Khamis, 22hb Rabiul Akhir 1444H; Allah Benci Orang Yang Kuat Bermusuhan
عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ:
قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: إِنَّ أَبْغَضَ
الرِّجَالِ إِلَى اللهِ الْأَلَدُّ الْخَصِمُ
Daripada Aisyah RA
berkata: Rasulullah SAW telah bersabda: "Sesungguhnya orang yang paling
dibenci Allah ialah orang yang paling kuat bermusuhan."
(HR Muslim No:
2668) Status : Hadis Sahih
Pengajaran :
1. Orang yang paling Allah benci ialah mereka yang paling kuat bermusuhan.
2.
Menurut Muhammad Fuad Abdul Baqi, yang dimaksudkan الألد ialah
permusuhan yang keras. Manakala perkataan الخصم pula bermaksud
permusuhan atau penentangan yang salah dalam menegakkan kebenaran
ataupun menthabitkan kebatilan (Syarh Sahih Muslim).
3. Hal ini
menunjukkan perkara yang dibenci Allah itu tidak terhad pada golongan
batil sahaja, akan tetapi Allah juga benci pada golongan yang ingin
menegakkan kebenaran namun memusuhi orang lain (dia saja yang betul
sedangkan orang lain salah).
Firman Allah SWT:
وَمِنَ
ٱلنَّاسِ مَن يُعۡجِبُكَ قَوۡلُهُۥ فِي ٱلۡحَيَوٰةِ ٱلدُّنۡيَا وَيُشۡهِدُ
ٱللَّهَ عَلَىٰ مَا فِي قَلۡبِهِۦ وَهُوَ أَلَدُّ ٱلۡخِصَامِ
Dan
di antara manusia ada orang yang ucapannya tentang kehidupan dunia
menarik hatimu, dan dipersaksikannya kepada Allah (atas kebenaran) isi
hatinya, padahal ia adalah penentang yang paling keras. (Al-Baqarah ayat
204)
4. Janganlah kerana kita tidak bersetuju dengan seseorang
atau sekelompok, menjadikan kita benci dan memusuhi mereka hingga
seolah-olah tiada kebaikan pada mereka malah kita berusaha
memburuk-burukkan.
No comments:
Post a Comment