Isnin,19hb Rabiul Akhir 1444H - Pemimpin Yang Allah Tutup Rahmat dan Bantuan
مَنْ وَلَّاهُ
اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ شَيْئًا مِنْ أَمْرِ الْمُسْلِمِينَ فَاحْتَجَبَ
دُونَ حَاجَتِهِمْ وَخَلَّتِهِمْ وَفَقْرِهِمْ احْتَجَبَ اللَّهُ عَنْهُ
دُونَ حَاجَتِهِ وَخَلَّتِهِ وَفَقْرِهِ
"Barangsiapa yang Allah
'azza wajalla serahkan kepadanya sebahagian urusan orang muslim
(kepimpinan) namun ia menutup diri dari melayani keperluan mereka dan
kefakiran mereka, nescaya Allah menutup diri darinya dan tidak melayani
keperluannya, serta kefakirannya (pada hari kiamat)."
(Sunan Abu Daud
No: 2559) Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Setiap orang
yang diberikan tanggungjawab kepimpinan perlu memiliki sikap amanah
menunaikan kewajipan mereka yang berada di bawah kepimpinannya.
2. Antara tanggungjawab kepimpinan ialah sentiasa memenuhi keperluan mereka di samping membantu kesusahan yang dialami.
3.
Pemimpin yang tidak mengindahkan keperluan dan kesusahan orang yang
berada di bawah kepimpinannya, nescaya Allah juga tidak akan memenuhi
keperluan dan kesusahannya pada hari Kiamat kelak.
4. Sebagai
pemimpin dimana sahaja peringkat kepimpinan, berusahalah memenuhi
keperluan mereka yang berada di bawah kita tanpa mengira bangsa, agama
mahupun kumpulan.
5. Pemimpin yang dilantik mesti bersedia
menjadi khadam kepada rakyat. Bukan rakyat yang terpaksa menjadi khadam
kepada pemimpin.
No comments:
Post a Comment