Rabu, 28hb Rabiul Akhir 1444H : Mendamaikan Lebih Utama
عَنْ أَبِي الدَّرْدَاءِ قَالَ قَالَ
رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَلَا أُخْبِرُكُمْ
بِأَفْضَلَ مِنْ دَرَجَةِ الصِّيَامِ وَالصَّلَاةِ وَالصَّدَقَةِ قَالُوا
بَلَى يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ إِصْلَاحُ ذَاتِ الْبَيْنِ وَفَسَادُ
ذَاتِ الْبَيْنِ الْحَالِقَةُ
Daripada Abu Darda RA ia berkata,
"Rasulullah SAW bersabda: "Mahukah jika aku khabarkan kepada kalian
suatu yang lebih utama dari darjat puasa, solat dan sedekah?" para
sahabat berkata, "Tentu ya Rasulullah." Baginda bersabda: "Mendamaikan
orang yang sedang berselisih. Dan rosaknya orang yang berselisih adalah
pencukur (mencukur amal kebaikan yang telah dikerjakan)."
(Sunan Abu
Daud No: 4273) Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1.Ibadah Puasa, Solat dan Sedekah adalah antara amal ibadah yang utama dalam kehidupan Muslim yang biasa dilaksanakan.
2.Mendamaikan
dua orang yang berselisih atau dua kelompok yang berbalah adalah lebih
utama berbanding ibadat peribadi seperti puasa, solat dan sedekah
3.Perselisihan
atau perbalahan antara dua orang atau dua kelompok boleh menjadi
pengikis pahala yang mungkin dicetuskan dari penyakit hasad dengki
dengan saling mengumpat, menghina dan merendah-rendahkan pihak yang satu
lagi
أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ
إِيَّاكُمْ وَالْحَسَدَ فَإِنَّ الْحَسَدَ يَأْكُلُ الْحَسَنَاتِ كَمَا
تَأْكُلُ النَّارُ الْحَطَبَ أَوْ قَالَ الْعُشْبَ
Sesungguhnya
Nabi SAW bersabda: "Jauhilah hasad (dengki), kerana hasad dapat memakan
kebaikan seperti api memakan kayu bakar." (Sunan Abu Daud No:4257)
Hidup
bermasyarakat dan bernegara memerlukan warganya saling bertolak ansur
dan mengelakkan perselisihan yang membawa kepada perbalahan. Saling
bermaafanlah dalam perkara yang kita berbeza dan saling bertolong bantu
dalam perkara yang disepakati.
Bersikap ramah dan rahmah dengan
berusaha mendamaikan dua saudara atau kelompok yang berselisih kerana ia
adalah amal soleh yang utama. Elak diri kita dari menjadi penyimbah
minyak bagi memarakkan api.
No comments:
Post a Comment