Jumaat,02hb Rabiul Akhir 1444H; Tekun dan Bersungguh-sungguh
عَنْ عَائِشَةَ، أَنَّ رَسُولَ
اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: إن اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ
يُحِبُّ إِذَا عَمِلَ أَحَدُكُمْ عَمَلًا أَنْ يُتْقِنَهُ
Daripada
Aisyah RA, bahawa Nabi SAW bersabda: “Sesungguhnya Allah ‘Azza Wa Jal
kasih apabila seseorang daripada kamu yang melakukan sesuatu amalan,
dilakukan secara tekun.”
(HR Tabarani dalam al-Mu’jam al-Awsath (897)
dan al-Baihaqi dalam Syu’ab al-Iman (4929). Status Hadis Sahih
Pengajaran
1.
Tekun bermaksud menyempurnakan atau melaksanakan tugas atau kerja
dengan sebaik dan sesempurna mungkin sebagaimana yang dikehendaki tanpa
kurang sedikitpun.
2. Sifat tekun ini merupakan salah satu lambang atau tanda keislaman
3.
Tekun adalah asas bagi menghasilkan prestasi dan mutu kerja yang
berkualiti. Pekerja yang tekun akan sentiasa melaksanakan tugas dengan
bersungguh-sungguh pada setiap masa.
4. Ganjaran disisi Allah bergantung kepada keikhlasan dan kesungguhan seseorang melakukan sesuatu pekerjaan yang diredhai Allah.
5. Allah SWT mengasihi orang yang melakukan sesuatu pekerjaan dengan baik dan bersungguh-sungguh.
6.
Setiap pekerja dari peringkat bawahan sehinggalah pemimpin tertinggi
perlu melaksanakan tugas yang telah diamanahkan dengan tekun dan
bersungguh-sungguh. Lebih lagi apabila ia dipilih dan dilantik oleh
orang bawahan sebagai ketua atau wakil rakyat. Janganlah hanya menjelang
pilihanraya baru nampak muka untuk menyantuni rakyat. Perlu diingat
pemimpin adalah khadam kepada rakyat!.
No comments:
Post a Comment