Selasa, 29 Syaaban 1447H | Ibadat Yang Sia-Sia
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَمْ مِنْ صَائِمٍ لَيْسَ لَهُ مِنْ صِيَامِهِ إِلَّا الْجُوعُ وَكَمْ مِنْ قَائِمٍ لَيْسَ لَهُ مِنْ قِيَامِهِ إِلَّا السَّهَرُ
Daripada Abu Hurairah berkata; Rasulullah SAW bersabda: "Berapa ramai orang yang berpuasa, namun tidak memperoleh pahala puasanya kecuali lapar, dan berapa ramai orang yang mendirikan solat malam, namun tidak memperoleh pahala solat malamnya kecuali berjaga malam (menyengkang mata)." (HR Ahmad No: 9308) Status Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Puasa dan solat merupakan ibadat mendekatkan hamba kepada Allah.
2. Puasa dan solat hendaklah dilaksanakan dengan sempurna dan ikhlas.
3. Bagi mereka yang berpuasa, ia bukan sekadar meninggalkan makan dan minum serta perkara yang membatalkan puasa malah perlu meninggalkan perkataan dan perbuatan yang keji atau dusta.
4. Menurut Ibn Rajab, orang yang hanya mendapat lapar ialah mereka yang berpuasa namun;
• Tidak menjaga lidah daripada dusta dan mengumpat,
• Tidak menjaga pandangan dan pendengaran daripada maksiat,
• Berpuasa secara zahir tetapi tidak berpuasa secara batin.
5. Terdapat sebuah hadis daripada Abu Hurairah RA, bahawa Rasulullah SAW:
مَنْ لَمْ يَدَعْ قَوْلَ الزُّوْرِ وَالْعَمَلَ بِهِ فَلَيْسَ لِلّٰهِ حَاجَةٌ أَنْ يَدَعَ طَعَامَهُ وَشَرَابَه
“Barangsiapa yang tidak meninggalkan perkataan keji (dusta) serta mengamalkannya, maka Allah tidak berhajat orang itu meninggalkan makan dan minumnya”. (HR Bukhari No: 1770)
6. Di dalam Syarah Miskkah al-Masabih, qiam seseorang itu menjadi sia-sia apabila hilangnya dua syarat iaitu ikhlas dan khusyu’. (Lihat: Mir’ah al-Mafatih, 6/1053) Tambahan pula, riya’ juga boleh menyebabkan qiam seseorang itu boleh menjadi sia-sia.
7. Ibadat yang tidak sempurna dan tidak ikhlas akan menyebabkan ibadat puasa hanya mendapat lapar dan dahaga, ibadat solat malam hanya sekadar bersengkang mata.
Moga Ibadat dilakukan dengan sempurna mengikut syarat dan rukun di samping keikhlasan melaksanakan.
No comments:
Post a Comment