Ahad; 21 Rabiulakhir 1445H: Kehormatan Darah Seorang Muslim
عَنِ ابْنِ مَسْعُودٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ: قَالَ رَسُوْلُ اللهِ: لاَ يَحِلُّ دَمُ امْرِئٍ مُسْلِمٍ إِلاَّ بإِحْدَى ثَلاثٍ: الثَّيِّبُ الزَّانِيْ، وَالنَّفْسُ بِالنَّفْسِ، وَالتَّاركُ لِدِيْنِهِ المُفَارِقُ للجمَاعَةِ
Daripada lbnu Mas’ud RA beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda: Tidak halal darah seorang muslim kecuali disebabkan salah satu daripada tiga perkara; janda yang berzina, nyawa dengan nyawa (membunuh orang) dan orang yang meninggalkan agamanya serta memisahkan diri daripada jamaah (murtad) (HR Bukhari No: 6484). Status Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Tidak boleh menumpahkan darah kaum muslimin kecuali dengan tiga sebab, iaitu : zina muhsan (orang yang sudah berkahwin), membunuh manusia dengan sengaja dan meninggalkan agamanya (murtad) berpisah dari jamaah kaum muslimin.
2. Islam sangat menjaga kehormatan, nyawa dan agama dengan menjatuhkan hukuman mati kepada mereka yang mengganggunya seperti pelaku zina, pembunuh dan murtad.
3. Setiap Muslim perlu menjauhkan diri daripada ketiga-tiga kejahatan dan berwaspada agar tidak terjerumus ke dalamnya.
4. Hukum jenayah seperti hudud dalam Islam sangat keras, hal itu bertujuan untuk mencegah (preventive) dan melindungi.
5. Kita perlu mendidik diri dan masyarakat agar takut kepada Allah dan sentiasa muraqabah (merasai segala gerak geri kita diperhati Allah) sama ada dalam keadaan tersembunyi atau terang-terangan.
6. Hadis ini menunjukkan pentingnya menjaga kehormatan dan kesucian diri, keluarga dan masyarakat.
No comments:
Post a Comment