Wednesday, January 6, 2010

Peristiwa Bersejarah Bulan Muharam

Rabu, 20 Muharam 1431H : Banyak peristiwa bersejarah yang berlaku pada bulan Muharam khususnya pada 10 Muharam. Antaranya ialah ;
1. Allah menerima taubat Nabi Adam a.s kerana telah melanggar perintah Allah memakan buah dari pokok yang dilarang oleh Allah di Syurga. Nabi Adam as dan Hawa telah dikeluarkan dari Syurga dan dihantar ke dunia akibat kesilapan tersebut. Setelah menyedari kesilapannya makan Nabi Adam memohon ampun dari Allah sambil menangis ,setelah beratus-ratus tahun meminta ampun dan taubat pada Allah, Allah telah menerima taubat Nabi Adam. Ini adalah satu penghormatan kepada Nabi Adam a.s.
2. Pada 10 Muharam juga, Nabi Idris a.s telah di bawa ke langit, sebagai tanda Allah menaikkan darjat baginda.
3. Pada 10 Muharam, tarikh berlabuhnya bahtera Nabi Nuh a.s di Bukit Judi (Turki) setelah banjir besar yang melanda seluruh alam dan membunuh semua umat Nabi Noh yang kafir selama 6 bulan. Menurut pengaji sejarah hanya 40 orang atau setengah ulama mengatakan 80 yang beriman kepada Allah setelah hampir 950 tahun siang dan malam Nabi Noh berdakwah kepada umatnya. Disamping itu termasuk semua jenis binatang yang berpasangan yang terselamat dari banjir tersebut. Peristiwa Ini merupakan doa yang dibuat oleh Nabi Noh kepada Allah setelah ramai umatnya tidak mahu beriman kepada Allah.
4. Nabi Ibrahim dilahirkan pada 10 Muharam dan diangkat sebagai Khalilullah (kekasih Allah) dan juga hari di mana baginda diselamatkan dari api yang dinyalakan oleh Namrud. Nabi Ibrahim diberi penghormatan dengan Allah memerintahkan kepada api supaya menjadi sejuk dan tidak membakar Nabi Ibrahim. Maka terselamatlah Nabi Ibrahim dari angkara kekejamanNamrud.
5. Pada 10 Muharam ini juga Allah menerima taubat Nabi Daud kerana Nabi Daud merampas isteri orang walaupun bagainda sendiri sudah ada 99 orang isteri, masih lagi ingin isteri orang. Oleh kerana Nabi Daud telah membuatkan si suami rasa kecil hati, maka Allah turunkan dua malaikat menyamar sebagai manusia untuk menegur dan menyindir atas perbuatan Nabi Daud itu. Dengan itu sedarlah Nabi Daud atas perbuatannya dan memohon ampun pada Allah. Sebagai penghormatan kepada Nabi Daud a.s maka Allah mengampunkan baginda pada 10 Muharam.
6. Pada 10 Muharam ini juga, Allah mengangkat Nabi Isa ke langit, di mana Allah telah menukarkan Nabi Isa dengan Yahuza. Ini merupakan satu penghormatan kepada Nabi Isa daripada kekejaman kaum Bani Israil.
7. Allah telah menurunkan kitab Taurat dan Allah juga telah menyelamatkan Nabi Musa pada 10 Muharam daripada kekejaman Firaun dengan mengurniakan mukjizat iaitu tongkat yang dapat menjadi ular besar yang memakan semua ular-ular ahli sihir dan menjadikan laut terbelah untuk dilalui oleh pengikut Nabi Musa dan terkambus semula apabila dilalui oleh Firaun dan tenteranya. Maka tenggelamlah mereka di Laut Merah. Mukjizat yang dikurniakan Allah kepada Nabi Musa ini merupakan satu penghormatan kepada Nabi Musa a.s
8. Allah juga telah menenggelamkan Firaun, Haman dan Qarun serta kesemua harta-harta Qarun dalam bumi kerana kezaliman mereka. 10 Muharam, merupakan berakhirnya kekejaman Firaun buat masa itu.
9. Allah juga telah mengeluarkan Nabi Yunus dari perut ikan setelah berada selama 40 hari di dalamnya. Allah telah memberikan pengajaran kepada Nabi Yunus kerana meninggalkan kaumnya dari berdakwah dengan menjadikan peristiwa kapal tidak boleh berlayar walaupun keadaan cuaca dan angin berkeadaan amat baik. Setelah diadakan undian sebanyak tiga kali akhirnya Nabi Yunus dengan takdir Allah telah terpilih untuk dibuang ke laut dan telah disambar oleh ikan Nun lalu menelannya selama 40 hari. Nabi Idris telah mengalami 3 kegelapan iaitu kegelapan didalam perut ikan, kegelapan malam dan kegelapan dalam laut. Akhirnya Allah telah mengilhamkan Nabi Idris dengan zikir "Tiada Tuhan Melainkan Allah, Maha Suci Allah, Sesungguhnya Aku Telah Menzalimi Diriku Sendiri" Dan pada 10 Muharam ini, Allah mengurniakan penghormatan kepada baginda dengan mengampun dan mengeluarkannya dari perut ikan Nun.
10. Allah juga telah mengembalikan dan mengurniakan kerajaan yang besar yang merangkumi manusia, jin & binatang kepada Nabi Sulaiman a.s pada 10 Muharam sebagai penghormatan kepada baginda.
11. Nabi Yusof dibebaskan daripada penjara.
12. Khalifah Umar Al Khattab menetapkan 1 Muharram adalah hari pertama bagi setiap tahun baru Islam (Kalendar Hijrah).
13. Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.
14. Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
15. Pada tanggal 10 Muharram 61H, terjadilah peristiwa yang memilukan dalam sejarah Islam, yaitu terbunuhnya Husein, cucu Rasulullah SAW di Karbala. Peristiwa ini kemudian dikenal dengan “Peristiwa Karbala

No comments: