Wednesday, June 30, 2021

Lihatlah Orang Dibawahmu

Rabu, 20 Zulkaedah 1442H: Rasulullah SAW pernah bersabda demikian:

 اُنْظُرُوْا إِلَى مَنْ هُوَ أَسْفَلَ مِنْكُمْ وَلاَ تَنْظُرُوْا إِلَى مَنْ هُوَ فَوْقَكُمْ فَإِنَّهُ أَجْدَرُ أَنْ لاَ تَزْدَرُوْا نِعْمَةَ اللهِ عَلَيْكُمْ.
 
Artinya: "Lihatlah orang yang berada di bawahmu dan jangan melihat orang yang berada di atasmu, karena yang demikian itu lebih patut, agar kalian tidak meremehkan nikmat Allah yang telah diberikan kepadamu," 
 
(HR Bukhari dan Muslim).May be an image of text
 

Tuesday, June 29, 2021

Hati Yang Membolak Balik

 Selasa, 19 Zulkaedah 1442H: Daripada Anas bin Malik RA berkata: Adapun Nabi SAW banyak membaca:

 يَا مُقَلِّبَ القُلُوبِ ثَبِّتْ قَلْبِي عَلَى دِينِكَ، فَقُلْتُ: يَا رَسُولَ اللَّهِ، آمَنَّا بِكَ وَبِمَا جِئْتَ بِهِ فَهَلْ تَخَافُ عَلَيْنَا؟ قَالَ: نَعَمْ، إِنَّ القُلُوبَ بَيْنَ أُصْبُعَيْنِ مِنْ أَصَابِعِ اللَّهِ يُقَلِّبُهَا كَيْفَ يَشَاءُ
 
Maksudnya: “Wahai Dzat yang membolak balikkan hati, teguhkanlah hatiku agar ia berada di atas agamamu.” 
 
Kemudian aku pun bertanya: “Wahai Rasulullah SAW, kami beriman kepadamu dan kepada apa yang kamu telah bawa. Lalu apakah kamu masih bimbang kepada kami?”
 
Baginda SAW menjawab: “Ya, kerana sesungguhnya hati manusia itu berada di antara dua jari daripada jari-jari Allah SWT yang mana Dia akan membolak-balikkannya mengikut kehendak-Nya.” 
 
[Riwayat al-Tirmizi (2140)][Hadith ini adalah hasan mengikut penilaian Imam al-Tirmizi]
 
 May be an image of one or more people and text

Monday, June 28, 2021

Penyebar Fitnah

Isnin, 18 Zulkaedah 1441H: Diriwayatkan oleh Samurah Bin Jundub R.A, bahawa Nabi SAW telah bersabda:
 
وَأَمَّا الرَّجُلُ الَّذِي أَتَيْتَ عَلَيْهِ يُشَرْشَرُ شِدْقُهُ إِلَى قَفَاهُ، وَمَنْخِرُهُ إِلَى قَفَاهُ، وَعَيْنُهُ إِلَى قَفَاهُ، فَإِنَّهُ الرَّجُلُ يَغْدُو مِنْ بَيْتِهِ فَيَكْذِبُ الْكَذْبَةَ تَبْلُغُ الآفَاقَ
 
Maksudnya: “Berkata malaikat yang mengiringi Rasulullah S.A.W.); “Adapun orang yang diseksa dengan penyangkut besi yang menembusi pipi sehingga ke belakang lehernya dan disengkut lubang hidung sehingga menembusi belakang lehernya dan disengkut mata sehingga menembusi batang lehernya ialah kerana kerjanya sejak pagi menyebarkan pembohongan ke sehingga seluruh ufuk penjuru dunia” 
 
[Riwayat Ibn Hibban di dalam Sahihnya (655)]
 
 May be an image of text

Friday, June 25, 2021

Hebatnya Doa Nabi Yunus

 

Jumaat, 15 Zulkaedah 1442H: Daripada Sa’ad bin Abi Waqas RA bahawa Nabi SAW bersabda:

دَعْوَةُ ذِي النُّونِ إِذْ دَعَا وَهُوَ فِي بَطْنِ الحُوتِ: لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ الظَّالِمِينَ، فَإِنَّهُ لَمْ يَدْعُ بِهَا رَجُلٌ مُسْلِمٌ فِي شَيْءٍ قَطُّ إِلَّا اسْتَجَابَ اللَّهُ لَهُ
 
Maksudnya: “Doa Nabi Yunus ketika baginda berdoa di dalam perut ikan paus: “Sesungguhnya tiada Tuhan (yang dapat menolong) melainkan Engkau! Maha Suci Engkau! Sesungguhnya aku adalah daripada orang-orang yang menganiaya diri sendiri”. 
 
Maka sesungguhnya tidak seorang muslim itu apabila berdoa dengannya untuk sesuatu perkara (masalah) melainkan Allah SWT akan memustajabkan baginya”.
 
[Riwayat al-Tirmizi (3505)][Syeikh Syuaib al-Arna’outh berpendapat sanad hadith ini sebagai hasan]
 
 May be an image of text

Thursday, June 24, 2021

Menolong Sesama Mukmin

 Khamis, 14 Zulkaedah 1442H: Daripada Abu Hurairah RA, daripada Nabi SAW bersabda:

 
مَنْ نَفَّسَ عَنْ مُؤْمِنٍ كُرْبَةً مِنْ كُرَبِ الدُّنيَا نَفَّسَ اللهُ عنهُ كربَةً مِنْ كُرَبِ يومِ القيَامَةِ ومنْ يسَّرَ عَلى مُعسِرٍ يسَّرَ اللهُ عليهِ فِي الدُنيَا والآخِرَةِ ومَنْ سَتَرَ مُسْلِماً سَتَرَهُ اللهُ فِي الدُّنيَا والآخِرَةِ واللهُ فِي عَوْنِ العَبْدِ مَا كَانَ الْعَبْدُ فِي عونِ أخيهِ
 
Maksudnya: “Sesiapa yang meringankan daripada seorang mukmin satu kesusahan daripada kesusahan-kesusahan dunia, Allah SWT akan meringankan daripadanya satu kesusahan daripada kesusahan di Hari Kiamat. 
 
Sesiapa yang memudahkan kepada orang yang kesempitan, Allah akan memudahkan kepadanya di dunia dan akhirat. 
 
Sesiapa yang menutup (aurat atau keaiban) seorang muslim, Allah akan menutup (aurat atau keaiban) nya di dunia dan akhirat. Allah sentiasa menolong seseorang hamba selama mana hamba itu menolong saudaranya."
 
Riwayat Muslim (2699)May be an image of text that says "GENG NGAII SEDEKAH SUBUH "Tidak ada satu Subuh pun yang dialami hamba- hamba Allah kecuali turun kepada mereka dua malaikat. Salah satu di antara keduanya berdoa Ya Allah, berilah ganti bagi orang yang berinfaq". sedangkan yang satu lagi berdoa "Ya Allah, berilah kerosakan bagi rang yang menahan (hartanya)". (HR Bukhari) SEIKHLAS HATI f よ TisTnk Geng Ngaji Global 5622 6355 2140 Pusat Pengajian AI Quran Albaghdadi Sahabat Geng Ngaji Global"

Wednesday, June 23, 2021

ENGKAU DAN HARTA ENGKAU MILIK AYAH ENGKAU

 

Rabu, 13 Zulkaedah 1442H: ENGKAU DAN HARTA ENGKAU MILIK AYAH ENGKAU.

عَنْ عَائِشَةَ، رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا: أَنَّ رَجُلًا أَتَى رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، يُخَاصِمُ أَبَاهُ فِي دَيْنٍ عَلَيْهِ، فقَالَ نَبِيُّ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «أَنْتَ وَمَالُكَ لِأَبِيكَ»
 
Daripada 'Aisyah radiallahu 'anha, bahawa seorang lelaki datang kepada Nabi sallallahu 'alaihi wa sallam mengadu tentang ayahnya yang berhutang kepadanya. Nabi sallallahu 'alaihi wa sallam bersabda: Engkau dan harta engkau adalah milik ayah engkau.
[Sahih Ibnu Hibban, Kitab al-Birr wa al-Ihsan, Bab Haq al-Walidain, Dzikru Khabar Awham Man Lam Yuhkam Sina'ata al-Ilmi Anna Maal al-Ibn Yakuna Li al-Ab, hadis no: 410]
 
عَنْ عَمْرِو بْنِ شُعَيْبٍ، عَنْ أَبِيهِ، عَنْ جَدِّهِ، أَنَّ رَجُلاً، أَتَى النَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم فَقَالَ يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنَّ لِي مَالاً وَوَلَدًا وَإِنَّ وَالِدِي يَجْتَاحُ مَالِي . قَالَ " أَنْتَ وَمَالُكَ لِوَالِدِكَ إِنَّ أَوْلاَدَكُمْ مِنْ أَطْيَبِ كَسْبِكُمْ فَكُلُوا مِنْ كَسْبِ أَوْلاَدِكُمْ " .
 
Daripada 'Abdullah bin 'Amru bin al-As bahawa seorang lelaki datang kepada Nabi sallallahu 'alaihi wa sallam lalu berkata: Ya Rasulullah, sesungguhnya aku memiliki harta dan anak. Sesungguhnya ayah ku mahu mengambil harta aku. Baginda menjawab: Engkau dan harta engkau adalah milik ayah engkau. Sesungguhnya anak-anak kalian adalah sebaik-baik usaha kalian. Makanlah daripada sebahagian harta anak-anak kalian.
[Sunan Abi Daud, Kitab al-Ijarah, Bab Fi Ar-Rajuli Ya'kulu Min Maali Waladihi, hadis no: 3530]
 
عَنْ جَابِرِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ، أَنَّ رَجُلاً، قَالَ يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنَّ لِي مَالاً وَوَلَدًا وَإِنَّ أَبِي يُرِيدُ أَنْ يَجْتَاحَ مَالِي فَقَالَ " أَنْتَ وَمَالُكَ لأَبِيكَ " .
 
Daripada Jabir bin 'Abdullah radiallahu 'anhu bahawa seorang lelaki berkata: Ya Rasulullah, sesungguhnya aku memiliki harta dan anak. Ayah aku mahu mengambil harta aku. Baginda menjawab: Engkau dan harta engkau milik ayah engkau.
[Sunan Ibnu Majah, Kitab al-Tijaraat, Bab Maal al-Rajul Min Maali Waladihi, hadis no: 2379]
 
Huraian ulama:
Hadis ini Sahih dengan syawahid-syawahidnya.
 
Al-Imam Ibnu Hibban berkata selepas membawakan hadis ini:
 
قَالَ أَبُو حَاتِمٍ : مَعْنَاهُ أَنَّهُ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، زَجَرَ عَنْ مُعَامَلَتِهِ أَبَاهُ بِمَا يُعَامِلُ بِهِ الأَجْنَبِيِّينَ ، وَأَمَرِ بِبِرِّهِ وَالرِّفْقِ بِهِ فِي الْقَوْلِ وَالْفِعْلِ مَعًا ، إِلَى أَنْ يَصِلَ إِلَيْهِ مَالُهُ ، فقَالَ لَهُ : " أَنْتَ وَمَالُكَ لأَبِيكَ " ، لا أَنَّ مَالَ الابْنِ يَمْلِكُهُ الأَبُ فِي حَيَاتِهِ عَنْ غَيْرِ طِيبِ نَفْسٍ مِنَ الابْنِ بِهِ .
 
Ia bermaksud bahawa Nabi sallallahu 'alaihi wa sallam menegur cara muamalahnya dengan ayahnya yang sama seperti muamalahnya dengan orang asing. Baginda menyuruh dia berbuat baik dan berlemah-lembut dengan ayahnya dalam perkataan dan perbuatan sehinggalah dalam memberikan harta kepadanya. Baginda menyatakan: 'Engkau dan harta engkau adalah milik ayah engkau' bukanlah bermaksud ayah mempunyai hak pemilikan ke atas harta si anak dalam kehidupannya.
 
Imam Al-Baihaqi dalam Al-Sunan Al-Kubra berkata:
 
مَنْ زَعَمَ أَنَّ مَالَ الْوَلَدِ لأَبِيهِ احْتَجَّ بِظَاهِرِ هَذَا الْحَدِيثِ وَمَنْ زَعَمَ أَنَّ لَهُ مِنْ مَالِهِ مَا يَكْفِيهِ إِذَا احْتَاجَ إِلَيْهِ فَإِذَا اسْتَغْنَى عَنْهُ لَمْ يَكُنْ لِلأَبِ مِنْ مَالِهِ شَىْءٌ احْتَجَّ بِالأَخْبَارِ الَّتِى وَرَدَتْ فِى تَحْرِيمِ مَالِ الْغَيْرِ وَأنَّهُ لَوْ مَاتَ وَلَهُ ابْنٌ لَمْ يَكُنْ لِلأَبِ مِنْ مَالِهِ إِلاَّ السُّدُسُ وَلَوْ كَانَ أَبُوهُ يَمْلِكُ مَالَ ابْنِهِ لَحَازَهُ كُلَّهُ.
 
Sesiapa yang menyangka bahawa harta si anak adalah milik si ayah, mereka berhujah dengan zahir hadis ini. Sesiapa yang berkata bahawa si ayah memiliki harta si anak apa yang cukup untuk keperluannya apabila dia memerlukan, dan apabila tidak memerlukan si ayah tiada hak sedikit pun kepada harta itu, mereka berhujah dengan nas-nas yang menunjukkan haramnya harta milik orang lain. Begitu juga jika si anak mati, si ayah hanyalah mendapat 1/6 daripada harta si anak. Seandainya harta si anak memang milik si ayah, pastilah selepas kematian anak si ayah memiliki kesemuanya.
 
Imam An-Nawawi menyatakan dalam Al-Majmu':
 
وقال الشافعي رضى الله عنه وأبو حنيفة ومالك: ليس للوالد أن يأخذ من مال ولده الا بقدر حاجته، لحديث (ان دماءكم وأموالكم عليكم حرام،
Imam Al-Syafie, Abu Hanifah dan Malik berkata: Tidak boleh seorang ayah mengambil harta anaknya kecuali pada kadar yang diperlukan. Ini berdasarkan hadis sesungguhnya darah kalian dan harta kalian haram.
Shaikh Muhammad bin Soleh al-Uthaimin meletakkan 3 syarat membolehkan si ayah mengambil harta si anak:
1- Ia tidak menimbulkan mudharat kepada si anak.
2- Ia bukanlah sesuatu yang anak itu perlukan.
3- Ia tidak diambil untuk diberikan kepada anak lain yang tidak memerlukan harta tersebut. 
 
Kesimpulan:
1- Si ayah boleh mengambil harta anak apabila dia memerlukan dan tidak menimbulkan mudharat kepada anak.
2- Oleh itu, boleh si ayah mengambil duit raya anak apabila dia memerlukan wang tersebut.
3- Harta anak bukanlah milik mutlak si ayah kerana jika ia milik mutlak pastilah ayah mendapat keseluruhan harta selepas si anak mati, dan bukan sekadar 1/6.
 
Page Dr. Ustaz Rozaimi Ramle - HadithMay be an image of text
 

Tuesday, June 22, 2021

Mimpi

 

Selasa,12 Zulkaedah 1441H: Dalam satu hadith Rasulullah SAW menyebutkan bahawa jika seseorang bermimpi sesuatu yang buruk meludah ke belah kirinya dan hendaklah membaca isti’azah. Rasulullah SAW bersabda:

الرُّؤْيَا الصَّالِحَةُ مِنَ اللَّهِ وَالْحُلُمُ مِنَ الشَّيْطَانِ فَإِذَا حَلَمَ أَحَدُكُمْ حُلُمًا يَخَافُهُ فَلْيَبْصُقْ عَنْ يَسَارِهِ وَلْيَتَعَوَّذْ بِاللَّهِ مِنْ شَرِّهَا فَإِنَّهَا لا تَضُرُّهُ
 
Maksudnya: "Mimpi yang baik itu adalah daripada Allah SWT, adapun mimpi yang buruk itu daripada syaitan. Jika sekiranya seseorang itu bermimpi satu mimpi yang ditakutinya hendaklah dia meludah ke belah kirinya dan hendaklah dia memohon perlindungan daripada Allah SWT daripada kejahatannya, nescaya dia tidak akan memudaratkannya."
 
Hadith riwayat al-Bukhari: (3292)May be an image of text

Monday, June 21, 2021

Takdir

 

Isnin, 11 Zulkaedah 1442H: Daripada Thauban RA, Nabi SAW bersabda:

وَإِنَّ رَبِّي قَالَ: يَا مُحَمَّدُ إِنِّي إِذَا قَضَيْتُ قَضَاءً فَإِنَّهُ لَا يُرَدُّ
 
Maksudnya: “Sesungguhnya Tuhanku berfirman: ‘Ya Muhammad! Sesungguhnya Aku jika mentakdirkan sesuatu ketentuan, maka tidak ada seorang pun yang sanggup menolaknya.”
 
(Riwayat Muslim, no. 2889)
 May be an image of one or more people and text that says "TAKDIR Tidak ada yang mendapat menolak takdir (ketentuan) Allah SWT selain doa. (Hadis Riwayat At-Tirmidzi) f:000 tvalhijrah"

Friday, June 18, 2021

Membaca Surah Al Kahfi Setiap Jumaat

Jumaat, 8 Zulkaedah 1442: (1) Dari Abu Said Al-Khudri ra, dari Nabi saw bersabda :

“Barangsiapa membaca surah Al-Kahfi pada malam Jumaat, maka dipancarkan cahaya untuknya sejauh antara dirinya dia dan Baitul ‘atiq.”
[Sunan Ad-Darimi 3273. An-Nasaei dan Al-Hakim]
 
[2] Dalam riwayat lain dari Abu Sa’id Al-Khudri ra :
 
“Barangsiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka akan dipancarkan cahaya untuknya di antara dua Jumaat.”
[HR Al-Hakim 2/368, al-Baihaqi 3/249. Ibnu Hajar kata ‘ Hadis Hasan’ dalam Takhrij al-Azkar. Beliau kata hadis ini paling kuat tentang surah Al-Kahfi].
 
[3] Dari Ibnu Umar ra berkata : Rasulullah saw bersabda ;
 
Siapa yang membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka akan memancar cahaya dari bawah kakinya sampai ke langit, akan menerangkan kelak pada hari kiamat dan diampuni dosanya antara dua Jumaat.”
[Al-Mundzir berkata : hadis ini diriwayatkan oleh Abu Bakar bin Mardawih dalam tafsirnya dengan Isnad yang tidak cacat]. (Dari kitab at-Targhib Wa al-Tarhib 1/298)
 
 May be an image of monument and text

Thursday, June 17, 2021

Empat Tanda Kebahagian

Khamis, 6 Zulkaedah 1442H: Muhammad Bin Ishak Bin Ibrahim Maula kepada Thaqif mengkhabarkan kepada kami. Beliau berkata : Muhammad Bin Abdul Aziz Bin Abu Rimzah menceritakan kepada kami.Beliau berkata : al-Fadhl Bin Musa menceritakan kepada kami. Daripada Abdullah Bin Sa’id Bin Abu Hind daripada Ismail Muhammad Bin Sa’ad Bin Abi Waqqas daripada ayahnya daripada datuknya. Datuknya (Sa’ad Bin Abui Waqqas) berkata : 
 
Rasulullah saw bersabda : "Empat tanda kebahagiaan. Isteri yang solehah, tempat tinggal yang luas,jiran yang soleh dan kenderaan yang elok.

Manakala empat tanda kedukaan adalah jiran yang buruk, isteri yang teruk, tempat tinggal yang sempit dan kenderaan yang buruk.”
 
Riwayat Ibnu Hibban (4032) di dalam SahihnyaNo photo description available.

Tuesday, June 15, 2021

Doa Elak Bahaya

 

Selasa, 5 Zulkaedah 1442H: Daripada Uthman bin Affan berkata, aku mendengar Nabi SAW bersabda:

مَنْ قَالَ بِسْمِ اللَّهِ الَّذِي لَا يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ، فِي الْأَرْضِ، وَلَا فِي السَّمَاءِ، وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ، ثَلَاثَ مَرَّاتٍ، لَمْ تُصِبْهُ فَجْأَةُ بَلَاءٍ، حَتَّى يُصْبِحَ، وَمَنْ قَالَهَا حِينَ يُصْبِحُ ثَلَاثُ مَرَّاتٍ، لَمْ تُصِبْهُ فَجْأَةُ بَلَاءٍ حَتَّى يُمْسِيَ
Maksudnya: “Sesiapa yang membaca:
بِسْمِ اللَّهِ الَّذِي لَا يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِي الْأَرْضِ وَلَا فِي السَّمَاءِ، وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ
 
(Dengan nama Allah yang dengan nama-Nya, tidak ada satu pun yang dapat memberi kemudharatan di bumi mahupun di langit, Dia-lah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui” sebanyak tiga kali, maka dia tidak akan ditimpa bala yang datang secara tiba-tiba sehingga subuh. Dan barangsiapa yang membacanya ketika subuh sebanyak tiga kali, maka dia tidak akan ditimpa bala yang datang secara tiba-tiba sehingga petang (malam).” 
 
[Riwayat Abu Daud (5088)] [Menurut Syeikh 
 
May be an image of 1 person and textSyuaib al-Arna’outh hadith ini adalah hasan]

Friday, June 11, 2021

Dosa Besar

 

Jumaat, 1 Zulkaedah 1442H: Nabi SAW turut bersabda:

اجتنبوا السبعَ الموبقاتِ . قالوا : يا رسولَ اللهِ ، وما هن ؟ قال : الشركُ باللهِ ، والسحرُ ، وقتلُ النفسِ التي حرّم اللهُ إلا بالحقِّ ، وأكلُ الربا ، وأكلُ مالِ اليتيمِ ، والتولي يومَ الزحفِ ، وقذفُ المحصناتِ المؤمناتِ الغافلاتِ
 
Maksudnya: “Jauhilah tujuh dosa yang membinasakan."
 
Para sahabat bertanya: "Wahai Rasulullah, apakah ia?"
 
Rasulullah menjawab, "Syirik terhadap Allah, sihir, membunuh jiwa yang diharamkan oleh Allah kecuali dengan hak, makan riba, makan harta anak yatim, lari ketika peperangan, menuduh wanita baik-baik berzina.”
 
Riwayat al-Bukhari (2766) dan Muslim (89)
 May be a cartoon of ‎1 person and ‎text that says "‎Maksud dosa besar Daripada Ibnu Abbas R.Anhuma: "Dosa besar adalah maksiat yang Allah akhiri dengan neraka, atau kemurkaan, atau laknat atau azab seksa 'an Al-Afkar الأفكار 525 DILARANG MEROKG AMA-LAMANY IBN ABD AL-SALAM Dosa besar ialah dosa yang disertakan dengan balasan buruk atau laknat. BEER Suhibus Sumahah Ser. Zulkifli Mohamad Al-Bakri menyimpulkan: 迎血 Semoga Allah SWT menjauhkan kita daripada segala dosa-dosa besar serta mengurniakan petunjuk dan kekuatan dalam melaksanakan perintah-Nya. Amin" SUMBER: L-AFKAR MAKSUD DOSA BESAR @drzulkifli.albakri Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan Mufti Wilayah Persekutuan @drzul_albakri www.muftiwp.gov.my‎"‎‎

Thursday, June 10, 2021

Hiasi Al Quran Dengan Suara

 

Khamis, 29 Syawal 1442H: *Sabda Nabi Muhammad S.A.W:

وَزَيِّنُوا القُرْآنَ بِأَصْوَاتِكُمْ
Maksudnya: “Dan hiasilah al-Quran dengan suara-suara kamu.”
 
Riwayat al-Bukhari (792), [Lihat: Shahih al-Bukhari; 9/158]
 
*Dan juga Rasulullah S.A.W bersabda:
لَيْسَ مِنَّا مَنْ لَمْ يَتَغَنَّ بِالْقُرْآنِ"‏‏‏.‏ وَزَادَ غَيْرُهُ ‏"يَجْهَرُ بِهِ"
 
Maksudnya: “Bukan dari kalangan kami mereka yang tidak memperindahkan bacaan al-Quran”. Sebahagian yang lain menyebut ”menyaringkannya”.
 
Riwayat al-Bukhari (7527)
 May be an image of text

Wednesday, June 9, 2021

Fitnah

Rabu, 28 Syawal 1442H: *Diriwayatkan oleh Abu Hurairah R.A, Nabi SAW telah bersabda:

كَفَى بِالْمَرْءِ إِثْمًا أَنْ يُحَدِّثَ بِكُلِّ مَا سَمِعَ
 
Maksudnya: “Cukuplah seseorang dikatakan pendusta apabila dia menyampaikan apa sahaja yang didengarinya”.
 
[Riwayat Muslim (4482)
 
*Diriwayatkan Huzaifah R.A:
لاَ يَدْخُلُ الْجَنَّةَ نَمَّامٌ
Maksudnya: “Tidak masuk syurga orang yang menyebarkan fitnah (mengadu domba).”
 
[Riwayat al-Bukhari (6056) dan Muslim (105)]
 
*Sabda Rasulullah SAW:
 
بَادِرُوا بِالْأَعْمَالِ فِتَنًا كَقِطَعِ اللَّيْلِ الْمُظْلِمِ؛ يُصْبِحُ الرَّجُلُ مُؤْمِنًا وَيُمْسِي كَافِرًا، أَوْ يُمْسِي مُؤْمِنًا وَيُصْبِحُ كَافِرًا، يَبِيعُ دِينَهُ بِعَرَضٍ مِنَ الدُّنْيَا
 
Maksudnya: "Hendaklah kamu bersegera melakukan amalan-amalan sebelum datangnya fitnah-fitnah ibarat kepingan-kepingan malam yang gelap gelita. Hal ini menjadikan seseorang lelaki beriman pada waktu pagi dan kufur pada waktu petang, atau beriman pada waktu petang dan kufur pada waktu pagi. Ini kerana dia menjual agamanya dengan sedikit mata benda dunia."
 
Riwayat Muslim (169), al-Tirmizi (2121), Ahmad (11056)dan al-Tabarani dalam al-Ausat (2881
 
 May be an image of 1 person and text

Tuesday, June 8, 2021

Doa

 

Selasa, 27 Syawal 1442H: Dari Salman Al-Farsi r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda:

"Sesungguhnya Allah mempunyai sifat malu, dan memberi kepada orang yang tidak meminta dengan pemberian yang banyak. Apabila seseorang mengangkat tangannya dihadapan Allah, memohon sesuatu, maka Allah amat malu untuk memulangkan kedua tangan tersebut dengan tangan kosong". 
 
(HR Tirmizi)
 May be an image of ‎one or more people, headscarf and ‎text that says "‎Hukum berdoa tidak menghadap kiblat للفتاوي الكافي 552 Al-Kaf al-Fatwa Diriwayatkan Abdullah bin Zaid R.A: "Rasulullah S.A.W telah keluar pada suatu hari menuju tanah untuk baginda istisqa' (doa meminta turunkan hujan). Lalu beliau berdoa dan beristisqa' kemudian menghadap arah kiblat baginda membalikkan rida' baginda. 6343) Suhibus Sumahah Dato Zulkifli Mohamad -Bakri menyimpulkan: Seseorang itu dituntut untuk berdoa dengan menghadap ke arah kiblat kerana ini merupakan salah satu adab berdoa. Namun, tidak menjadi kesalahan sekiranya ia berdoa dalam keadaan membelakangkan kiblat." AL-KAFI 1478| HUKUM BERDOA TIDAK MENGHADAP KIBLAT‎"‎‎

Friday, June 4, 2021

Solat Jumaat Di Sebabkan Takut Atau Sakit

Jumaat, 23 Syawal 1442: Diriwayatkan dari Ibnu Abbas (ra) bahawa Nabi (saw) bersabda:

«مَنْ سَمِعَ النِّدَاءَ فَلَمْ يُجِبْهُ فَلَا صَلَاةَ لَهُ إلَّا مِنْ عُذْرٍ، قَالُوا: يَا رَسُولَ اللهِ وَمَا الْعُذْرُ؟ قَالَ: خَوْفٌ أَوْ مَرَضٌ» أخرجه البيهقي في السنن الكبرى
 
“Siapa sahaja yang mendengar seruan (azan) dan tidak menjawabnya (tidak pergi menunaikan solat Jumaat) maka tidak ada solat untuknya kecuali kerana uzur”.
 
Mereka (sahabat) bertanya: ‘Wahai Rasulullah apakah uzurnya?’ Baginda menjawab: ‘takut atau sakit’”
 
[HR al-Baihaqi dalam Sunan al-Kubra].
 
 May be an image of text

Thursday, June 3, 2021

Adab Ketika Bersin

 

Khamis, 22 Syawal 1442H: *Diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA, Sabda Nabi SAW:

إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْعُطَاسَ وَيَكْرَهُ التَّثَاؤُبَ
 
Maksudnya: Sesungguhnya Allah SWT menyukai bersin dan membenci menguap.
 
Riwayat al-Bukhari (6226)
 
*Daripada Abu Hurairah RA:
أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ إِذَا عَطَسَ غَطَّى وَجْهَهُ بِيَدِهِ أَوْ بِثَوْبِهِ وَغَضَّ بِهَا صَوْتَهُ
 
Maksudnya: “Bahawasanya apabila Nabi SAW bersin, baginda menutup wajah dengan tangan atau kainnya sambil merendahkan suaranya.”
 
(Riwayat al-Tirmizi, no. 2745) Katanya hadith ini hasan sahih.
 
*Daripada Abu Hurairah RA sabda Nabi SAW:
 
إِذَا عَطَسَ أَحَدُكُمْ فَلْيَقُلِ الْحَمْدُ لِلَّهِ‏.‏ وَلْيَقُلْ لَهُ أَخُوهُ أَوْ صَاحِبُهُ يَرْحَمُكَ اللَّهُ‏.‏ فَإِذَا قَالَ لَهُ يَرْحَمُكَ اللَّهُ‏.‏ فَلْيَقُلْ يَهْدِيكُمُ اللَّهُ وَيُصْلِحُ بَالَكُمْ
 
Maksudnya: Apabila salah seorang daripada kamu bersin, maka hendaklah ia menyebut Alhamdulillah. Dan menjawab bagi saudara atau sahabatnya yarhamkallah. Maka apabila seseorang menyebut kepadanya (orang yang bersin) Yarhamkallah maka hendaklah menyebut Yahdikumullah wa Yuslih baalakum.
 
Riwayat al-Bukhari (6224)May be an image of one or more people and text

Wednesday, June 2, 2021

Doa Aapbila DiTimpa Musibah

 

Rabu, 21 Syawal 1442H: Ummu Salamah R.A berkata bahawa dia mendengar Rasulullah S.A.W bersabda:

"مَا مِنْ مُسْلِمٍ تُصِيبُهُ مُصِيبَةٌ، فَيَقُولُ مَا أَمَرَهُ اللهُ: إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ، اللهُمَّ أْجُرْنِي فِي مُصِيبَتِي، وَأَخْلِفْ لِي خَيْرًا مِنْهَا، إِلَّا أَخْلَفَ اللهُ لَهُ خَيْرًا مِنْهَا".
 
Maksudnya: "Tidaklah seorang mukmin tertimpa musibah lalu ia membaca apa yang telah diperintahkan oleh Allah, ‘Sesungguhnya kami adalah milik Allah dan akan kembali kepada Allah. Ya Allah, berilah kami pahala karena mushibah ini dan tukarlah bagiku dengan yang lebih baik daripadanya.' melainkan Allah menukar baginya dengan yang lebih baik".
 
(Riwayat Muslim, no. 918)
 May be an image of ‎text that says "‎Jenis / Bentuk SABAR Sabar Dalam Ketaatan Kepada Allah Ta'ala 2 Sabar Dalam Meninggalkan lkan Maksiat Kepada Allah Ta'ala Sabar Dalam Menghadapi Musibah الفوائد ائد fawad Share KERAA‎"‎

Tuesday, June 1, 2021

Syurga Ganjaran Bagi Kesabaran

 

Selasa, 20 Syawal 1442H: Diriwayatkan daripada Ibnu ‘Abbas R.A:

إِنْ شِئْتِ صَبَرْتِ وَلَكِ الْجَنَّةُ، وَإِنْ شِئْتِ دَعَوْتُ اللَّهَ أَنْ يُعَافِيَكِ، فَقَالَتْ: أَصْبِرُ
 
Maksudnya: "Jika kamu mahu bersabar, maka ganjaran untukmu adalah syurga, dan jika kamu mahukan (kesembuhan), akan aku doakan kepada Allah untuk menyembuhkan kamu”. Wanita tersebut lalu berkata, "Kalau begitu aku akan bersabar”.
 
Riwayat al-Bukhari (5652) dan Muslim (2576)
 
 May be an image of 1 person and text