Selasa, 23 Safar 1436H: Dari Abu Bakar bin Abdullah bin Qais r.a., dari bapanya,
katanya dia mendengar bapanya bercerita, bahawa ketika bapanya sedang berhadapan
dengan musuh, Rasulullah saw. bersabda: "Sesungguhnya pintu-pintu syurga berada
di bawah naungan (kilatan) pedang."
Lalu berdiri seorang lelaki sambil menangis,
katanya: "Hai, Abu Musa! Apakah Anda pernah mendengar Rasulullah saw. bersabda
seperti itu?"
Jawab Abu Musa, "Ada!"
Orang itu pergi menemui kawan-kawannya
seraya katanya, "Aku mengaturkan salam kepada Anda semua!"
Kemudian dibukanya
sarung pedangnya lalu dilemparkannya. Sesudah itu, dengan pedang terhunus dia
pergi menyerbu musuh, memukul mati dengan pedangnya, setiap musuh yang
ditemuinya sehingga akhirnya dia sendiri mati pula terbunuh sebagai syahid."
No comments:
Post a Comment