Khamis, 13hb Jamadil Awal 1444HGanjaran Menunjukkan Kebaikan
"Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian; Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran".(Surah Al-Asr,Ayat 1-3)
Thursday, December 8, 2022
Ganjaran Menunjukkan Kebaikan
Wednesday, December 7, 2022
Tuntutan Berkasih Sayang Sesama Mukmin
Rabu, 12hb Jamadil Awal 1444H: Tuntutan Berkasih Sayang Sesama Mukmin
عَنْ النُّعْمَانِ بْنِ
بَشِيرٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
مَثَلُ الْمُؤْمِنِينَ فِي تَوَادِّهِمْ وَتَرَاحُمِهِمْ وَتَعَاطُفِهِمْ
مَثَلُ الْجَسَدِ إِذَا اشْتَكَى مِنْهُ عُضْوٌ تَدَاعَى لَهُ سَائِرُ
الْجَسَدِ بِالسَّهَرِ وَالْحُمَّى
Daripada An Nu'man bin Bisyir
dia berkata; Rasulullah SAW bersabda: "Perumpamaan orang-orang mukmin
dalam hal saling mencintai, mengasihi, dan menyayangi bagaikan satu
tubuh. Apabila ada salah satu anggota tubuh yang sakit, maka seluruh
tubuhnya akan ikut terjaga (tidak boleh tidur) dan panas (turut
merasakan sakitnya) '
(HR Muslim No: 4685) Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1.Orang mukmin sesama mukmin adalah bersaudara.
2.Perumpamaan
berkasih sayang sesama Mukmin seperti satu tubuh badan. Jika ada
anggota badan yang sakit, anggota lain juga turut menanggung kesakitan.
3.Persaudaraan
dalam Islam menuntut nilai kebersamaan iaitu saling memerlukan dalam
apa jua keadaan. Saat bergembira akan dinikmati bersama begitu juga saat
berduka tetap akan bersama mengharungi kesusahan serta keperitannya.
Sebagai mukmin, menjadi kewajipan kita untuk saling tolong menolong di
antara satu sama lain. Apatah lagi jika mereka memerlukan bantuan.
4.Hak-hak
yang lahir daripada persaudaraan diwajibkan kerana iman. Wajib
memberikan komitmen terhadap hak mukmin yang lain sama seperti wajibnya
menunaikan solat, puasa, zakat dan haji
5.Wajib memelihara hak sesama mukmin dengan tidak menyakiti, menzalimi, mengumpat, memfitnah dan membiarkannya dalam kesusahan.
6.Kejayaan
Rasulullah SAW dalam peristiwa Hijrah membina Negara Madinah yang
makmur dan harmoni apabila baginda berjaya mempersaudarakan kaum Ansar
dan Muhajirin untuk sama-sama bertolong bantu membangunkan Negara Islam
Madinah.
7.Bagi membangunkan Negara Malaysia tercinta ini,
marilah kita tunaikan hak persaudaraan yang wajib dengan sentiasa
berkasih sayang sesama mukmin dan bertolong bantu membina Masyarakat
Yang Utuh, Negara Yang Teguh. Jika memelihara solat, puasa, zakat dan
haji itu wajib, menunaikan hak persaudaraan ini juga wajib.
Tuesday, December 6, 2022
Malaikat Mendoakan Kebaikan Kepada Pendoa
Selasa, 11hb Jamadil Awal 1444H: Malaikat Mendoakan Kebaikan Kepada Pendoa
عَنْ أَبِي
الدَّرْدَاءِ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ مَا مِنْ عَبْدٍ مُسْلِمٍ يَدْعُو لِأَخِيهِ بِظَهْرِ الْغَيْبِ
إِلَّا قَالَ الْمَلَكُ وَلَكَ بِمِثْلٍ
Daripada Abi Darda RA,
Rasulullah SAW bersabda: 'Tidak ada seorang muslim pun yang mendoakan
kebaikan bagi saudaranya (sesama muslim) yang berjauhan, melainkan
malaikat akan mendoakannya pula: 'Dan bagimu kebaikan yang sama.'
(Sahih
Muslim No: 4912) Dar Ihya Kutub Arabiyyah. Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Antara adab persaudaraan dan menjaga ukhuwah sesama Muslim ialah mendoakan kebaikan kepada sahabat kita.
2. Mereka yang mendoakan sahabatnya ketika berjauhan, malaikat juga akan mendoakan kebaikan yang sama untuknya.
3. Doa seseorang kepada sahabatnya ketika berjauhan adalah mustajab. Sepertimana hadis Rasulullah SAW:
Daripada Safwan bin Abdillah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
دَعْوَةُ
الْمَرْءِ الْمُسْلِمِ لأَخِيهِ بِظَهْرِ الْغَيْبِ مُسْتَجَابَةٌ عِنْدَ
رَأْسِهِ مَلَكٌ مُوَكَّلٌ كُلَّمَا دَعَا لأَخِيهِ بِخَيْرٍ قَالَ
الْمَلَكُ الْمُوَكَّلُ بِهِ: آمِينَ وَلَكَ بِمِثْلٍ
“Doa
seseorang muslim untuk saudaranya secara berjauhan (tanpa
pengetahuannya) adalah mustajab. Di kepalanya (yang berdoa) terdapat
malaikat yang diwakilkan kepadanya, setiap kali dia berdoa kepada
saudaranya dengan kebaikan maka malaikat yang diwakilkan itu akan
berkata: Amin dan bagi engkau seperti itu juga (sama seperti apa yang
didoakan itu)”.
(Riwayat Muslim No: 4914) Status: Hadis Sahih
دُعَاءُ الأخِ لِأَخِيهِ بِظَهْرِ الغَيبِ لايُرَدُّ
"Doa seseorang kepada saudaranya yang tidak ada disisinya, tidak akan tertolak" (HR Al-Bazzar: 500)
Marilah
kita doakan saudara Muslim kita termasuk pemimpin kita dengan
kebaikan. Moga dapat memacu Malaysia menjadi negara yang baik dan
dirahmati.
Al-Fudhayl bin 'Iyadh berkata: "Jika aku memiliki
satu doa yang mustajab, nescaya akan kudoakan (kebaikan) buat sang
pemimpin" (Abu Nu'aym al-Asbahani).
Imam Ahmad bin Hanbal
mewajibkan dirinya untuk mendoakan ulil amri siang dan malam supaya
dikurniakan ketepatan, taufik dan pertolongan (al-Khallal).
Thursday, December 1, 2022
Sayangi Orang Lain Agar Kita Disayangi
Khamis, 06hb Jamadil Awal 1444H: Sayangi Orang Lain Agar Kita Disayangi
عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بن
عَمْرٍو قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ:"الرَّاحِمُونَ يَرْحَمُهُمُ اللَّهُ ارْحَمْ مَنْ فِي الأَرْضِ
يَرْحَمْكَ مَنْ فِي السَّمَاءِ
Daripada Abdullah bin Amir RA,
Rasulullah SAW bersabda: “Seseorang yang menyayangi (orang lain) pasti
akan disayangi Allah. Sayangilah setiap penduduk bumi, nescaya engkau
akan disayangi para penghuni langit”
(Mu’jam Awsat li al-Tabarani No:
9009) Maktabah al-Maarif Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Menjadi tanggungjawab setiap Muslim memiliki sifat penyayang mengikut panduan syarak.
2. Orang yang menyayangi makhluk nescaya Allah akan menyayanginya
3. Orang yang mengasihi orang lain, dia akan disayangi oleh penghuni dilangit
4. Sifat saling menyayangi datang daripada mereka yang memiliki kejernihan jiwa dan kesucian rohani
Wednesday, November 30, 2022
Tidak Membalas Keburukan Dengan Keburukan
Rabu, 05hb Jamadil Awal 1444H: Tidak Membalas Keburukan Dengan Keburukan
عَنْ عَائِشَةَ رضي
الله عنها قَالَتْ : اسْتَأْذَنَ رَهْطٌ مِنَ الْيَهُودِ عَلَى رَسُولِ
اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالُوا : السَّامُ
عَلَيْكُمْ فَقَالَتْ عَائِشَةُ : بَلْ عَلَيْكُمُ السَّامُ وَاللَّعْنَةُ
فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : يَا
عَائِشَةُ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الرِّفْقَ فِي الْأَمْرِ كُلِّهِ قَالَتْ :
أَلَمْ تَسْمَعْ مَا قَالُوا قَالَ : قَدْ قُلْتُ وَعَلَيْكُمْ
Daripada
Aisyah RA berkata, sekumpulan orang Yahudi meminta izin untuk bertemu
baginda lalu mereka mengucapkan: "Assam ‘alaikum (Mati ke atas kamu)".
Aku (Aisyah) berkata: "Ke atas kamu mati dan laknat!"
Lalu baginda menegur: "Wahai Aisyah, sesungguhnya Allah itu penyantun menyukai kesantunan dalam semua perkara.”
Aku (Aisyah) bertanya: "Kamu tak dengarkah apa yang mereka sebut?"
Baginda berkata: "Ya, aku sudah jawab Wa a’laikum (keatas
kamu)."
(Sahih Bukhari no: 6927) Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Islam agama rahmah yang mengajar umatnya berakhlak mulia dalam perbuatan, pertuturan mahupun penulisan.
2.
Islam mengajar umatnya sentiasa menunjukkan akhlak yang mulia dengan
bersikap lunak dan santun kerana Allah itu menyukai kesantunan dalam
semua perkara.
3. Rasulullah SAW menegur perbuatan Aisyah RA
yang membalas ucapan Yahudi yang memberi salam kepada Rasulullah SAW
dengan ucapan Assam ‘alaikum yang membawa maksud buruk iaitu “Mati ke
atas kamu”. Aisyah membalas dengan Alaikum sam wa laknatu membawa maksud
“Ke atas kamu mati dan laknat!”
4. Islam mengajar kita
memelihara tutur kata yang baik-baik dan jangan sampai dipengaruhi oleh
syaitan dalam mengeluarkan kata-kata sama ada dalam percakapan mahupun
penulisan. Firman Allah:
وَقُل لِّعِبَادِي يَقُولُواْ ٱلَّتِي
هِيَ أَحۡسَنُۚ إِنَّ ٱلشَّيۡطَٰنَ يَنزَغُ بَيۡنَهُمۡۚ إِنَّ ٱلشَّيۡطَٰنَ
كَانَ لِلۡإِنسَٰنِ عَدُوّٗا مُّبِينٗا
“Dan katakanlah (Wahai
Muhammad) kepada hamba-hamba-Ku (yang beriman), supaya mereka berkata
dengan kata-kata yang amat baik sesungguhnya syaitan itu sentiasa
menghasut antara mereka, sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang amat
nyata bagi manusia.” (al-Isra: 53).
Kata Ibn Kathir ketika
menafsirkan ayat ini: “Allah memerintah Rasulullah SAW memberitahu
kepada hamba-hamba Allah agar berkata dalam ucapan dan perbincangan
mereka ungkapan yang terbaik dan kalimat yang baik. Jika itu tidak
dilakukan, syaitan akan menghasut mereka. Maka ucapan itu akan membawa
tindak balas, berlaku keburukan, permusuhan dan peperangan.” (Ibn
Kathir, 5/87. Mekah: Dar al-Taybah).
5. Seseorang boleh, bahkan
disuruh menegur ataupun mengkritik sesuatu perkara yang salah. Namun,
Islam mengajar agar kita berdisiplin dalam ucapan dan tulisan kita.
Jangan sekali-kali menggunakan bahasa yang buruk dan kotor.
Orang
yang suka memaki orang lain merupakan golongan yang fasik (golongan
pendosa). Mereka bukanlah penegak agama sebaliknya untuk memenuhi
kehendak nafsu sendiri dan dipengaruhi syaitan.
Tuesday, November 29, 2022
Mukmin Bukan Pencela dan Pelaknat
Selasa, 04hb Jamadil Awal 1444H: Mukmin Bukan Pencela dan Pelaknat
عَنْ عَبْدِ اللَّهِ قَالَ قَالَ
رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَيْسَ الْمُؤْمِنُ
بِالطَّعَّانِ وَلَا اللَّعَّانِ وَلَا الْفَاحِشِ وَلَا الْبَذِيءِ
Daripada
Abdullah ia berkata; Rasulullah SAW bersabda: “Seorang mukmin itu
bukanlah orang yang suka mencela, suka melaknat, suka berperilaku keji
dan suka berkata kasar.”
(Sunan Tirmizi No: 1900) Status: Hadis Hasan
Pengajaran:
1. Seorang mukmin wajib menjauhi sifat buruk antaranya:
a. Suka mencela (mengejek, menghina, membuka aib, memperlekeh).
b. Suka melaknat
c. Suka berperilaku keji (berperangai buruk)
d. Suka berkata kasar (menyakiti orang lain)
2. Seorang mukmin wajib memelihara lisan dan berhati-hati dalam ucapan dan tulisan.
3.
Jangan sampai pertuturan, penulisan dan perbuatan, menjerumuskan kita
kedalam dosa besar seperti memaki hamun, sumpah seranah, memperlekeh,
menghina, mengumpat mahupun memfitnah.
4. Menjadi kewajipan kita mencontohi Rasulullah SAW yang diutus sebagai rahmat kepada seluruh alam, bukan sebagai pelaknat.
عَنْ
أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قِيلَ يَا رَسُولَ اللَّهِ ادْعُ عَلَى
الْمُشْرِكِينَ قَالَ إِنِّي لَمْ أُبْعَثْ لَعَّانًا وَإِنَّمَا
بُعِثْتُ رَحْمَةً
Daripada Abu Hurairah RA, beliau berkata:
Dikatakan kepada baginda: Ya Rasulullah, doakanlah kecelakaan kepada
kaum Musyrikin. Baginda menjawab: Sesungguhnya aku tidak diutuskan
sebagai pelaknat. Sesungguhnya aku diutuskan sebagai rahmat. (Sahih
Muslim, Kitab al-Birr wa al-Silah wa al-Adab No: 2599)
Friday, November 25, 2022
Bertakwa dan Berakhlak Dalam Pergaulan
Jumaat, 30hb Rabiul Akhir 1444H: Bertakwa dan Berakhlak Dalam Pergaulan
عَنْ أَبِي ذَرٍّ قَالَ
قَالَ لِي رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ اتَّقِ
اللَّهِ حَيْثُمَا كُنْتَ وَأَتْبِعْ السَّيِّئَةَ الْحَسَنَةَ تَمْحُهَا
وَخَالِقِ النَّاسَ بِخُلُقٍ حَسَنٍ
Daripada Abu Dzar RA ia
berkata; Rasulullah SAW pernah bersabda kepadaku: "Bertakwalah kamu
kepada Allah dimana saja kamu berada dan ikutilah setiap keburukan
dengan kebaikan yang dapat menghapuskannya, serta pergaulilah manusia
dengan akhlak yang baik."
(Sunan Tirmizi No: 1910) Status: Hadis Hasan
Sahih.
Pengajaran:
1.Setiap Muslim perlu memiliki sifat takwa dimana sahaja berada dan dalam setiap waktu.
2.Takwa ialah sentiasa melaksanakan ketaatan kepada Allah dan menjauhi perkara yang dilarang.
3.Takwa itu ialah sifat berhati-hati dan sentiasa merasakan diri diawasi oleh Allah.
4.Abu
Darda berkata: Taqwa yang paling sempurna ialah seorang hamba yang
takut kepada Allah hinggakan dalam urusan seberat zarahpun dia masih
takut. Setengah perkara yang halal pun ditinggalkan kerana takut ia
menjadi haram.
5.Lakukanlah amal kebaikan kerana ia boleh menjadi
penyebab kepada penghapusan dosa yang dilakukan seperti beristighfar,
sedekah, berbuat baik sesama manusia tanpa mengira kawan mahupun lawan
dan sebagainya.
6.Berakhlak baiklah dalam pergaulan sesama
manusia sama ada ahli keluarga, jiran tetangga, rakan sepejabat mahupun
anggota masyarakat yang Muslim dan Non Muslim.
7.Jagalah akhlak
dalam perhubungan sesama kita dalam organisasi dan masyarakat. Elakkan
umpatan, fitnah, hinaan, merendah-rendah orang lain dan sebagainya.
Thursday, November 24, 2022
Jadilah Warganegara Terbaik
Khamis, 29hb Rabiul Akhir 1444H: Jadilah Warganegara Terbaik
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنّ رَسُولَ
اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَقَفَ عَلَى أُنَاسٍ جُلُوسٍ
فَقَالَ أَلَا أُخْبِرُكُمْ بِخَيْرِكُمْ مِنْ شَرِّكُمْ قَالَ
فَسَكَتُوا فَقَالَ ذَلِكَ ثَلَاثَ مَرَّاتٍ فَقَالَ رَجُلٌ بَلَى يَا
رَسُولَ اللَّهِ أَخْبِرْنَا بِخَيْرِنَا مِنْ شَرِّنَا قَالَ : "
خَيْرُكُمْ مَنْ يُرْجَى خَيْرُهُ وَيُؤْمَنُ شَرُّهُ وَشَرُّكُمْ مَنْ
لَا يُرْجَى خَيْرُهُ وَلَا يُؤْمَنُ شَرُّهُ
Daripada Abu
Hurarirah RA berkata, “Nabi SAW melewati sekelompok orang yang sedang
duduk. Baginda SAW bersabda, “Mahukah aku beritahu kalian, orang yang
terbaik di antara yang terburuk dalam kalangan kalian?”
Mereka pun terdiam. Rasulullah SAW pun mengulangi pertanyaan tersebut sampai tiga kali. Kemudian mereka pun menjawab, “Ya, wahai Rasulullah! Beritahu kepada kami siapakah orang yang terbaik di antara yang terburuk di antara kami.”
Rasulullah SAW kemudian bersabda,“Manusia terbaik di antara kalian adalah yang diharapkan kebaikannya dan orang lain merasa aman dari gangguannya. Manusia terburuk di antara kalian adalah yang tidak diharapkan kebaikannya dan orang lain juga tidak merasa aman dari gangguannya.”
(Sunan Tirmidzi no. 2263) Status: Sahih dalam Shahih
Al-Jami’ no. 2603.
Pengajaran:
1.Manusia yang terbaik
adalah yang sentiasa mendatangkan kebaikan kepada orang lain dan orang
lain merasa aman dari gangguannya.
2.Manusia terburuk adalah yang tidak mendatangkan kebaikan kepada orang lain malah orang lain merasa tidak aman dari gangguannya
3.Jadikanlah
kehadiran kita ditengah-tengah masyarakat sebagai orang yang bermanfaat
dan dirasai kebaikan oleh orang lain. Rasulullah SAW bersabda:
خَيْرُ النَّاسِ أَنْفَعُهُمْ لِلنَّاسِ
Sebaik-baik manusia adalah orang paling bermanfaat bagi orang lain. (HR Ibn Hibban No: 2/48)
4.Orang yang paling dicintai Allah adalah orang yang paling bermanfaat pada orang lain. Sabda Rasulullah SAW:
أحَبُّ النَّاسِ إلى اللهِ أنفَعُهم للنَّاسِ
Orang
paling dicintai Allah adalah orang yang paling bermanfaat bagi orang
lain. (Riwayat at-Tabarani) Al-Mu’jam Al-Ausot, no.hadis dan juzu’ :
6/139
Wednesday, November 23, 2022
Mendamaikan Lebih Utama
Rabu, 28hb Rabiul Akhir 1444H : Mendamaikan Lebih Utama
عَنْ أَبِي الدَّرْدَاءِ قَالَ قَالَ
رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَلَا أُخْبِرُكُمْ
بِأَفْضَلَ مِنْ دَرَجَةِ الصِّيَامِ وَالصَّلَاةِ وَالصَّدَقَةِ قَالُوا
بَلَى يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ إِصْلَاحُ ذَاتِ الْبَيْنِ وَفَسَادُ
ذَاتِ الْبَيْنِ الْحَالِقَةُ
Daripada Abu Darda RA ia berkata,
"Rasulullah SAW bersabda: "Mahukah jika aku khabarkan kepada kalian
suatu yang lebih utama dari darjat puasa, solat dan sedekah?" para
sahabat berkata, "Tentu ya Rasulullah." Baginda bersabda: "Mendamaikan
orang yang sedang berselisih. Dan rosaknya orang yang berselisih adalah
pencukur (mencukur amal kebaikan yang telah dikerjakan)."
(Sunan Abu
Daud No: 4273) Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1.Ibadah Puasa, Solat dan Sedekah adalah antara amal ibadah yang utama dalam kehidupan Muslim yang biasa dilaksanakan.
2.Mendamaikan
dua orang yang berselisih atau dua kelompok yang berbalah adalah lebih
utama berbanding ibadat peribadi seperti puasa, solat dan sedekah
3.Perselisihan
atau perbalahan antara dua orang atau dua kelompok boleh menjadi
pengikis pahala yang mungkin dicetuskan dari penyakit hasad dengki
dengan saling mengumpat, menghina dan merendah-rendahkan pihak yang satu
lagi
أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ
إِيَّاكُمْ وَالْحَسَدَ فَإِنَّ الْحَسَدَ يَأْكُلُ الْحَسَنَاتِ كَمَا
تَأْكُلُ النَّارُ الْحَطَبَ أَوْ قَالَ الْعُشْبَ
Sesungguhnya
Nabi SAW bersabda: "Jauhilah hasad (dengki), kerana hasad dapat memakan
kebaikan seperti api memakan kayu bakar." (Sunan Abu Daud No:4257)
Hidup
bermasyarakat dan bernegara memerlukan warganya saling bertolak ansur
dan mengelakkan perselisihan yang membawa kepada perbalahan. Saling
bermaafanlah dalam perkara yang kita berbeza dan saling bertolong bantu
dalam perkara yang disepakati.
Bersikap ramah dan rahmah dengan
berusaha mendamaikan dua saudara atau kelompok yang berselisih kerana ia
adalah amal soleh yang utama. Elak diri kita dari menjadi penyimbah
minyak bagi memarakkan api.
Tuesday, November 22, 2022
Berpada Ketika Mencintai dan Membenci Orang Lain
Selasa,27hb Rabiul Akhir 1444H: Berpada Ketika Mencintai dan Membenci Orang Lain
عَنْ أَبِي
هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
أَحْبِبْ حَبِيبَكَ هَوْنًا مَا عَسَى أَنْ يَكُونَ بَغِيضَكَ يَوْمًا مَا
وَأَبْغِضْ بَغِيضَكَ هَوْنًا مَا عَسَى أَنْ يَكُونَ حَبِيبَكَ يَوْمًا
مَا
Daripada Abu Hurairah RA ia berkata, Rasulullah SAW bersabda,
“Cintailah orang yang kamu cintai sekadarnya. Boleh jadi orang yang
sekarang kamu cintai suatu hari nanti menjadi orang yang kamu benci. Dan
bencilah orang yang kamu benci sekadarnya, boleh jadi suatu hari nanti
dia menjadi orang yang kamu cintai.”
(Sunan Tirmidzi No: 1997) Status:
Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Sifat cinta dan kasih adalah
fitrah manusia namun biarlah berpada. Contohnya mencintai pasangan juga
ahli keluarga yang berlebihan sehingga jika berlaku kematian, atau
orang yang disayangi meninggalkannya, impak kesedihan amat mendalam yang
boleh membawa kecelakaan padanya.
2. Maka cintailah saudaramu sewajarnya dengan memberikan hak-haknya tanpa berlebihan dan tanpa meremehkan haknya.
3.
Hasan Bashri RA berkata, “Hendaknya kalian mencintai jangan berlebihan
dan membenci tidak berlebihan. Telah ada orang-orang yang berlebihan
dalam mencintai satu kaum akhirnya binasa. Ada pula yang berlebihan
dalam membenci satu kaum dan mereka pun binasa.”
4. Jika
seseorang berlebihan dalam membenci lawannya, mungkin suatu masa nanti
hubungan mereka menjadi baik maka mereka akan malu untuk menjadi sahabat
dan kawan kerana merasa malu disebabkan berlebihan dalam membencinya
sebelum ini. Kebencian berlebihan juga boleh membinasakan.
Ingatlah firman Allah SWT:
وَعَسَىٰ
أَن تَكْرَهُوا شَيْئًا وَهُوَ خَيْرٌ لَّكُمْ ۖ وَعَسَىٰ أَن تُحِبُّوا
شَيْئًا وَهُوَ شَرٌّ لَّكُمْ ۗ وَاللَّهُ يَعْلَمُ وَأَنتُمْ لَا
تَعْلَمُونَ
Maksudnya: “Dan boleh jadi kamu membenci sesuatu
sedangkan ia baik bagi kamu. Dan boleh jadi kamu sukakan sesuatu
sedangkan itu adalah keburukan bagi kamu. Allah itu lebih mengetahui dan
kamu tidak mengetahui.” (Al-Baqarah: 216)
5. Awasilah sifat
benci yang boleh mendorong kita berlaku zalim kepada orang lain juga
menjadi penyebab kita tidak berlaku adil terhadap mereka.
Firman Allah surah al-Maidah ayat 8:
يَٰأَيُّهَا
ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ كُونُواْ قَوَّمِينَ لِلَّهِ شُهَدَآءَ
بِٱلۡقِسۡطِۖ وَلَا يَجۡرِمَنَّكُمۡ شَنََٔانُ قَوۡمٍ عَلَىٰٓ أَلَّا
تَعۡدِلُواْۚ ٱعۡدِلُواْ هُوَ أَقۡرَبُ لِلتَّقۡوَىٰۖ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَۚ
إِنَّ ٱللَّهَ خَبِيرُۢ بِمَا تَعۡمَلُونَ ٨
Wahai orang-orang
yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang
menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran dan jangan
sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu
kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada
sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada takwa dan
bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan
mendalam akan apa yang kamu lakukan.
Monday, November 21, 2022
Larangan Memboikot Sesama Muslim
Isnin, 26hb Rabiul Akhir 1444H: Larangan Memboikot Sesama Muslim
عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ أَنَّ
رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَا تَبَاغَضُوا
وَلَا تَحَاسَدُوا وَلَا تَدَابَرُوا وَكُونُوا عِبَادَ اللَّهِ إِخْوَانًا
وَلَا يَحِلُّ لِمُسْلِمٍ أَنْ يَهْجُرَ أَخَاهُ فَوْقَ ثَلَاثِ لَيَالٍ
Daripada
Anas bin Malik bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Janganlah kalian saling
membenci, janganlah saling mendengki dan janganlah kalian saling
membelakangi dan jadilah kalian hamba-hamba Allah yang bersaudara, dan
tidak halal bagi seorang muslim mendiamkan saudaranya melebihi tiga
malam."
(HR Bukhari No: 5612) Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Islam melarang sifat saling membenci sesama Muslim.
2. Islam juga melarang sifat saling dengki atau iri hati terhadap kelebihan orang lain
3. Saling membelakangi atau saling bermusuh sesama Muslim adalah dilarang sama sekali
4. Muslim dituntut saling bersaudara dan berkasih sayang
5. Sesama Muslim dilarang tidak bertegur sapa melebihi tiga malam.
6.
Tinggalkanlah segala umpat keji, fitnah yang mungkin dilakukan sebelum
ini. Jalinkanlah kembali ikatan ukhuwah sesama muslim. Menjaga ukhuwah
itu wajib seperti kita menjaga solat dan puasa.
7.
Friday, November 18, 2022
Tanggungjawab Kepimpinan Tidak Diberi Kepada Pendusta dan Pengkhianat
Jumaat, 23hb Rabiul Akhir 1444H: Tanggungjawab Kepimpinan Tidak Diberi Kepada Pendusta dan Pengkhianat
عَنْ
أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ سَيَأْتِي عَلَى النَّاسِ سَنَوَاتٌ خَدَّاعَاتُ يُصَدَّقُ
فِيهَا الْكَاذِبُ وَيُكَذَّبُ فِيهَا الصَّادِقُ وَيُؤْتَمَنُ فِيهَا
الْخَائِنُ وَيُخَوَّنُ فِيهَا الْأَمِينُ وَيَنْطِقُ فِيهَا
الرُّوَيْبِضَةُ قِيلَ وَمَا الرُّوَيْبِضَةُ قَالَ الرَّجُلُ التَّافِهُ
فِي أَمْرِ الْعَامَّةِ
Daripada Abu Hurairah RA dia berkata,
"Rasulullah SAW bersabda: "Akan datang tahun-tahun penuh dengan
kedustaan yang menimpa manusia, pendusta dipercaya, orang yang jujur
didustakan, amanah diberikan kepada pengkhianat, sedangkan orang yang
jujur dikhianati, dan golongan Ruwaibidhah akan berkata-kata."
Lalu baginda ditanya, "Siapakah golongan Ruwaibidhah itu?"
Baginda SAW menjawab: "Orang-orang bodoh lagi fasik yang mengurus urusan perkara umum yang besar."
(Sunan Ibnu Majah No: 4026) Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1.
Baginda Nabi SAW memberi amaran kepada umatnya agar berhati-hati
ketika menghadapi hari-hari yang penuh dengan tipu daya dimana pada
waktu itu orang yang pandai berbohong, pendusta dan pengkhianat lebih
dipercayai untuk diberikan amanah dan tanggungjawab.
2. Orang yang jujur dan benar-benar amanah tidak diberi tanggung jawab malah didustai dan dikhianati.
3. Kebenaran dan amanah diberikan kepada orang-orang yang bodoh dan keji lagi fasik. Mereka ini digelar sebagai al-Ruwaibidah.
4.
Nabi SAW menyifatkan al-Ruwaibidah dengan dua sifat iaitu sebagai
orang yang keji atau kurang ilmunya dan dalam masa yang sama bercakap
berkaitan perkara-perkara umum yang besar sedangkan dia tidak mempunyai
ilmu padanya.
5. Imam al-Syatibi menyatakan al-Ruwaibidah ialah
orang yang bodoh dan keji bercakap berkaitan perkara umum sedangkan dia
bukan ahli dalam perkara tersebut tetapi masih ingin bercakap
(al-‘Itisham, 3:100).
6. Hasyiah al-Sindi ‘ala Ibn Majah (2:494)
menyatakan al-Ruwaibidah seseorang yang lemah dan tenggelam di dalam
hal-hal keduniaan dan sentiasa menginginkannya (merebut jawatan untuk
menghimpun harta dan pangkat).
Thursday, November 17, 2022
Allah Benci Orang Yang Kuat Bermusuhan
Khamis, 22hb Rabiul Akhir 1444H; Allah Benci Orang Yang Kuat Bermusuhan
عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ:
قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: إِنَّ أَبْغَضَ
الرِّجَالِ إِلَى اللهِ الْأَلَدُّ الْخَصِمُ
Daripada Aisyah RA
berkata: Rasulullah SAW telah bersabda: "Sesungguhnya orang yang paling
dibenci Allah ialah orang yang paling kuat bermusuhan."
(HR Muslim No:
2668) Status : Hadis Sahih
Pengajaran :
1. Orang yang paling Allah benci ialah mereka yang paling kuat bermusuhan.
2.
Menurut Muhammad Fuad Abdul Baqi, yang dimaksudkan الألد ialah
permusuhan yang keras. Manakala perkataan الخصم pula bermaksud
permusuhan atau penentangan yang salah dalam menegakkan kebenaran
ataupun menthabitkan kebatilan (Syarh Sahih Muslim).
3. Hal ini
menunjukkan perkara yang dibenci Allah itu tidak terhad pada golongan
batil sahaja, akan tetapi Allah juga benci pada golongan yang ingin
menegakkan kebenaran namun memusuhi orang lain (dia saja yang betul
sedangkan orang lain salah).
Firman Allah SWT:
وَمِنَ
ٱلنَّاسِ مَن يُعۡجِبُكَ قَوۡلُهُۥ فِي ٱلۡحَيَوٰةِ ٱلدُّنۡيَا وَيُشۡهِدُ
ٱللَّهَ عَلَىٰ مَا فِي قَلۡبِهِۦ وَهُوَ أَلَدُّ ٱلۡخِصَامِ
Dan
di antara manusia ada orang yang ucapannya tentang kehidupan dunia
menarik hatimu, dan dipersaksikannya kepada Allah (atas kebenaran) isi
hatinya, padahal ia adalah penentang yang paling keras. (Al-Baqarah ayat
204)
4. Janganlah kerana kita tidak bersetuju dengan seseorang
atau sekelompok, menjadikan kita benci dan memusuhi mereka hingga
seolah-olah tiada kebaikan pada mereka malah kita berusaha
memburuk-burukkan.
Wednesday, November 16, 2022
Pemimpin Perlu Pembantu Jujur
Rabu, 21hb Rabiul Akhir 1444H; Pemimpin Perlu Pembantu Jujur
عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ قَالَ
رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا أَرَادَ اللَّهُ
بِالْأَمِيرِ خَيْرًا جَعَلَ لَهُ وَزِيرَ صِدْقٍ إِنْ نَسِيَ ذَكَّرَهُ
وَإِنْ ذَكَرَ أَعَانَهُ وَإِذَا أَرَادَ اللَّهُ بِهِ غَيْرَ ذَلِكَ
جَعَلَ لَهُ وَزِيرَ سُوءٍ إِنْ نَسِيَ لَمْ يُذَكِّرْهُ وَإِنْ ذَكَرَ
لَمْ يُعِنْهُ
Daripada Aisyah RA, ia berkata; Rasulullah SAW
bersabda: "Apabila Allah menghendaki kebaikan pada diri pemimpin maka
Allah akan menjadikan baginya menteri (pembantu) yang jujur, apabila ia
lupa maka ia akan mengingatkannya dan apabila ia ingat maka ia akan
membantunya. Dan apabila Allah menghendaki selain itu (keburukan) pada
diri seorang pemimpin maka Allah jadikan baginya menteri (pembantu) yang
buruk, apabila ia lupa maka ia tidak mengingatakannya, dan apabila ia
ingat maka ia tidak membantunya."
(HR Abu Daud No: 2543) Status: Hadis
Sahih
Pengajaran:
1. Pemimpin memikul tugas dan tanggungjawab yang berat. Pemimpin memerlukan pembantu yang boleh meringankan tugas kepimpinan.
2.
Jika Allah mahukan kebaikan kepada pemimpin, nescaya akan diberikan
kepadanya pembantu yang baik dan jujur. Pembantu yang baik, akan
berusaha dengan kemahiran yang ada membantu melaksanakan tugas-tugas
ketua dengan cemerlang dan sentiasa diredhai Allah.
3. Pembantu dan pekerja yang baik memiliki sifat kuat (berkemampuan) dan amanah seperti firman Allah:
إِنَّ خَيْرَ مَنِ اسْتَئْجَرْتَ الْقَوِىُّ الاَمِينُ
Sesungguhnya sebaik-baik orang yang engkau ambil bekerja ialah orang yang kuat, lagi amanah. [al-Qasas:26]
Sebaik-baik
pekerja ialah yang memiliki dua sifat iaitu kuat yang merujuk kepada
skill serta kemampuan melaksanakan tugas dan amanah yang merujuk kepada
orang yang dipercayai dan takut kepada Allah serta tidak menyeleweng.
4.
Pembantu yang baik akan memberikan maklumat yang tepat dan benar
kepada ketua agar tindakan dapat diambil dengan tepat dan hikmah.
5.
Pembantu yang jujur, akan mengingatkan kepada ketua jika lupa atau
silap dan akan segera membantu, bukan turut sama mengiakan kesilapan.
6.
Pemimpin atau ketua sewajarnya melantik pembantu yang benar-benar
layak, amanah dan bertaqwa untuk membantunya memimpin organisasi atau
Negara dengan baik.
7. Jika kita sebagai ketua, pastikan
pembantu yang dipilih benar-benar layak dan sentiasa bersedia
mengingatkan pemimpin bukan hanya pembodek dan pengambil kesempatan.
8.
Sebagai rakyat yang berhak mengundi dalam PRU 15 ini, menjadi
tanggungjawab anda untuk mengundi pemimpin yang berintegriti, memiliki
kemampuan dan amanah yang akan memacu kemakmuran dan kestabilan Negara.
Tuesday, November 15, 2022
Tidak Bersama Pemimpin Zalim
Selasa, 20hb Rabiul Akhir 1444H: Tidak Bersama Pemimpin Zalim
عَنْ كَعْبِ بْنِ عُجْرَةَ قَالَ
خَرَجَ عَلَيْنَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَوْ
دَخَلَ وَنَحْنُ تِسْعَةٌ وَبَيْنَنَا وِسَادَةٌ مِنْ أَدَمٍ فَقَالَ
إِنَّهَا سَتَكُونُ بَعْدِي أُمَرَاءُ يَكْذِبُونَ وَيَظْلِمُونَ فَمَنْ
دَخَلَ عَلَيْهِمْ فَصَدَّقَهُمْ بِكِذْبِهِمْ وَأَعَانَهُمْ عَلَى
ظُلْمِهِمْ فَلَيْسَ مِنِّي وَلَسْتُ مِنْهُ وَلَيْسَ بِوَارِدٍ عَلَيَّ
الْحَوْضَ وَمَنْ لَمْ يُصَدِّقْهُمْ بِكَذِبِهِمْ وَيُعِنْهُمْ عَلَى
ظُلْمِهِمْ فَهُوَ مِنِّي وَأَنَا مِنْهُ وَهُوَ وَارِدٌ عَلَيَّ الْحَوْضَ
Dari
Ka'ab bin Ujrah ia berkata, "Rasulullah SAW pernah keluar atau masuk
menemui kami, ketika itu kami berjumlah sembilan orang. Dan di antara
kami ada bantal yang diperbuat dari kulit.
Baginda lalu bersabda: "Sesungguhnya akan ada setelahku para pemimpin yang berbuat pendustaan dan kezaliman. Barangsiapa mendatangi mereka kemudian membenarkan pembohongan mereka, atau membantu mereka dalam kezalimannya, maka ia bukan dari golonganku dan aku bukan dari golongannya. Serta ia tidak akan minum dari telagaku.
Dan barangsiapa tidak membenarkan pembohongan mereka dan tidak membantu mereka dalam berbuat kezaliman, maka ia adalah dari golonganku dan aku adalah dari golongannya. Dan kelak ia akan minum dari telagaku."
(HR Ahmad No: 17424) Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1.
Menjadi tanggungjawab setiap Muslim untuk mencegah kezaliman dan
maksiat yang berlaku di sekeliling mereka dengan hikmah dan bijaksana.
2. Sesiapa yang dilantik sebagai pemimpin jangan sekali-kali melakukan pendustaan, pembohongan dan kezaliman.
3.
Mana-mana kebenaran dan hak yang dilakukan oleh pemimpin, menjadi
kewajipan untuk bersama mempertahankan. Mana-mana yang berbentuk
kezaliman dan maksiat, menjadi tanggungjawab untuk menghalangnya
daripada berterusan dengan cara yang hikmah dan dibenarkan oleh syarak.
4.
Rasulullah SAW memberi amaran kepada mereka yang bersetuju dan masih
menyokong mereka dan pembohongan serta kezaliman yang dilakukan oleh
pemimpin di kalangan mereka, Rasulullah SAW tidak mengaku mereka
sebahagian dari umatnya dan tidak layak untuk minum air dari telaga
Rasulullah SAW.
5. Muslim yang mencanggahi pembohongan dan
kezaliman pemimpin di kalangan mereka dan tidak membantu mereka
berterusan dalam kezaliman, tidak memilih mereka maka ia bersama
Rasulullah dan Rasulullah SAW akan bersamanya dan layak untuk minum air
dari telaga Rasulullah SAW.
6. Semoga kita tergolong dari
kalangan orang yang bersama dengan Rasulullah SAW di hari Akhirat dan
Rasulullah SAW bersama dengan kita. Semoga Negara kita memiliki pemimpin
yang adil, amanah dan berintegriti ke arah Malaysia yang maju dan
makmur serta di rahmati.
Monday, November 14, 2022
Pemimpin Yang Allah Tutup Rahmat dan Bantuan
Isnin,19hb Rabiul Akhir 1444H - Pemimpin Yang Allah Tutup Rahmat dan Bantuan
مَنْ وَلَّاهُ
اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ شَيْئًا مِنْ أَمْرِ الْمُسْلِمِينَ فَاحْتَجَبَ
دُونَ حَاجَتِهِمْ وَخَلَّتِهِمْ وَفَقْرِهِمْ احْتَجَبَ اللَّهُ عَنْهُ
دُونَ حَاجَتِهِ وَخَلَّتِهِ وَفَقْرِهِ
"Barangsiapa yang Allah
'azza wajalla serahkan kepadanya sebahagian urusan orang muslim
(kepimpinan) namun ia menutup diri dari melayani keperluan mereka dan
kefakiran mereka, nescaya Allah menutup diri darinya dan tidak melayani
keperluannya, serta kefakirannya (pada hari kiamat)."
(Sunan Abu Daud
No: 2559) Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Setiap orang
yang diberikan tanggungjawab kepimpinan perlu memiliki sikap amanah
menunaikan kewajipan mereka yang berada di bawah kepimpinannya.
2. Antara tanggungjawab kepimpinan ialah sentiasa memenuhi keperluan mereka di samping membantu kesusahan yang dialami.
3.
Pemimpin yang tidak mengindahkan keperluan dan kesusahan orang yang
berada di bawah kepimpinannya, nescaya Allah juga tidak akan memenuhi
keperluan dan kesusahannya pada hari Kiamat kelak.
4. Sebagai
pemimpin dimana sahaja peringkat kepimpinan, berusahalah memenuhi
keperluan mereka yang berada di bawah kita tanpa mengira bangsa, agama
mahupun kumpulan.
5. Pemimpin yang dilantik mesti bersedia
menjadi khadam kepada rakyat. Bukan rakyat yang terpaksa menjadi khadam
kepada pemimpin.
Thursday, November 10, 2022
Enam Perkara Untuk Jaminan Syurga
Khamis,15hb Rabiul Akhir 1444H: Enam Perkara Untuk Jaminan Syurga
عَنْ عُبَادَةَ بْنِ الصَّامِتِ
أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ اضْمَنُوا لِي
سِتًّا مِنْ أَنْفُسِكُمْ أَضْمَنْ لَكُمْ الْجَنَّةَ اصْدُقُوا إِذَا
حَدَّثْتُمْ وَأَوْفُوا إِذَا وَعَدْتُمْ وَأَدُّوا إِذَا اؤْتُمِنْتُمْ
وَاحْفَظُوا فُرُوجَكُمْ وَغُضُّوا أَبْصَارَكُمْ وَكُفُّوا أَيْدِيَكُمْ
Daripada
'Ubadah bin Ash Shamit bahawa Nabi SAW bersabda: "Jaminlah enam perkara
untukku dari diri kalian, nescaya aku akan menjamin syurga untuk
kalian; jujurlah jika berbicara, tepatilah jika kalian berjanji,
tunaikanlah amanah jika kalian diserahi amanah, jagalah kemaluan kalian,
tundukkan pandangan kalian dan tahanlah tangan kalian."
(HR Ahmad No:
21695) Status: Isnad Maqbul
Pengajaran:
Rasulullah SAW memberi jaminan setiap Muslim akan masuk Syurga jika memelihara enam perkara:
1. Jujur jika berbicara.
Ibnu
Qayyim: Kejujuran adalah jalan yang lurus dimana orang yang tidak
jujur, dia akan celaka dan binasa. Kejujuran (tidak berbohong) akan
membezakan antara munafik dan beriman.
2. Menepati janji.
Tidak memenuhi janji adalah diantara sifat munafik.
3. Menunaikan amanah.
Amanah berkaitan dengan hak Allah dan hak manusia yang wajib ditunaikan
4. Memelihara kemaluan (kecuali untuk pasangan yang sah)
5. Menundukkan pandangan.
Ibnu
Qayyim: menjaga pandangan adalah modal pokok untuk menjaga kemaluan.
Siapa yang tidak menjaga pandangannya, dia telah menempatkan dirinya ke
tempat kehancuran.
6. Menahan tangan.
Seorang Muslim tidak
menganggu, menyakiti saudara Muslim yang lain, teman, mahupun
tetangganya baik dengan lisan maupun tangannya. Mereka merasa aman
dengan kehadiran dirinya.
Wednesday, November 9, 2022
Menjaga Amanah dan Janji
Rabu, 14hb Rabiul Akhir 1444H: Menjaga Amanah dan Janji
عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ مَا
خَطَبَنَا نَبِيُّ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِلَّا قَالَ
لَا إِيمَانَ لِمَنْ لَا أَمَانَةَ لَهُ وَلَا دِينَ لِمَنْ لَا عَهْدَ
لَهُ
Daripada Anas bin Malik RA berkata; Nabi SAW tidak pernah
berkhutbah di hadapan kami kecuali baginda mengatakan: "Tidak sempurna
keimanan bagi orang yang tidak amanah, dan tidak sempurna agama
seseorang bagi yang tidak memenuhi janji."
(HR Ahmad No:11935). Status:
Hadis Hasan
Pengajaran:
1. Menjaga amanah adalah sebahagian daripada iman. Tidak sempurna iman seseorang yang tidak menunaikan amanah.
2. Menjadi kewajipan kepada kita menunaikan amanah kepada yang berhak. Firman Allah dalam surah an-Nisa: 58
إِنَّ ٱللَّهَ يَأۡمُرُكُمۡ أَن تُؤَدُّواْ ٱلۡأَمَٰنَٰتِ إِلَىٰٓ أَهۡلِهَا
Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya).
3. Orang yang tidak menyempurnakan amanah seperti amanah kepimpinan, adalah orang yang memiliki sifat munafik.
4. Tidak sempurna agama seseorang bagi yang tidak memenuhi janji. Firman Allah (an-Nahl: 91)
وَأَوۡفُواْ بِعَهۡدِ ٱللَّهِ إِذَا عَٰهَدتُّم
Dan sempurnakanlah janji dan perintah-perintah Allah apabila kamu berjanji
5.
Menjaga amanah dan menunaikan janji adalah ciri orang beriman yang
berjaya, sebagaimana firman Allah dalam surat Al-Mukminun ayat 8:
قَدۡ أَفۡلَحَ ٱلۡمُؤۡمِنُونَ ١ …… وَٱلَّذِينَ هُمۡ لِأَمَٰنَٰتِهِمۡ وَعَهۡدِهِمۡ رَٰعُونَ ٨
Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman (iaitu) (1) …..
Dan mereka yang menjaga amanah dan janjinya (8)
Tuesday, November 8, 2022
Menghuni Neraka Kerana Dosa Lisan
Selasa, 13hb Rabiul Akhir 1444H: Menghuni Neraka Kerana Dosa Lisan
عن أبي هريرة رضي الله عنه
قَالَ: قِيْلَ لِلنَّبِيِّ صلى الله عليه و سلم يَا رَسُوْلَ اللهِ إِنَّ
فُلاَنَةً تَقُوْمُ اللَّيْلَ وَ تَصُوْمُ النَّهَارَ وَ تَفْعَلُ وَ
تَصَدَّقُ وَ تُؤْذِي جِيْرَانَهَا بِلِسَانِهَا فَقَالَ رَسُوْلُ اللهِ
صلى الله عليه و سلم: لاَ خَيْرَ فِيْهَا هِيَ مِنْ أَهْلِ النَّارِ
قَالُوْا: وَ فُلاَنَةً تُصَلِّى اْلمَكْتُوْبَةَ وَ تَصَدَّقُ بِأَثْوَارٍ
وَ لاَ تُؤْذِي أَحَدًا فَقَالَ رَسُوْلُ اللهِ صلى الله عليه و سلم: هِيَ
مِنْ أَهْلِ اْلجَنَّةِ
Daripada Abu Hurairah RA berkata, pernah
ditanyakan kepada Rasulullah SAW, “Wahai Rasulullah, sesungguhnya si
Fulanah rajin solat sunat malam, puasa di siang hari, mengerjakan
(berbagai kebaikan) dan bersedekah, Cuma ia suka mengganggu para
tetangganya dengan lisannya?”.
Bersabda Rasulullah SAW, “Tiada kebaikan padanya, dia termasuk penghuni neraka”.
Mereka bertanya lagi, “Sesungguhnya si Fulanah (yang lain) mengerjakan (hanya) solat wajib dan bersedekah dengan sepotong keju, namun tidak pernah mengganggu seorangpun?”.
Bersabda Rasulullah SAW, “Dia termasuk penghuni syurga”.
(HR Bukhari di dalam al-Adab al-Mufrod: 119). Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Seseorang akan ditempatkan kedalam syurga atau neraka bukan hanya bergantung banyaknya amal fardhu dan sunat atau tidak.
2.
Ada orang yang rajin solat sunat malam, rajin puasa sunat, banyak
melakukan kebaikan dan bersedekah, tetapi masuk neraka kerana mengganggu
para tetangganya dengan lisannya (habis segala pahala kebaikannya)
3.
Ada orang yang hanya mengerjakan yang fardhu seperti solat fardhu dan
puasa fardhu, sedekahnya sedikit namun masuk syurga kerana tidak pernah
menganggu orang lain.
4. Pada hari ini dosa lisan banyak
digantikan dalam bentuk tulisan, gambar juga video yang kadang kala
lebih kesat, buruk, penuh dengan adu domba, umpatan, kejian dan fitnah
termasuk yang ditularkan di FB, Twitter, Whatsapp, Telegram, Tik Tok
lebih-lebih lagi semasa berlangsungnya PRU ini.
5. Ingatlah amaran Allah kepada pengumpat, pemfitnah dan pencela dalam surah al-Humazah
وَيْلٌ لِكُلِّ هُمَزَةٍ لُمَزَةٍ
"Kecelakaanlah bagi setiap pengumpat lagi pencela"
- Humazah menurut Mujahid, pengumpat termasuk cemohan dengan lisan dan ucapan.
- Lumazah menurut Abi Hayan dalam Tafsir al-Bahrul Muhith bererti hinaan dengan isyarat mata, tangan dan sebagainya
Syed
Qutb: ini gambaran manusia jahiliah adalah jiwa manusia yang lemah dan
hina kerana tidak memiliki iman dan kehormatan diri, kerjanya mengumpat
dan mencemoh.
Ingatlah bahawa pengumpat akan dihumban ke neraka hutamah.
كَلا
لَيُنْبَذَنَّ فِي الْحُطَمَةِ (٤) وَمَا أَدْرَاكَ مَا الْحُطَمَةُ (٥)
نَارُ اللَّهِ الْمُوقَدَةُ (٦) الَّتِي تَطَّلِعُ عَلَى الأفْئِدَةِ (٧)
إِنَّهَا عَلَيْهِمْ مُؤْصَدَةٌ (٨) فِي عَمَدٍ مُمَدَّدَةٍ (٩)
Sekali-kali
tidak! Sesungguhnya dia benar-benar akan dilemparkan ke dalam Huthamah.
(4) dan tahukah kamu apa Huthamah itu? (5) (iaitu) api (yang
disediakan) Allah yang dinyalakan (6) yang (membakar) sampai ke hati.
(7) Sesungguhnya api itu ditutup rapat atas mereka (8). (sedang mereka
itu) diikat pada tiang-tiang yang panjang (9) (Al-Humazah)
Marilah
kita pelihara ibadat fardhu dan bersungguh-sungguh menjaga lisan dan
tulisan, sama ada yang kita tulis atau yang kita forward. Sesungguhnya
dosa lisan mungkin hanya didengar oleh beberapa orang namun dosa
tulisan, gambar, video berkekalan dan tersebar keseluruh dunia di alam
tanpa sempadan ini.
Monday, November 7, 2022
Adil Dalam Tanggungjawab
Isnin, 12hb Rabiul Akhir 1444H: Adil Dalam Tanggungjawab
وَفِي حَدِيثِ زُهَيْرٍ قَالَ قَالَ
رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ الْمُقْسِطِينَ
عِنْدَ اللَّهِ عَلَى مَنَابِرَ مِنْ نُورٍ عَنْ يَمِينِ الرَّحْمَنِ عَزَّ
وَجَلَّ وَكِلْتَا يَدَيْهِ يَمِينٌ الَّذِينَ يَعْدِلُونَ فِي حُكْمِهِمْ
وَأَهْلِيهِمْ وَمَا وَلُوا
Dalam hadis Zuhair dia berkata,
"Rasulullah SAW bersabda: "Orang-orang yang berlaku adil berada di sisi
Allah di atas mimbar (panggung) yang terbuat dari cahaya, di sebelah
kanan tuhan yang bersifat Ar Rahman 'Azza Aajalla, mereka ialah
orang-orang yang berlaku adil dalam hukuman mereka, adil dalam keluarga
dan adil keatas orang yang dibawah tanggungjawab mereka."
(HR Muslim No:
3406) Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Keadilan adalah suatu tuntutan dalam melaksanakan tanggungjawab.
2. Dalam menjatuhkan hukuman, setiap kita perlu berlaku adil tanpa mengira siapa mereka.
3.
Ibnu Hajar menyatakan: Orang yang adil adalah yang mengikut perintah
Allah dengan meletakkan sesuatu pada tempatnya tanpa keterlaluan dan
cuai.
4. At-Tobari menyatakan: Keadilan adalah wajib keatas
setiap orang dan dalam semua perkara, tiada sebarang kelonggaran dalam
melaksanakan keadilan sekalipun ke atas keluarga yang dekat atau jauh,
begitu juga dimasa senang atau susah.
5. Berlaku adillah keatas orang yang dibawah tanggungjawab kita. Firman Allah surah al-Maidah ayat 8:
يَٰأَيُّهَا
ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ كُونُواْ قَوَّمِينَ لِلَّهِ شُهَدَآءَ
بِٱلۡقِسۡطِۖ وَلَا يَجۡرِمَنَّكُمۡ شَنََٔانُ قَوۡمٍ عَلَىٰٓ أَلَّا
تَعۡدِلُواْۚ ٱعۡدِلُواْ هُوَ أَقۡرَبُ لِلتَّقۡوَىٰۖ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَۚ
إِنَّ ٱللَّهَ خَبِيرُۢ بِمَا تَعۡمَلُونَ ٨
Wahai orang-orang
yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang
menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran dan jangan
sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu
kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada
sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada takwa dan
bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan
mendalam akan apa yang kamu lakukan.
6. Jangan kerana kebencian
kita kepada seseorang, segolongan puak, bangsa, parti atau sekelompok
yang tidak sefikrah atau sependapat dengan kita, lalu kita tidak berlaku
adil.
7. Orang yang adil semasa di dunia akan mendapat tempat sebaiknya di sisi Allah.