Rabu, 8 Muharam 1448H | Berpuasa Hari Asyura Tanda Kecintaan Kepada Rasul
عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ قَالَ قَدِمَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْمَدِينَةَ وَالْيَهُودُ تَصُومُ عَاشُورَاءَ فَقَالُوا هَذَا يَوْمٌ ظَهَرَ فِيهِ مُوسَى عَلَى فِرْعَوْنَ فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لِأَصْحَابِهِ أَنْتُمْ أَحَقُّ بِمُوسَى مِنْهُمْ فَصُومُوا
Daripada Ibnu 'Abbas RA dia berkata; "Ketika Nabi SAW tiba di Madinah, baginda mendapati orang-orang Yahudi berpuasa pada hari Asyura` (10 muharam). Mereka berkata; "Ini adalah hari dimana Nabi Musa memperoleh kemenangan ke atas Firaun. Maka Nabi SAW bersabda kepada para sahabatnya: "Kalian lebih berhak terhadap Musa daripada mereka. Oleh itu berpuasalah kalian pada hari tersebut." (HR Bukhari No: 4312) Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Ibadat Puasa adalah antara syariat yang diwajibkan keatas umat terdahulu. Puasa Hari Asyura (10hb Muharam) adalah antara syariat Nabi Musa sebagai tanda bersyukur diatas kemenangan Nabi Musa dan Bani Israel daripada kezaliman Firaun dan tenteranya.
2. Rasulullah SAW berpuasa pada hari Asyura sejak sebelum kewajipan berpuasa Ramadan dan mengajak para sahabat juga berpuasa.
3. Kita sebagai umat Islam lebih wajar menunjukkan tanda kecintaan kepada para Rasul termasuk kepada Nabi Allah Musa AS. Antara tanda kecintaan itu dengan berpuasa pada hari Nabi Allah Musa AS mengalahkan Firaun dan tenteranya yang ditenggelamkan di laut Merah sebagai tanda bersyukur.
4. Rasulullah SAW menegaskan bahawa umat Islam lebih berhak meneladani Nabi Musa a.s. kerana Islam merupakan kesinambungan risalah tauhid yang dibawa oleh semua nabi. Hadis ini mengajar tentang kepentingan syukur, keyakinan terhadap pertolongan Allah, serta mengambil iktibar daripada sejarah perjuangan para rasul.
5. Puasa ‘Asyura’ bukan sekadar ibadah, tetapi juga penghayatan kepada perjuangan nabi terdahulu dan tanda syukur di atas segala nikmat Allah kepada kita.
6. Puasa Asyura merupakan sunnah yang mempunyai kelebihan besar dan menjadi antara amalan yang sangat digalakkan pada bulan Muharam.
7. Umat Islam perlu mengambil iktibar daripada kisah para nabi dan menjadikannya sumber kekuatan dalam menghadapi cabaran kehidupan.
Al-Asr! Demi Masa !...........
"Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian; Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran".(Surah Al-Asr,Ayat 1-3)
Wednesday, June 24, 2026
Tuesday, June 23, 2026
Puasa Tasu’a (puasa 9hb Muharam)
Selasa, 7 Muharam 1448H | Puasa Tasu’a (puasa 9hb Muharam)
عَبْدَ اللَّهِ بْنَ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا يَقُولُا حِينَ صَامَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَوْمَ عَاشُورَاءَ وَأَمَرَ بِصِيَامِهِ قَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنَّهُ يَوْمٌ تُعَظِّمُهُ الْيَهُودُ وَالنَّصَارَى فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَإِذَا كَانَ الْعَامُ الْمُقْبِلُ إِنْ شَاءَ اللَّهُ صُمْنَا الْيَوْمَ التَّاسِعَ قَالَ فَلَمْ يَأْتِ الْعَامُ الْمُقْبِلُ حَتَّى تُوُفِّيَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
Abdullah bin Abbas RA, beliau berkata: Ketika Rasulullah SAW berpuasa pada hari Asyura dan memerintahkan para sahabat untuk puasa pada hari tersebut, ada sahabat yang berkata: Wahai Rasulullah, sesungguhnya hari Asyura adalah hari yang diagungkan orang Yahudi dan Nasrani. Kemudian Rasulullah SAW bersabda: “Jika sampai tahun hadapan, Insha Allah kita akan berpuasa pada hari ke sembilan.” Abdullah bin Abbas berkata: Namun, belum sampai tahun depan, Rasulullah SAW telah wafat. (HR Muslim No: 1916) Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Hadis ini menunjukkan bahawa puasa hari Asyura merupakan ibadah yang sangat diberi perhatian oleh Rasulullah SAW.
2. Antara hari yang digalakan berpuasa pada bulan Muharam ialah puasa sunat hari Tasu'a (9hb Muharam) iaitu sehari sebelum hari Asyura (10hb Muharam).
3. Puasa dua hari iaitu puasa sunat Tasu'a (9hb Muharam) dan puasa sunat Asyura (10hb Muharam) adalah untuk membezakan amalan berpuasa seorang Muslim dengan puasa orang Yahudi dan Keristian.
4. Ibnul Qayim dalam Zadul Ma’ad, 2/72 menjelaskan puasa yang berkait hari Asyura ada tiga Kategori:
a) Kategori paling sempurna, puasa tiga hari. Sehari sebelum Asyura, hari Asyura, dan sehari selepas Asyura (9hb, 10hb dan 11hb Muharam).
b) Kategori kedua, puasa pada 9hb dan 10hb Muharam berdasarkan banyak hadis.
c) Kategori ketiga, puasa pada10hb Muharam saja.
5. Marilah kita tunaikan puasa Sunat Tasu'a (9hb Muharam) yang jatuh pada 25hb Jun hari Khamis dan puasa Sunat Asyura (10hb Muharam) pada 26hb Jun hari Jumaat. Moga Allah akan mengampukan dosa-dosa kita setahun yang lalu.

Monday, June 22, 2026
Puasa Asyura (10hb Muharam)
Isnin, 6 Muharram 1448H | Puasa Asyura (10hb Muharam)
عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ مَا رَأَيْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَتَحَرَّى صِيَامَ يَوْمٍ فَضَّلَهُ عَلَى غَيْرِهِ إِلَّا هَذَا الْيَوْمَ يَوْمَ عَاشُورَاءَ وَهَذَا الشَّهْرَ يَعْنِي شَهْرَ رَمَضَانَ
Daripada Ibnu Abbas RA, beliau mengatakan: “Aku tidak pernah melihat Nabi SAW begitu bersungguh-sungguh berusaha untuk berpuasa pada suatu hari yang lebih baginda utamakan daripada hari-hari yang lain melainkan hari ini iaitu hari Asyura, dan puasa bulan Ramadan.” (HR Bukhari No: 1867) Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Antara ibadat puasa yang menjadi keutamaan kepada Rasulullah SAW untuk kita contohi selain puasa dibulan Ramadan ialah puasa pada hari Asyura (10hb Muharam).
2. Menurut Imam Nawawi, Rasulullah memberi perhatian utama kepada puasa Asyura kerana kelebihan dan ganjarannya dapat menghapuskan segala dosa setahun yang lalu (Imam Nawawi kata diampunkan segala dosa kecil). Dari Abu Qatadah Al-Anshari RA, beliau mengatakan:
سئل عن صوم يوم عاشوراء فقال كفارة سنة
Nabi SAW ditanya tentang puasa Asyura, Baginda menjawab: “Puasa Asyura menjadi penebus dosa setahun yang telah lalu.” (HR Muslim No: 1976). Status: Hadis Sahih
3. Puasa hari Asyura mengingatkan kita kepada perjuangan Nabi Musa AS menegakkan kebenaran menghadapi kezaliman. Menurut Ibn Hajar al-Asqalani, puasa Asyura mengajar umat Islam supaya mensyukuri nikmat dan pertolongan Allah kepada para nabi dan orang beriman. Hari Asyura mengingatkan tentang kemenangan kebenaran ke atas kebatilan, serta pertolongan Allah kepada hamba-hamba-Nya yang sabar dan istiqamah.
4. Hadis ini menunjukkan bahawa Rasulullah SAW sangat mengambil berat tentang puasa Hari Asyura sehingga menjadikannya antara puasa sunat yang paling diutamakan.
5. Rebutlah peluang melakukan puasa sunat sempena Asyura pada 26hb Jun ini. Semoga amalan berpuasa sunat Asyura akan menjadi penebus dosa-dosa kita setahun yang lalu. Jadilah Muslim yang memiliki jati diri yang kukuh, bersih dari dosa dan maksiat. Kita perlu melahirkan warganegara yang merdeka daripada dosa, dan dalam masa yang sama memiliki peribadi yang utuh untuk membangunkan Negara yang Sejahtera.

Sunday, June 21, 2026
Ukhuwah Faktor Kejayaan Membina Negara
Ahad, 5 Muharram 1448H | Ukhuwah Faktor Kejayaan Membina Negara
عَنْ أَنَسٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: لاَيُؤْمِنُ أَحَدُكُمْ حَتَّى يُحِبَّ لِأَخِيْهِ مَا يُحِبُّ لِنَفْسِهِ
Daripada Anas RA, dari Nabi SAW, Baginda bersabda: “Tidak sempurna Iman seseorang daripada kamu sehingga dia mencintai saudaranya (mendapat kebaikkan) seperti dia cinta untuk dirinya sendiri (mendapatkannya)”. (HR Bukhari No: 12) Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Kesempurnaan iman berkait rapat dengan akhlak seseorang terhadap orang lain.
2. Mengasihi saudara Muslim yang lain seperti ia mengasihi dirinya sendiri adalah pra syarat kesempurnaan iman.
3. Seorang Muslim menginginkan hidayah, rezeki, kesihatan, kejayaan, nikmat serta kebahagiaan untuk dirinya sendiri. Justeru Muslim yang sempurna imannya hendaklah mengharapkan kebaikan yang sama kepada saudara Muslimnya yang lain.
4. Hadis ini secara tidak langsung menghapuskan penyakit hasad dengki, iri hati, kebencian juga permusuhan. Orang yang benar-benar beriman tidak akan berasa sempit hati apabila melihat saudaranya memperoleh nikmat daripada Allah.
5. Menurut Ibn Rajab al-Hanbali, antara tanda kesempurnaan iman ialah seseorang bergembira melihat saudaranya memperoleh kebaikan sebagaimana dia bergembira apabila dirinya sendiri memperoleh kebaikan.
6. Semasa peristiwa hijrah, Rasulullah SAW telah mempersaudarakan Muhajirin dan Ansar. Golongan Ansar menunjukkan semangat ukhuwah sehingga sanggup berkongsi rumah, harta, kebun, perniagaan juga sumber pendapatan demi membantu saudara Muhajirin mereka yang kehilangan segalanya di Mekah.
7. Langkah strategik Rasulullah SAW mempersaudarakan ini demi memastikan ikatan ukhuwah dan persaudaraan dalam kalangan Ansar dan Muhajirin kukuh terpatri. Ia menjadi faktor utama kepada kejayaan pembinaan Negara Madinah yang digeruni dan dihormati oleh kuasa-kuasa besar seperti Rom dan Parsi.
8. Hijrah mengajar bahawa asas pembinaan ummah yang berjaya ialah kasih sayang, ukhuwwah dan sikap mengutamakan kepentingan saudara seagama. Inilah antara pengajaran terbesar yang wajar dihayati sempena kedatangan Tahun Baru Hijrah.
9. Maal hijrah sewajarnya menyemarakkan ikatan ukhuwah dan berkasih sayang sesama Muslim. Jangan jadikan perbezaan pemikiran, pandangan dan kumpulan sebagai pemisah. Banyak titik persamaan yang boleh dicari untuk berada di bawah payung keimanan, toleransi dan ukhuwah.

Saturday, June 20, 2026
Syurga Untuk Pengunjung Masjid
Sabtu, 4 Muharram 1448H | Syurga Untuk Pengunjung Masjid
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ غَدَا إِلَى الْمَسْجِدِ أَوْ رَاحَ أَعَدَّ اللَّهُ لَهُ فِي الْجَنَّةِ نُزُلًا كُلَّمَا غَدَا أَوْ رَاحَ
Daripada Abu Hurairah RA dari Nabi SAW, baginda bersabda: "Barangsiapa datang ke masjid pada waktu pagi atau petang, maka Allah akan menyediakan baginya suatu tempat persinggahan di syurga (kediaman yang mulia), setiap kali dia pergi ke masjid pada waktu pagi atau petang." (HR Muslim No:1073) Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Orang yang sentiasa mengunjungi sama ada untuk solat, menuntut ilmu, beriktikaf dan sebagainya di masjid pagi dan petang akan disediakan baginya tempat tinggal yang baik di syurga.
2. Rasulullah SAW menjanjikan perlindungan di hari kiamat kepada tujuh golongan, satu daripada golongan itu adalah …. mereka yang hatinya terikat dengan masjid walau di mana dia berada:
عَنْ أَبِيْ هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : سَبْعَةٌ يُظِلُّهُمُ اللهُ فِيْ ظِلِّهِ يَوْمَ لَا ظِلَّ إِلَّا ظِلُّهُ….. وَرَجُلٌ قَلْبُهُ مُعَلَّقٌ فِي الْـمَسَاجِدِ
Daripada Abu Hurairah RA, dari Nabi SAW, baginda bersabda, “Tujuh golongan yang dinaungi Allâh dalam naungan-Nya pada hari dimana tidak ada naungan kecuali naungan-Nya (di hari Akhirat): …. seorang yang hatinya sentiasa terikat ke masjid. (Sahih Bukhari: 660)
3. Bersungguhlah menjaga solat berjemaah khususnya di masjid bagi kaum lelaki. Ingatlah kisah Sulaiman Ibn Hamzah al-Maqdisi keturunan Ibn Qudamah seorang ketua hakim di Syam, beliau pernah berkata: Aku tidak pernah solat fardu secara sendirian kecuali 2 kali dan sehingga sekarang aku seakan-akan merasa masih belum mengerjakannya (padahal usianya ketika itu mencecah 90 tahun) (dalam ar-Raqaik oleh Muhammad Ahmad ar-Rasyid)
4. Tempat pertama yang Rasulullah SAW bina ketika sampai ke Quba dalam peristiwa hijrah baginda adalah Masjid iaitu masjid Quba. Marilah sama-sama kita berusaha menjadikan masjid sebagai rumah kedua kita untuk menunaikan solat berjemaah, mendalami ilmu agama, dan mengeratkan hubungan ukhuwah sesama ahli kariah. Sahutlah seruan muazin ketika azan dikumandangkan … “Hayya a’lal Solah, Hayya a’lal Falah” (mari menunaikan solat, mari menuju kejayaan)… Kunjungilah masjid khususnya apabila masuk waktu solat fardhu.
5. Hadis ini mengajarkan bahawa melazimi ke masjid pagi dan petang merupakan tanda keimanan, dan Allah menjanjikan tempat istimewa di syurga bagi mereka yang istiqamah dalam amalan ini. Ia menanam nilai cinta kepada rumah Allah, disiplin dalam ibadah, dan keikhlasan dalam mencari keredhaan-Nya.
6. Masjid bukan sekadar tempat solat tetapi juga merupakan tempat menuntut ilmu, berdakwah, berzikir, tadarus al-Quran, membina ukhuwah juga membentuk akhlak Masyarakat. Masjid adalah pusat pembinaan ruh dan pembangunan Masyarakat. Berusahalah memakmurkan masjid kerana ia merupakan rumah Allah di dunia dan jalan menuju rumah yang kekal di syurga.

Friday, June 19, 2026
Membangun dan Mengimarahkan Masjid
Jumaat, 3 Muharram 1448H | Membangun dan Mengimarahkan Masjid
عَنْ عُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ قَالَ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ مَنْ بَنَى مَسْجِدًا يُذْكَرُ فِيهِ اسْمُ اللَّهِ بَنَى اللَّهُ لَهُ بَيْتًا فِي الْجَنَّةِ
Daripada Umar Ibnul Khatthab RA ia berkata; Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa membangunkan masjid yang di dalamnya digunakan untuk berzikir kepada Allah, maka Allah akan membangunkan baginya sebuah rumah di syurga." (Sunan Ibnu Majah No: 727) Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Allah memberikan ganjaran yang besar kepada sesiapa yang menyumbang kepada pembinaan masjid dengan ikhlas semata-mata untuk digunakan di dalamnya bagi mengingati Allah.
2. Membina masjid merangkumi sumbangan dana pembinaan masjid, pembesaran juga baik pulih termasuk menyediakan kemudahan yang diperlukan oleh masjid. Menurut Imam al-Nawawi, seseorang mendapat ganjaran mengikut kadar sumbangan dan penglibatannya dalam pembinaan masjid.
3. Orang yang membangunkan masjid ini tergolong dalam kalangan pemakmur masjid Allah. Firman Allah:
إِنَّمَا يَعْمُرُ مَسَاجِدَ اللَّهِ مَنْ آمَنَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الآخِرِ وَأَقَامَ الصَّلاةَ وَآتَى الزَّكَاةَ وَلَمْ يَخْشَ إِلا اللَّهَ فَعَسَى أُولَئِكَ أَنْ يَكُونُوا مِنَ الْمُهْتَدِينَ
Maksudnya: Hanyalah yang memakmurkan masjid-masjid Allah ialah orang-orang beriman kepada Allah dan hari kemudian, serta tetap mendirikan solat, menunaikan zakat dan tidak takut (kepada siapapun) selain Allah, maka merekalah yang termasuk golongan orang-orang yang selalu mendapat petunjuk (dari Allah Ta’ala)” (Surah At-Taubah: 18).
4. Ibnu al-Jauzi dalam Zaadul Masiir (3/408) berkata: yang dimaksudkan dengan “memakmurkan” dalam ayat di atas ialah mereka yang:
a. Selalu mendatangi masjid dan beribadat di dalamnya
b. Membangun masjid dan memperbaikinya.
5. Masjid perlu dibangunkan fizikal serta rohnya (program dan aktiviti yang mendekatkan seseorang kepada Allah). Orang yang membangunkan masjid akan diberi ganjaran mahligai di syurga.
6. Perkara pertama yang dilakukan oleh Rasulullah SAW dalam peristiwa hijrah adalah membina Masjid. Dimulakan dengan masjid Quba dan diikuti dengan Masjid Madinah. Masjid dijadikan tempat solat berjamaah, menghimpunkan rakyat, merapatkan ukhuwah, menyampaikan dakwah, mengajarkan al-Quran serta mengurus pemerintahan.
7. Jangan jadikan masjid seperti *gajah puteh*. Kata Saidina Ali: Akan datang suatu zaman ke atas manusia, tidak kekal di dalam Islam kecuali namanya sahaja dan tidak kekal dalam ajaran al-Quran melainkan tinggal tulisannya sahaja, masjid yang besar dan indah dibangunkan di sana sini tetapi manusia tidak mengambil petunjuk daripadanya.
Marilah sempena Sambutan Hijrah 1448 ini kita mencontohi kejayaan dan kegemilangan Rasulullah SAW membangunkan Negara Islam Madinah dengan dimulakan di masjid. Masjid adalah pusat pembinaan generasi dan tamadun. Jom ikat diri kita dengan masjid. Mengimarahkan Masjid Tanggungjawab Kita.

Thursday, June 18, 2026
Muharam Bulan Utama Berpuasa Selepas Ramadan
Rabu, 1 Muharram 1448H | Muharam Bulan Utama Berpuasa Selepas Ramadan
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ، قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: أَفْضَلُ الصِّيَامِ بَعْدَ شَهْرِ رَمَضَانَ، شَهْرُ اللَّهِ الْمُحَرَّمُ، وَإِنَّ أَفْضَلَ الصَّلَاةِ بَعْدَ الْمَفْرُوضَةِ، صَلَاةُ اللَّيْلِ
Daripada Abu Hurairah RA beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda: Puasa yang paling utama selepas puasa bulan Ramadhan ialah berpuasa pada bulan Allah iaitu bulan Muharam dan sesungguhnya solat yang paling utama setelah solat fardu ialah solat malam (Tahajud). (HR Abu Daud No: 2429) Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Di antara amalan soleh yang sangat digalakkan untuk umat Islam lakukan pada bulan Muharam adalah dengan memperbanyakkan berpuasa sunat.
2. Sebaik-baik puasa setelah puasa wajib di bulan Ramadan adalah puasa sunat di bulan Muharam.
3. Seorang lelaki telah bertanya kepada Rasulullah SAW tentang bulan apakah yang Rasulullah perintahkan untuk dirinya berpuasa setelah bulan Ramadhan? Maka jawab baginda SAW:
إِنْ كُنْتَ صَائِمًا بَعْدَ شَهْرِ رَمَضَانَ فَصُمِ الْمُحَرَّمَ فَإِنَّهُ شَهْرُ اللَّهِ
Maksudnya: Sekiranya kamu hendak berpuasa setelah bulan Ramadan maka berpuasalah kamu pada bulan Muharam kerana sesungguhnya ia adalah bulan Allah. (HR Tirmizi No: 741)
4. Bulan Muharam disebut sebagai bulan Allah menunjukkan kemuliaan dan kelebihan bulan Muharam. Umum mengetahui jika sesuatu perkara itu disandarkan kepada Allah maka ianya menjadi suatu yang mulia. Sama seperti Baitullah, Abdullah, Rasulullah, dan seumpamanya.
5. Menurut Imam Nawawi bulan Muharam adalah antara bulan yang paling utama untuk memperbanyak puasa sunat. Antaranya berpuasa pada hari ke-9 Muharam (Tasuua’a) dan ke-10 Muharam (Asyura’).
6. Solat yang paling utama setelah solat fardu adalah solat sunat di malam hari (qiamullail) seperti solat Tahajud, Taubat, Witir dan lain-lain. Solat malam memerlukan keikhlasan, kesabaran juga pengorbanan keselesaan.
7. Hadis ini mengajarkan kita bahawa amalan sunat yang dilakukan dengan ikhlas dan berterusan selepas amalan fardu merupakan jalan mendekatkan diri kepada Allah. Ia menggalakkan kesungguhan ibadah puasa walaupun di luar bulan Ramadan, serta menjadikan waktu malam sebagai peluang besar untuk meningkatkan pahala.
8. Marilah kita perbanyakkan berpuasa sunat pada bulan ini, antaranya puasa sunat Isnin, Khamis, puasa sunat hari puteh (13, 14 dan 15 hb) juga puasa Sunat Tasuua’a dan Asyura pada 9 dan 10 hb Muharam.
Selamat Menyambut Kedatangan Tahun Baru Hijrah 1448. Madani Dihayati, Ummah Diberkati.

Niat dan Hijrah Kerana Allah
Khamis, 2 Muharram 1448H | Niat dan Hijrah Kerana Allah
عَنْ أَمِيْرِ الْمُؤْمِنِيْنَ أَبِيْ حَفْصٍ عُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ: سَمِعْتُ رَسُوْلَ اللهِ صلى الله عليه وسلم يَقُوْلُ: إِنَّمَا اْلأَعْمَالُ بِالنِّيَّاتِ وَإِنَّمَا لِكُلِّ امْرِئٍ مَا نَوَى. فَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ إِلَى اللهِ وَرَسُوْلِهِ فَهِجْرَتُهُ إِلَى اللهِ وَرَسُوْلِهِ وَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ لِدُنْيَا يُصِيْبُهَا أَوْ امْرَأَةٍ يَنْكِحُهَا فَهِجْرَتُهُ إِلَى مَا هَاجَرَ إِلَيْهِ.
Daripada Amirul Mu’minin, Abi Hafs Umar bin Al Khattab RA, dia berkata, "Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan sesungguhnya setiap orang (akan dibalas) berdasarkan apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya kerana (ingin mendapatkan keredhaan) Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya kepada Allah dan Rasul-Nya. Dan sesiapa yang hijrahnya kerana tujuan dunia yang ia menginginkannya atau kerana wanita yang ingin dikahwininya maka hijrahnya adalah kepada apa yang ia berhijrah kepadanya (yang dia niatkan). (HR Bukhari No: 1) Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Setiap amal atau perbuatan seseorang itu tidak hanya bergantung kepada bentuk zahirnya, tetapi juga kepada tujuan dan niat yang Ikhlas kerana Allah.
2. Niat merupakan syarat diterima atau tidaknya sesuatu amal perbuatan. Amal ibadah tidak akan menghasilkan pahala kecuali berdasarkan niat yang benar dan Ikhlas (kerana Allah).
3. Ikhlas melakukan sesuatu amal semata-mata kerana Allah adalah dituntut pada semua amal dan ibadah.
4. Semua aktiviti yang baik boleh menjadi ibadah dan berpahala jika diniatkan kerana Allah seperti mengajar, menulis, berniaga, bekerja selagi tidak bercanggah dengan syarak.
5. Orang yang berhijrah atau melakukan sesuatu perbuatan kerana dunia, maka dia hanya akan dapat dunia yang diinginkan.
6. Orang yang berhijrah kerana wanita, dia hanya akan dapat seperti yang diniatkan.
7. Orang yang berhijrah kerana Allah, dia akan memperoleh apa yang diniatkan dengan ganjaran pahala.
8. Hijrah adalah meninggalkan sesuatu yang buruk dan dilarang oleh Allah kepada melakukan sesuatu yang lebih baik dan diredai Allah. Mari bersama berhijrah.
9. Lakukanlah apa juga amal kebaikan dengan niat yang ikhlas kerana Allah. Berusahalah melakukan hijrah kepada sesuatu yang lebih baik dan diredai serta meninggalkan segala perkara yang buruk dan dosa.

Subscribe to:
Posts (Atom)