Thursday, December 26, 2019

Doa Hujan

Khamis, 29 Rabiulakhir 1441H: Diriwayatkan oleh Umm Al-Mu’minin ‘Aisyah R.Anha beliau berkata bahawa Rasulullah S.A.W apabila hujan turun baginda membaca :

اللَّهُمَّ اجْعَلْهُ صَيِّبًا نَافِعًا
Maksudnya : Ya Allah, jadikanlah ia sebagai hujan yang bermanfaat.
Riwayat Al-Nasa’ie (1523)

Manakala apabila hujan telah selesai turun, kita disunatkan untuk membaca :

مُطِرْنَا بِفَضْلِ اللَّهِ وَرَحْمَتِهِ
Maksudnya : Kami telah diturunkan hujan dengan kelebihan dan rahmat dari Allah.
 Riwayat Muslim (71)

Tuesday, December 24, 2019

Membaca Ayat Yang Berulang Dalam Solat

Selasa, 27 Rabiulakhir 1441H: Daripada Aisyah R.Anha, katanya:

أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- بَعَثَ رَجُلاً عَلَى سَرِيَّةٍ ، وَكَانَ يَقْرَأُ لأَصْحَابِهِ فِى صَلاَتِهِمْ فَيَخْتِمُ بِ (قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ) فَلَمَّا رَجَعُوا ذُكِرَ ذَلِكَ لِرَسُولِ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- فَقَالَ « سَلُوهُ لأَىِّ شَىْءٍ يَصْنَعُ ذَلِكَ ». فَسَأَلُوهُ فَقَالَ لأَنَّهَا صِفَةُ الرَّحْمَنِ فَأَنَا أُحِبُّ أَنْ أَقْرَأَ بِهَا. فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم : أَخْبِرُوهُ أَنَّ اللَّهَ يُحِبُّهُ

Maksudnya: “Bahawa Rasulullah SAW telah mengutuskan seorang lelaki sebagai pemimpin kepada satu pasukan tentera. Dalam mengerjakan solat berjemaah, beliau (menjadi imam dan) selalu membacakan al-Quran lalu mengakhirinya dengan bacaan surah al-Ikhlas. 

Apabila mereka kembali, perkara tersebut telah dilaporkan kepada Rasulullah SAW, lalu Baginda SAW bersabda: “Mintalah penjelasan daripadanya kenapa beliau berbuat demikian?” 

Mereka pun bertanya kepada Sahabat berkenaan lalu beliau menjawab: “Kerana surah tersebut (mengandungi penjelasan berkenaan) sifat Allah, sebab itulah saya suka untuk sentiasa membacanya.”

Lantas Rasulullah SAW pun bersabda: “Beritahukanlah kepada beliau bahawa Allah mengasihinya.”

Riwayat al-Bukhari (7375) dan Muslim (1926)

Thursday, December 19, 2019

Jauhi Sikap Suka Berbohong

Khamis, 22 Rabiulakhir 1441H: Abdullah Ibn Mas’ud RA, sabda Rasulullah SAW:

إِيَّاكُمْ وَالْكَذِبَ؛ فَإِنَّ الْكَذِبَ يَهْدِي إِلَى الْفُجُورِ، وَإِنَّ الْفُجُورَ يَهْدِي إِلَى النَّارِ، وَمَا يَزَالُ الرَّجُلُ يَكْذِبُ وَيَتَحَرَّى الْكَذِبَ حَتَّى يُكْتَبَ عِنْدَ اللهِ كَذَّابًا

Maksudnya: Jauhilah kalian daripada sikap suka berbohong kerana berbohong akan membawa kepada perbuatan kemaksiatan, dan perbuatan kemaksiatan akan membawa ke Neraka.
Jika sekiranya seseorang itu sentiasa berdusta, maka kelak dia akan dicatat di sisi Allah SWT sebagai pendusta.

Hadith riwayat al-Bukhari: 6094

Wednesday, December 18, 2019

DiCabut Ilmu Dengan Mewafatkan Ulama

Rabu, 21 Rabiulakhir 1441H: Dari Abdullah bin ‘Amru bin Al ‘Ash berkata; aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya Allah tidaklah mencabut ilmu sekaligus mencabutnya dari hamba, akan tetapi Allah mencabut ilmu dengan cara mewafatkan para ulama hingga bila sudah tidak tersisa ulama maka manusia akan mengangkat pemimpin dari kalangan orang-orang bodoh, ketika mereka ditanya mereka berfatwa tanpa ilmu, mereka sesat dan menyesatkan”. 

(HR Bukhari No: 98) Status: Sahih


Tuesday, December 17, 2019

Mencukur Bulu Kaki

Selasa, 20 Rabiulakhir 1441H: Daripada Rasulullah S.A.W bahawa baginda bersabda:

لَعَنَ اللَّهُ الْوَاشِمَاتِ وَالْمُسْتَوْشِمَاتِ وَالنَّامِصَاتِ وَالْمُتَنَمِّصَاتِ وَالْمُتَفَلِّجَاتِ لِلْحُسْنِ الْمُغَيِّرَاتِ خَلْقَ اللَّهِ

Maksudnya: "Allah S.W.T melaknat para pembuat tatu dan mereka yang meminta untuk dibuatkan tatu untuknya, para wanita yang mencukur bulu kening serta wanita yang meminta untuk dibuang bulu keningnya, dan orang yang menjarangkan gigi-gigi mereka yang mengubah ciptaan Allah."

Hadis Riwayat Muslim (2125)


Thursday, December 12, 2019

Menjawab Azan

Khamis, 13 Rabiulakhir 1441H: Diriwayatkan daripada Jabir bin 'Abdillah R.A, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

مَنْ قَالَ حِينَ يَسْمَعُ النِّدَاءَ اللَّهُمَّ رَبَّ هَذِهِ الدَّعْوَةِ التَّامَّةِ وَالصَّلَاةِ الْقَائِمَةِ آتِ مُحَمَّدًا الْوَسِيلَةَ وَالْفَضِيلَةَ وَابْعَثْهُ مَقَامًا مَحْمُودًا الَّذِي وَعَدْتَهُ 
حَلَّتْ لَهُ شَفَاعَتِي يَوْمَ الْقِيَامَةِ
 
Maksudnya: Sesiapa yang membaca selepas mendengar seruan azan:

اللَّهُمَّ رَبَّ هَذِهِ الدَّعْوَةِ التَّامَّةِ ، وَالصَّلاَةِ الْقَائِمَةِ ، آتِ مُحَمَّدًا الْوَسِيلَةَ ، وَالْفَضِيلَةَ ، وَابْعَثْهُ مَقَامًا مَحْمُودًا الَّذِي وَعَدْتَهُ
"Ya Allah, Tuhan kepada seruan yang sempurna dan solat yang akan didirikan. Berikan kepada Nabi Muhammad SAW wasilah dan kelebihan daripada Mu. Tempatkan baginda di tempat terpuji yang telah Engkau janjikan),"'

Maka syafaat ku akan diizinkan kepadanya pada hari kiamat.

Riwayat al-Bukhari (514), Abu Daud (529) dan Ibn Majah (722)


Wednesday, December 11, 2019

Azab Neraka

Daripada Anas bin Malik, bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Pada hari kiamat, manusia yang paling senang di dunia yang menjadi penghuni neraka, dicelupkan sekali ke dalam neraka.

Kemudian dikatakan kepada mereka, “Wahai anak Adam, adakah kamu pernah melihat kebaikan? Adakah kamu pernah merasakan kesenangan dalam hidupmu?” 

Mereka berkata: “Tidak, demi Allah, wahai Tuhan.” 

Lalu dibawa orang yang paling susah ketika di dunia dan dicelupkan sekali ke dalam syurga.

Kemudian ditanya kepadanya: “Adakah kamu melihat kesusahan dalam hidupmu? Adakah kamu merasakan keburukan?” 

Mereka menjawab: “Tidak, demi Allah, wahai Tuhan, aku tidak merasakan keburukan dan kesusahan.”

Hadis Riwayat Muslim

Tuesday, December 10, 2019

Pintu Taubat Sentiasa Terbuka

Selasa, 13 Rabiulakhir 1441. Daripada Abu Hurairah R.A, beliau mendengar Rasulullah SAW ; "Sesungguhnya seorang hamba melakukan dosa lalu dia berkata: “Ya Tuhan, aku telah berdosa. Ampunilah diri ku.” 

Lalu Allah SWT menjawab: “Adakah hamba-Ku tahu bahawa dia mempunyai Tuhan yang akan mengampuni dan menghukum dosanya? Aku telah mengampuni hamba-Ku.”

Kemudian berlalulah masa sehingga orang itu melakukan dosa lagi. Lalu dia berdoa: “Tuhan ku, aku telah berdosa. Ampunilah dosa ini.” Lalu Allah SWT menjawab: “Adakah hamba-Ku mengetahui bahawa dia memiliki Tuhan yang mengampuni dosa dan menghukum dosa itu? Aku telah mengampuni hamba-Ku.”

Kemudian berlalulah masa sehingga orang itu melakukan dosa lagi. Lalu dia berdoa: “Tuhan-ku, aku telah berdosa. Ampunilah dosa ini.” Lalu Allah SWT menjawab: “Adakah hamba ku mengetahui bahawa dia memiliki Tuhan yang mengampuni dosa dan menghukum dosa itu? Aku telah mengampuni hamba-Ku. sebanyak tiga kali. Maka biarlah dia lakukan apa yang dia kehendaki.

Riwayat al-Bukhari (7507)

Monday, December 9, 2019

Hasad Yang DiBenarkan

Isnin, 12 Rabiulakhir 1441H: Rasulullah SAW bersabda:

لاَ حَسَدَ إِلاَّ فِي اثْنَتَيْنِ رَجُلٌ آتَاهُ اللَّهُ مَالاً فَسُلِّطَ عَلَى هَلَكَتِهِ فِي الْحَقِّ، وَرَجُلٌ آتَاهُ اللَّهُ الْحِكْمَةَ، فَهْوَ يَقْضِي بِهَا وَيُعَلِّمُهَا

Maksudnya: "Perasaan hasad dan dengki itu dilarang kecuali pada dua perkara: dengki terhadap seseorang yang Allah SWT kurniakan kepadanya harta dan dia membelanjakannya pada jalan kebenaran, serta seseorang yang dikurniakan hikmah dan dia berhukum dengannya dan mengajarkannya."

Sahih al-Bukhari (73)