Rabu, 24 Rabiulakhir 1445H: Berbuat Ihsan Kepada Makhluk
عَنْ شَدَّادِ بْنِ أَوْسٍ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِنَّ اللَّهَ كَتَبَ الْإِحْسَانَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ فَإِذَا قَتَلْتُمْ فَأَحْسِنُوا الْقِتْلَةَ وَإِذَا ذَبَحْتُمْ فَأَحْسِنُوا الذِّبْحَةَ وَلْيُحِدَّ أَحَدُكُمْ شَفْرَتَهُ وَلْيُرِحْ ذَبِيحَتَهُ
Daripada Syadad bin Aus, sesungguhnya Nabi SAW telah bersabda: "Sesungguhnya Allah telah mewajibkan berbuat baik kepada segala sesuatu, jika kalian membunuh maka bunuhlah secara baik, dan jika kalian menyembelih maka sembelihlah dengan cara yang paling baik, dan hendaklah salah seorang dari kalian menajamkan pisaunya serta tidak menyiksa semasa menyembelihnya." (HR Muslim No: 1955) Status Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Syariat Islam menuntut perbuatan ihsan (menyempurnakan sesuatu dengan baik) kepada setiap makhluk di muka bumi ini termasuk haiwan.
2. Tidak boleh menyiksa atau merusakkan tubuh badan sebagai sasaran dan tujuan, tidak juga boleh merobek-robek orang yang dihukum qishash.
3. Jangan kerana kita berbeza pandangan atau kumpulan, hilang sifat ihsan kita terhadap orang lain.
4. Termasuk ihsan juga berbuat baik terhadap haiwan ternak dan belas kasih terhadapnya. Tidak boleh membebaninya diluar kemampuan Binatang tersebut serta tidak menyiksa ketika menyembelihnya (antaranya dengan memastikan menyembelih menggunakan senjata tajam serta dengan sekali sembelihan).
5. Kewajiban berbuat baik dalam membunuh dengan cara mengambil jalan yang paing ringan dalam menghilangkan nyawa.
6. Marilah kita berbuat ihsan dengan melakukan sesuatu urusan dengan menyempurnakan sebaik mungkin, bukan sekadar melepaskan batok ditangga atau menzaliminya.
7. Memiliki sifat ihsan adalah dituntut kepada setiap Muslim.
No comments:
Post a Comment