Khamis, 18 Zulhijjah 1439H: Dari Sa'id bin Musayyab, Abu Hurairah r .a. mengatakan bahawa dia
mendengar Rasulullah saw. bersabda : "Nanti akan masuk syurga satu
rombongan umat ku, terdiri dari tujuh puluh ribu orang. Muka mereka
bersinar-sinar bagaikan cahaya bulan purnama."
Kata Abu Hurairah
selanjutnya, "Mendengar sabda Nabi itu, 'Ukasyah bin Mihshan Al Asadi
serta-merta berdiri sambil menunjukkan tangannya dan berkata: "Ya,
Rasulullah! Doakanlah kepada Allah, semoga aku termasuk dalam rombongan
mereka."
Lalu Rasulullah saw. mendoakannya, "Wahai, Allah! Masukkan dia di antara mereka."
Kemudian berdiri pula seorang lelaki Ansar, katanya, "Ya, Rasulullah! Doakan pulalah kepada Allah, semoga aku termasuk di antara mereka."
Sabda Rasulullah saw., "Ukasyah telah mendahului anda."
Hadis Sahih Muslim Jilid 1. Hadis Nombor 0170.