Khamis, 20 Syawal 1447H | Allah Membuka Aib Kepada Pembuka Aib
عَنْ أَبِي بَرْزَةَ الْأَسْلَمِيِّ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَا مَعْشَرَ مَنْ آمَنَ بِلِسَانِهِ وَلَمْ يَدْخُلْ الْإِيمَانُ قَلْبَهُ لَا تَغْتَابُوا الْمُسْلِمِينَ وَلَا تَتَّبِعُوا عَوْرَاتِهِمْ فَإِنَّهُ مَنْ اتَّبَعَ عَوْرَاتِهِمْ يَتَّبِعُ اللَّهُ عَوْرَتَهُ وَمَنْ يَتَّبِعْ اللَّهُ عَوْرَتَهُ يَفْضَحْهُ فِي بَيْتِهِ
Daripada Abu Barzah Al Aslami ia berkata, "Rasulullah SAW bersabda: "Wahai orang-orang yang beriman dengan lidahnya namun keimanannya belum masuk ke dalam hatinya! janganlah kamu mengumpat seorang muslim dan jangan pula mencari-cari kesalahannya (aibnya). Sesungguhnya sesiapa yang mencari-cari keaiban orang lain, maka Allah akan membuka keaibannya. Maka siapa saja yang Allah dedahkan keaibannya, maka Allah akan memalukannya walaupun yang ada di dalam rumahnya sendiri." (Sunan Abu Daud No: 4236) Status: Hadis Hasan
Pengajaran:
1. Hadis ini merupakan teguran kepada iman orang yang belum sempurna. Ungkapan “beriman dengan lidah tetapi belum masuk ke hati” merujuk kepada orang yang zahirnya Muslim tetapi belum menghayati iman secara mendalam dalam akhlaknya.
2. Orang yang beriman wajib memelihara lisannya dari mengumpat dan mencari kelemahan orang lain, sama ada sesuatu yang dituturkan mahupun yang diterjemahkan dalam bentuk tulisan.
3. Islam mengajar umatnya untuk tidak mengumpat atau menyebut keburukan orang lain tanpa kebenarakn syarak, walaupun ia suatu yang benar kerana ia merupakan dosa besar.
4. Islam melarang usaha menyiasat atau membongkar kelemahan orang lain, sama ada secara terang atau tersembunyi apatah lagi jika ia disebarkan melalui media sosial yang membuka ruang cacian dan makian daripada orang lain.
5. Sesiapa yang menutup aib saudaranya sesama muslim, nescaya Allah akan menutup aibnya di dunia dan akhirat. Rasulullah bersabda:
مَنْ سَتَرَ مُسْلِمًا سَتَرَهُ اللَّهُ فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ
Maksudnya: "Barang siapa menutupi aib seorang muslim, maka Allah akan menutupi aib orang tersebut di dunia dan akhirat." (Sunan Ibnu Majah)
6. Barangsiapa yang mencari-cari dan membuka kelemahan juga kesalahan saudara muslim yang lain, maka Allah akan membuka kesalahan dan aibnya walaupun yang ada di dalam rumahnya.
7. Orang yang gemar membicarakan aib orang lain, sebenarnya tanpa ia sedari ia sedang memperlihatkan jati dirinya yang asli. Semakin banyak aib yang ia sebarkan, maka semakin jelas keburukan diri si penyebar itu. Allah mengingatkan dengan nada keras kepada golongan ini:
إِنَّ ٱلَّذِينَ يُحِبُّونَ أَن تَشِيعَ ٱلۡفَٰحِشَةُ فِي ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ لَهُمۡ عَذَابٌ أَلِيمٞ فِي ٱلدُّنۡيَا وَٱلۡأٓخِرَةِۚ وَٱللَّهُ يَعۡلَمُ وَأَنتُمۡ لَا تَعۡلَمُونَ ١٩
Maksudnya: Sesungguhnya orang-orang yang suka menghebah tuduhan-tuduhan yang buruk dalam kalangan orang-orang yang beriman, mereka akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya di dunia dan di akhirat dan (ingatlah) Allah mengetahui (segala perkara) sedang kamu tidak mengetahui (yang demikian). (An-Nur: 19)
8. Islam menuntut agar aib serta kelemahan orang lain ditutup, bukan didedahkan kepada khalayak. Jika ingin menegur, gunakanlah saluran yang dibenarkan syarak dengan penuh hikmah.
Kepada pencela dan pembuka aib, ingatlah azab Allah di dunia dan akhirat. Mengumpat dan membongkar aib orang lain bukanlah sifat seorang Muslim sejati. Sebaliknya, seorang mukmin yang benar-benar beriman akan menjaga lidah, menutup aib orang, dan menjaga kehormatan sesama Muslim.
"Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian; Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran".(Surah Al-Asr,Ayat 1-3)
Thursday, April 9, 2026
Wednesday, April 8, 2026
Muslim Yang Menyelamatkan
Rabu, 19 Syawal 1447H | Muslim Yang Menyelamatkan
عَنْ أَبِي مُوسَى رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ قَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ أَيُّ الْإِسْلَامِ أَفْضَلُ قَالَ مَنْ سَلِمَ الْمُسْلِمُونَ مِنْ لِسَانِهِ وَيَدِهِ
Daripada Abu Musa RA beliau berkata: Para sahabat bertanya: 'Wahai Rasulullah, Islam manakah yang paling utama?" Rasulullah SAW menjawab: "Siapa yang kaum Muslimin selamat dari gangguan lidah dan tangannya". (Sahih Bukhari No: 10) Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Ukuran keutamaan Islam seseorang bukan hanya pada ibadah zahir tetapi pada akhlaknya. Islam mengajar umatnya agar sentiasa memiliki akhlak yang mulia, khususnya yang keluar dari lidah (perkataan) juga tangan (perbuatan).
2. Menjaga lidah daripada menuturkan sesuatu yang buruk terhadap orang Islam lain seperti mengumpat, menghina, mencela, mengadu domba, memfitnah, berkata kasar dan lain-lain adalah dituntut.
3. Memelihara tangan dari melakukan perbuatan keji dan menyakiti Muslim lain bukan hanya memukul dan mencuri malah termasuk menulis, memforward sesuatu yang berbentuk fitnah, menghina, mengadu domba dan lain-lain adalah dilarang.
4. Mudahnya orang pada hari ini melakukan dosa besar yang diterjemahkan dalam bentuk tulisan sesuatu yang mengaibkan peribadi seseorang, mengumpat, memfitnah, mengadu domba di media elektronik dan diviralkan seperti TikTok, FB, WhatsApp, telegram, tanpa sedikitpun terdetik dihati bahawa apa yang diperkatakan, yang ditulis akan diminta pertanggungjawab dihadapan Allah. Firman Allah:
إِنَّ ٱلسَّمۡعَ وَٱلۡبَصَرَ وَٱلۡفُؤَادَ كُلُّ أُوْلَٰئِكَ كَانَ عَنۡهُ مَسُۡٔولٗا
“Sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati nurani, semua anggota itu tetap akan diminta pertanggungjawabannya (ditanya di akhirat) tentang apa yang dilakukannya.” (Surah Al-Isra 17 ; Ayat 36)
5. Imam al-Khaththabi rahimahullâh berkata, hadis ini bermaksud bahawa kaum muslimin yang paling utama adalah orang yang selain menunaikan hak-hak Allah dengan baik, dia juga dituntut menunaikan hak-hak sesama kaum muslimin dengan baik pula.
6. Hadis ini menegaskan bahawa Islam yang terbaik ialah Islam yang memberi manfaat dan keselamatan kepada orang lain. Dengan menjaga lidah dan tangan, seseorang bukan sahaja menyempurnakan imannya, tetapi juga menyumbang kepada pembinaan masyarakat yang aman dan sejahtera.
Akhlak yang baik dan tidak menyakiti orang lain adalah antara tanda paling utama bagi seorang Muslim yang baik. Islam bukan hanya tentang hubungan kita dengan Allah, tapi juga bagaimana kita melayan dan menghormati sesama manusia. Berusahalah menjadi insan yang baik dan soleh dengan menjaga lisan dan tangan kita.

Tuesday, April 7, 2026
Berakhlak Dalam Pertuturan
Selasa, 18 Syawal 1447H | Berakhlak Dalam Pertuturan
عَنْ عَائِشَةَ رضي الله عنها قَالَتْ : اسْتَأْذَنَ رَهْطٌ مِنَ الْيَهُودِ عَلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالُوا : السَّامُ عَلَيْكُمْ فَقَالَتْ عَائِشَةُ : بَلْ عَلَيْكُمُ السَّامُ وَاللَّعْنَةُ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : يَا عَائِشَةُ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الرِّفْقَ فِي الْأَمْرِ كُلِّهِ قَالَتْ : أَلَمْ تَسْمَعْ مَا قَالُوا قَالَ : قَدْ قُلْتُ وَعَلَيْكُمْ
Daripada Aisyah RA beliau berkata, sekumpulan orang Yahudi meminta izin untuk bertemu Rasulullah SAW lalu mereka mengucapkan: Assam ‘alaikum (kematian ke atas kamu). Aku (Aisyah) berkata: Ke atas kamu kematian dan laknat!. Lalu Rasulullah SAW menegur: Wahai Aisyah, sesungguhnya Allah itu mencintai kelembutan dalam setiap urusan.” ‘Aku (Aisyah) bertanya: Kamu tak dengarkah apa yang mereka sebut? Baginda berkata: Ya, aku sudah jawab Wa a’laikum (ke atas kamu juga). (HR Bukhari no: 6927) Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Hadis ini menggambarkan kehalusan akhlak Rasulullah SAW dalam menghadapi provokasi dan keburukan orang lain dengan sifat lemah lembut (rifq).
2. Islam agama rahmah yang mengajar umatnya berakhlak mulia dalam perbuatan, pertuturan mahupun penulisan.
3. Islam mengajar umatnya sentiasa menunjukkan akhlak yang mulia dengan bersikap lunak dan santun kerana Allah itu menyukai kelembutan dalam semua perkara termasuk semasa kita dihina atau marah. Kelembutan dalam pertuturan membantu meredakan ketegangan dan menjaga hubungan.
4. Walaupun orang lain mungkin bersikap kasar atau menghina kita, Islam mengajarkan kita untuk tidak membalas keburukan dengan keburukan. Sebaliknya, kita hendaklah menunjukkan akhlak yang baik dan bersabar. Hal ini adalah cara yang lebih mulia dan akan menerima ganjaran di sisi Allah.
5. Seorang Muslim perlu bijak mengawal tindak balas, tidak terburu-buru membalas dengan kemarahan. Tidak semua keburukan perlu dibalas secara keras; kadangkala jawapan ringkas dan berhemah lebih baik.
6. Islam mengajar kita memelihara tutur kata yang baik-baik dan jangan sampai dipengaruhi oleh syaitan dalam mengeluarkan kata-kata sama ada dalam percakapan mahupun penulisan. Firman Allah:
وَقُل لِّعِبَادِي يَقُولُواْ ٱلَّتِي هِيَ أَحۡسَنُۚ إِنَّ ٱلشَّيۡطَٰنَ يَنزَغُ بَيۡنَهُمۡۚ إِنَّ ٱلشَّيۡطَٰنَ كَانَ لِلۡإِنسَٰنِ عَدُوّٗا مُّبِينٗا
Maksudnya: “Dan katakanlah (Wahai Muhammad) kepada hamba-hamba-Ku (yang beriman), supaya mereka berkata dengan kata-kata yang amat baik sesungguhnya syaitan itu sentiasa menghasut antara mereka, sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang amat nyata bagi manusia.” (al-Isra: 53).
Kata Ibn Kathir ketika menafsirkan ayat ini: “Allah memerintah Rasulullah SAW memberitahu kepada hamba-hamba Allah agar berkata dalam ucapan dan perbincangan mereka ungkapan yang terbaik dan kalimat yang baik. Jika itu tidak dilakukan, syaitan akan menghasut mereka. Maka ucapan itu akan membawa tindak balas, berlaku keburukan, permusuhan dan peperangan.” (Ibn Kathir, 5/87. Mekah: Dar al-Taybah).
7. Seseorang boleh, bahkan disuruh menegur ataupun mengkritik sesuatu perkara yang salah. Namun, Islam mengajar agar kita berdisiplin dalam ucapan dan tulisan kita. Jangan sekali-kali menggunakan bahasa yang buruk dan kotor. Malangnya rata-rata di media sosial hari ini komen berbentuk celaan, makian, umpatan serta fitnah telah menjadi makanan harian.
Orang yang suka memaki orang lain merupakan golongan yang fasik (golongan pendosa). Mereka bukanlah penegak agama sebaliknya untuk memenuhi kehendak nafsu sendiri dan dipengaruhi syaitan.

Monday, April 6, 2026
Segera Mohon Maaf
Isnin, 17 Syawal 1447H | Segera Mohon Maaf
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : مَنْ كَانَتْ لَهُ مَظْلَمَةٌ لِأَخِيهِ مِنْ عِرْضِهِ أَوْ شَيْءٍ فَلْيَتَحَلَّلْهُ مِنْهُ اليَوْمَ قَبْلَ أَنْ لاَ يَكُونَ دِينَارٌ وَلاَ دِرْهَمٌ إِنْ كَانَ لَهُ عَمَلٌ صَالِحٌ أُخِذَ مِنْهُ بِقَدْرِ مَظْلَمَتِهِ وَإِنْ لَمْ تَكُنْ لَهُ حَسَنَاتٌ أُخِذَ مِنْ سَيِّئَاتِ صَاحِبِهِ فَحُمِلَ عَلَيْهِ
Daripada Abu Hurairah R.A, beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda: Barangsiapa pernah menzalimi saudaranya, sama ada yang berkait dengan kehormatannya atau hartanya, hendaklah dia segera meminta dihalalkan (keampunan) daripadanya hari ini (di dunia) sebelum datang hari yang tidak ada lagi dinar dan dirham (hari Kiamat). Ketika itu, jika dia memiliki amalan soleh, pahala amalan solehnya diambil darinya dan diserahkan kepada saudaranya sesuai dengan kadar kezaliman yang pernah diperbuatnya. Namun, jika dia tidak memiliki amal-amal kebaikan, maka kesalahan-kesalahan (dosa) saudaranya itu diambil, lalu dipikulkan kepadanya. (HR Bukhari No: 2282) Status Hadis Sahih.
Pengajaran:
1. Setiap Muslim perlu sentiasa berusaha menghindarkan diri dari melakukan dosa dan maksiat sama ada kepada Allah mahupun sesama manusia lain.
2. Barangsiapa yang pernah melakukan kesalahan terhadap orang lain, sama ada yang berkait dengan kehormatannya (memfitnah, mengumpat, menghina) atau hartanya (mengambil, mencuri, merosakkan) juga tubuh badannya, hendaklah dia segera meminta maaf dan menyelesaikannya semasa hidup. Jangan ditangguh.
3. Kezaliman terhadap manusia tidak memadai dengan taubat kepada Allah sahaja, tetapi mesti disertai dengan: Memohon maaf juga mengembalikan hak jika berkait dengan harta.
4. Jika dosa seseorang terhadap orang lain tidak dimaafkan, dibimbangi ia menjadi hutang yang perlu dibayar dengan pahala amalan solehnya di akhirat nanti.
5. Jika amal kebaikan yang dimiliki telah habis kerana membayar hutang kepada orang lain, maka dosa saudaranya itu akan dipikulkan kepadanya.
6. Ingatlah firman Allah SWT:
ثُمَّ إِنَّكُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ عِندَ رَبِّكُمْ تَخْتَصِمُونَ
Maksudnya: Kemudian, sesungguhnya kamu semua, pada hari kiamat, akan bertengkar berhujah di hadapan Tuhan kamu.(Surah al-Zumar : 31)
Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Zubair bin Awwam, dia berkata: Ketika turunnya ayat 31 Surah al-Zumar (di atas), Zubair bertanya: “Wahai Rasulullah, apakah perkara yang terjadi di antara kita di dunia akan diungkit kembali di samping dosa-dosa peribadi?” Baginda SAW menjawab:
نَعَمْ لَيُكَرَّرَنَّ عَلَيْكُمْ حَتَّى يُؤَدَّى إِلَى كُلِّ ذِي حَقٍّ حَقُّهُ
Maksudnya: Ya, benar. Semuanya akan diungkit semula sehingga setiap orang memperoleh hak yang semestinya. (HR: Tirmizi No: 3236)
Imam al-Suyuti ketika mengulas ayat ini berkata: “Orang yang dizalimi menuntut (haknya) daripada orang yang zalim, orang yang lemah menuntut haknya daripada orang yang menindas, sehinggalah setiap mereka dipulangkan hak-hak mereka. Apabila telah dipulangkan hak masing-masing, maka diperintahkan kepada ahli syurga untuk masuk ke syurga manakala ahli neraka untuk masuk ke dalam neraka.” (Lihat al-Durr al-Manthur fi al-Ta’wil bi al-Ma’thur, 4/16)
Semoga kita tidak memandang mudah dosa yang kita lakukan kepada orang lain semasa di dunia seperti dosa memfitnah, mengumpat melalui media sosial yang dengan mudah tersebar keseluruh dunia. Jika kita berdosa, maka bersegeralah meminta maaf dan tidak mengulangi lagi. Pada hari kiamat, tiada lagi wang atau harta yang dapat menebus kesalahan kita melainkan amal soleh kita menjadi pengganti.

Sunday, April 5, 2026
Jangan Saling Membenci, Berdengki dan Bermusuh
Ahad, 16 Syawal 1447H | Jangan Saling Membenci, Berdengki dan Bermusuh
عَنْ أَنَسُ بْنُ مَالِكٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَا تَبَاغَضُوا وَلَا تَحَاسَدُوا وَلَا تَدَابَرُوا وَكُونُوا عِبَادَ اللَّهِ إِخْوَانًا وَلَا يَحِلُّ لِمُسْلِمٍ أَنْ يَهْجُرَ أَخَاهُ فَوْقَ ثَلَاثَةِ أَيَّام
Daripada Anas bin Malik RA, Sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda: "Janganlah kamu saling membenci, janganlah kamu saling berdengki, janganlah kamu saling membelakangi (bermusuhan), dan jadilah kamu hamba-hamba Allah yang bersaudara. Tidak halal bagi seorang Muslim untuk memulau saudaranya lebih dari tiga hari" (Sahih Bukhari No: 5718) Dar Ibn Kathir. Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Umat Islam dilarang saling membenci sesama mereka. Kebencian boleh merosakkan hubungan persaudaraan dan menghalang tercapainya keharmonian dalam Masyarakat.
2. Sifat hasad dan cemburu kepada kelebihan yang ada pada orang lain dan mengharap nikmat orang lain hilang perlu dijauhi. Ia penyakit hati yang boleh menghancurkan amal kebaikan serta merosakkan hubungan sesama Muslim. Berlapang dadalah dengan kelebihan yang ada pada orang lain serta saling mendoakan kebaikan.
3. Larangan membelakangi atau bermusuhan dengan memutuskan hubungan, tidak bertegur sesama Muslim kerana setiap Muslim adalah bersaudara.
عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا قَالَتْ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَبْغَضُ الرِّجَالِ إِلَى اللَّهِ الْأَلَدُّ الْخَصِمُ
Daripada Aisyah RA katanya: Rasulullah SAW bersabda: Manusia yang paling dibenci Allah adalah yang keras kepala dan suka bermusuh" (Sahih Bukhari No: 6765) Dar Ibn Kathir. Status: Hadis Sahih
4. Sebagai Muslim, kita boleh berbeza pandangan namun perlu saling memaafkan. Berusahalah mencari titik persamaan bukan membesarkan titik perbezaan.
5. Umat Islam haruslah hidup sebagai saudara, dengan saling bantu-membantu, menjaga hubungan yang baik, dan menghormati antara satu sama lain. Persaudaraan adalah nilai yang sangat penting, dan ia menjadi asas kepada keharmonian sosial.
6. Elakkan diri kita daripada tidak bertegur atau menjauhi saudara Muslim melebihi tiga hari. Berusaha untuk memperbaiki hubungan yang terjejas jika berlaku, sama ada dengan memohon maaf atau dengan berbincang secara terbuka untuk menyelesaikan perselisihan yang timbul.
Hadis ini mengajar bahawa Islam sangat menitikberatkan kebersihan hati dan hubungan yang baik sesama manusia. Dengan menjauhi kebencian, dengki dan permusuhan, serta menjaga ukhuwah, umat Islam dapat membina masyarakat yang aman, bersatu dan diberkati oleh Allah SWT.

Saturday, April 4, 2026
Jauhi Perbuatan Keji Agar Kasih Sayang Tidak Dicabut
Sabtu, 15 Syawal 1447H | Jauhi Perbuatan Keji Agar Kasih Sayang Tidak Dicabut
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ سَمِعْتُ أَبَا الْقَاسِمِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ لَا تُنْزَعُ الرَّحْمَةُ إِلَّا مِنْ شَقِيٍّ
Daripada Abu Hurairah RA, beliau berkata, Aku mendengar Abu al-Qasim (Rasulullah SAW) bersabda: "Tidaklah dicabut sifat rahmah (kasih sayang) kecuali daripada orang yang celaka (berbuat keji)." (Sunan Tirmizi No: 1923) Dar Kutub Ilmiyyah. Status: Hadis Hasan
Pengajaran:
1. Allah menganugerahkan rahmatnya yang maha luas meliputi kasih sayang kepada sesiapa yang dikehendaki, peluang keampunan serta kurniaan-Nya.
2. Sifat kasih sayang (Rahmah) adalah manifestasi iman. Orang yang beriman akan mudah berbelas kasihan terhadap manusia dan makhluk lain.
3. Allah akan mencabut rahmatnya (kasih sayang-Nya) daripada seseorang, merujuk kepada hilangnya sifat belas kasihan dalam hati seseorang, sehingga dia menjadi keras, kasar dan tidak peduli terhadap orang lain apabila ia melakukan perbuatan keji dan berterusan dalam kejahatan.
4. Perbuatan keji termasuk segala perbuatan yang boleh mendatangkan kemudaratan kepada orang lain, akan menghilangkan perasaan kasih sayang kepada orang lain dan akan menjadi penyebab kepada perbuatan yang memutuskan hubungan ukhuwah dan silaturahim.
5. Salman al-Farisi menyatakan: Jika Rahmat Allah (sifat kasih sayang) dicabut bermakna sebahagian dari imannya juga akan dicabut maka jika sudah demikian maka dia tidak akan menemui Allah melainkan dalam keadaan telah menjadi syaitan yang dilaknat dan suka melaknat.
6. Apabila rahmah hilang, lahirlah sifat zalim, kejam, ego dan tidak berperasaan, yang merosakkan individu dan masyarakat. Kehilangan sifat rahmah adalah tanda kecelakaan rohani. Oleh itu, setiap Muslim perlu berusaha menanamkan kasih sayang dalam hati, kerana dengan rahmahlah seseorang memperoleh kebahagiaan hidup dan rahmat Allah SWT.
Hadis ini mengingatkan kita tentang betapa pentingnya rahmat Allah dalam kehidupan. Rahmat-Nya mencakup segala sesuatu, tetapi kita perlu berusaha untuk tidak menjadi keras hati dan menjauhkan diri daripada-Nya. Oleh itu, kita hendaklah sentiasa berusaha untuk menjadi individu yang lebih baik, sentiasa bersifat penyayang, sentiasa bertaubat, dan tidak berputus asa dalam mencari rahmat Allah. Pupuklah sifat terpuji jauhi sifat ego dan keras hati dalam kehidupan ini. Moga Rahmah Allah akan sentiasa melimpahi kita.

Friday, April 3, 2026
Kemanisan Iman
Jumaat, 14 Syawal 1447H | Kemanisan Iman
عن أنسٍ رضي الله عنه عن النبي صلى الله عليه وسلم قال : ثَلَاثٌ مَنْ كُنَّ فِيهِ وَجَدَ حَلَاوَةَ الْإِيمَانِ أَنْ يَكُونَ اللَّهُ وَرَسُولُهُ أَحَبَّ إِلَيْهِ مِمَّا سِوَاهُمَا وَأَنْ يُحِبَّ الْمَرْءَ لَا يُحِبُّهُ إِلَّا لِلَّهِ وَأَنْ يَكْرَهَ أَنْ يَعُودَ فِي الْكُفْرِ كَمَا يَكْرَهُ أَنْ يُقْذَفَ فِي النَّارِ
Daripada Anas RA daripada Nabi SAW, baginda bersabda: Ada tiga perkara, barangsiapa ada pada dirinya tiga perkara ini, maka dia akan merasakan manisnya iman (yaitu, yang pertama): Allâh Azza wa Jalla dan Rasul-Nya lebih dia cintai berbanding dengan yang lain, (kedua) dia mencintai seseorang dan dia tidak mencintai kecuali kerana Allâh dan (ketiga) dia benci untuk kembali kepada kekufuran sebagaimana dia benci untuk dicampakkan kedalam api neraka (HR Muslim No: 43) Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Tiga perkara jika dimiliki oleh seorang Muslim akan menjadikannya memperoleh kemanisan iman:
a. Allah dan Rasul-Nya lebih dicintai dari selain keduanya.
b. Mencintai dan menyayangi sesama Muslim hanya kerana Allah.
c. Membenci kekufuran dan maksiat setelah Allah menyelamatkannya, sebagaimana ia tidak mahu untuk dicampakkan ke dalam api neraka.
2. Iman yang sebenar menuntut keutamaan cinta kepada Allah dan Rasul yang diterjemahkan melalui ketaatan.
3. Mencintai Rasulullah SAW mewajibkan adanya penghormatan, ketundukan dan mengikuti serta mencontohi apa yang dilakukan oleh baginda (mengagungkan sunnahnya).
4. Membina hubungan sesama Muslim atas dasar iman. Ukhuwah yang sejati lahir daripada cinta kerana Allah, bukan kepentingan dunia.
5. Mencintai seseorang adalah semata-mata kerana Allah sebagai tanda mencapai kemanisan iman. Ibnul Qayyim berkata: “Setiap kecintaan dan pengagungan kepada manusia hanya dibolehkan dalam rangka mengikuti kecintaan dan pengagungan kepada Allah. Mencintai dan mengagungkan Rasulullah SAW adalah penyempurnaan kecintaan dan pengagungan kepada Allah”.
6. Seorang mukmin perlu mempunyai perasaan benci terhadap dosa dan kekufuran sebagaimana ia tidak mahu untuk dicampakkan ke dalam api neraka. Iman bukan sekadar pengakuan, tetapi dapat dirasai melalui ketenangan dan kebahagiaan dalam beragama.
7. Kemanisan iman bukan sekadar berada di dalam hati, tetapi ia juga menggerakkan seseorang untuk bertindak dengan baik, seperti menyayangi sesama Muslim, mengutamakan ketaatan kepada Allah dan Rasul-Nya, serta menghindari kekufuran dan kemungkaran dalam kehidupan sehari-hari.

Thursday, April 2, 2026
Malaikat Mendoakan Kepada Pendoa
Khamis, 13 Syawal 1447H | Malaikat Mendoakan Kepada Pendoa
عَنْ أَبِي الدَّرْدَاءِ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَا مِنْ عَبْدٍ مُسْلِمٍ يَدْعُو لِأَخِيهِ بِظَهْرِ الْغَيْبِ إِلَّا قَالَ الْمَلَكُ وَلَكَ بِمِثْلٍ
Daripada Abi Darda RA, beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda: 'Tidak ada seorang Muslim pun yang mendoakan kebaikan untuk saudaranya (sesama muslim) dibelkakangnya (tanpa pengetahuannya), melainkan malaikat akan mendoakannya pula: 'Dan bagimu kebaikan yang sama.' (HR Muslim No: 4912) Dar Ihya Kutub Arabiyyah. Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Antara adab persaudaraan dan menjaga ukhuwah sesama Muslim ialah mendoakan kebaikan kepada sahabat kita walaupun mereka tidak tahu.
2. Mereka yang mendoakan sahabatnya dibelakangnya (tanpa pengetahuannya) lebih dekat kepada keikhlasan kerana tidak mengharap balasannya, malaikat juga akan mendoakan kebaikan yang sama untuknya.
3. Berdoa untuk orang lain dengan penuh keikhlasan tanpa mengharapkan balasan atau pujian adalah amalan yang disukai oleh Allah. Ia menunjukkan niat yang tulus dan murni untuk kesejahteraan dan kebaikan orang lain.
4. Doa seseorang kepada sahabatnya ketika berjauhan tidak akan tertolak. Sepertimana hadis Rasulullah SAW:
دُعَاءُ الأخِ لِأَخِيهِ بِظَهْرِ الغَيبِ لايُرَدُّ
"Doa seseorang kepada saudaranya yang tidak ada disisinya, tidak akan tertolak" (HR Al-Bazzar: 500)
5. Berdoa sesama Muslim dapat mengeratkan hubungan persaudaraan dan menunjukkan rasa kasih sayang serta kepedulian terhadap sesama umat. Ia memperkuatkan ikatan ukhuwah di kalangan umat Islam dan membawa kepada masyarakat yang lebih harmoni.
6. Dengan berdoa untuk orang lain, kita dapat menghindari sikap ego dan mementingkan diri sendiri. Kita diajar untuk tidak hanya memikirkan kebaikan untuk diri kita, tetapi juga untuk orang lain di sekeliling kita.
7. Hadis ini mengajar bahawa doa yang ikhlas untuk orang lain adalah amalan yang sangat mulia dan tinggi nilainya di sisi Allah SWT. Ia bukan sahaja mencerminkan kasih sayang sesama Muslim, tetapi juga menjadi sebab turunnya rahmat dan kebaikan kepada diri sendiri melalui doa malaikat.
Marilah kita mendoakan sahabat kita dengan kebaikan. Moga malaikat juga mendoakan yang sama untuk kita.

Wednesday, April 1, 2026
Jadilah Hamba Allah Yang Bersaudara
Rabu, 12 Syawal 1447H | Jadilah Hamba Allah Yang Bersaudara
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِيَّاكُمْ وَالظَّنَّ فَإِنَّ الظَّنَّ أَكْذَبُ الْحَدِيثِ وَلَا تَحَسَّسُوا وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا تَحَاسَدُوا وَلَا تَدَابَرُوا وَلَا تَبَاغَضُوا وَكُونُوا عِبَادَ اللَّهِ إِخْوَانًا
Daripada Abu Hurairah RA, daripada Nabi SAW, Baginda bersabda: "Jauhilah kamu daripada prasangka buruk, kerana prasangka buruk adalah ucapan yang paling dusta, janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain, janganlah kamu mengintip, janganlah kamu saling mendengki, jangan kamu saling membelakangi (permusuhan), dan jangan kamu saling membenci. Jadilah kamu hamba-hamba Allah yang bersaudara." (HR Bukhari No: 5717) Dar Ibn Kathir. Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Islam mengajar agar kita menjauhi prasangka buruk kepada orang lain kerana ia boleh merosakkan hubungan dan membawa kepada tuduhan palsu dan fitnah. Sebaliknya, hendaklah kita berfikiran positif terhadap orang lain selagi tiada bukti yang jelas.
2. Muslim dilarang membuka aib dan mencari-cari kelemahan orang lain tanpa sebab yang dibenarkan syarak dan perlu menghormati privasi orang lain.
3. Setiap kita juga dilarang saling mendengki - iri hati terhadap orang lain, saling memusuhi atau menjauhi antara satu sama lain, serta saling membenci. Dengki, benci dan permusuhan adalah racun yang merosakkan individu dan masyarakat.
4. Muslim dituntut agar berusaha menjaga tali persaudaraan sesama Muslim, saling membantu dan menyayangi. Pelihara persaudaraan dengan menjauhi sangka buruk, tidak mencari kelemahan orang lain, jangan berdengki, elakkan membenci, tidak memusuhi orang lain dan bantu sahabat dengan mencegah dia daripada melakukan maksiat.
Hadis ini mengajar kita untuk menjaga hubungan baik sesama Muslim dengan menghindari perkara yang boleh menyebabkan perpecahan dan kerosakan dengan menjauhi prasangka buruk, dengki dan permusuhan. Kita sepatutnya sentiasa berusaha untuk memperbaiki diri dan berusaha memelihara ukhuwah, umat Islam serta mewujudkan masyarakat yang penuh kasih sayang, hormat menghormati, dan persaudaraan.

Tuesday, March 31, 2026
Jadilah Cermin Mukmin Lain
Selasa, 11 Syawal 1447H | Jadilah Cermin Mukmin Lain
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ الْمُؤْمِنُ مِرْآةُ الْمُؤْمِنِ وَالْمُؤْمِنُ أَخُو الْمُؤْمِنِ يَكُفُّ عَلَيْهِ ضَيْعَتَهُ وَيَحُوطُهُ مِنْ وَرَائِهِ
Daripada Abu Hurairah RA, daripada Rasulullah SAW, Baginda bersabda: "Seorang mukmin itu adalah cermin bagi mukmin yang lain, dan seorang mukmin itu adalah saudara bagi mukmin yang lain. Dia akan menjaga kepentingannya (ikut menanggung kesusahannya) serta melindunginya (membelanya) dari belakang." (HR Abu Daud No: 4272) Status: Hadis Hasan
Pengajaran:
1. Seorang Mukmin apabila melihat akhlak mulia pada diri saudara mukminnya, maka dia akan mencontohinya. Jika dia melihat berbagai sifat tercela dalam diri saudaranya, dia mengetahui bahawa dirinya memiliki keburukan yang sama, maka dia segera berusaha membersihkan dan menyingkirkan sifat-sifat tercela itu dari dirinya.
2. Seorang Mukmin apabila melihat sifat tercela pada diri saudara mukminnya, dia akan segera menasihatkan saudaranya itu untuk menghilangkannya. Dia menjadi cermin bagi saudara Mukminnya. Dengan nasihat yang diberi diharap dia sendiri dapat melihat aibnya, seperti cermin yang menampakkan keburukan wajah seseorang.
3. Seorang Mukmin akan memandang Mukmin yang lain sesuai dengan keadaan hatinya. Jika hatinya baik, suci, jujur dan bersih dari sifat tercela, maka dalam pandangannya semua Mukmin yang lain juga baik. Dia berprasangka baik kepada seluruh Mukmin dan sama sekali tidak akan berfikiran buruk terhadap orang lain.
4. Seorang mukmin adalah saudara bagi mukmin yang lain. Dia akan saling menjaga kepentingan saudaranya dengan bertolong bantu menjaga urusan dan kepentingan saudaranya sama ada dalam hal dunia atau agama, termasuk ketika dia tiada atau berada di dalam kesusahan dan membelanya jika mereka dianiaya atau dizalimi.
5. Seorang mukmin sepatutnya memandang saudaranya seperti saudara kandungnya sendiri, dengan rasa kasih sayang, saling menghormati, dan menjaga kepentingan serta keselamatan mereka. Hubungan ini melampaui batasan fizikal dan kewangan, menjadikan setiap mukmin itu seperti satu keluarga yang saling menyokong.
6. Seorang mukmin harus menjaga kehormatan dan keselamatan saudaranya dalam segala hal (melindungi dari belakang). Ia berusaha untuk mencegah kerugian atau kemudaratan yang mungkin menimpa saudaranya, baik dalam urusan duniawi mahupun ukhrawi. Hal ini termasuklah mempertahankan maruahnya, menutup aib saudaranya, memberi perlindungan kepada mereka, dan tidak membiarkan orang lain mengumpat atau menzaliminya serta menjaga nama baiknya.
7. Hadis ini mengajar bahawa seorang mukmin bukan sekadar hidup untuk dirinya sendiri, tetapi menjadi “cermin” dan pelindung kepada saudaranya. Dengan nasihat yang ikhlas dan sikap menjaga maruah, akan lahirlah masyarakat Islam yang bersatu, saling memperbaiki dan penuh kasih sayang.
Marilah kita jadi cermin kepada saudara Mukmin kita yang lain.

Monday, March 30, 2026
Bersifat Lemah Lembut
Isnin, 10 Syawal 1447H | Bersifat Lemah Lembut
عَنْ جَرِيرٍ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ يُحْرَمْ الرِّفْقَ يُحْرَمْ الْخَيْرَ
Daripada Jarir RA dari Nabi SAW, Baginda bersabda: Barang siapa dijauhkan (tidak dikurniakan) dari sifat lemah lembut (kasih sayang), berarti ia dijauhkan daripada kebaikan. (HR Muslim No: 4694) Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Sifat lemah lembut, bertolak ansur dan berhemah dalam semua urusan kehidupan adalah dituntut ke atas setiap Muslim.
2. Sifat Rifq (lemah lembut) merangkumi kelembutan dalam percakapan, tindakan dan pendekatan. Ia bukan kelemahan, tetapi kebijaksanaan dalam menyampaikan sesuatu tanpa kekasaran.
3. Sifat lemah lembut adalah kunci kepada segala kebaikan. Ia menjadikan hubungan lebih harmoni, menjauhkan perselisihan, dan membantu kita memperoleh redha Allah. Dengan berlemah-lembut, seseorang akan mudah mendapat pertolongan daripada orang lain dan lebih berkemampuan untuk mencapai kejayaan dalam kehidupan.
4. Orang yang tidak mempunyai sifat lemah lembut (kasar) sama ada ucapan, tulisan mahupun perbuatan terhadap orang lain, maka ia akan dijauhkan dari rahmat Allah. Sifat kasar dan keras hati akan menjauhkan seseorang daripada kebenaran dan kebaikan. Bersikap keras dan tidak sabar, mungkin menyebabkan orang lain tersinggung, merosakkan hubungan, dan akhirnya menjauhkan diri daripada keredaan Allah.
5. Saling menyayangi dan mengasihi adalah tanda kesempurnaan iman. Rasul SAW. bersabda:
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لاَ تَدْخُلُونَ الْجَنَّةَ حَتَّى تُؤْمِنُوا وَلاَ تُؤْمِنُوا حَتَّى تَحَابُّوا
Daripada Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda: Kalian tidak masuk syurga hingga kalian beriman dan belum sempurna keimanan kalian hingga kalian saling mencintai (HR Muslim No: 81).
6. Menjadi lemah lembut bukanlah tentang kelemahan, tetapi tentang kebijaksanaan dan kesabaran dalam menghadapi ujian kehidupan. Orang yang sabar dan bijaksana dalam bertindak akan lebih mampu menguruskan pelbagai situasi dengan baik.
7. Dalam keluarga, masyarakat dan dakwah, kelembutan adalah kunci kepada kebahagiaan dan keharmonian. Sesuatu urusan yang dilakukan dengan lemah lembut lebih mudah diterima dan diberkati.
8. Sikap kasar dan tergesa-gesa boleh menutup pintu kebaikan dan merosakkan hubungan.
Sempena kita masih berada dibulan Syawal ini, marilah kita suburkan sifat rahmah dengan berlemah lembut dan penyayang terhadap orang lain. Membina sifat rifq (lemah lembut) adalah satu keperluan dalam pembentukan peribadi Muslim yang unggul.

Sunday, March 29, 2026
Orang Yang Berhak Mendapat Kecintaan Allah
Ahad, 9 Syawal 1447H | Orang Yang Berhak Mendapat Kecintaan Allah
أَبُو ظَبْيَةَ قَالَ إِنَّ شُرَحْبِيلَ بْنَ السِّمْطِ دَعَا عَمْرَو بْنَ عَبَسَةَ السُّلَمِيَّ فَقَالَ يَا ابْنَ عَبَسَةَ هَلْ أَنْتَ مُحَدِّثِي حَدِيثًا سَمِعْتَهُ أَنْتَ مِنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَيْسَ فِيهِ تَزَيُّدٌ وَلَا كَذِبٌ وَلَا تُحَدِّثْنِيهِ عَنْ آخَرَ سَمِعَهُ مِنْهُ غَيْرِكَ قَالَ نَعَمْ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ إِنَّ اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ يَقُولُ قَدْ حَقَّتْ مَحَبَّتِي لِلَّذِينَ يَتَحَابُّونَ مِنْ أَجْلِي وَحَقَّتْ مَحَبَّتِي لِلَّذِينَ يَتَصَافُّونَ مِنْ أَجْلِي وَحَقَّتْ مَحَبَّتِي لِلَّذِينَ يَتَزَاوَرُونَ مِنْ أَجْلِي وَحَقَّتْ مَحَبَّتِي لِلَّذِينَ يَتَبَاذَلُونَ مِنْ أَجْلِي وَحَقَّتْ مَحَبَّتِي لِلَّذِينَ يَتَنَاصَرُونَ مِنْ أَجْلِي
Abu Zabiyah meriwayatkan bahawa Shurahbīl bin al-Simṭ telah memanggil ‘Amr bin ‘Abasah al-Sulamī lalu berkata: “Wahai Ibn ‘Abasah, adakah engkau mempunyai satu hadis yang engkau dengar sendiri daripada Rasulullah SAW, yang tiada penambahan, tiada pembohongan, dan bukan daripada orang lain selain dirimu?”
Beliau menjawab: “Ya, aku mendengar Rasulullah SAW bersabda bahawa Allah ‘Azza wa Jalla berfirman: 'Sungguh telah berhak mendapatkan kecintaan-Ku orang-orang yang saling berkasih sayang kerana-Ku, dan sungguh telah berhak mendapatkan kecintaan-Ku orang-orang yang saling merapatkan barisan (berhimpun dalam majlis kebaikan seperti majlis ilmu) kerana-Ku, dan sungguh telah berhak mendapatkan kecintaan-Ku orang-orang yang saling mengunjungi kerana-Ku, dan sungguh telah berhak mendapatkan kecintaan-Ku orang-orang yang saling memberi, berkorban (untuk membantu yang lain) kerana-Ku, dan sungguh telah berhak mendapatkan kecintaan-Ku orang-orang yang saling menolong kerana-Ku.'"(HR Ahmad No: 18621) Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
Setiap Muslim berhak mendapat kecintaan Allah dengan Rahmat, keampunan dan kemuliaan-Nya di dunia dan akhirat apabila kita:
1. Saling berkasih sayang sesama Muslim kerana Allah
2. Saling merapatkan hubungan (ukhuwah), berkumpul kerana Allah dengan mengutamakan mereka, tidak menyakiti dan sentiasa menjaga hubungan harmoni.
3. Saling menziarahi kerana Allah
4. Saling memberi dan berkorban (untuk membantu yang lain dengan berkongsi harta, manfaar) kerana Allah
5. Saling bantu membantu dan tolong menolong dalam kebaikan dan kebenaran kerana Allah
Hadis ini menegaskan bahawa kasih Allah SWT bukan sekadar diperoleh melalui ibadah individu, tetapi juga melalui hubungan sosial yang dibina atas dasar keimanan. Ukhuwah yang ikhlas kerana Allah menjadi jalan utama untuk meraih cinta dan rahmat-Nya, seterusnya membentuk masyarakat Islam yang harmoni dan diberkati.
Jadikanlah diri kita orang yang disayangi Allah kerana penyayangnya kita kepada orang lain semata-mata kerana Allah. Ambillah kesempatan di bulan Syawal ini untuk saling merapatkan hubungan ukhuwah sesama Muslim antaranya melalui ziarah menziarahi.

Saturday, March 28, 2026
Jadilah Penyayang Untuk Dirahmati Allah
Sabtu, 8 Syawal 1447H | Jadilah Penyayang Untuk Dirahmati Allah
سَعْدُ بْنُ عُبَادَةَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّمَا يَرْحَمُ اللَّهُ مِنْ عِبَادِهِ الرُّحَمَاءَ
Daripada Saad bin Ubadah RA, Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya Allah hanya merahmati daripada kalangan hamba-hamba-Nya yang bersifat penyayang" (Sahih Bukhari No: 1284). Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Sifat penyayang dan pengasih adalah dituntut pada setiap Muslim. Kasih sayang sesama manusia adalah asas kepada meraih rahmat Allah.
2. Allah hanya merahmati Muslim yang memiliki sifat kasih sayang kepada sesama manusia dan makhluk lain. Jika kita ingin mendapat rahmat-Nya, kita perlu menjadi orang yang penyayang dan penuh empati terhadap orang lain.
3. Milikilah sifat kasih sayang terhadap orang lain. Antaranya ialah sifat saling hormat menghormati, saling bermaafan serta sifat membantu mereka yang sedang menghadapi musibah, sama ada dengan wang ringgit, tenaga mahupun pandangan dan nasihat.
4. Sifat kasar, zalim dan tidak berperikemanusiaan adalah bertentangan dengan ajaran Islam.
5. Dengan mengamalkan kasih sayang dalam kehidupan seharian, ia bukan sahaja mendekatkan kita dengan Allah tetapi juga dapat memperbaiki hubungan sosial kita dengan orang lain. Sikap kasih sayang dapat membina masyarakat yang harmoni dan penuh dengan bantuan serta sokongan sesama ahli.
6. Di musim lebaran ini, suburkanlah sifat mengasihi orang lain dengan mendoakan kebaikan, membantu mereka yang sedang kesempitan, memberi makan orang yang kelaparan serta mengunjungi orang sakit dan yang ditimpa musibah.
7. Jika kita benci atau tidak suka kepada kejahatan seseorang, lakukan dengan cara yang dibenarkan syarak bukan dengan cara memaki hamun dilaman sosial.
Jika kita ingin dirahmati Allah, maka milikilah sifat pengasih dan penyayang terhadap orang lain. Islam agama yang mulia dan berakhlak.

Friday, March 27, 2026
Kasihi Yang Muda Hormati Yang Tua
Jumaat, 7 Syawal 1447H | Kasihi Yang Muda Hormati Yang Tua
عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَيْسَ مِنَّا مَنْ لَمْ يَرْحَمْ صَغِيرَنَا وَيُوَقِّرْ كَبِيرَنَا وَيَأْمُرْ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَ عَنْ الْمُنْكَرِ
Daripada Ibnu Abbas RA ia berkata; Rasulullah SAW bersabda: "Bukanlah daripada kalangan kami, orang yang tidak menyayangi yang muda dalam kalangan kami dan tidak menghormati orang tua dalam kalangan kami, serta tidak menyuruh yang makruf dan mencegah daripada yang munkar." (Sunan Tirmizi No: 1921) Dar Kutub Ilmiyyah. Status: Hadis Hasan
Pengajaran:
1. Orang yang tidak menyayangi orang muda dan menghormati orang tua – mereka tidak mengikuti sunah Rasulullah SAW dan adab seorang Muslim.
2. Menyayangi orang yang lebih muda meliputi perhatian, bimbingan, juga kelembutan mencerminkan sifat Rahmah yang dianjurkan Islam.
3. Generasi muda perlu dididik dengan kasih sayang, bukan kekerasan semata-mata.
4. Menghormati dan memuliakan orang tua atau orang yang lebih tua daripada kita termasuk salah satu daripada tuntutan Islam. Rasulullah SAW bersabda:
إِنَّ جِبْرِيلَ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَمَرَنِي أَنْ أُكَبِّرَ
"Jibril telah menyuruhku untuk mendahulukan orang-orang yang lebih tua" (Musnad Ahmad No:1555)
5. Keutamaan menghormati orang yang lebih tua termasuk dalam mengagungkan Allah. Rasulullah SAW bersabda:
إِنَّ مِنْ إِجْلَالِ اللَّهِ إِكْرَامَ ذِي الشَّيْبَةِ الْمُسْلِمِ
"Sesungguhnya termasuk mengagungkan Allah adalah menghormati orang muslim yang sudah tua" (Sunan Abu Daud No: 4203) Dihasankan oleh Imam Nawawi dalam Riyadhus Solihin dan juga Ibn Hajar dalam Talkhis al-Habir
6. Dahulukan orang yang lebih tua daripada kita. Malik bin Mighwal rahimahullah berkata:
كُنْتُ أَمْشِيْ مَعَ طَلْحَةَ بْنِ مُصَرِّفٍ ، فَصِرْنَا إِلَى مَضْيَقٍ فَتَقَدَّمَنِيْ ثُمَّ قَالَ لِيْ : لَوْ كُنْتُ أَعْلَمُ أَنَّكَ أَكْبَرُ مِنِّيِ بِيَوْمٍ مَا تَقَدَّمْتُكَ
"Dahulu aku berjalan bersama Thalhah bin Musharrif, sampailah kami ke sebuah jalan sempit, maka beliaupun mendahuluiku, seraya berkata kepadaku: Seandainya aku mengetahui bahawa engkau lebih tua satu hari daripada aku nescaya aku tidak akan mendahuluimu" (Diriwayatkan oleh Al-Khathiib Al-Baghdaady dalam Al Jaami' li Akhlaaqi Ar Raawii wa Aadaabi As Saami', No: 249)
7. Islam mengajarkan umatnya untuk tidak hanya berfokus kepada diri sendiri tetapi juga berusaha untuk membawa orang lain kepada jalan yang benar. Menyuruh kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran adalah tanggungjawab yang perlu dilaksanakan oleh setiap Muslim, termasuk dalam urusan ibadah, akhlak, dan kehidupan sosial.
Berusahalah kita memiliki sifat menghormati dan mengutamakan orang yang lebih tua, menyayangi yang lebih muda dan berusaha untuk mengajak orang lain ke jalan kebaikan serta mencegah kemungkaran.

Thursday, March 26, 2026
Berjabat Tangan Mengerat Ukhuwah
Khamis, 6 Syawal 1447H | Berjabat Tangan Mengerat Ukhuwah
عَنْ عَطَاءِ بْنِ أَبِي مُسْلِمٍ عَبْدِ اللَّهِ الْخُرَاسَانِيِّ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ تَصَافَحُوا يَذْهَبْ الْغِلُّ وَتَهَادَوْا تَحَابُّوا وَتَذْهَبْ الشَّحْنَاءُ
Daripada Atha bin Abu Muslim Abdullah Al-Khurasani berkata, Rasulullah SAW bersabda: “Hendaklah kalian saling berjabat tangan, nescaya akan menghilangkan perasaan benci (dengki), dan hendaklah kalian saling memberi hadiah nescaya kalian akan saling berkasih sayang dan menghilangkan perasaan dendam (permusuhan)” (Muwatta No: 1685) Dar Ihya Ulum Arabiyyah. Status: Isnad Hasan
Pengajaran:
1. Hadis ini menonjolkan dua amalan sosial yang sangat dianjurkan dalam Islam iaitu berjabat tangan dan memberi hadiah sebagai jalan membersihkan hati dan membina ukhuwah.
2. Berjabat tangan akan melahirkan perasaan kasih sayang, “mengeratkan” ukhuwah Islamiyah diantara sesama muslim
3. Berjabat tangan akan menghilangkan permusuhan dan kedengkian di dalam hati, menghilangkan rasa “al-ghil” (dengki atau hasad - perasaan tidak suka). Berjabat tangan menghilangkan perasaan benci dan mencipta suasana penuh kasih sayang dan saling menghormati.
4. Berusaha untuk memulai berjabat tangan terlebih dahulu ketika bertemu. Rasulullah SAW merupakan orang yang terlebih dahulu memulai berjabat tangan apabila bertemu sahabat.
5. Bersalaman merupakan bentuk penghormatan, kita dianjurkan untuk membalas penghormatan dengan cara yang lebih baik daripada penghormatan yang dilakukan oleh saudara kita. Apabila saudara kita mengucapkan salam, maka hendaknya kita balas dengan salam serupa atau yang lebih baik (lebih sempurna) daripada salamnya, dan jika ia menjabat tangan, maka hendaklah kita membalasnya dengan jabatan tangan yang lebih erat dan lebih mesra kepadanya. Dalam sebuah riwayat disebutkan :
عَنْ ابْنِ مَسْعُودٍ رَضيَ اللهُ عَنْهُ، عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مِنْ تَمَامِ التَّحِيَّةِ الْأَخْذُ بِالْيَدِ
Daripada Abdullah bin Masud RA bahawasanya Rasulullah SAW bersabda: Diantara bentuk penghormatan yang paling sempurna adalah berjabat tangan. (Sunan Tirmizi No: 2730) Dar Kutub Ilmiyyah.
6. Saling memberi hadiah akan melahirkan perasaan kasih dan sayang sesama kita, saling menghargai dan mengukuh hubungan. Memberi duit raya kepada kanak-kanak dan orang yang susah akan melahirkan rasa kegembiraan dan kasih sayang.
7. Saling memberi hadiah menghilangkan perasaan dendam dan marah. Alangkah elok bagi yang muda menziarahi orang tua di musim perayaan dengan memberi hadiah kepada mereka sama ada berbentuk wang ringgit mahupun kuih muih.
Dengan melaksanakan sunnah berjabat tangan serta memberi hadiah, akan mampu menanam rasa kasih sayang, dapat mengelakkan perasaan dengki dan permusuhan, serta mewujudkan masyarakat yang penuh dengan ukhuwah dan keharmonian.

Wednesday, March 25, 2026
Ucapan Salam Dan Bersalaman Menggugurkan Dosa
Rabu, 5 Syawal 1447H | Ucapan Salam Dan Bersalaman Menggugurkan Dosa
عن حذيفة بن اليمان ، عن النبي صلى الله عليه وسلم قال إِنَّ المُؤْمِنَ إِذَا لَقِيَ الْمُؤْمِنَ فَسَلَّمَ عَلَيهِ وَأَخَذَ بِيَدِهِ فَصَافَحَهُ تَنَاثَرَتْ خَطَايَاهُمَا كَمَا يَتَنَاثَرُ وَرَقُ الشَّجَرِ
Daripada Huzaifah al-Yaman RA daripada Nabi SAW, Baginda bersabda: “Sesungguhnya seorang mukmin apabila bertemu dengan mukmin lainnya lalu mengucapkan salam kepadanya dan mengambil tangannya untuk bersalaman, maka berguguranlah dosa-dosa mereka berdua sebagaimana gugurnya daun-daun dari pepohon” (Mu’jam Awsat li Tabarani No: 247) Maktabah Maarif. Status: Al-Munziri kata tiada perawi dalam jalur sanad ini yang dikritik.
Pengajaran:
1. Hadis ini menunjukkan kesempurnaan adab Islam ketika bertemu: dimulakan dengan salam (doa kesejahteraan), diikuti dengan berjabat tangan (tanda kasih sayang dan persaudaraan).
2. Ucapan salam juga tanda kecintaan kepada sesama Muslim. Daripada Abu Hurairah RA bahawasanya Rasulullah SAW bersabda:
لَا تَدْخُلُونَ الْجَنَّةَ حَتَّى تُؤْمِنُوا وَلَا تُؤْمِنُوا حَتَّى تَحَابُّوا أَوَلَا أَدُلُّكُمْ عَلَى شَيْءٍ إِذَا فَعَلْتُمُوهُ تَحَابَبْتُمْ أَفْشُوا السَّلَامَ بَيْنَكُمْ
“Kalian tidak akan masuk syurga hingga kalian beriman. Dan kalian tidak dikatakan beriman hingga kalian saling mencintai. Mahukah kalian aku beritahu dengan sesuatu yang apabila kalian lakukan kalian akan saling mencintai? (iaitu) sebarkanlan (ucapkanlah) salam diantara kalian.” (Sahih Muslim No: 54) Dar Ihya Kutub Arabiyyah. Status: Hadis Sahih
3. Berjabat tangan dalam Islam bukan sekadar kebiasaan sosial, tetapi mengandungi nilai Rohani yang besar, ia adalah ibadah yang disyariatkan ketika bertemu dan berpisah juga merupakan salah satu cara untuk membersihkan dosa.
4. Berjabat tangan juga menjadi sunnah para sahabat, sebagaimana digambarkan dalam riwayat berikut:
عَنْ قَتَادَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ، قَالَ قُلْتُ لِأَنَسٍ أَكَانَتْ الْمُصَافَحَةُ فِي أَصْحَابِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ نَعَمْ
Daripada Qatadah ra, aku berkata kepada Anas bin Malik, “Apakah berjabat tangan selalu dilakukan oleh para Sahabat Rasulullah SAW?” Anas menjawab, “Ya”. (Sahih Bukhari No: 5908) Dar Ihya Kutub Arabiyyah. Status: Hadis Sahih
5. Ibn Hajar mengatakan, “berjabat tangan adalah melekatkan telapak tangan pada telapak tangan yang lain.” (Fathul Bari, 11/54). Menurut Imam An Nawawi dalam al-Adzkar - ditahan beberapa saat, selama tempoh waktu yang cukup untuk menyampaikan salam.”
6. Muslim yang berjabat tangan apabila bertemu akan menggugurkan dosa-dosanya seperti dedaun. Perumpamaan daun yang gugur dari pokok menggambarkan pengampunan dosa yang banyak dan berterusan. Ia menunjukkan keluasan rahmat Allah SWT terhadap hamba-Nya melalui amalan yang mudah.
7. Dosa yang dimaksudkan ialah dosa kecil (ṣaghā’ir) yang berkaitan dengan hak Allah, selagi tidak melibatkan kezaliman terhadap manusia tanpa penyelesaian.
Ambillah kesempatan Syawal untuk saling kunjung-mengunjung, ambil kesempatan mengucapkan salam dan bersalaman sesama jantina yang dibenarkan syarak.

Tuesday, March 24, 2026
Pertemuan Dua Muslim Mengampunkan Dosa
Selasa, 4 Syawal 1447H | Pertemuan Dua Muslim Mengampunkan Dosa
عَنْ أَبِي إِسْحَقَ عَنْ الْبَرَاءِ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَا مِنْ مُسْلِمَيْنِ يَلْتَقِيَانِ فَيَتَصَافَحَانِ إِلَّا غُفِرَ لَهُمَا قَبْلَ أَنْ يَفْتَرِقَا
Daripada Abu Ishaq daripada Al-Bara` ia berkata, Rasulullah SAW bersabda: “Tidaklah dua orang Muslim bertemu lalu mereka berjabat tangan (bersalaman), melainkan diampunkan dosa bagi kedua-duanya sebelum mereka berpisah.” (Sunan Abi Daud No: 5212) Maktabah Asriyyah. Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Pentingnya menjaga hubungan baik dan mempereratkan ikatan ukhuwah sesama Muslim. Ambil peluang sempena Syawal ini saling ziarah menziarahi, bertemu dan bersua muka antara satu sama lain
2. Ketika bertemu sesama Muslim, ambil peluang saling berjabat tangan atau bersalaman (pastikan bukan berlainan jantina yang dilarang).
3. Bersalaman atau berjabat tangan melambangkan kasih sayang, berfungsi untuk menghilangkan perasaan dendam, kebencian, atau rasa tidak suka antara individu. Hal ini seiring dengan ajaran Islam yang mengutamakan perdamaian dan menghindari sifat-sifat yang merosakkan hubungan sosial seperti permusuhan dan dendam.
4. Pengampunan yang disebut dalam hadis ini merujuk kepada dosa-dosa kecil antara sesama manusia, khususnya yang berkaitan dengan hubungan sosial seperti rasa tidak senang, salah faham, dan seumpamanya. Namun, dosa besar tetap memerlukan taubat yang khusus.
5. Berjabat tangan dapat melembutkan hati dan menghilangkan perasaan marah, dendam dan prasangka.
6. Islam mengajar umatnya supaya beradab dalam setiap interaksi, termasuk ketika bertemu dan berpisah.
7. Setiap kali kita berinteraksi dengan sesama Muslim, kita seharusnya melihatnya sebagai peluang untuk mendapatkan rahmat dan keampunan daripada Allah SWT, terutama jika pertemuan itu disertai dengan salaman yang tulus. Moga Allah akan mengampuni dosa dua orang Muslim yang bertemu dan berjabat tangan, sebelum mereka berpisah.
Marilah kita mengambil kesempatan di Syawal yang mulia ini untuk saling bersalaman serta bermaafan. Rebut Pahala Bersihkan Jiwa.
Firman Allah dalam Surah An-Nur ayat 22:
وَلْيَعْفُوا وَلْيَصْفَحُوا أَلا تُحِبُّونَ أَنْ يَغْفِرَ اللَّهُ لَكُمْ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَحِيمٌ
“Dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada. Apakah kamu tidak ingin bahawa Allah mengampunimu? Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang”

Monday, March 23, 2026
Puasa Sunat Enam Syawal
Isnin, 3 Syawal 1447H | Puasa Sunat Enam Syawal
عَنْ أَبِي أَيُّوبَ الْأَنْصَارِيِّ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثُمَّ أَتْبَعَهُ سِتًّا مِنْ شَوَّالٍ كَانَ كَصِيَامِ الدَّهْرِ
Daripada Abu Ayyub Al-Ansari RA bahawa ia telah menceritakan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Barang siapa yang berpuasa Ramadan kemudian diikuti dengan puasa enam hari dari bulan Syawal maka seolah-olah ia berpuasa sepanjang tahun.” (Sahih Muslim No: 1984) Dar Ihya Kutub Arabiyyah. Status: Hadis Sahih
Pengajaran :
1. Kewajipan mukmin melaksanakan ibadat puasa sebulan Ramadan.
2. Orang yang berpuasa penuh sepanjang bulan Ramadan dan diikuti puasa sunat di bulan Syawal sebanyak enam hari, ganjaran pahala yang diperoleh setara dengan berpuasa sepanjang tahun.
3. Menurut Imam Nawawi: “Ganjarannya seolah-olah puasa sepanjang tahun, kerana satu hasanah (pahala) mendapat 10 gandaan. Jadi puasa Ramadhan sebulan seumpama puasa 10 bulan. Manakala puasa 6 hari seumpama puasa dua bulan”. (10 bulan + 2 bulan menyamai 12 bulan atau setahun)
4. Puasa sunat enam hari pada bulan Syawal, tidak semestinya dilakukan enam hari berturut-turut. Puasa sunat boleh bermula pada dua, tiga, empat hari raya Aidil Fitri atau bila-bila masa pada bulan Syawal kecuali 1 haribulan Syawal sehingga berakhirnya Syawal.
5. Imam al-Nawawi dalam mensyarahkan hadis ini menaqalkan; Berkata Ashab al-Syafie: “Yang paling afdhal dalam melaksanakan puasa sunat enam hari di dalam bulan Syawal adalah secara berturut-turut yang dimulakan selepas Eid al-Fitri, jika sekiranya tidak berturut-turut, misalnya sehari puasa dua hari tidak, kemudian puasa lagi, asalkan genap enam hari dalam bulan Syawal maka itu juga turut mendapat fadhilat al-Mutaba‘ah (puasa yang mengiringi).”
6. Menurut Ibn Rajab al-Hanbali, antara hikmah puasa enam hari Syawal ialah sebagai penyempurna kekurangan puasa Ramadan, sebagaimana solat sunat menampung kekurangan solat fardu juga sebagai tanda bahawa seseorang itu terus istiqamah dalam ibadah selepas Ramadan
Marilah dalam kemeriahan kita meraikan hari raya, jangan lupa puasa sunat enam hari di bulan Syawal.
Jadilah kita seorang Rabbani (hamba Allah yang selalu beribadah kepada-Nya di setiap waktu dan tempat), dan janganlah kita menjadi seorang Ramadani (orang yang hanya beribadah kepada Allah di bulan Ramadan).

Sunday, March 22, 2026
Kesempurnaan Iman Natijah Akhlak Mulia
Ahad, 2 Syawal 1447H | Kesempurnaan Iman Natijah Akhlak Mulia
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ فَلْيُكْرِمْ ضَيْفَهُ وَمَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ فَلْيَصِلْ رَحِمَهُ وَمَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ فَلْيَقُلْ خَيْرًا أَوْ لِيَصْمُتْ
Daripada Abu Hurairah RA, Nabi SAW bersabda: "Barang siapa beriman kepada Allah dan hari Akhirat, hendaknya ia memuliakan tetamunya, dan barang siapa beriman kepada Allah dan hari Akhirat, hendaklah ia menyambung hubungan silaturahim, dan barang siapa beriman kepada Allah dan hari Akhirat, hendaknya ia berkata yang baik atau diam." (HR Bukhari No: 5673) Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Akhlak yang baik adalah manifestasi iman. Iman yang sebenar akan melahirkan tingkah laku yang mulia. Iman bukan sekadar kepercayaan tetapi perlu dizahirkan melalui perbuatan.
2. Memuliakan tetamu adalah antara syarat orang yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat. Menyambut tetamu dengan baik, memberikan layanan yang baik, dan memastikan mereka merasa dihargai adalah antara cara memuliakan tetamu.
3. Menyambung hubungan silaturahim dengan kerabat adalah tanda orang yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat. Antaranya dengan menjaga hubungan baik dengan kerabat, membantu yang memerlukan, memperbaiki hubungan yang terputus, menjenguk mereka yang sakit dan menunjukkan rasa tanggungjawab dan kasih sayang terhadap mereka.
4. Tanda orang beriman kepada Allah dan hari akhirat juga apabila bertutur atau bercakap, ia akan bertutur sesuatu yang baik dan mendatangkan pahala (termasuk sesuatu yang ditulis dan di forward).
5. Jika sesuatu yang akan dituturkan atau yang ditulis dan di forward, mendatangkan mudarat dan keburukan, lebih baik kita berdiam diri. Menjaga lidah adalah kunci keselamatan.
6. Ambillah peluang sempena Syawal untuk mengeratkan silaturahim dengan ahli keluarga melalui kunjung-mengunjung sesama kita. Jaga lidah kita. Jadikanlah tuturkata, penulisan serta komen kita sesuatu yang berfaedah dan mendatangkan pahala.
7. Hadis ini menegaskan bahawa kesempurnaan iman tidak terpisah daripada akhlak. Seorang Muslim yang benar-benar beriman akan memuliakan tetamu, menjaga hubungan kekeluargaan, dan mengawal lidahnya. Ia menjadi panduan lengkap dalam membina masyarakat yang harmoni, beradab dan diredai Allah SWT.

Friday, March 20, 2026
Ucapan Apabila Bertemu Di Hari Raya
Jumaat, 30 Ramadhan 1447H | Ucapan Apabila Bertemu Di Hari Raya
فعن جُبَيْرِ بْنِ نُفَيْرٍ قَالَ : كَانَ أَصْحَابُ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا اِلْتَقَوْا يَوْمَ الْعِيدِ يَقُولُ بَعْضُهُمْ لِبَعْضٍ : تَقَبَّلَ اللَّهُ مِنَّا وَمِنْك . قال الحافظ : إسناده حسن .
Daripada Jubair bin Nufair, ia berkata bahawa apabila para sahabat Rasulullah SAW bertemu pada hari raya (Edul Fitri atau Edul Adha), sebahagian mereka mengucapkan kepada sebahagian yang lain: “Taqobbalallahu minna wa minka (Semoga Allah menerima amalku dan amal kalian).” Al-Hafizh Ibnu Hajar mengatakan bahawa sanad hadis ini hasan.
قَالَ:لَقِيتُ وَاثِلَةَ يَوْمَ عِيدٍ فَقُلْتُ: تَقَبَّلَ اللَّهُ مِنَّا وَمِنْكَ فَقَالَ: نَعَمْ تَقَبَّلَ اللَّهُ مِنَّا وَمِنْكَ.
Berkata Wathilah: Aku bertemu Rasulullah SAW pada hari raya dan aku katakan pada baginda "taqabballahu minna wa minka" (Semoga Allah menerima segala amalan daripada kami dan daripada kamu), baginda menjawab : Ya, taqabbalallahu minna wa minka" (HR Tobrani No: 17589)
Pengajaran:
1. Antara amalan yang dituntut pada hari raya ialah saling doa mendoakan apabila bertemu agar Allah menerima segala ibadah yang dilakukan dengan keikhlasan dan kesungguhan.
2. Ucapan yang disunatkan ketika bertemu sesama muslim pada hari raya agar segala amal diterima Allah ialah
تَقَبَّلَ اللَّهُ مِنَّا وَمِنْكَ
(Semoga Allah menerima [amal ibadat di Ramadhan] dari kami dan kamu)
Semoga ucapan ini akan mengeratkan hubungan sesama Muslim dan memberi semangat kepada kita.
3. Hari raya bukan sekadar hari kegembiraan, tetapi hari mengharapkan penerimaan amal oleh Allah setelah beribadah sepanjang Ramadan. Islam menggalakkan saling mendoakan dan mengeratkan ukhuwah dalam masyarakat.
4. Ucapan hari raya seharusnya mengandungi doa dan makna yang baik, bukan sekadar ucapan kosong.
5. Selain daripada itu kita juga digalakkan saling ziarah menziarahi agar dapat merapatkan ukhuwwah. Nabi SAW pernah bersabda :
مَنْ سَرَّهُ أَنْ يُبْسَطَ لَهُ فِي رِزْقِهِ أَوْ يُنْسَأَ لَهُ فِي أَثَرِهِ فَلْيَصِلْ رَحِمَهُ
Barang siapa yang suka untuk diperluaskan baginya rezekinya, dan ditangguhkan (dipanjang) umurnya, maka hendaklah dia menyambung (mengukuh) hubungan persaudaraannya. (Sahih Bukhari No: 1961) Dar Ibn Kathir. Status: Hadis Sahih
Moga Allah menerima segala amalan kita sepanjang Ramadan dan meredai kita sepanjang masa. Moga dipertemukan pada ramadan tahun akan datang.

Thursday, March 19, 2026
Amalan Di Hari Raya
Khamis, 29 Ramadhan 1447H | Amalan Di Hari Raya
عَنْ حَفْصَةَ عَنْ أُمِّ عَطِيَّةَ قَالَتْ كُنَّا نُؤْمَرُ أَنْ نَخْرُجَ يَوْمَ الْعِيدِ حَتَّى نُخْرِجَ الْبِكْرَ مِنْ خِدْرِهَا حَتَّى نُخْرِجَ الْحُيَّضَ فَيَكُنَّ خَلْفَ النَّاسِ فَيُكَبِّرْنَ بِتَكْبِيرِهِمْ وَيَدْعُونَ بِدُعَائِهِمْ يَرْجُونَ بَرَكَةَ ذَلِكَ الْيَوْمِ وَطُهْرَتَهُ
Daripada Hafshah RA daripada Ummu Athiyyah berkata, "Pada hari Raya kami diperintahkan untuk keluar sehingga kami mengajak anak-anak gadis dari biliknya dan juga para wanita yang sedang haid. Mereka duduk di belakang barisan laki-laki dan mengucapkan takbir mengikuti takbir laki-laki, dan berdoa mengikuti doanya laki-laki dengan mengharap barakah dan kesucian hari raya tersebut." (Sahih Bukhari No: 298) Dar Ibn Kathir. Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Hari Raya Eid Fitri perlu disambut dengan kegembiraan bersama seluruh isi keluarga
2. Antara amalan yang diperintahkan oleh Rasulullah kepada para sahabat pada pagi hari raya ialah bersama anak isteri (termasuk wanita walaupun dalam haid) untuk sama-sama berada di tempat perhimpunan seluruh kaum muslimin menyambut hari raya.
3. Menurut Imam al-Nawawi, hadis ini menunjukkan bahawa wanita juga digalakkan menghadiri perhimpunan hari raya, termasuk wanita yang belum berkahwin juga yang sedang haid dengan menjaga adab dan kesopanan. Tujuannya ialah supaya mereka dapat menyaksikan syiar Islam, mendengar nasihat, dan berkongsi kegembiraan bersama umat Islam.
4. Meskipun solat adalah amalan utama dalam menyambut hari raya, doa dan takbir juga merupakan cara untuk meraih keberkatan. Hari raya adalah masa untuk meningkatkan ibadah dan berdoa kepada Allah, berharap agar diberi kebaikan, keberkatan, dan kesucian dalam hidup. Setiap lelaki dan wanita Islam diperintahkan bertakbir dan turut sama berdoa (walaupun dalam keadaan haid).
5. Antara amalan lain Rasulullah di pagi hari raya adalah bersedekah.
عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ صَلَّى يَوْمَ الْفِطْرِ رَكْعَتَيْنِ لَمْ يُصَلِّ قَبْلَهَا وَلَا بَعْدَهَا ثُمَّ أَتَى النِّسَاءَ وَمَعَهُ بِلَالٌ فَأَمَرَهُنَّ بِالصَّدَقَةِ فَجَعَلْنَ يُلْقِينَ تُلْقِي الْمَرْأَةُ خُرْصَهَا وَسِخَابَهَا
Daripada Ibnu Abbas RA, bahawa Rasulullah SAW melaksanakan solat Hari Raya Aidil Fitri dua rakaat dan tidak solat sebelum atau sesudahnya. Kemudian baginda mendatangi para wanita dan memerintahkan mereka untuk bersedekah. Maka para wanita memberikan sedekah hingga ada seorang wanita yang memberikan anting dan kalungnya." (Sahih Bukhari No: 921). Dar Ibn Kathir. Status: Hadis Sahih
6. Saling bersedekah sebagai tanda keperihatinan terhadap orang yang kurang berada terutama ketika kita bergembira dengan pelbagai juadah raya. Teruskan sumbangan kita walaupun sebaik-sebaik sedekah ialah sedekah pada bulan Ramadan. Dengan sedekah yang diberi akan menggembirakan orang lain. Termasuklah pemberian duit raya kepada orang yang lemah serta kanak-kanak.

Wednesday, March 18, 2026
Rugilah Jika Ramadan Berlalu Dosa Tidak Diampunkan
Rabu, 18 Ramadhan 1447H | Rugilah Jika Ramadan Berlalu Dosa Tidak Diampunkan
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ رَغِمَ أَنْفُ رَجُلٍ ذُكِرْتُ عِنْدَهُ فَلَمْ يُصَلِّ عَلَيَّ وَرَغِمَ أَنْفُ رَجُلٍ دَخَلَ عَلَيْهِ رَمَضَانُ ثُمَّ انْسَلَخَ قَبْلَ أَنْ يُغْفَرَ لَهُ وَرَغِمَ أَنْفُ رَجُلٍ أَدْرَكَ عِنْدَهُ أَبَوَاهُ الْكِبَرَ فَلَمْ يُدْخِلَاهُ الْجَنَّةَ
Daripada Abu Hurairah RA, ia berkata, “Rasulullah SAW bersabda: “Amat rugi (celaka) orang yang apabila disebutkan namaku (nama Rasulullah SAW) di sisinya, tetapi ia tidak berselawat kepadaku. Amat rugi (celaka) orang yang apabila Ramadan datang, kemudian Ramadan itu berlalu sebelum dosa-dosanya diampuni. Amat rugi (celaka) orang yang mendapati kedua ibu bapanya telah tua disisinya, tetapi keadaan itu tidak dapat menyebabkannya masuk Syurga.” (Sunan Tirmizi No: 3545) Dar Kutub Ilmiyyah. Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Satu daripada adab kita terhadap Rasulullah SAW ialah apabila nama baginda disebut, kita hendaklah menyahutnya dengan berselawat ke atas junjungan baginda SAW. Antaranya dengan lafaz
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Amat rugi mereka yang tidak menyahut dan berselawat ke atas Nabi SAW.
Sabda Nabi SAW:
الْبَخِيلُ مَنْ ذُكِرْتُ عِنْدَهُ فَلَمْ يُصَلِّ عَلَيَّ
“Orang bakhil ialah mereka yang apabila disebut nama-Ku mereka tidak berselawat”. (HR Tirmizi No: 3469) Status: Sahih
2. Ramadan adalah bulan anugerah istimewa kepada umat Nabi Muhammad SAW untuk mendapat keampunan Allah dengan melaksanakan ibadat puasa di siang hari dan menghidupkan malam hari dengan pelbagai ibadat.
3. Alangkah ruginya kita jika tidak berusaha bersungguh-sungguh menjadikan ibadat puasa, ibadat di malam hari bermula daripada berbuka puasa, solat maghrib, solat isya, solat tarawih, solat tahajud, solat witir, solat sunat yang lain, tilawah, iktikaf, wirid, zikir, istighfar, bersahur, berdoa dan bersedekah sebagai instrumen pengampunan dosa-dosa kita yang lalu.
4. Memuliakan dan berbakti kepada kedua orang tua adalah suatu kewajipan, kerana itu Allah menghubungkan berbuat baik kepada keduanya dengan bertauhid kepada Allah di dalam firman-Nya [Al-Israa': 23]:
وَقَضَىٰ رَبُّكَ أَلَّا تَعْبُدُوا إِلَّا إِيَّاهُ وَبِالْوَالِدَيْنِ إِحْسَانًا ۚ إِمَّا يَبْلُغَنَّ عِنْدَكَ الْكِبَرَ أَحَدُهُمَا أَوْ كِلَاهُمَا فَلَا تَقُلْ لَهُمَا أُفٍّ وَلَا تَنْهَرْهُمَا وَقُلْ لَهُمَا قَوْلًا كَرِيمًا
“Dan Rabb-mu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapamu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan 'ah' dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkan-lah kepada mereka perkataan yang mulia.”
Amat rugi mereka yang masih ada ibu bapa tetapi tidak berbuat baik kepada keduanya, tidak menunaikan tanggungjawab sebagai anak, menyayangi dan membantu segala keperluan mereka.
5. Hadis ini memberi peringatan kepada kita mengenai tiga peluang besar yang boleh membawa kepada kebahagiaan dan keampunan Allah, iaitu berselawat kepada Nabi Muhammad SAW, memanfaatkan bulan Ramadan dengan ibadat puasa, menghidupkan malam, serta berbakti kepada ibu bapa. Orang yang gagal dalam ketiga-tiga perkara ini akan merugikan diri mereka sendiri dan mendapat kecelakaan. Semoga Ramadan yang kita lalui ini benar-benar menghapuskan dosa-dosa yang lalu dan kita kembali kepada fitrah bersih dari dosa

Tuesday, March 17, 2026
Dua Kegembiraan Orang Berpuasa
Selasa, 27 Ramadhan 1447H | Dua Kegembiraan Orang Berpuasa
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قال رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ …. لِلصَّائِمِ فَرْحَتَانِ فَرْحَةٌ عِنْدَ فِطْرِهِ وَفَرْحَةٌ عِنْدَ لِقَاءِ رَبِّهِ .....
Daripada Abu Hurairah RA, Nabi SAW bersabda… Bagi orang yang berpuasa dua kegembiraan; kegembiraan ketika berbuka dan kegembiraan ketika bertemu Tuhannya nanti…. (H.R. Muslim No : 1945) Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Bagi orang puasa, mereka akan mendapat kegembiraan ketika berbuka puasa kerana dapat nikmat makan dan minum serta menghilangkan rasa lapar dan dahaga selepas menahannya di siang hari.
2. Kegembiraan kedua ketika dapat bertemu Allah di akhirat nanti. Ia hanya akan terhasil dari puasa yang dilakukan dengan penuh keimanan dan keikhlasan, menjaga segala syarat, kehendak dan penuh mengharap keredhaan dan Rahmat Allah. Hal ini penting untuk kita meraih kegembiraan yang hakiki di akhirat dengan ganjaran keampunan Allah SWT.
3. Bukan sekadar rasa nikmat selepas menahan lapar, iaitu tidak sekadar letih jasmani. Tapi yang kita inginkan juga nikmat Rohani kerana ia adalah ganjaran bagi kesabaran dalam menunaikan kewajipan puasa. Hubungan dan ikatan kita dengan Allah SWT menerusi amalan kita. Ibadat yang benar-benar bertunjangkan keikhlasan dan kehambaan dalam menjalaninya.
4. Marilah kita berusaha meraih kedua-dua kegembiraan. Kita menjaga dan melatih mulut, pandangan dan segala pancaindera yang lain agar akur kepada perintah Allah.
5. Mohon jauh dari puasa yang sia-sia. Jika hanya kegembiraan yang pertama kita raih, rugi dan sia-sialah kita. Rugi juga jika hanya perut yang lapar, tapi nafsu masih sentiasa kenyang. "Dedah aurat, pergaulan bebas, asyik dengan hiburan, web lucah, mengumpat, menghina, dedah aib orang lain, berkata kotor, menyebarkan fitnah dan perkara yang tidak betul menerusi media sosial spt whatsApp, telegram, FB serta bermacam-macam lagi dosa lain. Andai solat yang ditinggalkan, maka tiada guna seluruh puasanya".
Pastikan kita tidak hanya gembira ketika berbuka. Yang lebih penting kegembiraan ketika bertemu Allah di hari akhirat nanti.

Monday, March 16, 2026
Zakat Fitrah Menyucikan
Isnin, 27 Ramadhan 1447H | Zakat Fitrah Menyucikan
عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ قَالَ فَرَضَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ زَكَاةَ الْفِطْرِ طُهْرَةً لِلصَّائِمِ مِنْ اللَّغْوِ وَالرَّفَثِ وَطُعْمَةً لِلْمَسَاكِينِ مَنْ أَدَّاهَا قَبْلَ الصَّلاَةِ فَهِيَ زَكَاةٌ مَقْبُولَةٌ وَمَنْ أَدَّاهَا بَعْدَ الصَّلاَةِ فَهِيَ صَدَقَةٌ مِنْ الصَّدَقَاتِ
Daripada Ibnu Abbas RA berkata, Rasulullah SAW mewajibkan zakat fitrah sebagai satu pembersihan bagi orang-orang yang berpuasa daripada perbuatan yang sia-sia dan perkataan kotor, dan sebagai makanan untuk orang miskin. Sesiapa yang membayar zakat fitrah sebelum solat (Aidil Fitri) maka ia adalah zakat yang diterima (oleh Allah) baginya. Sesiapa yang membayarnya selepas solat (Aidil Fitri) maka ia adalah sedekah seperti sedekah biasa. (Sunan Abi Daud No: 1609) Maktabah Asriyyah Status: Hadis Hasan
Pengajaran:
1. Zakat fitrah adalah salah satu ibadah yang dituntut dalam Islam.
2. Zakat fitrah menjadi pembersih (penampal kekurangan puasa seseorang sepanjang Ramadhan) yang disebabkan oleh perbuatannya yang mungkin sia-sia atau perkataannya yang mungkin kotor. Dengan membayar zakat fitrah, amalan seseorang di sepanjang bulan Ramadhan kembali bersih seperti salji putih.
3. Zakat fitrah bertujuan membantu golongan yang memerlukan antaranya untuk memastikan orang miskin mendapat makanan yang secukupnya agar dengan itu mereka dapat meraikan Aidil Fitri dalam suasana kecukupan bersama seluruh umat Islam yang lain. Islam tidak ingin melihat di hari pertama Syawal ada orang yang meminta-minta padahal di kalangan umat Islam ada yang meraikannya dalam suasana kecukupan.
4. Zakat fitrah boleh dibayar bermula dari 1hb Ramadhan sehingga sebelum solat Sunat Aidil Fitri pada 1hb Syawal sama ada secara online mahupun kepada amil yang dilantik.
5. Zakat fitrah yang dikeluarkan selepas solat sunat hari raya Aidil fitri tidak menjadi zakat tetapi hanya menjadi sedekah biasa. Orang tersebut tetap menanggong dosa kerana tidak membayar zakat.
6. Golongan yang wajib membayar zakat fitrah adalah yang memenuhi syarat berikut:
a. Islam
b. Hidup ketika terbenam matahari pada hari terakhir Ramadhan iaitu ia sempat bertemu dengan juzuk terakhir Ramadhan dan juzuk terawal Syawal.
c. Orang yang mampu, mempunyai lebihan harta pada malam hari raya dan juga siangnya setelah ditolak belanja keperluan diri dan orang-orang yang berada di bawah tanggungannya (termasuklah binatang peliharaannya) merangkumi makanan, pakaian, sewa rumah dan juga hutang. Walaupun nilai lebihan hanya bernilai cukup untuk zakat contohnya RM 10.00. Jika tidak mempunyai lebihan harta yang mencukupi untuk membayar harga zakat yang ditetapkan maka tidak wajib ia mengeluarkan zakat fitrah
Moga zakat fitrah yang dikeluarkan akan menjadi penampal kekurangan ibadat puasa kita. Bagi yang wajib mengeluarkan zakat harta, jangan terlupa nak bayar zakat harta pula.

Sunday, March 15, 2026
Berpuasa dan Solat Tapi Munafik
Ahad, 25 Ramadhan 1447H | Berpuasa dan Solat Tapi Munafik
عَنْ أَبِيهِ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مِنْ عَلَامَاتِ الْمُنَافِقِ ثَلَاثَةٌ إِذَا حَدَّثَ كَذَبَ وَإِذَا وَعَدَ أَخْلَفَ وَإِذَا اؤْتُمِنَ خَانَ
حَدَّثَنَا عُقْبَةُ بْنُ مُكْرَمٍ الْعَمِّيُّ حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ مُحَمَّدِ بْنِ قَيْسٍ أَبُو زُكَيْرٍ قَالَ سَمِعْتُ الْعَلَاءَ بْنَ عَبْدِ الرَّحْمَنِ يُحَدِّثُ بِهَذَا الْإِسْنَادِ وَقَالَ آيَةُ الْمُنَافِقِ ثَلَاثٌ وَإِنْ صَامَ وَصَلَّى وَزَعَمَ أَنَّهُ مُسْلِمٌ
Daripada Abu Hurairah RA dia berkata, "Rasulullah SAW bersabda: "Di antara tanda orang munafik ada tiga: apabila dia bercakap, dia berbohong, apabila dia berjanji dia mengingkari, dan apabila dia diberi amanah, dia berkhianat."
Telah menceritakan kepada kami Uqbah bin Mukram al-Ammi telah menceritakan kepada kami Yahya bin Muhammad bin Qais Abu Zuhair dia berkata, saya mendengar al-Ala' bin Abdurrahman menceritakan dengan sanad ini seraya berkata, "Tanda-tanda orang munafik ada tiga, walaupun dia berpuasa dan solat serta menuntut atau mengaku bahawa dia seorang Muslim." (HR Muslim No: 90) Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Tiga tanda orang munafik yang perlu dijauhi iaitu apabila bercakap, dia berbohong, apabila berjanji dia mengingkari, dan apabila diberi amanah, dia berkhianat.
2. Sifat munafik akan kekal kepada pelaku munafik walaupun dia mengerjakan solat, berpuasa dan mengaku sebagai Muslim.
3. Ibadat puasa adalah perisai dan benteng dari sifat munafik.
اَلصَّوْمُ جُنَّةٌ
“Puasa adalah perisai atau benteng (yang melindungi pelakunya daripada keburukan).” (Riwayat Tirmidzi No: 2749).
4. "Bercakap" termasuk dalam bentuk penulisan dan ditular sama ada di FB, WhatsApp, Telegram dan lain-lain. Jika faktanya salah, tidak benar maka ia dianggap berbohong dan orang tersebut ada tanda munafik pada dirinya.
5. Menepati janji adalah ciri orang yang amanah dan bertanggungjawab. Mengingkari janji adalah sifat yang tidak disukai oleh Allah dan boleh merosakkan hubungan sesama manusia.
6. "Amanah" adalah tanggungjawab kita. Pemimpin perlu berlaku adil dalam kepimpinan. Setiap pekerja ada amanah dan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan, jangan khianat seperti culas atau curi tulang. Tidak amanah jika gaji diambil tapi pekerjaan tidak sempurna. Bertambah tidak amanah bila gaji diambil, rasuah diterima.
7. Ibn Rajab al-Hanbali menjelaskan bahawa orang yang beribadah tetapi masih berdusta dan mengkhianati amanah menunjukkan ibadahnya belum memberi kesan kepada hatinya.
8. Muslim tidak cukup hanya dengan solat, puasa, atau pengakuan lisan. Tanda sebenar seorang Muslim ialah akhlak dan integriti dalam kehidupan seharian. Kejujuran, menepati janji, dan menjaga amanah adalah aspek yang sangat penting dalam menilai kualiti iman seseorang. Jadikan puasa dan solat kita sebagai perisai dari sifat munafik. Berusaha agar tidak berbohong, memungkiri janji dan khianat.

Saturday, March 14, 2026
Jangan Terhalang Daripada Kebaikan
Sabtu, 24 Ramadhan 1447H | Jangan Terhalang Daripada Kebaikan
عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ دَخَلَ رَمَضَانُ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ هَذَا الشَّهْرَ قَدْ حَضَرَكُمْ وَفِيهِ لَيْلَةٌ خَيْرٌ مِنْ أَلْفِ شَهْرٍ مَنْ حُرِمَهَا فَقَدْ حُرِمَ الْخَيْرَ كُلَّهُ وَلَا يُحْرَمُ خَيْرَهَا إِلَّا مَحْرُومٌ
Daripada Anas bin Malik RA ia berkata, "Ketika datang bulan Ramadan, Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya bulan ini telah hadir kepada kalian. Di bulan ini ada satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Barang siapa yang terhalang daripada mendapatkannya (terlepas tidak memperoleh malam tersebut), maka dia telah terhalang daripada seluruh kebaikan (terlepas segala kebaikannya). Dan tidaklah seseorang dihalang (terlepas) daripada kebaikannya melainkan orang yang benar-benar terhalang daripada kebaikan (Rahmat Allah)" (Sunan Ibn Majah No: 1644) Maktabah Ilmiyyah Status: Hadis Hasan
Pengajaran:
1. Ramadan adalah bulan yang penuh keberkatan dan kelebihan. Di dalamnya terdapat satu malam (lailatul Qadar) yang barang siapa beramal soleh pada malam tersebut, seumpama dia telah melakukan amal soleh melebihi 1000 bulan.
2. Barang siapa yang terhalang daripada beribadah pada malam lailatul Qadar kerana malas beribadah atau tidak berusaha untuk mencarinya, sungguh ia telah terhalang dari kebaikan seluruhnya, dan tidaklah terhalang dari kebaikan malam itu kecuali orang yang mahrum (terhalang dari kebaikan).
3. Setiap muslim sangat dianjurkan untuk menghidupkan lailatul Qadar dengan penuh iman dan mengharap pahala yang dijanjikan. Sehingga apabila ia ikhlas melaksanakannya, dosa dan kesalahan yang pernah dilakukan pada masa lalu akan diampunkan Allah.
4. Mereka yang tidak berusaha untuk beribadah dengan sepenuh hati pada bulan Ramadan dan malam Lailatul Qadar akan terlepas daripada segala kebaikan dan ganjaran yang ada. Oleh itu, setiap kita harus berusaha sebaik mungkin untuk memperoleh ganjaran daripada Allah SWT, termasuk beribadah dengan penuh tekun pada sepuluh malam terakhir.
5. Ibn Hajar al-Asqalani menerangkan bahawa hadis ini merupakan galakan kuat agar umat Islam bersungguh-sungguh menghidupkan malam Ramadan, khususnya sepuluh malam terakhir.
6. Rebutlah peluang beribadat. Kita dituntut untuk menghidupkan malam-malam Ramadan dengan ibadah, khususnya pada sepuluh malam terakhir, agar tidak tergolong dalam kalangan orang yang rugi dan terhalang daripada kebaikan yang besar.

Friday, March 13, 2026
Melipat Gandakan Amal Di Sepuluh Akhir Ramadan
Jumaat, 23 Ramadhan 1447H | Melipat Gandakan Amal Di Sepuluh Akhir Ramadan
قَالَتْ عَائِشَةُ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَجْتَهِدُ فِي الْعَشْرِ الْأَوَاخِرِ مَا لَا يَجْتَهِدُ فِي غَيْرِهِ
Aisyah RA, berkata: “Rasulullah SAW bersungguh-sungguh (lebih giat dalam beribadah) pada sepuluh hari terakhir (Ramadan) yang tidak baginda lakukan pada hari-hari lainnya.” (Sahih Muslim No: 2009) Dar Ihya Kutub Arabiyyah. Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Rasulullah bersungguh-sungguh mempergiatkan amal ibadah pada 10 hari terakhir daripada bulan Ramadan melebihi daripada waktu lain kerana mempunyai keutamaan dan keistimewaan malam Lailatul Qadar, yang mana adalah malam yang lebih baik daripada seribu bulan..
2. Antara ibadat yang boleh dilakukan pada 10 terakhir Ramadan ialah amalan iktikaf, perbanyakkan ibadat khusus seperti membaca al-Quran, sedekah, berzikir, berdoa, solat sunat seperti solat tahajud, solat tasbih dan lain-lain.
a. Dikatakan Saidina Umar sibuk menunaikan solat sepanjang malam hingga fajar.
b. Qatadah pernah mengkhatam seluruh al-Quran setiap malam pada 10 malam terakhir Ramadan
3. Ibn Hajar al-Asqalani menjelaskan bahawa sebab utama kesungguhan ini ialah untuk mencari Lailatul Qadar, malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Beliau juga menyatakan bahawa Nabi SAW ingin menutup Ramadan dengan amalan terbaik, sebagaimana seseorang menutup sesuatu urusan dengan penamat yang sempurna.
4. Ada orang yang sanggup mengambil cuti semata-mata untuk menumpukan ibadat sepanjang 10 hari terakhir Ramadan. Anda bagaimana?
5. Imām Ibn Rajab Al-Hanbali berkata: Ketahuilah bahawa seorang mukmin itu terhimpun baginya dua jihad untuk dirinya. (Iaitu) jihad pada waktu siang dalam berpuasa serta jihad pada waktu malam dalam melakukan qiamullail. Sesiapa yang menghimpunkan antara dua jihad ini dan melunaskan hak keduanya serta bersabar dalam melakukannya, dia telah memperoleh ganjaran pahala yang tidak terhitung. Rujuk Lathā’if Al-Ma’ārif, Ibn Rajab (1/171)
6. Mari kita lipat gandakan amalan di sepuluh hari terakhir daripada Ramadan ini antaranya:
a. Menjaga solat Fardu berjemaah, solat sunat mengiringi waktu, solat sunat Terawih dan tidak beredar sehinggalah imam meninggalkan tempatnya.
b. Banyakkan Iktikaf pada sepuluh terakhir bulan Ramadhan dengan mengajak ahli keluarga bersama.
c. Perbanyakkan doa memohon keampunan. "Sesungguhnya doa di waktu sahur adalah anak panah qadar". Doa untuk diri dan keluarga, doa untuk dakwah ini, doa agar diangkat segala kesulitan dan kesengsaraan saudara kita di Palestin serta diberi kemenangan kepada pejuang-pejuang Islam di sana. Tidak dilupakan saudara Islam kita di Syria, Iraq, Rohinga dan di seluruh dunia. Semoga Allah mengembalikan hak mereka dan melegakan musibah mereka.
7. Hadis ini menunjukkan bahawa sepuluh malam terakhir Ramadan adalah kemuncak ibadah dan medan mujahadah rohani. Rasulullah SAW memberi contoh kesungguhan yang luar biasa sebagai panduan umat. Ia mendidik bahawa kejayaan bukan hanya pada permulaan yang baik, tetapi pada penutup yang lebih baik dan penuh kesungguhan demi meraih rahmat dan keampunan Allah SWT.

Thursday, March 12, 2026
Perbanyak Doa Keampunan Di Malam Lailatul Qadar
Khamis, 22 Ramadhan 1447H | Perbanyak Doa Keampunan Di Malam Lailatul Qadar
عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ قُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ أَرَأَيْتَ إِنْ عَلِمْتُ أَيُّ لَيْلَةٍ لَيْلَةُ الْقَدْرِ مَا أَقُولُ فِيهَا قَالَ قُولِي اللَّهُمَّ إِنَّكَ عُفُوٌّ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي
Daripada Aisyah RA, ia berkata, “Aku pernah bertanya pada Rasulullah SAW: Wahai Rasulullah, jika ada suatu hari yang aku tahu bahawa malam tersebut adalah lailatul qadar, apakah doa yang mesti aku ucapkan?” Jawab Rasululullah SAW: “Berdoalah: Allahumma innaka ‘afuwwun tuhibbul ‘afwa fa’fu’anni (Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun dan amat suka akan keampunan, maka berikanlah keampunan kepadaku)” (Sunan Tirmizi No: 3513) Dar Kutub Ilmiyyah. Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Sepuluh malam terakhir dari bulan Ramadan menuntut kita memperbanyak amal ibadah termasuklah memperbanyakkan doa.
2. Rasulullah SAW menganjurkan kita agar perbanyakkan doa memohon ampun di sepuluh malam terakhir dari Ramadhan khususnya apabila menemui lailatul qadar.
3. Kita bertawasul dengan sifat ‘afwu (Maha Pengampun Allah) dengan memohon agar Allah mengampunkan dosa yang kita lakukan.
اللَّهُمَّ إِنَّكَ عُفُوٌّ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي
" Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun dan amat suka akan keampunan, maka berikanlah keampunan kepadaku”
4. Menurut Imam al-Nawawi, Nabi SAW memilih doa ini kerana Lailatul Qadar adalah malam pengampunan dan penentuan takdir. Maka permohonan paling utama ialah agar dosa-dosa dihapuskan. Keampunan lebih utama daripada sekadar permintaan dunia, kerana keselamatan akhirat bergantung kepada rahmat dan keampunan Allah.
5. Doa yang ringkas tetapi sarat makna ini mengajar bahawa kejayaan sebenar bukan pada banyaknya amalan, tetapi pada diampunkan dosa dan diterima oleh Allah SWT. Ia adalah doa yang merangkumkan harapan seorang hamba yang bergantung sepenuhnya kepada rahmat Tuhannya.
Marilah kita perbanyakkan doa ini memohon ampunan dari dosa dan kesalahan kita. Moga Ramadan ini benar-benar membersihkan diri kita daripada dosa.

Wednesday, March 11, 2026
Memburu Lailatul Qadar Sepuluh Malam Terakhir Ramadan
Rabu, 21 Ramadhan 1447H | Memburu Lailatul Qadar Sepuluh Malam Terakhir Ramadan
عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُجَاوِرُ فِي الْعَشْرِ الْأَوَاخِرِ مِنْ رَمَضَانَ وَيَقُولُ تَحَرَّوْا لَيْلَةَ الْقَدْرِ فِي الْعَشْرِ الْأَوَاخِرِ مِنْ رَمَضَانَ
Daripada Aisyah RA berkata: Rasulullah SAW beriktikaf pada sepuluh hari terakhir dari bulan Ramadan dan Baginda bersabda: "Carilah Lailatul Qadar pada sepuluh malam yang akhir dari Ramadan". (Sahih Bukhari No: 1916) Dar Ibn Kathir. Status: Hadis Sahih.
Pengajaran:
1. Hadis ini menggabungkan dua perkara penting: amalan iktikaf di Masjid dan arahan mencari Lailatul Qadar. Ia menunjukkan bahawa pencarian Lailatul Qadar bukan sekadar teori, tetapi mesti disertai dengan kesungguhan ibadah.
2. Hadis ini mengajar kita tentang pentingnya sepuluh hari terakhir bulan Ramadan. Malam 10 terakhir Ramadan adalah malam yang sangat berharga. Kita digalakkan untuk meningkatkan ibadah untuk meraih keberkatan yang luar biasa. Rasulullah SAW beriktikaf pada 10 malam terakhir dari Ramadan untuk memburu lailatul Qadr.
3. Bersungguh beramal pada 10 malam terakhir Ramadan untuk memperoleh lailatul Qadar yang ganjaran amalan pada malam tersebut lebih baik daripada 1000 bulan atau lebih baik daripada 83 tahun 4 bulan.
لَيْلَةُ الْقَدْرِ خَيْرٌ مِنْ أَلْفِ شَهْرٍ (٣)
"malam kemuliaan (lailatul Qadr) itu lebih baik daripada seribu bulan" (al-Qadr: 3).
4. Lailatul Qadar adalah malam yang penuh rahmat dan pengampunan. Oleh itu, kita hendaklah berusaha untuk menghidupkan malam-malam tersebut dengan doa, zikir, solat, dan ibadah yang lain, agar kita dapat memperoleh ganjaran yang berlipat ganda.
5. Menurut Imam al-Nawawi, perkataan taharru membawa maksud mencari dengan penuh penelitian dan kesungguhan, bukan sekadar menunggu. Ini menunjukkan bahawa:
• Lailatul Qadar tidak diketahui secara pasti tarikhnya
• Hikmahnya supaya umat Islam beribadah sepanjang sepuluh malam terakhir
• Ia mendidik istiqamah dan kesungguhan
6. Sepatutnya kita tidak hanya memilih malam-malam tertentu untuk memburu lailatul Qadar kerana tidak ada satu tarikh yang tepat dan ia dirahsiakan untuk menjadi pendorong kepada kita mencarinya pada sepuluh malam terakhir Ramadhan.
7. Bangunkan ahli keluarga kita untuk bersama merebut peluang bertemu lailatul Qadar.
8. Perbanyakkan iktikaf, pelihara solat fardhu berjemaah di masjid, tingkatkan tilawah al-Quran, perbanyakkan doa dan permohonan ampun kepada Allah.
9. Imam Ibn Rajab al-Hanbali Rahimahullah menyatakan: Imam Malik merekodkan dalam al-Muwatta’ bahawa Imam Ibn al-Musayyib berkata: Sesiapa yang bertemu dengan Lailatul Qadar bermaksud (yang mendirikan solat) dalam berjemaah (pada malam tersebut), maka dia akan memperolehi kebaikan malam itu. Begitu jugalah yang dikatakan oleh Imam asy-Syafie rahimahullah dalam pendapat lamanya: Sesiapa yang mendirikan solat Isya’ dan Subuh pada malam Lailatul Qadar, maka dia akan memperoleh kebaikannya.” Lihat Lathaif al-Maarif (hal. 159).
10. Marilah kita berazam bersungguh-sungguh untuk memburu Lailatul Qadar dengan beriktikaf di 10 malam terakhir Ramadan. Bayangkan seolah-olah inilah Ramadan terakhir kita dan mungkin ini peluang terakhir untuk bertemu Lailatul Qadar pada tahun ini.

Tuesday, March 10, 2026
Amalan Iktikaf 10 Hari Terakhir Ramadan
Selasa, 20 Ramadhan 1447H | Amalan Iktikaf 10 Hari Terakhir Ramadan
عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا زَوْجِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يَعْتَكِفُ الْعَشْرَ الْأَوَاخِرَ مِنْ رَمَضَانَ حَتَّى تَوَفَّاهُ اللَّهُ ثُمَّ اعْتَكَفَ أَزْوَاجُهُ مِنْ بَعْدِهِ
Daripada Aisyah Radhiyallahuanha, bahawa Nabi SAW beriktikaf pada sepuluh hari terakhir dari bulan Ramadan sehingga Allah mewafatkan baginda, kemudian isteri-isteri baginda (tetap) melanjutkan amalan tersebut dengan beriktikaf pada sepuluh hari terakhir Ramadan sepeninggalan baginda. (Sahih Bukhari No: 1922) Dar Ibn Kathir. Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Iktikaf ialah tetap tinggal di dalam masjid dengan niat beriktikaf dan bertujuan beribadat kepada Allah dengan memperbanyakkan ibadah seperti solat, zikir, membaca Al-Quran, dan berdoa. Hukumnya sunnah muakkadah (sunnah yang sangat dituntut).
2. Mengikut Imam Syafie, iktikaf boleh dilakukan sekadar masa lebih sedikit daripada tomakninah dalam solat. Imam Maliki mensyaratkan iktikaf sekurang-kurangnya sehari semalam dan yang paling baik ialah tidak kurang daripada 10 hari
3. Sunnah iktikaf yang dilakukan Rasulullah SAW ialah sepuluh hari terakhir dari bulan Ramadan kerana, pada waktu tersebut, terdapat malam yang sangat mulia iaitu Lailatul Qadar, di mana pahala amal ibadah pada malam tersebut lebih baik daripada seribu bulan. Oleh itu, Nabi berusaha untuk mencari malam tersebut dengan beriktikaf. Baginda melaksanakan sejak berpindah ke Madinah sehingga baginda wafat.
4. Amalan iktikaf sepuluh hari terakhir Ramadan antara sunnah Rasulullah SAW yang dilupakan oleh kebanyakan umat Islam hari ini. Dr Wahbah Zuhaili menyatakan: “Sungguh pelik manusia, bagaimana mereka boleh meninggalkan iktikaf?. Rasulullah SAW melakukan sesuatu dan meninggalkan sesuatu tetapi baginda tidak meninggalkan iktikaf sehinggalah baginda wafat”.
5. Ibn Hajar al-Asqalani menjelaskan bahawa tujuan utama iktikaf pada sepuluh malam terakhir ialah untuk mencari malam Lailatul Qadar, mengasingkan diri untuk ibadah, membersihkan hati (tazkiyah al-nafs) serta memperbanyak zikir, doa dan tilawah al-Quran.
6. Menurut Ibn Qudamah, wanita boleh beriktikaf di masjid dengan syarat:
• Mendapat keizinan suami
• Terjamin keselamatan dan aurat
• Tidak menimbulkan fitnah
7. Amalan beriktikaf adalah sebahagian daripada cara mengimarahkan masjid. Pengimarah masjid adalah tanda orang beriman. Firman Allah:
إِنَّمَا يَعْمُرُ مَسَاجِدَ اللَّهِ مَنْ آمَنَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الآخِرِ
“Hanyasanya yang layak memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat.” (At-Taubat: 18),.
8. Ayuh kita berazam untuk bersungguh-sungguh menghidupkan sepuluh hari terakhir Ramadan ini dengan pelbagai amal soleh. Antaranya dengan memastikan amalan iktikaf di masjid, datang awal untuk solat fardhu di masjid, menjaga solat fardhu maghrib, isya dan subuh berjemaah di masjid, Bersama imam solat terawikh dan witir sehingga selesai, perbanyakkan bersedekah, membaca al-Quran, berzikir, berdoa memohon keampunan dan sebagainya.

Monday, March 9, 2026
Sedekah Tidak Mengurangkan Harta
Isnin, 19 Ramadhan 1447H | Sedekah Tidak Mengurangkan Harta
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَا نَقَصَتْ صَدَقَةٌ مِنْ مَالٍ وَمَا زَادَ اللَّهُ عَبْدًا بِعَفْوٍ إِلَّا عِزًّا وَمَا تَوَاضَعَ أَحَدٌ لِلَّهِ إِلَّا رَفَعَهُ اللَّهُ
Daripada Abu Hurairah RA, daripada Rasulullah SAW, baginda bersabda: Tidak akan berkurang harta seseorang kerana sedekah. Tidaklah orang yang memberi maaf kepada orang lain, melainkan Allah akan menambah kemuliaannya. Dan tidaklah orang yang merendahkan diri kerana Allah, melainkan Allah akan mengangkat darjatnya." (HR Muslim no. 4689) Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Sedekah adalah amalan yang dituntut dalam Islam khususnya di bulan Ramadan.
2. Orang yang bersedekah tidak akan mengurangkan hartanya. Walaupun dari sudut pandang manusia, memberi sedekah mungkin dilihat sebagai mengurangi jumlah harta yang dimiliki, tetapi hakikatnya sedekah membawa keberkatan dan pahala yang lebih besar. Allah akan menggantikan dengan yang lebih baik malah akan didoakan oleh Malaikat.
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَامِن يَوْمٍ يُصْبِحُ الْعِبَادُ فِيهِ, إِلاَّ مَلَكَانِ يَنزِلاَنِ, فَيَقُولُ أَحَدُهُمَا: اَللهُمَّ أَعْطِ مُنفِقًا خَلَفًا. وَيَقُولُ الآخَرُ: اللهُمَّ أَعْطِ مُمْسِكًا تَلَفًا
Daripada Abu Hurairah RA bahawa Nabi SAW bersabda: "Tidak ada suatu hari pun ketika seorang hamba melewati paginya kecuali akan turun (datang) dua malaikat kepadanya lalu salah satunya berdoa; "Ya Allah berikanlah pengganti bagi siapa yang menafkahkan hartanya", sedangkan yang satunya lagi berdoa; "Ya Allah berikanlah kehancuran (kebinasaan) kepada orang yang menahan hartanya (bakhil) "(HR Bukhari No: 1351) Status: Hadis Sahih
3. Orang yang memberi kemaafan kepada orang lain, Allah akan menambah kemuliaannya. Bila kita memaafkan kesalahan orang lain terhadap kita, Allah akan menambahkan kemuliaan kepada kita. Memaafkan akan memberi ketenangan hati. Orang yang sentiasa memaafkan kesalahan orang lain akan menjadi penyebab ketenangan jiwanya, dihormati dan dihargai oleh orang sekeliling, serta mendapat ganjaran besar di sisi Allah.
4. Orang yang merendahkan diri kerana Allah (rendah hati, tidak sombong), Allah akan mengangkat darjat serta kedudukannya di sisi Allah.
5. Menurut Imam Al-Ghazali, merendah diri atau tawaduk adalah akhlak para nabi dan orang soleh, kerana ia membersihkan hati daripada sifat sombong dan riya’.
6. Perbanyakkanlah sedekah di bulan Ramadan ini, jadikanlah diri kita seorang yang pemaaf dan berusahalah menjadi orang yang sentiasa merendah diri bukan angkuh dan sombong.
Hadis ini mengajar kita bahawa sedekah, sifat pemaaf, dan tawadhu' (rendah hati) adalah tiga perkara yang sangat penting dalam kehidupan seorang Muslim. Melalui sedekah, kita bukan sahaja membersihkan harta, tetapi juga mendekatkan diri kepada Allah. Sifat pemaaf akan membawa kemuliaan dan ketenangan, sementara tawadhu' akan mengangkat darjat seseorang di sisi Allah dan manusia.

Sunday, March 8, 2026
Taqwa dan Al-Quran
Ahad, 18 Ramadhan 1447H | Taqwa dan Al-Quran
عَن أبِى ذَرٍّ قَالَ قُلْتُ يَارَسُولَ اللهِ أَوصِنِى قَالَ عَلَيْكَ بِتَقْوَى اللهِ فَإِنَّهُ رَأْسُ الأَمْرِ كُلِّهِ قُلْتُ يَارَسُولَ اللهِ زِدْنِي قَالَ عَلَيْكَ بِتِلاَوَةِ الْقُرْءَانِ فَإِنَّهُ نُورٌلَكَ فِى الأَرْضِ وَذُخْرٌلَكَ فِى السَّمَاءِ
Daripada Abu Dzar RA beliau berkata: Aku berkata: Wahai Rasulullah SAW, berikan aku wasiat (pesanan). Rasulullah bersabda: Hendaklah engkau bertakwa kepada Allah, kerana sesungguhnya ia adalah pokok bagi segala urusan. Abu Dzar berkata lagi: Wahai Rasulullah, tambahkanlah lagi kepadaku. Baginda bersabda: Hendaklah kamu sentiasa membaca al-Quran kerana sesungguhnya ia adalah cahaya bagimu di bumi (petunjuk di dunia) dan bekalan untuk mu di langit (simpanan pahala di akhirat). (HR Ibn Hibban No: 361). Status: Hasan Lighairihi.
Pengajaran:
1. Abu Dzar atau nama sebenarnya ialah Jundub bin Junadah adalah salah seorang sahabat Rasulullah yang sangat zuhud. Beliau antara sahabat yang sering meminta kepada Rasulullah agar diberikan nasihat. Antara pesanan Rasulullah SAW:
a. Bertakwa kepada Allah kerana ia adalah sumber kepada segala urusan, asas kepada seluruh amal soleh.
b. Bacalah al-Quran, tadabur, hayati makna dan amalkan kandungannya kerana al-Quran adalah cahaya petunjuk untuk kita di dunia dan ia akan menjadi bekalan di akhirat.
2. Sifat taqwa perlu disuburkan dalam diri setiap orang beriman dengan melaksanakan seluruh kewajipan agama dan bersungguh-sungguh meninggalkan segala larangan syarak.
3. Takwa kepada Allah adalah asas kepada segala amalan dan keberhasilan. Segala perbuatan dan usaha kita harus dilandaskan dengan kesedaran akan keagungan Allah dan tanggungjawab kita sebagai hamba-Nya. Tanpa takwa, segala amalan tidak akan diberkati dan mungkin akan terpesong dari jalan yang benar.
4. Sayidina Ali RA berkata: “Takwa ialah takut kepada Tuhan yang mulia, beramal dengan kitab yang diturunkan. Redha dengan sedikit dan bersiap sedia untuk hari kesudahan.”
5. Al-Quran perlu dibaca, difahami, dihayati dan diamalkan dalam kehidupan harian agar ia menjadi cahaya petunjuk yang memandu kehidupan kita di dunia dan menjadi pemberi syafaat di akhirat kelak.
6. Membaca al-Quran akan mendapat ganjaran berganda. Abdullah bin Masud RA meriwayatkan sabda Nabi SAW:
مَنْ قَرَأَ حَرْفًا مِنْ كِتَابِ اللهِ فَلَهُ بِهِ حَسَنَةٌ وَالحَسَنَةُ بِعَشْرِ أَمْثَالِهَا لاَ أَقُولُ الْم حَرْفٌ وَلَكِنْ أَلِفٌ حَرْفٌ وَلاَمٌ حَرْفٌ وَمِيمٌ حَرْفٌ
“Sesiapa yang membaca satu huruf daripada al-Quran maka baginya satu kebaikan. Satu kebaikan menyamai 10 gandaan. Tidaklah aku katakan yang ألم itu satu huruf. Bahkan Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf.” (HR Tirmizi No: 2910) Status: Hadis Hasan
Hadis ini mengajarkan kita dua perkara yang amat penting dalam kehidupan seorang Muslim: takwa kepada Allah dan membaca serta mengamalkan Al-Quran. Kedua-duanya adalah jalan untuk mencapai kebahagiaan dunia dan akhirat.

Saturday, March 7, 2026
Al-Quran dan Sunnah Panduan Hidup
Sabtu, 7 Ramadhan 1447H | Al-Quran dan Sunnah Panduan Hidup
عَنْ مَالِك أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ تَرَكْتُ فِيكُمْ أَمْرَيْنِ لَنْ تَضِلُّوا مَا تَمَسَّكْتُمْ بِهِمَا كِتَابَ اللَّهِ وَسُنَّةَ نَبِيِّهِ
Daripada Malik, sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda: "Aku telah tinggalkan kepada kamu dua perkara yang kamu tidak akan sesat selamanya selama berpegang teguh dengan keduanya iaitu Kitabullah dan Sunnah Nabi " (Muwatta’ Malik No: 1661 Dar Ihya Ulum Arabiyyah) Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Rasulullah SAW meninggalkan pusaka yang amat berharga untuk diwarisi oleh orang beriman agar sentiasa berada di dalam petunjuk dan hidayah Allah.
2. Al-Quran dan Sunnah Rasulullah SAW merupakan dua pusaka yang wajib di difahami, diamalkan, dipertahankan dan dijadikan panduan dalam kehidupan ini.
3. Al-Quran adalah kitab hidayah dan panduan untuk kehidupan. Berusahalah mempelajari, membaca, memahami dan melaksanakan tuntutan al-Quran.
4. Jadikanlah al-Quran sebagai panduan dan rujukan di dalam hidup kita. Semoga al-Quran memandu kita untuk ke syurga. Hadis Nabi SAW:
عن جابر عن النبي صلى الله عليه وسلم قال اَلقُرْءَانُ شَافِعٌ مُشَفَّعٌ وَمَاحِلٌ مُصَدَّقٌ مَن جَعَلَهُ أَمَامَهُ قَادَهُ إِلَى الْجَنَّةِ وَمَن جَعَلَهُ خَلْفَ ظَهْرِهِ سَاقَطَهُ إِلَى النَّارِ
Daripada Jabir RA dari Nabi SAW bersabda: Al-Quran adalah pemberi syafaat (yang mana) syafaatnya akan diterima dan sebagai penghujah (yang mana) hujahnya disokong. Barangsiapa meletakkan al-Quran di hadapannya maka al-Quran akan memandunya ke syurga dan barangsiapa yang meletakkan al-Quran di belakangnya maka al-Quran akan mencampakkannya ke neraka” (HR Ibn Hibban No: 124) Status: Hadis Sahih
5. Al-Quran akan menjadi pemberi syafaat kepada mereka yang sentiasa mendampinginya, mempelajari, membaca, menghafal dan menjadikannya panduan.
6. Sunnah Rasulullah SAW adalah penjelas dan penerang kepada al-Quran. Sunnah adalah jalan, tingkah laku, amalan, pembawaan atau cara hidup Rasulullah SAW sama ada percakapan, perbuatan mahupun perakuan.
7. Menerusi sunnah, orang beriman dapat memahami aqidah, ibadah yang diterangkan dalam al-Quran serta dalam bidang-bidang lain yang diperlihatkan contohnya oleh Rasulullah dalam pelbagai aspek kehidupan seperti muamalah, jinayat, akhlak, pentadbiran dan lain-lain.
8. Imam al-Nawawi menjelaskan bahawa hadis ini menjadi dalil kewajipan mengikuti al-Quran dan Sunnah dalam semua perkara agama. Sesiapa yang menyimpang daripada kedua-duanya akan mudah terjerumus dalam bid‘ah dan kesesatan.
Sempena Ramadan bulan al-Quran, marilah kita memastikan al-Quran sentiasa kita baca, fahami dan amalkan agar menjadi hidayah serta panduan di samping menjadikan Sunnah sebagai ikutan dan pedoman hidup.

Friday, March 6, 2026
Puasa dan Al-Quran Pemberi Syafaat
Jumaat , 16 Ramadhan 1447H | Puasa dan Al-Quran Pemberi Syafaat
عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ الصِّيَامُ وَالْقُرْآنُ يَشْفَعَانِ لِلْعَبْدِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ يَقُولُ الصِّيَامُ أَيْ رَبِّ مَنَعْتُهُ الطَّعَامَ وَالشَّهَوَاتِ بِالنَّهَارِ فَشَفِّعْنِي فِيهِ وَيَقُولُ الْقُرْآنُ مَنَعْتُهُ النَّوْمَ بِاللَّيْلِ فَشَفِّعْنِي فِيهِ قَالَ فَيُشَفَّعَانِ
Daripada Abdullah bin Amru RA sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda: "Puasa dan al-Quran akan memberi syafaat kepada seorang hamba pada hari kiamat. Puasa akan berkata : "Wahai Tuhanku, aku telah menahannya daripada makan dan nafsu syahwat pada siang hari, maka izinkan aku untuk memberi syafaat kepadanya (kepada orang yang berpuasa)." Dan al-Quran berkata : "Aku telah menahannya daripada tidur pada waktu malam, maka izinkan aku untuk memberi syafaat kepadanya." Maka syafaat keduanya diperkenankan. (Musnad Ahmad No: 6589) Dar Ihya Turath Arab. Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Puasa sebagai bentuk ibadah yang menguji kesabaran, dan membaca Al-Quran untuk dijadikan petunjuk hidup, mempunyai nilai yang sangat besar di sisi Allah. Kedua-duanya berfungsi sebagai pemberi syafaat dan menjadi penolong kepada pencinta dan pengamalnya pada hari Kiamat.
2. Orang yang berpuasa semasa di dunia, puasa akan menolongnya dan memberi syafaat kerana semasa di dunia dahulu, orang yang berpuasa telah menahan diri dari makan dan minum di siang hari serta mengekang nafsunya.
3. Orang yang menyibukkan diri dengan al-Quran (membaca hingga terpaksa menyengkang mata di malam hari) serta berusaha untuk mengamalkan isi kandungannya dalam kehidupan, al-Quran akan menjadi syafaat serta penolong di hari kiamat.
4. Di hari kiamat nanti semua manusia akan membawa diri masing-masing kerana tiada siapa lagi pada hari tersebut yang dapat memberikan pertolongan. Namun selain daripada syafaat Nabi SAW ke atas umat baginda, solat, puasa, al-Quran dan amalan-amalan kebaikan lain akan menjadi syafaat yang diterima oleh Allah SWT untuk mereka yang telah menunaikan ibadat tersebut dengan sebaik-baiknya.
5. Alangkah indah dan beruntungnya kehidupan seorang Muslim yang pada waktu siangnya berpuasa disamping tilawah dan tadabur al-Quran pada siang dan malam harinya disamping melakukan amalan ibadah yang lain dalam kerangka mendekatkan diri kepada Allah. Puasa menundukkan nafsu manakala al-Quran yang dibaca menghidupkan hati. Gabungan kedua-duanya membentuk insan bertakwa.
Dalam hadis yang diriwayatkan Abu Umamah Al-Bahili, Rasulullah SAW bersabda:
حَدَّثَنِي أَبُو أُمَامَةَ الْبَاهِلِيُّ قَالَ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ إِقْرَءُوالْقُرْآنَ فَإِنَّهُ يَأْتِي يَوْمَ الْقِيَامَةِ شَفِيعًا لِأَصْحَابِهِ
“Bacalah al-Quran kerana sesungguhnya ia akan datang kepada kamu pada hari kiamat sebagai pemberi syafaat kepada ahlinya” (HR Muslim No: 1337) Status: Hadis Sahih
6. Sempena mengingati peristiwa Nuzul al-Quran pada bulan Ramadan, marilah kita berusaha menyemarakkan budaya al-Quran dengan membaca dan berusaha mentadabur, memahami dan mengamalkannya.
7. Rebut peluang bertadarus al-Quran bersama ahli keluarga atau ahli kariah sepanjang Ramadan ini. Sama-sama dapat menyemak dan memperbetulkan bacaan ahli yang lain.
Berusahalah melaksanakan ibadah puasa dan menjadikan al-Quran yang dibaca sebagai hidayah dan panduan hidup. Semoga keduanya menjadi pembela dan pemberi syafaat di hari akhirat dengan izin Allah SWT.

Subscribe to:
Comments (Atom)