Khamis, 16 Jamadilawal 1445H: Perkara Yang Dimaafkan
عَنِ ابْنِ عَبَّاس رَضِيَ اللهُ عَنْهُمَا : أَنَّ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى الله عليه وسلم قَالَ : إِنَّ اللهَ تَجَاوَزَ لِيْ عَنْ أُمَّتِي : الْخَطَأُ وَالنِّسْيَانُ وَمَا اسْتُكْرِهُوا عَلَيْهِ
Daripada lbnu ‘Abbas RA bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Sesungguhnya Allah telah mengampunkan dari umatku perbuatan yang dilakukan secara tersilap, terlupa dan secara paksaan. (HR Ibnu Majah No: 2045) Status: Hadis Hasan
Pengajaran:
1. Islam adalah agama rahmat. Luasnya rahmat dan belas kasihan Allah SWT terhadap hambaNya, Dia hanya mempertanggungjawabkan dosa yang dilakukan secara sedar, sengaja dan dengan kemahuan sendiri tanpa paksaan.
2. Islam memiliki dasar perundangan dan kehakiman yang mengutamakan keadilan, di mana perbuatan yang dilakukan secara tidak sengaja tanpa disedari, atau kerana dipaksa dia tidak akan diberikan dosa.
3. Allah SWT mengutamakan umat ini dengan menghilangkan berbagai kesulitan dan memaafkan dosa kesalahan seseorang yang berpunca dari tidak sengaja, sifat lupa dan dipaksa.
4. Sesungguhnya Allah SWT tidak menghukum seseorang kecuali jika dia sengaja berbuat maksiat dan hatinya telah berniat untuk melakukan penyimpangan dan meninggalkan kewajiban dengan sukarela.
5. Manfaat adanya kewajiban adalah untuk mengetahui siapa yang taat dan siapa yang engkar.
6. Ada beberapa perkara yang tidak dimaafkan. Misalnya seseorang melihat najis di bajunya akan tetapi dia mengabaikan untuk menghilangkannya segera, kemudian dia solat dengannya kerana lupa, maka wajib baginya mengqada solat tersebut.
No comments:
Post a Comment