Jumaat, 9hb Rabiul Akhir 1444H . Pemimpin dan Tanggungjawab
عَنْ ابْنِ عُمَرَ عَنْ النَّبِيِّ
صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّهُ قَالَ أَلَا كُلُّكُمْ رَاعٍ
وَكُلُّكُمْ مَسْئُولٌ عَنْ رَعِيَّتِهِ فَالْأَمِيرُ الَّذِي عَلَى
النَّاسِ رَاعٍ وَهُوَ مَسْئُولٌ عَنْ رَعِيَّتِهِ وَالرَّجُلُ رَاعٍ عَلَى
أَهْلِ بَيْتِهِ وَهُوَ مَسْئُولٌ عَنْهُمْ وَالْمَرْأَةُ رَاعِيَةٌ عَلَى
بَيْتِ بَعْلِهَا وَوَلَدِهِ وَهِيَ مَسْئُولَةٌ عَنْهُمْ وَالْعَبْدُ
رَاعٍ عَلَى مَالِ سَيِّدِهِ وَهُوَ مَسْئُولٌ عَنْهُ أَلَا فَكُلُّكُمْ
رَاعٍ وَكُلُّكُمْ مَسْئُولٌ عَنْ رَعِيَّتِهِ
Dari Ibnu Umar RA
dari Nabi SAW, bahawa baginda bersabda: "Ketahuilah, setiap kalian
adalah pemimpin, dan setiap kalian bertanggung jawab atas apa yang
dipimpinnya. Seorang pemimpin yang memimpin rakyat akan bertanggung
jawab atas rakyatnya, seorang laki-laki adalah pemimpin atas
keluarganya, dan dia bertanggung jawab atas mereka semua, seorang wanita
juga pemimpin atas rumah suaminya dan anak-anaknya, dan dia bertanggung
jawab atas mereka semua, seorang hamba adalah pemimpin atas harta
tuannya, dan dia bertanggung jawab atas harta tersebut. Setiap kalian
adalah pemimpin dan akan bertanggung jawab atas kepemimpinannya."
(HR
Muslim No: 3408) Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Setiap orang dari kalangan kita adalah pemimpin yang mempunyai amanah dan tanggungjawab yang perlu ditunaikan. Antaranya:
a.
Sebagai menteri, wakil rakyat, ketua jabatan dan sebagainya, ia
memiliki amanah dan tanggungjawab ke atas rakyat dan orang bawahannya.
b.
Sebagai lelaki, ia memiliki amanah dan bertanggungjawab kepada ahli
keluarganya seperti sebagai suami, bapa mahupun anak lelaki.
c. Sebagai wanita, ia memiliki amanah dan tanggungjawab ke atas suami dan anak-anaknya
d.
Sebagai hamba, ia memiliki amanah dan tanggungjawab ke atas harta
tuannya. Sebagai pekerja, kita ada amanah dan tanggungjawab terhadap
majikan untuk dlaksanakan selagi tidak bercangah dengan syarak.
2.
Setiap pemimpin perlu melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan
bersungguh-sungguh serta berupaya mewujudkan keamanan, keselamatan dan
kesejahteraan kepada pengikut yang berada di bawah kepimpinannya.
3.
Kepimpinan bukanlah satu kemuliaan atau kebanggaan (tasyrif) tetapi ia
adalah tanggungjawab dan amanah (taklif). Segala amanah dan
tanggungjawab yang diterima akan dipersoal setiap satu di hari kiamat.
4.
Hakikat kepemimpinan adalah bertanggungjawab mewujudkan
kesejahteraan. Seorang bapa bukan hanya sekadar memberi makan dan minum
kepada anak-anaknya tetapi perlu berusaha memenuhi standard keperluan
makanan yang baik dan berzat. Bukan hanya keperluan material malah juga
keperluan pendidikan dan kerohanian.
5. Seorang pemimpin seperti
pak menteri, bukan hanya menjadi “pemerintah” sahaja, namun yang lebih
penting berupaya mengangkat rakyatnya dari jurang kemiskinan kepada
kesejahteraan. Tidak hanya berjaya melahirkan tokoh-tokoh korporat dari
kalangan kawan rapat malah rakyat seluruhnya. Bukan hanya membangunkan
kehidupan rakyat yang terdiri daripada ahli parti yang menyokongnya
malah seluruh anggota rakyat di bawah pemerintahannya.
No comments:
Post a Comment