Monday, June 29, 2020

Solat Sunat Selepas Asar

Isnin, 8 Zulkaedah 1441H: Ummu Salamah R.’Anha:
 
شُغِلَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم عَنِ الرَّكْعَتَيْنِ قَبْلَ الْعَصْرِ فَصَلاَّهُمَا بَعْدَ الْعَصْرِ
 
Maksudnya: "(Suatu hari) Rasulullah SAW tidak sempat solat dua rakaat sebelum Asar, maka Baginda menggantikannya selepas Asar."
 
Sunan al-Nasa’ie (587)
 
 Image may contain: 1 person, text

Monday, June 22, 2020

Kelebihan Solat Di Saf Yang Pertama

Isnin, 30 Syawal 1441H : Daripada Abd al-Rahman bin ‘Auf beliau berkata bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:
إِنَّ اللَّهَ وَمَلاَئِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى الصَّفِّ الأَوَّلِ
 
Maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan para malaikatnya berselawat ke atas saf yang pertama."
 
Riwayat Ibn Majah (999)
 
 Image may contain: 1 person

Friday, June 19, 2020

Hukum Solat Jumaat Dalam Suasana CONVID-19

Jumaat, 27 Syawal 1441H: Sabda Rasulullah SAW :
 
مَنْ سَمِعَ الْمُنَادِيَ فَلَمْ يَمْنَعْهُ مِنْ اتِّبَاعِهِ عُذْرٌ قَالُوا: وَمَا الْعُذْرُ؟ قَالَ: خَوْفٌ أَوْ مَرَضٌ
 
Maksudnya: “Sesiapa yang mendengar orang yang melaungkan azan maka tidaklah yang keuzuran menghalangnya dari mengikutinya (hadir solat berjamaah)”. 
 
Para sahabat bertanya : “Apa maksud uzur ?”. 
 
Jawab Rasulullah SAW: “Ketakutan atau sakit.”
 
Riwayat Abu Daud (551) dan al-Daraqutni (1/420)
 
 No photo description available.

Wednesday, June 17, 2020

Adakah Menyusukan Anak Membatalkan Wudhu

Rabu, 25 Syawal 1441H: Abu Hurairah r.a berkata, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: "ALLAH tidak akan menerima solat seseorang apabila dia telah berhadas sehingga dia kembali berwuduk."
 
Seorang lelaki daripada Hadramaut bertanya: "Apakah yang dimaksudkan dengan hadas wahai Abu Hurairah?"
 
Jawabnya: "Kentut."
 
(Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)
 
  Image may contain: text

Tuesday, June 16, 2020

Hukum Tunjuk Arah Ke Bahagian Arak

Selasa, 24 Syawal 1441H: Rasulullah SAW bersabda:
 
وَمَنْ سَنَّ في الإسْلامِ سُنَّةً سَيِّئَةً كَانَ عَلَيهِ وِزْرُهَا وَوِزْرُ مَنْ عَمِلَ بِهَا مِنْ بَعْدِهِ ، مِنْ غَيرِ أنْ يَنْقُصَ مِنْ أوْزَارِهمْ شَيءٌ
 
Maksdnya: Dan barangsiapa yang memulakan suatu pekerjaan yang jahat di dalam Islam maka ke atasnya dosanya dan dosa mereka yang beramal dengannya selepasnya, tanpa dikurangkan daripa dosa mereka sedikit pun.
 
Hadis riwayat Imam Muslim (1017) dalam Sahih.
 
 No photo description available.

Thursday, June 11, 2020

Solat Dengan Mengikat Rambut

Khamis, 18 Syawal 1441H: Ibnu Abbas mengabarkan dari Rasulullah sallallahu alaihi wassalam sabda beliau:
 
Kita diperintah untuk sujud di atas tujuh tulang dan kita tidak boleh menahan pakaian dan rambut (ketika sedang mengerjakan solat).” 
 
(HR. Al-Bukhari no. 810, 815, 816 dan Muslim no. 490, 1095).
 
Dalam lafaz yang lain disebutkan:
 
“Dan kami tidak boleh menggabungkan/mengumpulkan pakaian dan rambut.” 
 
(HR. Al-Bukhari no. 812 dan Muslim no. 1098).
 
Makna لاَ نَكْفِتَ الثِّيَابَ وَالشَّعْرَ disebutkan dalam An-Nihayah adalah menggabungkan dan mengumpulkannya agar tidak tersebar.
 
Maksud lainnya melipat atau menggulung hujung pakaian samada hujung lengan baju atau kain atau seluar atau seumpama dengannya.
 
Namun kalaupun seseorang melakukannya TIDAKLAH MEROSKKAN SOLATNYA.
 
 No photo description available.
 

Wednesday, June 10, 2020

Tanda-Tanda Kematian Yang Baik

Rabu, 18 Syawal 1441H: Rasullullah SAW bersabda: "Barangsiapa yang mengucap ‘Laa ilaaha illallah’ dengan ikhlas kerana mencari keredhaan dari Allah SWT, dan diakhiri hayatnya dengan perkara tersebut nescaya dia akan masuk Syurga.
 
Barangsiapa yang berpuasa pada suatu hari kerana ingin mencari keredhaan Allah SWT, dan diakhiri hayatnya dengan perkara tersebut nescaya dia akan masuk Syurga. 
 
Barangsiapa yang bersedekah ikhlas kerana Allah SWT kemudian dia meninggal dunia, maka dia akan masuk Syurga.”
 
Hadith riwayat Ahmad: (23372)
 
 

Friday, June 5, 2020

Bolehkan Isteri Melakukan Iqamah

Jumaat, 13 Syawal 1441H: Daripada A’isyah R.Anha :
أَنَّهَا كَانَتْ تُؤَذِّنُ، وَتُقِيمُ، وَتَؤُمُّ النِّسَاءَ
 
Maksudnya : "Beliau mengumandangkan azan, iqamah, serta menjadi imam kepada orang perempuan."
 
 Riwayat Al-Hakim, Al-Mustadrak (730)
 
 

Thursday, June 4, 2020

Hukum Berbekam Dan Derma Darah Ketika Berpuasa

Khamis,12 Syawal 1441H: Riwayat Anas bin Malik RA yang ditanyakan tentang berbekam:
 
أَكُنْتُمْ تَكْرَهُونَ الْحِجَامَةَ لِلصَّائِمِ قَالَ لاَ‏.‏ إِلاَّ مِنْ أَجْلِ الضَّعْفِ
 
Maksudnya: “Adakah kamu membenci berbekam bagi orang yang berpuasa?” 
 
Berkata Anas bin Malik RA: “Tidak, kecuali jika ia melemahkan (tubuh badan)”.
 
Hadis Riwayat Al-Bukhari (1940)
 
 

Tuesday, June 2, 2020

Hukum Puasa Sunat Secara Bersambung

Selasa, 10 Syawal 1441H: Diriwayatkan oleh Saidatina Aishah RA, beliau berkata:
 
قَالَ لِي رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم ذَاتَ يَوْمٍ ‏"‏ يَا عَائِشَةُ هَلْ عِنْدَكُمْ شَىْءٌ ‏‏قَالَتْ فَقُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ مَا عِنْدَنَا شَىْءٌ ‏.‏ قَالَ ‏"‏ فَإِنِّي صَائِمٌ ‏"‏
Maksudnya: Pada suatu hari, Rasulullah SAW telah berkata kepada aku, “ Wahai Aishah, adakah kamu mempunyai sesuatu (untuk dimakan)” 
 
Aishah berkata, “ Wahai Rasulullah, kita tidak mempunyai apa-apa”
 
Baginda bersabda “Maka sesungguhnya aku berpuasa”
 
Hadis Riwayat Muslim (1154)
 
 

Monday, June 1, 2020

Qadha Puasa Kerana Was-Was

Isnin, 9 Syawal 1441H: Daripada Hasan bin Ali R.Anhuma, Rasulullah SAW bersabda:
 
دَعْ مَا يَرِيبُكَ إِلَى مَا لاَ يَرِيبُكَ فَإِنَّ الصِّدْقَ طُمَأْنِينَةٌ وَإِنَّ الْكَذِبَ رِيبَةٌ
 
Maksudnya: “Tinggallah apa yang menjadi keraguan kepadamu kepada yang tidak meragukan. Maka sesungguhnya kebenaran itu adalah satu ketenangan dan sesungguhnya dusta itu adalah satu keraguan”.
 
Hadis Riwayat al-Tirmizi (2708)