Jumaat, 24 Syawal 1440H: Dari Jahir r.a., dia mengatakan bahawa Rasulullah saw. pernah Sabda ketika ia sedang berkhutbah, katanya:
"Apabila seseorang kamu masuk masjid dan imam sedang berkhutbah, atau dia telah datang untuk itu, solatlah kamu lebih dahulu dua rakaat (sebelum duduk)."
Hadis Sahih Bukhari Jilid 2. Hadis Nombor 0615.
"Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian; Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran".(Surah Al-Asr,Ayat 1-3)
Friday, June 28, 2019
Thursday, June 27, 2019
Bersalam Dengan Wanita Bukan Mahram
Khamis, 23 Syawal 1440H: Daripada Saidatina A’ishah R.Anha berkata:
وَاللَّهِ مَا مَسَّتْ يَدُهُ يَدَ امْرَأَةٍ قَطُّ فِي الْمُبَايَعَةِ، مَا يُبَايِعُهُنَّ إِلاَّ بِقَوْلِهِ
Maksudnya: "Demi Allah, Tangan Rasullullah SAW tidak pernah disentuh
oleh wanita (bukan mahram) sekali pun dalam baia’h (perjanjian, Mereka
hanya membaia’h dengan ucapan sahaja."
Hadis Riwayat Bukhari (4891)
Hadis Riwayat Bukhari (4891)
Wednesday, June 26, 2019
Mulut & Kemaluan
Rabu, 23 Syawal 1440H: Daripada Sahl bin Sa’ad dia berkata, Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallambersabda,
“Barangsiapa yang menjamin untukku apa yang ada di antara kedua rahangnya dan apa yang ada di antara kedua kakinya maka aku menjamin untuknya Syurga.”
(Hadis Riwayat Al-Bukhari)
“Barangsiapa yang menjamin untukku apa yang ada di antara kedua rahangnya dan apa yang ada di antara kedua kakinya maka aku menjamin untuknya Syurga.”
(Hadis Riwayat Al-Bukhari)
Tuesday, June 25, 2019
Perelokkanlah Urusan Pengkafanan
Selasa, 21 Syawal 1440H: Jabir Bin Abdullah mengkhabarkan:
أَنَّ النَّبِىَّ -صلى الله
عليه وسلم- خَطَبَ يَوْمًا فَذَكَرَ رَجُلاً مِنْ أَصْحَابِهِ قُبِضَ
فَكُفِّنَ فِى كَفَنٍ غَيْرِ طَائِلٍ وَقُبِرَ لَيْلاً فَزَجَرَ النَّبِىُّ
-صلى الله عليه وسلم- أَنْ يُقْبَرَ الرَّجُلُ بِاللَّيْلِ حَتَّى
يُصَلَّى عَلَيْهِ إِلاَّ أَنْ يُضْطَرَّ إِنْسَانٌ إِلَى ذَلِكَ وَقَالَ
النَّبِىُّ -صلى الله عليه وسلم- إِذَا كَفَّنَ أَحَدُكُمْ أَخَاهُ
فَلْيُحَسِّنْ كَفَنَهُ
Maksudnya:”Rasulullah SAW berkhutbah pada satu hari lalu Baginda SAW menyebut tentang seorang sahabat yang telah meninggal dunia.
Dia dikafankan dengan kain yang tidak panjang dan dikebumikan pada waktu malam.
Lalu Nabi SAW melarang untuk dikebumikan seseorang pada waktu malam sehingga dia disembahyangkan kecuali keadaan mendesaknya berbuat demikian seraya Nabi SAW bersabda:
"Apabila salah seorang dari kamu mengkafankan saudaranya maka perelokkanlah urusan pengkafanan”
Hadis Riwayat Muslim (943)

Monday, June 24, 2019
Sempurnakan Rukuk & Sujud
Isnin, 20 Syawal 1440H: Dari Anas bin Malik r.a., katanya Nabi saw. bersabda:
"Sempurnakanlah rukuk dan sujud anda! Demi Allah! Sesungguhnya aku dapat melihat anda di belakangku, bagaimana caranya anda rukuk dan sujud."
Hadis Sahih Muslim Jilid 1. Hadis Nombor 0377.
"Sempurnakanlah rukuk dan sujud anda! Demi Allah! Sesungguhnya aku dapat melihat anda di belakangku, bagaimana caranya anda rukuk dan sujud."
Hadis Sahih Muslim Jilid 1. Hadis Nombor 0377.
Friday, June 21, 2019
Melintas Di Hadapan Orang Solat
Jumaat, 17 Syawal 1440H: Abu Soleh al-Samman berkata: Aku melihat Abu Sa’id al-Khudri
radiallahu ‘anhu pada hari Jumaat, beliau sedang solat ke arah sesuatu
yang menghalanginya daripada manusia. Seorang pemuda dari Bani Abu
Mu’aith ingin lalu di hadapannya.
Abu Sa’id menghalang pemuda itu
pada dadanya. Pemuda itu melihatnya dan tidak menemui sebarang laluan
melainkan di hadapan Abu Sa’id. Sekali lagi dia cuba melintas lalu Abu
Sa’id menghalang dengan lebih keras, lalu pemuda itu pun beredar dari
Abu Sa’id.
Kemudian pemuda itu pergi menemui Marwan lalu pemuda itu mengadu kepada Marwan apa yang Abu Sa’id lakukan kepadanya.
Abu Sa’id pun kemudian bertemu dengan Marwan, lalu Marwan berkata: “Apa halnya engkau dan anak saudara engkau ini wahai Abu Sa’id?
Abu Sa’id menjawab: Aku mendengar Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Apabila salah seorang kalian solat ke arah sutrah, lalu seseorang mahu melintas di hadapannya, hendaklah dia menghalangnya. Seandainya dia enggan, perangilah dia. Sesungguhnya dia syaitan.”
[Sahih al-Bukhari, Kitab as-Solat hadis no:487]

Thursday, June 20, 2019
Berwuduk Menghapuskan Dosa
Khamis, 16 Syawal 1440H: Dari Abu Hurairah r.a., katanya, Rasulullah saw., bersabda: "Apabila
seseorang muslim atau mukmin berwuduk, maka ketika dia mencuci muka
hilanglah segala dosa matanya hanyut bersama air hingga titis yang
penghabisan.
Apabila dia mencuci tangan, maka hilang pulalah
segala dosa yang diperbuat tangannya, hanyut bersama air hingga titis
yang terakhir.
Apabila dia mencuci kaki, hapus pulalah dosa-dosa
yang dilakukan kakinya, hanyut bersama air hingga titis yang terakhir.
Sehingga akhirnya dia bersih dari segala dosa."
Hadis Sahih Muslim Jilid 1. Hadis Nombor 0190.
Tuesday, June 18, 2019
Solat Sunat 12 Rakaat
Selasa, 14 Syawal 1440H: Daripada Ummu Habibah R.’Anha, disabdakan oleh Rasulullah SAW:
مَا مِنْ عَبْدٍ مُسْلِمٍ يُصَلِّي لِلَّهِ كُلَّ يَوْمٍ ثِنْتَيْ
عَشْرَةَ رَكْعَةً تَطَوُّعًا غَيْرَ فَرِيضَةٍ إِلاَّ بَنَى اللَّهُ لَهُ
بَيْتًا فِي الْجَنَّةِ.
Maksudnya: "'Tidaklah seorang hamba Muslim
mengerjakan solat kerana Allah SWT dalam satu hari dua belas rakaat
sebagai tathawwu’ dan bukan fardu, melainkan Allah SWT akan membangunkan
untuknya sebuah rumah di syurga."
Hadis Sahih Muslim (728)
Monday, June 17, 2019
Sempurnakan Wudhuk Dengan Baik
Daripada Abdullah bin ‘Amr R.Anhuma berkata:
رَجَعْنَا مَعَ رَسُولِ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- مِنْ مَكَّةَ إِلَى الْمَدِينَةِ حَتَّى إِذَا كُنَّا بِمَاءٍ بِالطَّرِيقِ تَعَجَّلَ قَوْمٌ عِنْدَ الْعَصْرِ فَتَوَضَّئُوا وَهُمْ عِجَالٌ فَانْتَهَيْنَا إِلَيْهِمْ وَأَعْقَابُهُمْ تَلُوحُ لَمْ يَمَسَّهَا الْمَاءُ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- وَيْلٌ لِلأَعْقَابِ مِنَ النَّارِ أَسْبِغُوا الْوُضُوءَ.
Maksudnya: “Kami pulang bersama Rasulullah SAW dari Mekah menuju Madinah. Di tengah perjalanan, kami tiba di suatu tempat yang terdapat air.

Sebahagian orang tergesa-gesa berwudhuk kerana takut waktu Asar akan
habis. Ketika kami menghampiri mereka, kami melihat tumit mereka kering,
tidak disentuh oleh air.
Lalu Nabi SAW bersabda: “Celakalah tumit-tumit (yang tidak terbasuh dengan air wudhuk) yang akan terkena api neraka. Sempurnakanlah wudhuk kamu dengan baik.”
Lalu Nabi SAW bersabda: “Celakalah tumit-tumit (yang tidak terbasuh dengan air wudhuk) yang akan terkena api neraka. Sempurnakanlah wudhuk kamu dengan baik.”
Hadis Riwayat Muslim (593)
Friday, June 14, 2019
Doa Masuk & Keluar Masjid
Jumaat, 10 Syawal 1440H: Daripada Aisyah r.a, sabda Rasulullah saw :
إذا دخل أحدكم المسجد، فليقل: اللهم افتح لي أبواب رحمتك، وإذا خرج، فليقل: اللهم إني أسألك من فضلك
Maksudnya : “ Apabila salah seorang kamu memasuki masjid maka hendaklah
ia berkata : "Ya Allah bukakanlah bagiku pintu-pintu rahmatMu".
Dan apabila keluar hendaklah ia berkata : "Ya Allah sesungguhnya aku memohon limpahan rahmatMu”
Hadis Riwayat Muslim
Hadis Riwayat Muslim
Thursday, June 13, 2019
Solat Sunat Tahiyyatul Masjid
Khamis, 9 Syawal 1440H: Dari Abu Qatadah bin Rube’ an Ansori r.a berkata :
فعن أبي قتادة بن ربعي الأنصاري -رضي الله عنه- قال: قال النبي -صلى الله عليه وسلم-: (إذا دخل أحدكم المسجد فلا يجلس حتى
يصلي ركعتين) رواه البخاري
Sabda rasulullah saw : “Apabila salah seorang antara kamu memasuki masjid maka janganlah duduk sehingga ia menunaikan solat dua rakaat”
Hadis Riwayat Bukhari

Wednesday, June 12, 2019
Supaya Jangan Bosan Belajar
Rabu, 8 Syawal 1440H: Dari
Syaqiq Abi Wail r.a. katanya: 'Abdullah (bin 'Umar) mengajar kami
setiap hari Khamis. Maka berkata kepadanya seorang lelaki, "Ya Abu
Abdurrahman! Kami sangat senang mendengar pengajian Anda dan ingin
semoga Anda dapat mengajar kami setiap hari."
Jawab Abdullah, "Aku tidak keberatan mengajar Anda setiap hari. Hanya yang ku khuatirkan kalau-kalau kamu sekalian menjadi bosan. Sesungguhnya Rasulullah saw. pernah juga memilih beberapa hari tertentu untuk mengajar kami di Majlis Taklim untuk menjaga supaya kami jangan bosan belajar."
Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 2417.

Tuesday, June 11, 2019
Ziarahi Kubur
Selasa, 7 Syawal 1440H: Dari Abu Hurairah r.a., katanya: "Pada suatu ketika, Rasulullah saw.
ziarah ke kubur ibunya, lalu beliau menangis, maka menangis pulalah
orang sekelilingnya.
Kemudian beliau bersabda: "Aku mohon izin
kepada Tuhan ku untuk memintakan ampun bagi ibu ku, tetapi tidak
diperkenankan-Nya. Kemudian ku mohon izin untuk menziarahi kuburnya,
maka diperkenankan-Nya bagi ku. Kerana itu pergilah kalian ke kubur,
kerana hal itu akan mengingatkan kalian kepada maut."
Hadis Sahih Muslim Jilid 2. Hadis Nombor 0924.
Monday, June 10, 2019
Puasa Sunat 6 Syawal
Isnin, 6 Syawal 1440H: Ahmad bin Mani' meceritakan kepada kami, Abu Mu'awiyah memberitahukan
kepada kami, Sa'id bin Sa'id memberitahukan kepada kami (yang berasal)
dari 'Umar bin Tsabit dari Abu Ayyub di mana ia berkata: "Rasulullah
s.a.w. bersabda: "Barangsiapa yang berpuasa pada bulan Ramadan kemudian
mengikutinya dengan enam hari dari bulan Syawal maka yang demikian itu
adalah puasa satu tahun."
Di dalam ini terdapat hadis dari Jabir, Abu Hurairah dan Tsauban. Abu 'Isa berkata: "Hadis Abu Ayyub itu adalah hadis hasan sahih.
Orang ramai senang mengerjakan puasa enam hari pada bulan Syawal kerana adanya hadis tersebut.
"Ibnul Mubarak mengatakan bahawa puasa enam hari pada bulan Syawal itu baik sebagaimana halnya puasa tiga hari pada setiap bulan. Ibnul Mubarak berkata: "Diriwayatkan dalam sebahagian hadis: "Puasa ini dihubungkan dengan bulan Ramadan." Ibnul Mubarak memilih agar enam hari itu adalah permulaan bulan; diriwayatkan dari Ibnul Mubarak bahawasanya ia berkata: "Apabila seseorang mengerjakan puasa enam hari dari bulan Syawal itu secara terpisah-pisah maka hal itu boleh."
Abu 'Isa berkata: " 'Abdul 'Aziz bin Muhammad meriwayatkan hadis ini dari Shafwan bin Sulaim dan Sa'd bin Sa'd dari 'Umar bin Tsabit dari Abu Ayyub dari Nabi s.a.w. dengan hadis seperti tersebut di atas. Syu'bah meriwayatkan hadis ini dari Warqa' bin 'Umar dari Sa'd bin Sa'id. Sa'd bin Sa'id adalah saudara Yahya bin Sa'id Al-Anshari. Sebahagian ahli hadis membicarakan tentang Sa'd bin Sa'id dari segi hafalannya."
Hadis Sunan At-Termizi Jilid 2. Hadis Nombor 0756.

Monday, June 3, 2019
Tiap Kaum Ada Hari Rayanya.
Isnin, 29 Ramadhan 1440H: Dari' Aisyah r.a., katanya:
"Abu Bakar datang ke rumahku. Ketika itu di dekatku ada dua orang
perempuan kaum Ansar. Keduanya sedang melagukan cerita peperangan Buats. Dan
keduanya bukan perempuan tukang menyanyi.
Lalu Abu Bakar mengatakan,
"Seruling syaitan di rumah Rasulullah saw." Padahal hari itu adalah
hari raya.
Kata Rasulullah kepadanya,
"Hai, Abu Bakar! Masing-masing kaum ada hari rayanya. Dan hari ini adalah
hari raya kita."
Hadis Sahih Bukhari Jilid 1.
Hadis Nombor 0511.
Subscribe to:
Posts (Atom)