Selasa, 13hb Rabiul Akhir 1444H: Menghuni Neraka Kerana Dosa Lisan
عن أبي هريرة رضي الله عنه
قَالَ: قِيْلَ لِلنَّبِيِّ صلى الله عليه و سلم يَا رَسُوْلَ اللهِ إِنَّ
فُلاَنَةً تَقُوْمُ اللَّيْلَ وَ تَصُوْمُ النَّهَارَ وَ تَفْعَلُ وَ
تَصَدَّقُ وَ تُؤْذِي جِيْرَانَهَا بِلِسَانِهَا فَقَالَ رَسُوْلُ اللهِ
صلى الله عليه و سلم: لاَ خَيْرَ فِيْهَا هِيَ مِنْ أَهْلِ النَّارِ
قَالُوْا: وَ فُلاَنَةً تُصَلِّى اْلمَكْتُوْبَةَ وَ تَصَدَّقُ بِأَثْوَارٍ
وَ لاَ تُؤْذِي أَحَدًا فَقَالَ رَسُوْلُ اللهِ صلى الله عليه و سلم: هِيَ
مِنْ أَهْلِ اْلجَنَّةِ
Daripada Abu Hurairah RA berkata, pernah
ditanyakan kepada Rasulullah SAW, “Wahai Rasulullah, sesungguhnya si
Fulanah rajin solat sunat malam, puasa di siang hari, mengerjakan
(berbagai kebaikan) dan bersedekah, Cuma ia suka mengganggu para
tetangganya dengan lisannya?”.
Bersabda Rasulullah SAW, “Tiada kebaikan padanya, dia termasuk penghuni neraka”.
Mereka bertanya lagi, “Sesungguhnya si Fulanah (yang lain) mengerjakan (hanya) solat wajib dan bersedekah dengan sepotong keju, namun tidak pernah mengganggu seorangpun?”.
Bersabda Rasulullah SAW, “Dia termasuk penghuni syurga”.
(HR Bukhari di dalam al-Adab al-Mufrod: 119). Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Seseorang akan ditempatkan kedalam syurga atau neraka bukan hanya bergantung banyaknya amal fardhu dan sunat atau tidak.
2.
Ada orang yang rajin solat sunat malam, rajin puasa sunat, banyak
melakukan kebaikan dan bersedekah, tetapi masuk neraka kerana mengganggu
para tetangganya dengan lisannya (habis segala pahala kebaikannya)
3.
Ada orang yang hanya mengerjakan yang fardhu seperti solat fardhu dan
puasa fardhu, sedekahnya sedikit namun masuk syurga kerana tidak pernah
menganggu orang lain.
4. Pada hari ini dosa lisan banyak
digantikan dalam bentuk tulisan, gambar juga video yang kadang kala
lebih kesat, buruk, penuh dengan adu domba, umpatan, kejian dan fitnah
termasuk yang ditularkan di FB, Twitter, Whatsapp, Telegram, Tik Tok
lebih-lebih lagi semasa berlangsungnya PRU ini.
5. Ingatlah amaran Allah kepada pengumpat, pemfitnah dan pencela dalam surah al-Humazah
وَيْلٌ لِكُلِّ هُمَزَةٍ لُمَزَةٍ
"Kecelakaanlah bagi setiap pengumpat lagi pencela"
- Humazah menurut Mujahid, pengumpat termasuk cemohan dengan lisan dan ucapan.
- Lumazah menurut Abi Hayan dalam Tafsir al-Bahrul Muhith bererti hinaan dengan isyarat mata, tangan dan sebagainya
Syed
Qutb: ini gambaran manusia jahiliah adalah jiwa manusia yang lemah dan
hina kerana tidak memiliki iman dan kehormatan diri, kerjanya mengumpat
dan mencemoh.
Ingatlah bahawa pengumpat akan dihumban ke neraka hutamah.
كَلا
لَيُنْبَذَنَّ فِي الْحُطَمَةِ (٤) وَمَا أَدْرَاكَ مَا الْحُطَمَةُ (٥)
نَارُ اللَّهِ الْمُوقَدَةُ (٦) الَّتِي تَطَّلِعُ عَلَى الأفْئِدَةِ (٧)
إِنَّهَا عَلَيْهِمْ مُؤْصَدَةٌ (٨) فِي عَمَدٍ مُمَدَّدَةٍ (٩)
Sekali-kali
tidak! Sesungguhnya dia benar-benar akan dilemparkan ke dalam Huthamah.
(4) dan tahukah kamu apa Huthamah itu? (5) (iaitu) api (yang
disediakan) Allah yang dinyalakan (6) yang (membakar) sampai ke hati.
(7) Sesungguhnya api itu ditutup rapat atas mereka (8). (sedang mereka
itu) diikat pada tiang-tiang yang panjang (9) (Al-Humazah)
Marilah
kita pelihara ibadat fardhu dan bersungguh-sungguh menjaga lisan dan
tulisan, sama ada yang kita tulis atau yang kita forward. Sesungguhnya
dosa lisan mungkin hanya didengar oleh beberapa orang namun dosa
tulisan, gambar, video berkekalan dan tersebar keseluruh dunia di alam
tanpa sempadan ini.
No comments:
Post a Comment