Jumaat, 30hb Rabiul Akhir 1444H: Bertakwa dan Berakhlak Dalam Pergaulan
عَنْ أَبِي ذَرٍّ قَالَ
قَالَ لِي رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ اتَّقِ
اللَّهِ حَيْثُمَا كُنْتَ وَأَتْبِعْ السَّيِّئَةَ الْحَسَنَةَ تَمْحُهَا
وَخَالِقِ النَّاسَ بِخُلُقٍ حَسَنٍ
Daripada Abu Dzar RA ia
berkata; Rasulullah SAW pernah bersabda kepadaku: "Bertakwalah kamu
kepada Allah dimana saja kamu berada dan ikutilah setiap keburukan
dengan kebaikan yang dapat menghapuskannya, serta pergaulilah manusia
dengan akhlak yang baik."
(Sunan Tirmizi No: 1910) Status: Hadis Hasan
Sahih.
Pengajaran:
1.Setiap Muslim perlu memiliki sifat takwa dimana sahaja berada dan dalam setiap waktu.
2.Takwa ialah sentiasa melaksanakan ketaatan kepada Allah dan menjauhi perkara yang dilarang.
3.Takwa itu ialah sifat berhati-hati dan sentiasa merasakan diri diawasi oleh Allah.
4.Abu
Darda berkata: Taqwa yang paling sempurna ialah seorang hamba yang
takut kepada Allah hinggakan dalam urusan seberat zarahpun dia masih
takut. Setengah perkara yang halal pun ditinggalkan kerana takut ia
menjadi haram.
5.Lakukanlah amal kebaikan kerana ia boleh menjadi
penyebab kepada penghapusan dosa yang dilakukan seperti beristighfar,
sedekah, berbuat baik sesama manusia tanpa mengira kawan mahupun lawan
dan sebagainya.
6.Berakhlak baiklah dalam pergaulan sesama
manusia sama ada ahli keluarga, jiran tetangga, rakan sepejabat mahupun
anggota masyarakat yang Muslim dan Non Muslim.
7.Jagalah akhlak
dalam perhubungan sesama kita dalam organisasi dan masyarakat. Elakkan
umpatan, fitnah, hinaan, merendah-rendah orang lain dan sebagainya.
No comments:
Post a Comment