Isnin, 12hb Rabiul Akhir 1444H: Adil Dalam Tanggungjawab
وَفِي حَدِيثِ زُهَيْرٍ قَالَ قَالَ
رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ الْمُقْسِطِينَ
عِنْدَ اللَّهِ عَلَى مَنَابِرَ مِنْ نُورٍ عَنْ يَمِينِ الرَّحْمَنِ عَزَّ
وَجَلَّ وَكِلْتَا يَدَيْهِ يَمِينٌ الَّذِينَ يَعْدِلُونَ فِي حُكْمِهِمْ
وَأَهْلِيهِمْ وَمَا وَلُوا
Dalam hadis Zuhair dia berkata,
"Rasulullah SAW bersabda: "Orang-orang yang berlaku adil berada di sisi
Allah di atas mimbar (panggung) yang terbuat dari cahaya, di sebelah
kanan tuhan yang bersifat Ar Rahman 'Azza Aajalla, mereka ialah
orang-orang yang berlaku adil dalam hukuman mereka, adil dalam keluarga
dan adil keatas orang yang dibawah tanggungjawab mereka."
(HR Muslim No:
3406) Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Keadilan adalah suatu tuntutan dalam melaksanakan tanggungjawab.
2. Dalam menjatuhkan hukuman, setiap kita perlu berlaku adil tanpa mengira siapa mereka.
3.
Ibnu Hajar menyatakan: Orang yang adil adalah yang mengikut perintah
Allah dengan meletakkan sesuatu pada tempatnya tanpa keterlaluan dan
cuai.
4. At-Tobari menyatakan: Keadilan adalah wajib keatas
setiap orang dan dalam semua perkara, tiada sebarang kelonggaran dalam
melaksanakan keadilan sekalipun ke atas keluarga yang dekat atau jauh,
begitu juga dimasa senang atau susah.
5. Berlaku adillah keatas orang yang dibawah tanggungjawab kita. Firman Allah surah al-Maidah ayat 8:
يَٰأَيُّهَا
ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ كُونُواْ قَوَّمِينَ لِلَّهِ شُهَدَآءَ
بِٱلۡقِسۡطِۖ وَلَا يَجۡرِمَنَّكُمۡ شَنََٔانُ قَوۡمٍ عَلَىٰٓ أَلَّا
تَعۡدِلُواْۚ ٱعۡدِلُواْ هُوَ أَقۡرَبُ لِلتَّقۡوَىٰۖ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَۚ
إِنَّ ٱللَّهَ خَبِيرُۢ بِمَا تَعۡمَلُونَ ٨
Wahai orang-orang
yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang
menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran dan jangan
sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu
kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada
sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada takwa dan
bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan
mendalam akan apa yang kamu lakukan.
6. Jangan kerana kebencian
kita kepada seseorang, segolongan puak, bangsa, parti atau sekelompok
yang tidak sefikrah atau sependapat dengan kita, lalu kita tidak berlaku
adil.
7. Orang yang adil semasa di dunia akan mendapat tempat sebaiknya di sisi Allah.
No comments:
Post a Comment