Rabu, 14hb Rabiul Akhir 1444H: Menjaga Amanah dan Janji
عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ مَا
خَطَبَنَا نَبِيُّ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِلَّا قَالَ
لَا إِيمَانَ لِمَنْ لَا أَمَانَةَ لَهُ وَلَا دِينَ لِمَنْ لَا عَهْدَ
لَهُ
Daripada Anas bin Malik RA berkata; Nabi SAW tidak pernah
berkhutbah di hadapan kami kecuali baginda mengatakan: "Tidak sempurna
keimanan bagi orang yang tidak amanah, dan tidak sempurna agama
seseorang bagi yang tidak memenuhi janji."
(HR Ahmad No:11935). Status:
Hadis Hasan
Pengajaran:
1. Menjaga amanah adalah sebahagian daripada iman. Tidak sempurna iman seseorang yang tidak menunaikan amanah.
2. Menjadi kewajipan kepada kita menunaikan amanah kepada yang berhak. Firman Allah dalam surah an-Nisa: 58
إِنَّ ٱللَّهَ يَأۡمُرُكُمۡ أَن تُؤَدُّواْ ٱلۡأَمَٰنَٰتِ إِلَىٰٓ أَهۡلِهَا
Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya).
3. Orang yang tidak menyempurnakan amanah seperti amanah kepimpinan, adalah orang yang memiliki sifat munafik.
4. Tidak sempurna agama seseorang bagi yang tidak memenuhi janji. Firman Allah (an-Nahl: 91)
وَأَوۡفُواْ بِعَهۡدِ ٱللَّهِ إِذَا عَٰهَدتُّم
Dan sempurnakanlah janji dan perintah-perintah Allah apabila kamu berjanji
5.
Menjaga amanah dan menunaikan janji adalah ciri orang beriman yang
berjaya, sebagaimana firman Allah dalam surat Al-Mukminun ayat 8:
قَدۡ أَفۡلَحَ ٱلۡمُؤۡمِنُونَ ١ …… وَٱلَّذِينَ هُمۡ لِأَمَٰنَٰتِهِمۡ وَعَهۡدِهِمۡ رَٰعُونَ ٨
Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman (iaitu) (1) …..
Dan mereka yang menjaga amanah dan janjinya (8)
No comments:
Post a Comment