإِنْ كَانَ فِي صَلَاتِهِ حَتَّى يَسْتَقْبِلَهُ فَيَقُولُ اللَّهُمَّ إِنَّا نَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا أُرْسِلَ بِهِ فَإِنْ أَمْطَرَ قَالَ اللَّهُمَّ صَيِّبًا نَافِعًا مَرَّتَيْنِ أَوْ ثَلَاثَةً وَإِنْ كَشَفَهُ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ وَلَمْ يُمْطِرْ حَمِدَ اللَّهَ عَلَى ذَلِكَ
Daripada Al-Miqdam dari ayahnya bahawa Aisyah RA telah mengkhabarkan kepadanya: Sesungguhnya Nabi SAW apabila melihat awan gelap yang bergerak dari satu ufuk (kaki langit) di antara ufuk yang tinggi, maka baginda meninggalkan semua kegiatannya termasuk solat sunat, sehingga Baginda menghadap ke arahnya lalu berdoa: " Ya Allah, sesungguhnya kami berlindung kepada-Mu daripada keburukan yang dibawa bersamanya." Jika hujan turun, maka baginda berdoa: Ya Allah jadikanlah curahan (air hujan) bermanfaat (penuh keberkatan)." (baginda membacanya) dua kali atau tiga kali. Dan jika Allah Azza Wa Jalla menghilangkan awan tersebut dan hujan tidak jadi turun, maka baginda (bersyukur) memuji Allah atas semua itu." (HR Ibnu Majah No: 3879) Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Setiap peristiwa yang berlaku seperti awan mendung yang berarak dan hujan yang turun adalah ketentuan dan ketetapan dari Allah
2. Rasulullah SAW mengajar kita berdoa apabila melihat awan mendung yang berarak agar jauh dari musibah:
اللَّهُمَّ إِنَّا نَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا أُرْسِلَ بِهِ
“Ya Allah, sesungguhnya kami berlindung kepada-Mu daripada keburukan yang dibawa bersamanya”
3. Rasulullah SAW juga mengajar kita berdoa apabila hujan turun agar ia bermanfaat.
اللَّهُمَّ صَيِّبًا نَافِعًا
Ya Allah jadikanlah curahan (air hujan) bermanfaat (penuh keberkatan).
4. Kita bukan hanya meminta sesuatu yang banyak, tetapi meminta agar ia bermanfaat dan memohon perlindungan daripada mudaratnya.
5. Bersyukur bukan sahaja atas nikmat yang Allah berikan, tetapi juga atas keburukan yang Allah hindarkan.
6. Tidak semua nikmat Allah datang dalam bentuk sesuatu yang diberikan kepada kita. Ada nikmat yang datang dalam bentuk sesuatu yang Allah jauhkan daripada kita.
7. Mukmin tidak hanya mengingati Allah ketika ditimpa musibah. Ketika melihat tanda-tandanya dia berdoa, ketika menerima nikmat dia berharap keberkatannya, dan ketika bahaya berlalu, dia bersyukur.
Amalkanlah bacaan doa apabila nampak awan mendung dan hujan turun.

Wednesday, September 30, 2026
Doa Penutup Majlis (Kaffaratul Majlis)
Rabu, 18 Rabiulakhir 1448H | Doa Penutup Majlis (Kaffaratul Majlis)
عَنْ أَبِي بَرْزَةَ الْأَسْلَمِيِّ قَالَ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ بِأَخَرَةٍ إِذَا أَرَادَ أَنْ يَقُومَ مِنْ الْمَجْلِسِ سُبْحَانَكَ اللَّهُمَّ وَبِحَمْدِكَ أَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ أَسْتَغْفِرُكَ وَأَتُوبُ إِلَيْكَ فَقَالَ رَجُلٌ يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنَّكَ لَتَقُولُ قَوْلًا مَا كُنْتَ تَقُولُهُ فِيمَا مَضَى فَقَالَ كَفَّارَةٌ لِمَا يَكُونُ فِي الْمَجْلِسِ
Daripada Abu Barzah Al Aslami RA beliau berkata: "Ketika akan mengakhiri majlis, apabila Rasulullah SAW hendak bangun meninggalkan sesuatu majlis, Baginda biasa akan mengucapkan: "'SUBHANAKALLAH HUMMA WA BIHAMDIKA ASHADUAL LAA ILAAHA ILLA ANTA ASTAGHFIRUKA WA ATUUBU ILAIKA (‘Maha Suci Engkau, ya Allah, dan segala puji bagi-Mu. Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Engkau. Aku memohon keampunan-Mu dan aku bertaubat kepada-Mu.’)." Seorang lelaki lalu bertanya: " Wahai Rasulullah, sesungguhnya engkau mengucapkan suatu ucapan yang sebelum ini tidak biasa engkau ucapkan" Baginda bersabda: "Itu sebagai penebus dosa yang terjadi sepanjang dalam majlis tersebut." (HR Abu Daud : 4217) Status: Hasan Sahih
Pengajaran:
1. Iringi setiap perkara yang kita lakukan dengan zikir atau doa kepada Allah
2. Setiap pertemuan manusia, berpotensi mengandungi kekurangan dan kesalahan.
3. Rasulullah SAW mengakhiri sesuatu majlis atau pertemuan dengan bacaan kaffaratul majlis (doa penutup majlis):
سُبْحَانَكَ اللَّهُمَّ وَبِحَمْدِكَ أَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ أَسْتَغْفِرُكَ وَأَتُوبُ إِلَيْكَ
(‘Maha Suci Engkau, ya Allah, dan segala puji bagi-Mu. Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Engkau. Aku memohon keampunan-Mu dan aku bertaubat kepada-Mu.’)
4. Kaffarah Majlis ialah doa yang dibaca untuk memohon Allah mengampunkan kesalahan dan kekurangan yang berlaku sepanjang sesuatu majlis.
5. Orang yang mengakhiri pertemuan atau majlis dengan doa kafaratul majlis di atas, nescaya ia menjadi penebus dosa (kecil) yang terjadi selama berada di majlis tersebut.
6. Orang Mukmin bukan hanya beristighfar selepas melakukan dosa; dia juga beristighfar selepas melakukan kebaikan kerana menyedari bahawa kebaikannya masih mempunyai kekurangan.
7. Sunnah mengajar kita menutup majlis dengan tauhid, tasbih, tahmid, istighfar dan taubat.
8. Bacaan doa penutup majlis ini sangat sesuai dibudayakan apabila mengakhiri mesyuarat, usrah, kuliah, perbincangan keluarga dan pertemuan sosial.

Tuesday, September 29, 2026
Doa Keluar Rumah Dan Dilindungi Dari Syaitan
Selasa, 17 Rabiul Akhir 1448H | Doa Keluar Rumah Dan Dilindungi Dari Syaitan
عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِذَا خَرَجَ الرَّجُلُ مِنْ بَيْتِهِ فَقَالَ بِسْمِ اللَّهِ تَوَكَّلْتُ عَلَى اللَّهِ، لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ، قَالَ: يُقَالُ حِينَئِذٍ: هُدِيتَ، وَكُفِيتَ، وَوُقِيتَ، فَتَتَنَحَّى لَهُ الشَّيَاطِينُ، فَيَقُولُ لَهُ شَيْطَانٌ آخَرُ: كَيْفَ لَكَ بِرَجُلٍ قَدْ هُدِيَ وَكُفِيَ وَوُقِيَ؟
Daripada Anas bin Malik RA, Sesungguhnya Nabi SAW bersabda: “Apabila seseorang keluar dari rumahnya kemudian dia membaca doa: 'BISMILLAHI TAWAKKALTU 'ALAALLAHI LAA HAULA WA LAA QUWWATA ILLA BILLAH (Dengan nama Allah aku bertawakal kepada Allah. Tidak ada daya dan kekuatan melainkan dengan pertolongan Allah), Baginda bersabda: "Maka pada saat itu dikatakan kepadanya: Engkau telah diberi petunjuk, telah diberi kecukupan dan mendapat penjagaan (perlindungan), hingga syaitan-syaitan menjauhi darinya. Lalu syaitan yang lain berkata kepada temannya: Bagaimana engkau dapat mengganggu seseorang yang telah diberi petunjuk, dicukupkan dan dilindungi?." (HR Abu Daud No: 4431) Status: Syeikh Abdul Haqq al-Isybili kata sanadnya sahih
Pengajaran:
1. Antara sunnah apabila keluar rumah ialah dimulai dengan zikir dan doa.
2. Setiap aktiviti sebaiknya dimulakan dengan mengingati Allah SWT
3. Kita memerlukan perlindungan Allah daripada bahaya yang diketahui dan tidak diketahui.
4. Zikrullah merupakan antara benteng daripada gangguan syaitan.
5. Rasulullah SAW mengajar antara doa apabila keluar rumah:
بِسْمِ اللَّهِ تَوَكَّلْتُ عَلَى اللَّهِ، لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ
‘Dengan nama Allah, aku bertawakal kepada Allah. Tiada daya dan tiada kekuatan melainkan dengan pertolongan Allah.’
6. Barang siapa membaca doa di atas ketika keluar rumah dia akan mendapat petunjuk, dicukupkan keperluannya serta akan mendapat penjagaan (perlindungan), di samping syaitan akan menjauhi darinya
Semoga kita sentiasa membaca doa dan berzikir ini ketika keluar rumah untuk sebarang urusan yang dibenarkan.

Monday, September 28, 2026
Doa Keluar Rumah
Isnin, 16 Rabiulakhir 1448H | Doa Keluar Rumah
عَنْ أُمِّ سَلَمَةَ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ إِذَا خَرَجَ مِنْ مَنْزِلِهِ قَالَ اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ أَنْ أَضِلَّ أَوْ أَزِلَّ أَوْ أَظْلِمَ أَوْ أُظْلَمَ أَوْ أَجْهَلَ أَوْ يُجْهَلَ عَلَيَّ
Daripada Ummu Salamah RA bahawa apabila Nabi SAW keluar dari rumahnya, baginda berdoa: Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada tersesat atau disesatkan, tergelincir atau digelincirkan, menzalimi atau di zalimi, dan bertindak bodoh mahupun di bodohkan." (HR Ibnu Majah No: 3874) Status: Hadis Sahih.
Pengajaran:
1. Disunatkan membaca doa ketika keluar rumah dan menyerahkan diri kepada perlindungan Allah.
2. Dalam kehidupan hari ini, seseorang boleh terpengaruh dengan maklumat palsu, pemikiran yang salah, hawa nafsu, tekanan kelompok atau pengaruh media.
3. Seorang Mukmin perlu memohon perlindungan daripada kesesatan pemikiran dan tindakan.
4. Kita perlu berhati-hati daripada kesalahan dan keterlanjuran, sama ada berpunca daripada diri sendiri atau pengaruh orang lain.
5. Takutlah menzalimi sebagaimana kita takut dizalimi.
6. Jangan hanya meminta Allah melindungi kita daripada manusia yang buruk; mintalah juga agar Allah tidak membiarkan kita menjadi manusia yang buruk kepada orang lain.
7. Antara doa ketika keluar rumah yang diajar oleh Rasulullah SAW ialah:
اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ أَنْ أَضِلَّ أَوْ أَزِلَّ أَوْ أَظْلِمَ أَوْ أُظْلَمَ أَوْ أَجْهَلَ أَوْ يُجْهَلَ عَلَيَّ
Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada tersesat atau disesatkan, tergelincir atau digelincirkan, menzalimi atau di zalimi, dan bertindak bodoh mahupun di bodohkan
Semoga kita dapat mengamalkan doa ini ketika keluar rumah

Sunday, September 27, 2026
Doa Yang Mencukupi Urusan Agama dan Duni
Ahad, 15 Rabiul Akhir 1448H | Doa Yang Mencukupi Urusan Agama dan Dunia
حَدَّثَنَا يَزِيدُ بْنُ هَارُونَ أَنْبَأَنَا أَبُو مَالِكٍ سَعْدُ بْنُ طَارِقٍ عَنْ أَبِيهِ أَنَّهُ سَمِعَ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَقَدْ أَتَاهُ رَجُلٌ فَقَالَ يَا رَسُولَ اللَّهِ كَيْفَ أَقُولُ حِينَ أَسْأَلُ رَبِّي قَالَ قُلْ اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِي وَارْحَمْنِي وَعَافِنِي وَارْزُقْنِي وَجَمَعَ أَصَابِعَهُ الْأَرْبَعَ إِلَّا الْإِبْهَامَ فَإِنَّ هَؤُلَاءِ يَجْمَعْنَ لَكَ دِينَكَ وَدُنْيَاكَ
Telah menceritakan kepada kami Yazid bin Harun telah memberitakan kepada kami Abu Malik Sa'd bin Thariq dari ayahnya bahawa dia mendengar Nabi SAW telah di kunjungi oleh seseorang laki-laki sambil bertanya; "Wahai Rasulullah, apa yang patut aku ucapkan ketika aku memohon kepada Tuhanku?" Baginda menjawab: "Ucapkanlah; Ya Allah, ampunilah aku, rahmatilah aku, berikan kepadaku kesejahteraan dan kurniakanlah rezeki kepadaku." Kemudian baginda merapatkan keempat jari tangannya kecuali ibu jari lalu bersabda: "Sesungguhnya perkara-perkara tersebut akan mencukup (kebaikan) bagi agama dan duniamu." (HR Ibnu Majah No: 3835) Status: Hadis Sahih.
Pengajaran:
1. Berdoa adalah tuntutan seorang Muslim dan menjadi tanda kebergantungan kita kepada Allah.
2. Kita sentiasa bergantung kepada keampunan dan rahmat Allah, walaupun banyak melakukan amal soleh.
3. Kita mendambakan ‘Afiyah yang merangkumi keselamatan dan kesejahteraan daripada segala keburukan pada agama, tubuh badan, keluarga, harta dan kehidupan. Ia antara nikmat yang sangat besar dan sewajarnya selalu diminta.
4. Kita juga mengharapkan rezeki yang melimpah. Rezeki bukan hanya wang, tetapi segala pemberian Allah yang membawa manfaat antaranya ilmu yang bermanfaat, pasangan yang baik, anak yang soleh, sahabat yang baik, kesihatan, masa yang berkat, pekerjaan yang halal, ketenangan hati dan peluang melakukan amal soleh.
5. Rasulullah SAW menggalakkan doa yang ringkas tetapi menyeluruh, mencukupi untuk urusan agama dan dunia, antara doanya:
اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِي وَارْحَمْنِي وَعَافِنِي وَارْزُقْنِي
Ya Allah, ampunilah aku, rahmatilah aku, berikan kepadaku kesejahteraan dan kurniakanlah rezeki kepadaku
Hadis ini menunjukkan kelebihan doa yang ringkas ini tetapi menghimpunkan keperluan asas seluruh kehidupan manusia iaitu keampunan dari dosa, rahmat kebaikan, selamat sejahtera juga kurniaan rezeki.

Saturday, September 26, 2026
Doa Yang Mencakupi Segala Hajat
Sabtu, 14 Rabiulakhir 1448H | Doa Yang Mencakupi Segala Hajat
عَنْ عَائِشَةَ أَنَّ أَبَا بَكْرٍ دَخَلَ عَلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَأَرَادَ أَنْ يُكَلِّمَهُ وَعَائِشَةُ تُصَلِّي فَقَالَ لَهَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَلَيْكِ بِالْكَوَامِلِ أَوْ كَلِمَةً أُخْرَى فَلَمَّا انْصَرَفَتْ عَائِشَةُ سَأَلَتْهُ عَنْ ذَلِكَ فَقَالَ لَهَا قُولِي اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ مِنْ الْخَيْرِ كُلِّهِ عَاجِلِهِ وَآجِلِهِ مَا عَلِمْتُ مِنْهُ وَمَا لَمْ أَعْلَمْ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ الشَّرِّ كُلِّهِ عَاجِلِهِ وَآجِلِهِ مَا عَلِمْتُ مِنْهُ وَمَا لَمْ أَعْلَمْ وَأَسْأَلُكَ الْجَنَّةَ وَمَا قَرَّبَ إِلَيْهَا مِنْ قَوْلٍ أَوْ عَمَلٍ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ النَّارِ وَمَا قَرَّبَ إِلَيْهَا مِنْ قَوْلٍ أَوْ عَمَلٍ وَأَسْأَلُكَ مِنْ الْخَيْرِ مَا سَأَلَكَ عَبْدُكَ وَرَسُولُكَ مُحَمَّدٌ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَأَسْتَعِيذُكَ مِمَّا اسْتَعَاذَكَ مِنْهُ عَبْدُكَ وَرَسُولُكَ مُحَمَّدٌ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَأَسْأَلُكَ مَا قَضَيْتَ لِي مِنْ أَمْرٍ أَنْ تَجْعَلَ عَاقِبَتَهُ رَشَدًا
Daripada Aisyah RA bahawa Abu Bakar pernah menemui Rasulullah SAW dan ia ingin mengajak baginda berbincang-bincang sedang Aisyah sedang solat. Maka Rasulullah SAW bersabda kepadanya: “Berpeganglah dengan doa-doa yang sempurna dan menyeluruh". Apabila Aisyah selesai solatnya, dia bertanya kepada Rasulullah SAW mengenai perkara tersebut (doa yang sempurna dan menyeluruh) itu kepada baginda. Baginda bersabda: “Bacalah; Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepada-Mu segala kebaikan di dunia dan akhirat, yang segera mahupun yang kemudian, yang aku ketahui mahupun yang tidak aku ketahui. Aku berlindung dengan-Mu daripada segala keburukan, yang segera mahupun yang kemudian, yang aku ketahui mahupun yang tidak aku ketahui. Aku memohon kepada-Mu syurga dan segala perkataan atau amalan yang mendekatkan kepadanya. Aku berlindung dengan-Mu daripada neraka dan segala perkataan atau amalan yang mendekatkan kepadanya. Aku memohon kepada-Mu segala kebaikan yang pernah dimohon oleh hamba-Mu dan Rasul-Mu Muhammad SAW, dan aku memohon perlindungan-Mu daripada segala perkara yang hamba-Mu dan Rasul-Mu Muhammad SAW pernah memohon perlindungan-Mu daripadanya. Dan aku memohon kepada-Mu agar apa sahaja urusan yang Engkau tetapkan untukku, Engkau jadikan kesudahannya sebagai petunjuk dan kebaikan.” (HR Ahmad No: 23984) Status: Hadis Sahih
Pengajaran
1. Setiap kita dituntut memohon dan berdoa kepada Allah dalam setiap masa.
2. Mohonlah semua kebaikan dunia dan akhirat, bukan hanya keperluan dunia atau yang kita ketahui sahaja. Mohon juga syurga bersama jalan menuju ke syurga.
3. Mohonlah perlindungan daripada keburukan yang diketahui dan tidak diketahui. Juga perlindungan daripada neraka bersama jalan yang membawa kepadanya.
4. Rasulullah SAW mengajar kepada Aisyah satu doa yang sempurna dan mencakupi segala hajat iaitu:
اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ مِنْ الْخَيْرِ كُلِّهِ عَاجِلِهِ وَآجِلِهِ مَا عَلِمْتُ مِنْهُ وَمَا لَمْ أَعْلَمْ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ الشَّرِّ كُلِّهِ عَاجِلِهِ وَآجِلِهِ مَا عَلِمْتُ مِنْهُ وَمَا لَمْ أَعْلَمْ وَأَسْأَلُكَ الْجَنَّةَ وَمَا قَرَّبَ إِلَيْهَا مِنْ قَوْلٍ أَوْ عَمَلٍ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ النَّارِ وَمَا قَرَّبَ إِلَيْهَا مِنْ قَوْلٍ أَوْ عَمَلٍ وَأَسْأَلُكَ مِنْ الْخَيْرِ مَا سَأَلَكَ عَبْدُكَ وَرَسُولُكَ مُحَمَّدٌ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَأَسْتَعِيذُكَ مِمَّا اسْتَعَاذَكَ مِنْهُ عَبْدُكَ وَرَسُولُكَ مُحَمَّدٌ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَأَسْأَلُكَ مَا قَضَيْتَ لِي مِنْ أَمْرٍ أَنْ تَجْعَلَ عَاقِبَتَهُ رَشَدًا

Friday, September 25, 2026
Doa Agar Hati Tidak Berbolak-balik
Jumaat, 13 Rabiul Akhir 1448H | Doa Agar Hati Tidak Berbolak-balik
عَبْدَ اللَّهِ بْنَ عَمْرِو بْنِ الْعَاصِ يَقُولُا أَنَّهُ سَمِعَ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ إِنَّ قُلُوبَ بَنِي آدَمَ كُلَّهَا بَيْنَ إِصْبَعَيْنِ مِنْ أَصَابِعِ الرَّحْمَنِ كَقَلْبٍ وَاحِدٍ يُصَرِّفُهُ حَيْثُ يَشَاءُ ثُمَّ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ اللَّهُمَّ مُصَرِّفَ الْقُلُوبِ صَرِّفْ قُلُوبَنَا عَلَى طَاعَتِكَ
Abdullah bin 'Amru bin Al 'Ash RA berkata; bahawa beliau pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya hati semua anak Adam berada di antara dua jari dari sekian jari Allah Yang Maha Pemurah. Allah Subhanahhu wa Ta'ala akan memalingkan hati manusia menurut kehendak-Nya." Kemudian Rasulullah SAW berdoa; 'Ya Allah, Engkau yang memalingkan hati, palingkanlah hati kami kepada ketaatan beribadah kepada-Mu! '(HR Muslim No: 4798) Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Sesungguhnya al-qalb (hati) itu berasal daripada perkataan ‘taqallub’ yang bermaksud kerap bertukar (berbolak balik). Hati diumpamakan seperti bulu di atas pokok yang berubah-ubah ketika ditiup angin. Ia juga berbolak balik diumpamakan lebih cepat daripada air yang mendidih dalam periuk.
2. Hati manusia berada di bawah kekuasaan Allah. Allah berkuasa penuh memalingkan hati manusia sesuai kehendak-Nya. Imam An-Nawawi menyebutkan: Allah SWT menguasai dan mengatur hati manusia sebagaimana yang Dia kehendaki.
3. Hidayah merupakan anugerah Allah yang perlu disyukuri dan dipelihara. Istiqamah juga merupakan kurniaan Allah, maka kita hendaklah sentiasa memohonnya.
4. Setiap kita perlu memohon pada Allah agar diberi hidayah dan istiqamah berada di atas petunjuk. Antara doa yang diajar oleh Rasulullah SAW:
اللَّهُمَّ مُصَرِّفَ الْقُلُوبِ صَرِّفْ قُلُوبَنَا عَلَى طَاعَتِكَ
Ya Allah, Engkau yang memalingkan hati, palingkan hati kami kepada ketaatan beribadah kepada-Mu.
5. Jika seorang hamba bergantung dan bersandar pada dirinya sendiri, tentu ia akan binasa.
6. Kita hendaklah menyerahkan segala usaha kepada Allah dan janganlah berpaling dari-Nya walaupun sebentar.
7. Hendaklah setiap kita memohon kepada Allah agar terus menerus diteguhkan hati dalam ketaatan dan tidak terjerumus dalam maksiat atau kesesatan.

Thursday, September 24, 2026
Doa Tetapkan Hati
Khamis, 12 Rabiulakhir 1448H | Doa Tetapkan Hati
عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُكْثِرُ أَنْ يَقُولَ اللَّهُمَّ ثَبِّتْ قَلْبِي عَلَى دِينِكَ فَقَالَ رَجُلٌ يَا رَسُولَ اللَّهِ تَخَافُ عَلَيْنَا وَقَدْ آمَنَّا بِكَ وَصَدَّقْنَاكَ بِمَا جِئْتَ بِهِ فَقَالَ إِنَّ الْقُلُوبَ بَيْنَ إِصْبَعَيْنِ مِنْ أَصَابِعِ الرَّحْمَنِ عَزَّ وَجَلَّ يُقَلِّبُهَا وَأَشَارَ الْأَعْمَشُ بِإِصْبَعَيْهِ
Daripada Anas bin Malik RA dia berkata; Rasulullah SAW memperbanyak mengucapkan: "Ya Allah, teguhkan hatiku di atas agama-Mu". Lalu seorang sahabat bertanya: "Wahai Rasulullah, adakah engkau bimbang terhadap kami, sedang kami telah beriman kepadamu dan membenarkanmu terhadap apa yang kamu bawa." Baginda menjawab: "Sesungguhnya hati-hati manusia berada diantara dua jari daripada jari-jari Ar Rahman 'azza wajalla, Dia membolak-balikkannya." Dan Al A'masy mengisyaratkan dengan dua jarinya. (HR Ibnu Majah No: 3824) Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Setiap kita memiliki hati yang bila-bila masa boleh berubah (berbolak balik), maka ia perlu sentiasa dipelihara.
2. Hidayah dan istiqamah adalah kurniaan Allah, bukan semata-mata hasil kekuatan manusia.
3. Jangan merasa terlalu yakin dengan iman sendiri. Orang beriman tetap perlu memohon agar Allah memelihara imannya.
4. Lama berada dalam perjuangan bukan jaminan hati tidak akan berubah. Banyak ilmu bukan jaminan hati sentiasa ikhlas. Banyak amal bukan jaminan kita akan terus istiqamah.
5. Rasulullah SAW mengajar kita memohon pertolongan Allah agar diberikan hati yang tetap dan istiqamah. Antaranya dengan membanyakkan doa:
اللَّهُمَّ ثَبِّتْ قَلْبِي عَلَى دِينِكَ
"Ya Allah, teguhkan hatiku diatas agama-Mu"
6. Jagalah faktor yang mempengaruhi hati seperti menjaga solat, tilawah al-Quran, membanyakkan zikir, menghadiri majlis ilmu, pergaulan, bahan bacaan, media yang ditonton dan suasana kehidupan.
7. Banyakkanlah doa agar memiliki hati yang tetap dan istiqamah kerana jika hati itu baik, maka seluruh anggota badan yang lain akan ikut menjadi baik.

Wednesday, September 23, 2026
Adab Berzikir Dan Berdoa
Rabu, 11 Rabiul Akhir 1448H | Adab Berzikir Dan Berdoa
عَنْ أَبِي مُوسَى قَالَ كُنَّا مَعَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي سَفَرٍ فَجَعَلَ النَّاسُ يَجْهَرُونَ بِالتَّكْبِيرِ فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَيُّهَا النَّاسُ ارْبَعُوا عَلَى أَنْفُسِكُمْ إِنَّكُمْ لَيْسَ تَدْعُونَ أَصَمَّ وَلَا غَائِبًا إِنَّكُمْ تَدْعُونَ سَمِيعًا قَرِيبًا وَهُوَ مَعَكُمْ قَالَ وَأَنَا خَلْفَهُ وَأَنَا أَقُولُ لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ فَقَالَ يَا عَبْدَ اللَّهِ بْنَ قَيْسٍ أَلَا أَدُلُّكَ عَلَى كَنْزٍ مِنْ كُنُوزِ الْجَنَّةِ فَقُلْتُ بَلَى يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ قُلْ لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ
Daripada Abu Musa al Ash’ari RA, beliau berkata; "Kami pernah menyertai Rasulullah SAW dalam suatu perjalanan. Tiba-tiba, ada beberapa orang sahabat bertakbir dengan suara keras. Mendengar suara takbir yang keras itu, Rasulullah SAW pun berkata: Wahai manusia, perlahankan suara kalian! Sesungguhnya kamu bukan berdoa kepada Tuhan yang pekak dan bukan pula kepada Tuhan yang jauh. Sesungguhnya kamu berdoa kepada Tuhan Yang Maha Mendengar lagi Maha Dekat, dan Dia bersama kamu. Abu Musa berkata; 'Pada ketika itu aku berada di belakang Rasulullah SAW aku sedang membaca; 'Laa haula wa laa quwwata ilIa billaah' (Tiada daya dan tiada kekuatan melainkan dengan pertolongan Allah). Kemudian Rasulullah SAW bersabda: 'Wahai Abdullah bin Qais, mahukah aku tunjukkan kepadamu satu khazanah daripada khazanah-khazanah syurga?. Aku menjawab; 'Sudah tentu ya Rasulullah.' Rasulullah SAW bersabda: 'Ucapkanlah, Laa haula wala quwwata illaa billaah' (Tiada daya dan tiada kekuatan melainkan dengan pertolongan Allah)." (HR Muslim No 4873 Dar Ihya Kutub Arabiyyah) Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Berzikir dan berdoa hendaklah dilakukan dengan beradab.
2. Allah SWT ialah Maha Mendengar lagi Maha Dekat. Antara adab berzikir dan berdoa adalah dengan menggunakan suara yang rendah dan perlahan, tidak perlu dengan mengeraskan atau menguatkan suara kerana Allah Maha Mendengar.
3. Kekuatan zikir dan doa bukan terletak pada kuatnya suara, tetapi pada keikhlasan dan pengharapan hati kepada Allah.
4. Barangsiapa yang membaca Hawqalah
لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ
(Tiada daya dan tiada kekuatan melainkan dengan pertolongan Allah)
Akan dikurniakan kepadanya satu daripada perbendaharaan di Syurga.
5. Hawqalah mendidik kita mengakui bahawa kemampuan melakukan ketaatan dan meninggalkan kemaksiatan berlaku dengan taufik dan pertolongan Allah. Ia merupakan pengakuan bahawa manusia tidak mampu mencapai kebaikan atau menghindari keburukan secara bebas daripada bantuan Allah.
6. Imam al-Nawawi menjelaskan bahawa kalimah hawqalah menunjukkan besarnya pahala yang disediakan bagi orang yang mengucapkannya dan menghayati maknanya. Sebagaimana khazanah dunia ialah sesuatu yang bernilai dan disimpan, pahala kalimah ini merupakan khazanah yang disediakan Allah untuk seseorang di akhirat.
7. Hadis ini mengajar bahawa hakikat doa bukan pada kuatnya suara, tetapi pada dekatnya hati kepada Allah.

Tuesday, September 22, 2026
Doa Yang Utama
Selasa, 10 Rabiulakhir 1448H | Doa Yang Utama
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَا مِنْ دَعْوَةٍ يَدْعُو بِهَا الْعَبْدُ أَفْضَلَ مِنْ اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ الْمُعَافَاةَ فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ
Daripada Abu Hurairah RA beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Tidak ada doa yang di ucapkan seorang hamba ketika berdoa lebih utama daripada; Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepada-Mu keselamatan dan kesejahteraan didunia dan akhirat." (HR Ibn Majah No 3851 Maktabah Ilmiyyah) Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Memohon ‘afiyah merupakan antara doa yang paling utama untuk diamalkan oleh seorang Muslim.
2. ‘Afiyah bukan hanya bermaksud kesihatan tubuh, tetapi merangkumi keselamatan agama, jiwa, keluarga, harta, maruah, dunia dan akhirat.
3. Keselamatan iman lebih penting daripada keselamatan fizikal kerana kehilangan iman membawa kerugian yang jauh lebih besar.
4. Islam tidak mengajar kita meminta bala atau mencari ujian. Kita disuruh meminta keselamatan; apabila ujian datang, barulah kita menghadapinya dengan sabar.
5. Seorang Mukmin hendaklah mempunyai pandangan yang seimbang: bukan hanya meminta kesejahteraan dunia tetapi juga keselamatan akhirat.
6. Doa yang pendek tidak semestinya kecil nilainya. Kadangkala beberapa perkataan mengandungi permintaan yang sangat luas.
7. Nikmat ‘afiyah perlu disyukuri sebelum ia hilang. Kesihatan, keamanan, iman dan keluarga yang baik merupakan nikmat yang sering dianggap biasa.
8. Kita digalakkan mengamalkan doa-doa jami‘ (lafaz yang ringkas tetapi mempunyai makna yang luas) yang diajar Rasulullah SAW kerana lafaznya ringkas tetapi merangkumi keperluan dunia dan akhirat.
9. Antara doa yang utama (afdhal) untuk kita amalkan:
اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ الْمُعَافَاةَ فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ
Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepada-Mu keselamatan dan kesejahteraan didunia dan akhirat

Subscribe to:
Posts (Atom)