Isnin, 14 Rabiulawal 1436H: Dari 'Amir bin Sa'ad, dari bapanya r.a. katanya, "Pada suatu
hari Rasulullah saw. datang dari daerah perbukitan. Ketika beliau sampai di
Masjid Bani Mu'awiyah beliau masuk ke masjid lalu solat dua rakaat. Kami pun
solat pula bersama-sama dengan beliau. Beliau mendoa kepada Tuhan panjang
sekali. Setelah mendoa beliau berpaling kepada kami lalu bersabda,
"Aku memohon
kepada Tuhan ku tiga perkara. Dia memperkenankan dua perkara dan menolak satu
perkara. Aku memohon kepada Tuhan ku supaya jangan membinasakan ummat ku dengan
musim susah yang panjang, maka diperkenankan.
Aku memohon supaya ummat ku jangan
dibinasakan dengan bencana tenggelam (seperti banjir
besar yang melanda ummat Nabi Nuh, atau seperti tentera dan Raja Fir'aun yang
ditenggelamkan di lautan), permohonanku itu diperkenankan-Nya juga.
Aku memohon
supaya ummat ku jangan dibinasakan kerana pertentangan sesama mereka. Permohonan
ini tidak diperkenankan."
Hadis Sahih Muslim.
No comments:
Post a Comment