Jumaat, 13 Zulkaedah 1436H: Mewartakan kepada kami Muhammad bin 'Abdullah bin Numair; mewartakan kepada kami 'Abdah bin Sulaiman, dari Sa'id, dari Qatadah, dari Gharazah, dari Sa'id bin Jubair dari Ibnu 'Abbas, bahawasanya Rasulullah saw. mendengar seseorang berkata:
"Labbaik 'an Syubrumah (Yakni, aku berhaji untuk Syubrumah.".
Maka Rasulullah saw. bertanya: "Siapa Syubrumah itu?"
Dia menjawab: "Dia adalah kerabatku".
Beliau bertanya: "Apakah engkau sudah haji?" "
Belum". Jawabnya.
Beliau berkata: "Jika demikian, jadikanlah haji ini untuk dirimu, kemudian hajikan Syubrumah".
Hadis Sunan Ibnu Majjah
No comments:
Post a Comment