Friday, January 28, 2022

Doa Terdinding

 

Jumaat, 25 Jamadilakhir 1443H: Ali bin Abi Talib (semoga Allah meredhainya) berkata : “Doa seseorang itu terdinding (terhalang) sehinggalah dia berselawat ke atas Rasulullah dan ahli keluarganya.”

[Sila rujuk kitab Al-Mu’jam Al-Ausat oleh Imam Ath-Thabrani. Hadith Hasan]
 
 May be an image of monument and text that says "Dari Anas bin Malik .a, beliau berkata bahawa Rasulullah W bersabda: "Barangsiapa yang berselawat kepadaku sekali, maka Allah akan berselawat kepadanya sepuluh kali dan digugurkan sepuluh kesalahan (dosa) serta ditinggikan baginya sepuluh darjat (di syurga kelak)." [Riwayat Ahmad, Nasa'ie dan Al Hakim] 1.00 @kabilahilmu"

Thursday, January 27, 2022

Sujud Balasan Syurga

 

Khamis, 24 Jamadilakhir 1443H: Daripada Abu Hurairah Radhiallahu ‘anhu, Rasulullah Shallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

إِذَا قَرَأَ ابْنُ آدَمَ السَّجْدَةَ فَسَجَدَ، ﭐعْتَزَلَ الشَّيْطَانُ يَبْكِي يَقُولُ: يَا وَيْلَهُ! وَفِي رِوَايَةِ أَبِي كُرَيْبٍ: يَا وَيْلِي! أُمِرَ ابْنُ آدَمَ بِالسُّجُودِ فَسَجَدَ فَلَهُ الْجَنَّةُ، وَأُمِرْتُ بِالسُّجُودِ، فَأَبَيْتُ فَلِيَ النَّارُ.
(رواه مسلم)
 
Maksudnya: “Apabila anak Adam membaca ayat sajdah (ayat al-Quran yang disunatkan untuk sujud), lalu dia sujud, syaitan akan mengasingkan dirinya lalu menangis dan berkata: Aduhai celaka dia! 
 
Dalam riwayat Abi Kuraib: (syaitan berkata): Aduhai celaka aku! Anak Adam telah diperintahkan untuk sujud lalu dia sujud, maka ganjaran baginya adalah syurga, sedang aku diperintahkan untuk sujud maka aku enggan, maka balasan bagiku adalah neraka.”
 
(Hadits riwayat Muslim)
 
 May be an image of one or more people, monument and text

Wednesday, January 26, 2022

Kelebihan Sujud

 

Rabu, 23 Jamadilakhir 1443H: Rasulullah bersabda: "Hendaklah kamu memperbanyak sujud, karena sesungguhnya kamu tidak melakukan sujud sekali untuk Allah, melainkan dengan sujud itu Allah mengangkatmu satu derajat dan menghapus darimu satu dosa."
 
(Hadits Riwayat Imam Muslim, dikutip dari Riyadhus Shalihin)
 
May be an image of ‎1 person and ‎text that says "‎Sujud Mengangkat Darjat Rasulullah menggalakkan kita agar memperbanyakkan sujud kepada Allah. Sabda Rasulullah: دَرَجَةً، بِهَا الله رَفَعَكَ إلا سَجْدَةً تَسْجُدُ لا فَإِنَّكَ خَطِيئَةً بِهَا عَنْكَ وَحََّ " Sesungguhnya kamu tidak sujud melainkan Allah mengangka darjat kamu dengannya serta menghapuskan dosa. " (Riwayat Muslim) "Sungguh aneh amalan sujud. Biarpun meletakkan kepala dilantai, perbuatan ini meningkat darjat seseorang disisi Allah" DR. AHMAD SANUSI AZMI UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA വി‎"‎‎

Tuesday, January 25, 2022

Ahli Kubur

 

Selasa, 22 Jamadilakhir 1443H: Dari Ibnu ‘Umar RA, Rasulullah SAW bersabda: “Jadilah di dunia seperti kamu mengembara atau berjuang di jalan Allah dan anggaplah dirimu (termasuk) dari ahli kubur,”

(HR Ahmad, Abu Daud, At-Tirmidzi, Ibnu Majah).
 
 May be an image of 1 person and text

Monday, January 24, 2022

Rumah Seperti Kubur

 

Isnin, 21 Jamadilakhir 1443H: Telah menceritakan kepada kami Ahmad bin Muhammad bin Hanbal telah menceritakan kepada kami Yahya dari 'Ubaidullah telah mengabarkan kepadaku Nafi' dari Ibnu Umar dia berkata;

Rasulullah SAW bersabda: "Jadikanlah rumah-rumah kalian sebagai tempat mengerjakan solat (sunnah), dan janganlah kalian jadikan sebagai kuburan."
 
(HR Abu Daud, sahih.)
 
 May be an image of 1 person and text

Wednesday, January 19, 2022

Kamu Tidak Akan Sesat Selama-Lamanya

 

Rabu, 16 Jamadilakhir 1443H: Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Wahai sekalian manusia, sesungguhnya aku telah tinggalkan buat kamu (dua perkara) selagi mana kamu berpegang dengannya, maka kamu tidak akan sesat selama-lamanya, iaitu Kitabullah (Al-Quran) dan Sunnah NabiNya (Sunnah Nabi SAW).”

(Hadis riwayat Al-Baihaqi)
 May be an image of text

Friday, January 14, 2022

Jumaat Penghapus Dosa

 

Jumaat, 14 Jamadilakhir 1443H: Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

الصَّلَاةُ الْخَمْسُ، وَالْجُمْعَةُ إِلَى الْجُمْعَةِ، كَفَّارَةٌ لِمَا بَيْنَهُنَّ، مَا لَمْ تُغْشَ الْكَبَائِرُ
 
Maksudnya: “Solat lima waktu, Jumaat kepada Jumaat berikutnya merupakan kaffarah (penghapus dosa) di antara keduanya selagimana tidak melakukan dosa besar.” 
 
[Riwayat Muslim (233)]
 May be an image of text

Thursday, January 13, 2022

Tiada Agama Baginya

Khamis, 10 Jamadilakhir 1443H: Daripada Ibn Umar RA, beliau berkata bahawa telah datang seorang lelaki kepada Rasulullah SAW lalu bertanya apakah perkara yang paling disukai oleh Allah SWT di dalam Islam? Nabi SAW bersabda:

الصَّلَاةُ لِوَقْتِهَا، وَمَنْ تَرَكَ الصَّلَاةَ فَلَا دِينَ لَهُ، وَالصَّلَاةُ عِمَادُ الدِّينِ
 
Maksudnya: “Solat pada waktunya, barangsiapa yang meninggalkan solat maka tiadalah agama baginya dan solat itu merupakan tiang agama”. 
 
[Riwayat al-Baihaqi (2550) di dalam al-Syu’ab)
 
 
 May be an image of ‎1 person and ‎text that says "‎Sifat Malas Melaksanakan Solat Dalam al-Quran Allah menggambarkan salah satu sifat orang munafik ialah mereka mendirikan solat dalam keadaan malas. Firman Allah: أكسَالى الصَّلَوةِ Dan apabila mereka hendak mendirikan solat, mereka berdiri dalam keadaan malas (Surah al-Nisa: 142) Menurut al-Imam al-Qurtubi, ayat ini menjelaskan sikap orang munafik ketika mendirikan solat. Mereka bersikap malas sedangkan orang beriman melaksanakan solat dengan penuh khusyuk. DR. AHMAD SANUSI AZMI UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA‎"‎‎

Wednesday, January 12, 2022

Kelebihan Solat Berjamaah

 

Rabu, 9 Jamadilakhir 1443H: Daripada Abu Hurairah RA dia berkata; Rasulullah SAW bersabda: "Pahala solat seseorang dengan berjamaah melebihi pahala solatnya di rumah dan di pasar sebanyak dua puluh lima darjat. 
 
Hal tersebut, kerana apabila seseorang di antara kalian berwuduk, lalu memperelokkan wuduknya, kemudian pergi ke masjid semata mata kerana untuk mengerjakan solat, dan kesempatan itu hanya dipergunakan untuk solat, maka orang tersebut tidak melangkah satu langkah, kecuali setiap langkahnya itu diangkat baginya satu darjat, dan dihapus darinya satu dosa, sampai dia masuk ke dalam masjid.
 
Apabila dia telah masuk masjid, maka dia dikira dalam keadaan solat selama tertahan kerana solat (tidak keluar dari masjid kerana menunggu solat), dan para malaikat akan berselawat (memohonkan rahmat dan ampunan) kepada seseorang di antara kalian, selama dia tetap berada di tempat dia mengerjakan solatnya, mereka (para malaikat) berdoa; Ya Allah, ampunilah dia, rahmatilah dia dan terimalah taubatnya. Para malaikat itu berdoa demikian selama orang itu tidak mengganggu orang lain di tempat itu atau berhadats."

(HR Abu Daud No: 472) Status: Hadis Sahih
 
 May be an image of ‎1 person and ‎text that says "‎Sifat Malas Melaksanakan Solat Dalam al-Quran Allah menggambarkan salah satu sifat orang munafik ialah mereka mendirikan solat dalam keadaan malas. Firman Allah: كُسَالَى قَامُواْ الصَّلَوةِ Dan apabila mereka hendak mendirikan solat, mereka berdiri dalam keadaan malas (Surah al-Nisa: 142) Menurut al-lmam al-Qurtubi, ayat ini menjelaskan sikap orang munafik ketika mendirikan solat. Mereka bersikap malas sedangkan orang beriman melaksanakan solat dengan penuh khusyuk. DR. AHMAD SANUSI AZMI UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA ்‎"‎‎

Friday, January 7, 2022

Manusia Bakhil

 

Jumaat, 4 Jamadilakhir 1443H: Hussain bin Ali memberitakan daripada ayahnya Ali bin Abi Talib (semoga Allah meredhainya mereka berdua) bahawa Rasulullah SAW telah bersabda :”Apakah tidak lebih baik aku khabarkan kepada kamu tentang orang yang dipandang sebagai manusia yang paling bakhil?”

Maka kami (para sahabat) menjawab : “Baik benar Rasulullah!” 
 
Maka Rasulullah SAW meneruskan: “ Orang yang disebut namaku di hadapannya, maka tiada ia berselawat kepadaku, itulah manusia yang paling bakhil.!”
 
[Sila rujuk HR At-Tirmizi,Misykat Al-Masbih-3/299,no : 311.Riyadus Salihin -1440. Imam At-Tirmizi berkata hadith ini adalah sahih. Juga diriwayatkan oleh Imam Ahmad,Ibnu Hibban dan Al-Hakim ]
 
 May be an image of ‎1 person and ‎text that says "‎Dicukupkan Keperluan Mereka Rasulullah menjelaskan kepada Saidina Ubai bahawa orang memperbanyakan selawat akan dicukupkan keperluannya oleh Allah. Sabda Rasulullah وسم kepada Saidna Ubai: ذَنْبُكَ لَكَ وَيُغْفَرُ هَمَّكَ تُكْفَى إِذَا " Jika demikian Allah akan mencukupkan segala keperluanmu dan mengampunkan dosamu. (Hadis riwayat al-Tirmizi) DR. AHMAD SANUSI AZMI ULUM HADITH RESEARCH CENTRE‎"‎‎