Khamis, 26 Zulhijjah 1434H: Dari 'Abdurrahman bin 'Usman At Taimi r.a., katanya:
"Rasulullah saw. melarang memungut barang-barang orang haji yang tercicir."
"Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian; Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran".(Surah Al-Asr,Ayat 1-3)
Thursday, October 31, 2013
Wednesday, October 30, 2013
Haji Wada - Pesan Nabi saw
Rabu, 25 Zulhijjah 1434H: Dari 'Abdullah bin 'Umar r.a., katanya Nabi saw. bersabda
ketika haji wada': "Hati-hatilah kamu! Janganlah kamu
kafir kembali sepeninggal ku. Di mana sebahagian kamu membunuh sebahagian yang
lain (perang saudara)."
Tuesday, October 29, 2013
Ibadat Umrah
Selasa, 24 Zulhijjah 1434H: Dari Ya'la bin Umayyah, dari bapanya r.a., katanya: "Seorang
lelaki mendatangi Rasulullah saw. di Ja'ranah, ketika beliau sedang umrah.
Janggut dan rambut lelaki itu dicatnya kuning (pakai pacar) dan dia memakai
jubah.
Lalu dia bertanya kepada Rasulullah saw., "Bolehkah aku umrah dalam
keadaan dan pakaianku seperti sekarang?"
Jawab Rasulullah saw., "Tanggalkan
jubahmu, cuci cat janggut dan rambutmu. Lalu apa yang diperbuat dalam haji lakukan pula dalam umrah."
Monday, October 28, 2013
Haji - Meninggal Dalam Ihram
Isnin, 23 Zulhijjah 1434H: Dari Ibnu 'Abbas r.a., katanya, "Seorang lelaki jatuh dari
unta ketika dia ihram lalu patah lehernya dan meninggal.
Maka bersabda
Rasulullah saw., "Mandikan dia dengan air yang dicampur daun Sidir (bidara),
kemudian kafan dengan kedua kain ihramnya, dan jangan ditutup kepalanya; kerana
sesungguhnya Allah akan membangkitkannya kelak di hari kiamat dalam keadaan
membaca talbiyah (sedang mengerjakan haji)."
Hadis Sahih Muslim.
Friday, October 25, 2013
Antara Pesanan Khutbah Haji Wada
Jumaat, 20 Zulhijjah 1434H: Dari Yahya bin Hushain r.a., katanya: "Aku mendengar nenekku
mengkhabarkan bahawa dia mendengar Rasulullah saw. bersabda dalam khutbah beliau
ketika Haji Wada',
"Sekali pun pegawai yang diangkat
dalam pemerintahanmu seorang hamba sahaya tetapi dia memerintah (memimpin)
dengan Kitabullah, hendaklah kamu patuh dan setia kepadanya."
Hadis Sahih Muslim
Thursday, October 24, 2013
Haji - Mencukur Rambut
Khamis, 19 Zulhijjah 1434H: Dari Ibnu 'Umar r.a., katanya: "Bahawasanya Rasulullah saw.
mencukur rambut ketika beliau haji wada'."
Hadis Sahih Muslim.
Wednesday, October 23, 2013
Ibadat Haji - Terlanjur atau Lupa
Rabu, 18 Zulhijjah 1434H: Dari 'Abdullah bin 'Amru bin 'Ash r.a .,katanya:
"Ketika
haji wada', Rasulullah saw. pernah berhenti di Mina
untuk menunggu orang banyak agar bertanya kepada beliau. Maka tampillah seorang
lelaki, lalu dia bertanya:
"Ya, Rasulullah. Aku sudah terlanjur bercukur sebelum
menyembelih korban, bagaimana itu?"
Jawab beliau, "Sembelihlah, tidak mengapa!"
Kemudian datang pula lelaki yang katanya:
"Ya, Rasulullah! Aku sudah terlanjur
menyembelih lebih dahulu sebelum melontar, bagaimana itu?"
Jawab beliau,
"Lontarlah. Tidak mengapa!"
Kata 'Abdullah, "Segala sesuatu yang ditanyakan
kepada beliau, ialah hal-hal yang urutannya tidak tertib kerana terlanjur atau
lupa. Dijawab oleh beliau, "Teruskanlah, tidak berdosa."
Hadis Sahih Muslim.
Tuesday, October 22, 2013
Amal Yang Paling Utama
Selasa, 17 Zulhijjah 1434H: Dari Abu Hurairah r.a, katanya ada orang bertanya kepada
Rasulullah saw, tanyanya:
"Apakah amal yang paling utama?"
Jawab Nabi saw,
"Percaya kepada Allah dan Rasul-Nya."
Tanyanya pula, "Sesudah itu apakah?"
Jawab
beliau, "Jihad (berusaha keras atau berjuang) di jalan Allah!"
Tanyanya lagi,
"Sesudah itu apa pula?"
Jawab beliau, " Haji yang mabrur (haji yang diterima Allah, kerana memenuhi
peraturan-peraturan yang telah ditetapkan Allah)"
Hadis Sahih Bukhari
Monday, October 21, 2013
Sifat Orang Yang Beriman
Isnin, 16 Zulhijjah 1434H: Dari Nukman bin Basyir r.a, katanya: Rasulullah saw bersabda:
"Anda lihat orang-orang yang beriman itu dalam saling kasih-mengasihi, saling
cinta-mencintai dan saling tolong-menolong, seperti
sebatang tubuh. Kalau ada salah satu anggota yang terkena penyakit, seluruh
batang tubuh ikut menderita tidak dapat tidur dan menderita panas."
Hadis Sahih Bukhari
Friday, October 18, 2013
Berkorban Di Tempat Solat Hari Raya
Jumaat, 13 Zulhijjah 1434H: Dari Ibnu Umar r.a., katanya: Rasulullah saw. menyembelih dan
berkorban di tempat solat hari raya.
Hadis Sahih Bukhari
Thursday, October 17, 2013
Sebelumnya Dilarang
Khamis, 12 Zulhijjah 1434H: Dari 'Abdullah bin Buraidah r.a., dari bapanya, katanya
Rasulullah saw. bersabda:
"Dahulu aku pernah melarang kamu menziarahi kubur, maka sekarang ziarahilah.
Aku pernah melarang kamu memakan daging korban mu lebih dari tiga hari, sekarang simpanlah sekadar kamu memerlukan.
Aku pernah melarang kamu minum anggur kecuali di gelas biasa, sekarang, minumlah di segala tempat minum. Tetapi sekali-kali jangan kamu minum yang memabukkan."
"Dahulu aku pernah melarang kamu menziarahi kubur, maka sekarang ziarahilah.
Aku pernah melarang kamu memakan daging korban mu lebih dari tiga hari, sekarang simpanlah sekadar kamu memerlukan.
Aku pernah melarang kamu minum anggur kecuali di gelas biasa, sekarang, minumlah di segala tempat minum. Tetapi sekali-kali jangan kamu minum yang memabukkan."
Hadis Sahih Muslim .
Friday, October 11, 2013
Puasa Sunat Hari Arafah 9 Zulhijjah
Jumaat, 6 Zulhijjah 1434H: Dari Abu Qatadah Al Anshari r.a., katanya Rasulullah saw. ditanya
orang tentang puasa hari Arafah. Jawab beliau. "Semoga dapat menghapus
dosa tahun yang lalu dan yang akan datang." Kemudian beliau ditanya pula
tentang puasa hari 'Asyura. Jawab beliau, "Semoga dapat menghapus dosa
tahun yang lalu." (Hadis Sahih Muslim)
Ahmad bin Mani' menceritakan kepada kami, Isma'il bin 'Ulabbah
memberitahukan kepada kami, Ayub memberitahukan kepada kami di mana keduanya
berkata: "Hammad bin Zaid memberitahukan kepada kami (yang berasal) dari
Ghailan bin Jarir dari 'Abdullah bin Ma'bad Az-Zamani dari Abu Qatadah
bahawasanya nabi s.a.w. bersabda: "Puasa pada hari 'Arafah,
sesungguhnya saya memohon kepada Allah, agar dapat menghapus dosa satu tahun
sesudahnya dan satu tahun sebelumnya." Di dalam bab ini terdapat hadis dari Abu Sa'id. Abu 'Isa berkata:
"Hadis Abu Qatadah tersebut adalah hadis hasan. Para ulama' menganggap
sunat untuk berpuasa pada hari 'Arafah kecuali di 'Arafah." (Hadis
Sunan At-Termizi)
Wednesday, October 9, 2013
Haji dan Ibadat Korban
Rabu, 4 Zulhijjah 1434H: Dari Jundab r.a. bahawa dia menyaksikan Nabi saw. di hari
raya Haji, beliau solat dan sesudah itu berkhutbah,
mengucapkan: "Siapa yang telah menyembelih korban sebelum solat Hari Raya,
hendaklah disembelihnya seekor lagi sebagai gantinya. Dan siapa yang belum
menyembelih korban, hendaklah disembelihnya dengan nama Allah."
Tuesday, October 8, 2013
Haji dan Umrah
Selasa, 3 Zulhijjah 1434H: Dari Abu Sa'id Al Khudri r.a., dari Nabi saw., sabda beliau:
"Haji dan Umrah ke Kaabatullah akan tetap
dilaksanakan orang walaupun setelah keluar Yakjuj dan Makjuj."
Monday, October 7, 2013
Beristilam Ketika Tawaf
Isnin, 2 Zulhijjah 1434H: Dari Hisyam ibnu Urwah dari ayahnya dari Aisyah r.a berkata:
"Pada haji Wada' Rasulullah saw tawaf di Baitullah
diatas unta, dan beliau beristilam Hajarul Aswad dengan mengangkat
tongkatnya."
Hadis Sunan An-Nasai
Friday, October 4, 2013
Haji - Solat Jamak di Muzdalifah
Jumaat, 28 Zulkaedah 1434H: Dari Abdullah bin Yazid bahawasanya Abu Ayyub Al Anshari
memberitahukan: "Di waktu haji Wada' sewaktu berada
di Muzdalifah, dia menjamak solat maghrib dan isyak bersama Rasulullah
saw."
Thursday, October 3, 2013
Haji Mabrur Balasnya Syurga
Khamis, 27 Zulkaedah 1434H: Dari Abu Hurairah r.a., katanya: Rasulullah saw. bersabda:
"(Pahala) satu kali Umrah sampai Umrah (berikutnya, dapat) menghapus dosa yang
terjadi antara keduanya.
Dan Haji yang mabrur
(diterima Allah) tiada balasannya melainkan syurga."
Hadis Sahih Bukhari
Wednesday, October 2, 2013
Anak Kecil Mendapat Pahala Haji
Rabu, 26 Zulkaedah 1434H: Dari Kuraib dari Ibnu Abbas r.a berkata:
"Ada seorang
perempuan mengangkat anaknya dan menunjukkan kepada Rasulullah saw seraya
bertanya: "Apakah anak ini akan mendapat pahala haji?"
Jawab beliau: "Ya, dan bagimu pahala haji juga."
Hadis Sunan An-Nasai
Tuesday, October 1, 2013
Haji Itu Adalah Arafah
Selasa, 26 Zulkaedah 1434H: Muhammad bin Basysyar menceritakan kepada kami, Yahya bin
Sa'id dan 'Abdur Rahman bin Mahdi memberitahukan kepada kami di mana keduanya
berkata: "Sufyan memberitahukan kepada kami (yang berasal) dari Bukair bin
'Atha' dari 'Abdur Rahman bin Ya'mar "bahawasanya orang-orang dari penduduk Najd
mendatangi Rasulullah s.a.w. sewaktu baginda berada di 'Arafah, kemudian mereka
bertanya kepada baginda, baginda lantas menyuruh seorang penyeru untuk
menyerukan:
"Haji itu adalah 'Arafah. Barangsiapa
yang datang pada malam 'Arafah sebelum fajar terbit maka ia telah mendapatkan
haji.
Hari-hari Mina itu adalah tiga hari,
barangsiapa yang bersegera (meninggalkannya) dalam dua hari maka ia tidak
mendapatkan dosa; dan barangsiapa yang mengakhirkan (sampai tiga hari) maka ia
tidak mendapatkan dosa".
Muhammad berkata: "Yahya memberi tambahan: "Dan baginda
menyusulkan seseorang kemudian ia berseru dengan kalimat tersebut."
Subscribe to:
Posts (Atom)